CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azmi_hisham

..:: KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN ::..

 Close [Copy link]
Post time 24-8-2006 03:02 AM | Show all posts
Originally posted by azmi_hisham at 23-8-2006 06:27 PM



aisey.. I dapat pundari email kekawan jer.. nak nyiasat kena pegi makamah ler nampaknyer..

ni plak barisan peguam Lina Joy dan Joy tu sendiri...





ni gambaq2 dia..sama ka?
mungkin dia dah buat rebonding kot pastu diettt sikit, tu lain sikit:bgrin:

[ Last edited by  alahai at 24-8-2006 03:03 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2006 07:16 AM | Show all posts
wallahhualam.....dari emel.
----------------------------------------------------------------------

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang menjalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas-lunas dan batas-batas kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.


TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah memberitahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak terkejut tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai, mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam agama HINDU.

Apalah hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU. Duniawi dan Ukrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali

Ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz

Tersebut mula membacanya Ayat-ayat Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya :
=============
Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut. Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN :
========
Disini ingin saya nasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senangtiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat-ayat Allah.

NAMUN bagi perempuan-perempuan muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung. Apatah lagi yang tidak solat.

Disini saya dengan bersungguh-sungguh mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Miskipun waktu yang tidak dizinkan bagi muslimat, tapi boleh dibaca didalam hati. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi
kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan saya juga ialah, apabila masuk sahaja waktu solat.Muslimin akan segera bersolat..bagi Muslimat bagi yang boleh akan juga terus bersolat Namun bagi yang tidak akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. ( Mengingati Allah sentiasa adalah tuntutan ) Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengigati Allah.

Akhir kata :
==========
Sebarkanlah kepada semua Muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD.

Dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA :
====
Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir Berjaya dihindukan. Saya percaya unsur SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya.

Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya maka Allah akan memelihara kita. Insya-Alalh.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 05:19 PM | Show all posts
Peringatan Mufti Perak perlu direnungi
Oleh Anual Bakhri Haron
Thu | Aug 10, 06 | 06:51:21 PM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar
taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk
menyembah taklimat. Kemudian, menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya
memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan
berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.
Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau
tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.
Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan
yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the
right to profess and practice his religion).
Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan
seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa
implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang
boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk
menyatakan sikap dan sokongan.
Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan
Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada, Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.
Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis
Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu
keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar.
Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur.
Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak
supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh menteri. Orang Islam
yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang.
Ini mengikut jangkaan Persatuan India Muslim. Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang
menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang
mempercayai ?yah Pin itu Tuhan? adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
Harakahdaily.Net
http://202.186.86.214/v06 _PDF_POWERED _PDF_GENERATED 14 August, 2006, 17:58
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin
seperti menghormati tetamu di pintu gereja.
Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka.
Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil
tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbakistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan,
mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di
dinding-dinding masjid.
Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat
tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga
wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama
itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam
mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.
Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke
16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian.
Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman
Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan
disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD.
Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah
ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah.
Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama
Indonesia. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh
wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris.
Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform
dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk
menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban
Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada
amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.
Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu,
sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.
Harakahdaily.Net
http://202.186.86.214/v06 _PDF_POWERED _PDF_GENERATED 14 August, 2006, 17:58
Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak
misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja.
Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini,
Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.
Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah
tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu
muslim.
Allah S.W.T berfirman:
?ami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada
kerajaan).?
Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh?
Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada
malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a?am.
Harakahdaily.Net
http://202.186.86.214/v06 _PDF_POWERED _PDF_GENERATED 14 August, 2006, 17:58
Reply

Use magic Report

TokAwangNgah This user has been deleted
Post time 4-9-2006 05:47 PM | Show all posts
Ooo pasai lina joy....  biaq pi la dia nak masuk kristian.. kalau menang kes mahkamah pun bagus juga, baru ada kebebasan beragama..   at least senang nak identify yg mana satu islam dan yg mana satu SELAM.. api dalam sekam lebih bahaya dari api yg boleh nampak... think positif...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 08:45 PM | Show all posts

Reply #104 TokAwangNgah's post

create ID semata mata nak reply hat nie ka....? kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:26 PM | Show all posts

Reply #105 jj's post

maybe multinick...biase la org separuh separuh memang dah tersebut dlm al quran
Reply

Use magic Report

Follow Us
TokAwangNgah This user has been deleted
Post time 5-9-2006 08:26 AM | Show all posts
pasai "freedom of choice" pun ada dalam al-quran..  it's just a matter how you understand it... masalah dlm Islam sendiri yg berbagai fahaman pun tak boleh nak selesaikan... eloklah kalau lina joy tu menang.. at least satu TAMPARAN hebat pada org melayu yg asyik bergantung pada HAK-HAK BUMIPUTRA dan SUBSIDI.. sampai hak beragama pun nak BOLOT... ingat nabi saw sendiri pun FLEXIBLE dgn org yg beragama lain... selagi kristian tak melawan.. apa ada pada tukar agama?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by TokAwangNgah at 5-9-2006 08:26 AM
pasai "freedom of choice" pun ada dalam al-quran..  it's just a matter how you understand it... masalah dlm Islam sendiri yg berbagai fahaman pun tak boleh nak selesaikan... eloklah kalau ...


Interpretasi tafisran dan fahaman Al Quran kdg2 berbeza, n sometimes tak tercapai dek akai manusia........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by TokAwangNgah at 5-9-2006 08:26 AM
pasai "freedom of choice" pun ada dalam al-quran..  it's just a matter how you understand it... masalah dlm Islam sendiri yg berbagai fahaman pun tak boleh nak selesaikan... eloklah kalau ...


nabi SAW flexible dgn. agama lain, tapi kalau dgn. islam nabi tegas!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by TokAwangNgah at 4-9-2006 05:47 PM
Ooo pasai lina joy....  biaq pi la dia nak masuk kristian.. kalau menang kes mahkamah pun bagus juga, baru ada kebebasan beragama..   at least senang nak identify yg mana satu islam dan yg mana sat ...


tok awang, so la ni hang berpikir lebih elok jika lina joy menang di mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by TokAwangNgah at 5-9-2006 08:26 AM
pasai "freedom of choice" pun ada dalam al-quran..  it's just a matter how you understand it... masalah dlm Islam sendiri yg berbagai fahaman pun tak boleh nak selesaikan... eloklah kalau ...


tok..... satu soklan sebelum aku teruskan sembang2 ngan hang......
adakah anda beragama dan mengamalkan ajaran islam...???
Reply

Use magic Report

TokAwangNgah This user has been deleted
Post time 5-9-2006 08:06 PM | Show all posts
sebenarnya susah nak buat pilihan samada yg mana lebih baguih.. lina menang atau kalah.. mcm ditelan mati mak diluah mati bapak.. tapi tok awang ikut 'flow' selagi kaedah perundangan, etc tidak di PUTAR BELIT .. kena ikut PROCEDURE yg betul... sebab kita (majoriti melayu) yg iktiraf perundangan CIVIL tu...  (habih tu buat apa sokong kerajaan.. undi depa semua, awat tak sokong PAS?)

sebenarnya elok juga kalau lina menang.. bangsa MELAYU mungkin akan SEDAR dan TERJAGA.. mula memahami PENTINGNYA AGAMA.. dan lebih SERIUS ttg agama... bukan pak turut.... dekat Msia  kebanyakankan ISLAM BAKA... fundamental dan konsep beragama kurang difahami... sebab tu ramai MELAYU ISLAM PENAKUT utk berjuang esp. Jihad membantu negara islam lain cth. Lebenon, Iraq, etc..  salah satu sebab ialah DIMANJAKAN sangat dengan berbagai HAK-HAK dan SUBSIDI...  

Sebenarnya pengikut ISLAM MINORITI lebih teguh dan patuh dlm hal beragama ... cth. cuba lihat BRADER ISLAM di USA, etc...  baru je kahwin.. muda lagi.. dah sahut panggilan jihad.. terus ke IRAQ membantu umat Islam di sana.. kat Msia nak cari sorang yg mcm tu amat susah..  takut, lebih rela duduk bawah ketiak isteri... itulah ISLAM MELAYU ... berjuang dan sensitif bila kena dekat batang hidung... mcm isu lina ini juga... sepatutnya bab murtad ni dah ditangani lama dulu...

Sedikit tapi BERIMAN lebih baik dari banyak tapi BERMAIN... apalah salahnya kalau Islam minoriti di Msia... biaq pi la kalau lina menang pun..  mcm org TIDOQ lena dicurah air... boleh bangun dan mula buat kerja...  jgn perambat ketuk kepala org simbah air pastu TIDOQ balik sudahlah...
Reply

Use magic Report

TokAwangNgah This user has been deleted
Post time 5-9-2006 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 5-9-2006 07:51 PM


tok..... satu soklan sebelum aku teruskan sembang2 ngan hang......
adakah anda beragama dan mengamalkan ajaran islam...???


tentulah tok orang Islam... tok beramal dan mengetahui bila tok menjadi orang Islam...  malah tahu tarikh dan masa bila tok menjadi orang islam dengan mengaku kalimah shahadah dgn sungguh hati dilafazkan juga di hadapan saksi yg boleh dikemukakan dihadapan Allah..  jgn silap faham, tok org melayu juga tapi tahu seriusnya mengaku kalimah shahadah disaksikan oleh orang .. ada proof depan Allah nanti...  

nak tanya JJ pula, bila JJ mengucap dgn sepenuh hati dan siapa yg saksikan? kalau tak ada itu.. lebih kurang mcm lina joy juga.. bila masa masuk ISLAM dgn sepenuh hati tak pasti... nak cari saksi yg mengatakan dia mengucap (pernash masuk islam) pun susah. Sebelum dia masuk kristian, mungkin dia hanya anak kepada orang ISLAM.. entah2 bapanya juga bukan ISLAM, siapa saksi dia mengucap?  

ISLAM BAKA... bukan ISLAM sebab menjadi ISLAM seseorang itu perlu PERCAYA kepada ALLAH dan RASUL dgn sepenuh hati.. malah perlu tahu ajaran ISLAM...  utk membuktikan dia ISLAM, perlu ada saksi...  jadi perlu melafazkan shahadah di hadapan saksi..   kalau nak lebih detail kena angkat sumpah, ada surat dan ditadatangani.. baru VALID ISLAM...  

Satu soalan.. boleh BUKTIKAN LINA JOY ORANG ISLAM sebelum dia menjadi kristian...
Reply

Use magic Report

TokAwangNgah This user has been deleted
Post time 5-9-2006 08:28 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 5-9-2006 09:54 AM


nabi SAW flexible dgn. agama lain, tapi kalau dgn. islam nabi tegas!!


terbalik tu .. dgn org islam dia baik-baik dgn orang kafir dia bertegas... (maksud al-quran)... dlm tegas2 dgn org bukan islam.. dia suruh bayar ufti jer.. hidup aman damai dgn mereka.. malah dgn org yahudi lagi... di madinah dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:16 PM | Show all posts

Reply #113 TokAwangNgah's post

tok awang.. bab mengucap dengan sepenuh hati, dan ada yang jadi saksi tu saya mmg pernah buat. Semasa nak mula masuk sebuah sekolah menengah agama dulu. Pasai apa yang tok katakan tu..ISLAM BAKA, pasai tu tenaga pengajar sekolah tu buat semua nie kat pelajar baru. Alhamdulillah... saya diantaranya....!

tok, dalam kes lina joy nie, mmg kalau dipikir balik...ada kebenaran dalam kata2 tok. biaq dia menang dan kita tau mana intan mana kaca...! tapi adakah dengan membiaqkan benda nie boleh menjaga kesucian agama kita tok...? hang nak kuaq islam..hang nak murtad... hak hang...ikut hang...atas nama kebebasan beragama....! dan sanggup islam jadi agama minoriti dalam malaysia...?

nampak macam kita endah tak endah sapa nak keluaq masuk islam nie....! mana keagungan agama kita....? bila keluaq lukisan kartun menggambarkan wajah Nabi Muhammad s.a.w, kita kelam kabut tunjuk perasaan, marah sana marah sini. tapi tak sedaq.... selama nie kita tak mengangkat taraf agama islam ke tahap yang sepatutnya.

cth... kalau kat rumah kita... selalu ada benda2 yang berselarak kat laman rumah... dok terbiaq...! tapi bila ada orang nak buang benda tu, kita tak bagi...kita kata kita sayang....! Benda mcm nie jadi kat Islam sekarang..... kita mengaku kita Islam... tapi kita tak jaga kehidupan kita sebagai orang islam sampai orang boleh nak buat sewenang wenangnya dengan agama kita....! Berbalik kat contoh tadi... orang tak berani kacau atau usik barang2 dalam rumah kita yang kita simpan dalam almari....! Begitu juga dengan Islam... kalau kita letak Islam pada satu tahap yang tinggi....sesapa tak akan berani ganggu gugat....! sama dengan lina joy.... membiarkan lina joy beerti kita amik mudah tentang Islam..kuar masuk islam... wallahualam......

saya serah kan kepada pengerusi majlis....

(aku rasa cam hal ehwal islam lak.......)

[ Last edited by  jj at 5-9-2006 09:18 PM ]
Reply

Use magic Report

TokAwangNgah This user has been deleted
Post time 5-9-2006 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 5-9-2006 09:16 PM
tok awang.. bab mengucap dengan sepenuh hati, dan ada yang jadi saksi tu saya mmg pernah buat. Semasa nak mula masuk sebuah sekolah menengah agama dulu. Pasai apa yang tok katakan tu..ISLAM BAKA, pasai tu tenaga pengajar sekolah tu buat semua nie kat pelajar baru. Alhamdulillah... saya diantaranya....!


alhamdulillah... baguih! baguih! kalau ada yg belum mengucap dan disaksikan .. elok berbuat demikian.. jadi kalau terminat dgn agama kristian (mana tau), boleh saksi tadi diheret ke mahkamah utk jadi saksi.. senang sikit cerita..kita boleh kata dia orang ISLAM BETUL sebelum murtad (establish fact).

tok, dalam kes lina joy nie, mmg kalau dipikir balik...ada kebenaran dalam kata2 tok. biaq dia menang dan kita tau mana intan mana kaca...! tapi adakah dengan membiaqkan benda nie boleh menjaga kesucian agama kita tok...? hang nak kuaq islam..hang nak murtad... hak hang...ikut hang...atas nama kebebasan beragama....! dan sanggup islam jadi agama minoriti dalam malaysia...?


Pertama sekali kita mesti ADIL pada MANUSIA tak kira samada ISLAM atau TIDAK. Itu ajaran ISLAM . Orang ISLAM tidak akan menganiaya orang tidak islam. Hak orang bukan islam perlu diikhtiraf jika tidak macamana kita nak memberi contoh baik kepada mereka dan menyakinkan mereka bahawa agama Islam adalah agama yg benar. Cth kisah pakaian perang saidina Ali yg dimiliki oleh orang Yahudi. Walaupun sah kepunyaan Ali tetapi di mata PERUNDANGAN ISLAM, Ali kalah dan beliau tidak kecil hati kerana kekurangan BUKTI (tiada saksi). Bila SISTEM PERUNDANGAN ISLAM dipraktikkan secara ADIL, si YAHUDI (bukan kristian yg lebih baik dan hampir dgn muslim) boleh terpikat hati dgn agama ISLAM kerana keadilannya terhadap org yg bukan islam juga.. kan baguih tu...

Hidup ni kadang-kadang kita nampak mcm KALAH tapi serbenarnya kita MENANG.. ALLAH lebih mengetahui OUTCOME. Kita cuma perlu berlaku ADIL terhadap MANUSIA tidak kira apa agama.

Tentang ISU Lina Joy, Tok Awang lebih COMFORTABLE dgn idea bahawa LINA JOY menang KALAU dia mempunyai HAK (utk beragama Kristian) selagi dia tidak MANIPULATE/MELANGGAR SISTEM PERUNDANGAN yg sedia ada. Itu ADIL namanya walaupun pedih pada tok Awang sendiri.

Tentang ISU MURTAD secara general tok awang lebih melihat kepada kelemahan PEMERINTAHAN NEGARA terutama pihak JAKIM yg tidak memainkan peranan penting.  Lagipula umat ISLAM MALAYSIA mana ada KETUA atau MUFTI yg boleh diikut oleh SEMUA umat islam. Arahan mufti tak ada effect utk semua org Islam. Malah mufti-mufti tidak sekepala dan berbeza pendapat. Kalau mufti pun berserabut, jangan expect imam masjid sekepala.. tambah lagilah org islam bawahan.. bila semua nak tunjuk pandai dan jadi ketua (keluar fatwa), siapa nak jadi pengikut?

Negara Malaysia bukan negara Islam.. kalau negara Islam tentu ada KETUA yang dapat menyelesaikan isu MUDAH seperti murtad ini.. sebenarnya negara ini diperintah oleh orang yg beragama islam tetapi TAK FAHAM dgn islam dan TAKUT nak mengamalkan islam... jadi bukan negara islam lah.. cth tgklah anak-anak pemimpin negara yg pompuan, majoriti tak pakai tudung kepala..( itu sah melanggar hukum islam).. yg depan hidung depa pun tak ambil kisah.. jgn expect depa nak kisah dan ambi tindakan hebat dan drastik ttg isu murtad.. tambahlagi melibatkan politik pula.. kecut semua...  depa dok diamlah.. itu cara terbaik utk periuk nasi depa...

Biaq Islam jadi MINORITI di Msia dari mempunyai penganut islam majoriti yg jiwanya KRISTIAN (api dlm sekam)

Isu yg perlu ditangani ialah PERKUATKAN AJARAN ISLAM secara fundamental (tauhid) dan mendedahkan fahaman agama lain  yg sebenarnya kepada anak-anak dan pemuda-pemudi islam supaya kekuatan agama islam terserlah. Itu penyelesaian kpd isu murtad ini sbb tak boleh harap dgn pemerintah SELAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 11:05 PM | Show all posts

Reply #116 TokAwangNgah's post

apa cadangan tok untuk memastikan semua nie tidak akan berulang di Malaysia...??
Reply

Use magic Report

TokAwangNgah This user has been deleted
Post time 6-9-2006 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 5-9-2006 11:05 PM
apa cadangan tok untuk memastikan semua nie tidak akan berulang di Malaysia...??


Kalau minta pandangan, tok katakan elok mula sekali JAKIM atau badan yg sesuai keluarkan arahan kepada semua orang islam Msia utk mempunyai SIJIL MEMELUK AGAMA ISLAM (berdaftar) supaya mereka ada rekod siapa orang ISLAM (senang nak bawa KES ke mahkamah syariah sbb ada BUKTI dia pernah menjadi orang ISLAM). Kedua tak perlu pihak PENDAFTARAN utk memasukkan AGAMA bagi kanak-kanak. Biarkan mereka memilih agama sendiri bila CUKUP UMUR (12 atau 18 thn) sbb agama adalah pilihan HATI dan melibatkan KEPERCAYAAN yg SUNGGUH, bukan main-main. Kalau setakat pakai kepiah, pi mengaji di surau dan jalankan ibadat mcm orang Islam bukannya KRITIREA yg sesuai utk menentukan dia orang Islam, mungkin sesuai diikhtiraf ANAK ORG ISLAM (kalau bapa dia ada sijil memeluk agama islam le).

Tok ada dgr dari kawan bahawa kanak-kanak yg baru lahir sekarang (selangor) tidak dimasukkan AGAMA, betui ka? Kalau begitu baguihlah.. mak bapak kena pastikan anak dia diberi pemahaman islam dari kecik lagi supaya besar nanti tak masuk kristian...  jadi mak bapak pun kena belajar juga pasai TAUHID dgn lebih kukuh.

Pihak kerajaan perlu buat perundangan bahawa sesiapa yg beragama islam (ada sijil) terlibat dgn mahkamah syariah. Kalau murtad dibolehkan HUKUM BUNUH. Bukan murtad saja malah kalau tak solat dgn sengaja dibolehkan HUKUM BUNUH juga kalau tidak berubah setelah diberi nasihat (ikut fatwa SEMUA mazhab).  Hal solat org tak ambil peduli, hal murtad pula diheboh-hebohkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 07:53 AM | Show all posts
Originally posted by TokAwangNgah at 6-9-2006 09:40 PM

Kedua tak perlu pihak PENDAFTARAN utk memasukkan AGAMA bagi kanak-kanak. Biarkan mereka memilih agama sendiri bila CUKUP UMUR (12 atau 18 thn) sbb agama adalah pilihan HATI dan melibatkan KEPERCAYAAN yg SUNGGUH, bukan main-main


tok awang... katakan umoq 18 baru diberi pilihan pilih agama.......kalau budak tu dah diajaq dan diasuh dengan cukup tentang agama oleh kedua dua ibubapanya...dan bila dia umoq 12 tahun... mak pak dia eksiden... kebabommmm... meninggal dunia mak pak dia....! anak yatim piatu dia nie...tak dak sedara mara yang lain.... dia pun meneruskan hidup sebagai anak yatim piatu... tiba umoq dia 16 tahun.. dia pulak kekabommmm eksiden....! meninggal on the spot...!!!

camna nak kebumikan mayat budak sorang nie....? kalau gereja kata dia nak amik...kalau kuil hindu kata dia nak amik.... haram tak tau budak nie agama apa pasai tak tercatit langsung dalam pengenalan diri.....
Reply

Use magic Report

TokAwangNgah This user has been deleted
Post time 7-9-2006 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 7-9-2006 07:53 AM
tok awang... katakan umoq 18 baru diberi pilihan pilih agama.......kalau budak tu dah diajaq dan diasuh dengan cukup tentang agama oleh kedua dua ibubapanya...dan bila dia umoq 12 tahun... mak pak dia eksiden... kebabommmm... meninggal dunia mak pak dia....! anak yatim piatu dia nie...tak dak sedara mara yang lain.... dia pun meneruskan hidup sebagai anak yatim piatu... tiba umoq dia 16 tahun.. dia pulak kekabommmm eksiden....! meninggal on the spot...!!!

camna nak kebumikan mayat budak sorang nie....? kalau gereja kata dia nak amik...kalau kuil hindu kata dia nak amik.... haram tak tau budak nie agama apa pasai tak tercatit langsung dalam pengenalan diri.....


Soklan Baguih..

Masalah yg tok nampak di sini ialah kalau mak pak dia TIDAK MEMILIH AGAMA... (tak tentu status agama).. tapi kalau mak pak dia org Islam, diketahui dia ANAK ORANG ISLAM,  upacara pengebumian tentulah cara Islam.

Sebenarnya yg penting ialah MEMILIH AGAMA perlu bagi DIRI SENDIRI dalam keadaan waras bila cukup umur (matang). Isu berapa umur dianggap matang juga subjektif walaupun dlm Islam (umur akil baligh?). Pengaruh MAK PAK cuma effektif bila anak-anak di bawah umur. Dah besar PANJANG, ada OTAK boleh PIKIR sendiri, pandai-pandai sendirilah cari agama yg dirasakan SESUAI dan menepati kehendak diri... utk bekalan akhirat..

Kalau mak pak tak ada identiti agama, banyak prosedur lain boleh dilakukan utk menentukan samada perlu dikebumikan mengikut ajaran Islam atau agama lain.. cth pengakuan kawan-kawan, jiran, etc... boleh anggap isu khas yg ditangani mengunakan kaedah lain.. (special kes) biasanya amat jarang berlaku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.422695 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list