flysheet This user has been deleted
|
Bagaimanakah caranya untuk menghentikan pendarahan?
? Gunakan tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan
? Tekan pada luka dengan beralaskan kain yang bersih atau bahan lain yang sesuai. Ini akan meminimakan sebarang jangkitan.
? Pegang tangan ataupun kaki pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba
? Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah. Anda perlu tambahkan lagi lapisan kain dan kenakan tekanan yang mampan.
? Gunakan juga tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain.
? Seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. Jangan tunggu. Hentikan pendarahan dengan serta-merta.
[ Last edited by flysheet at 17-7-2006 02:25 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
flysheet This user has been deleted
|
Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR)
Anda perlu bertindak segera untuk menolong seseorang yang kelihatannya telah terhenti pernafasannya atau nadinya tidak lagi berdenyut. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti:7
1. Tentukan keadaan mangsa ? Gerakkan tubuhnya perlahan-lahan dan tanyakan keadaannya.
? Dapatkan bantuan dengan menjerit untuk pertolongan dan hubungi 995 bagi ambulan.
? Baringkan mangsa secara terlentang di atas permukaan yang rata dan keras dan pada masa yang sama gerakkan kepala dan badannya serentak.
2. Buka mulutnya dengan mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke atas.
3. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Keluarkan benda-benda di dalam mulut dan kerongkong jika ada.Baringkan mangsa secara terlentang
Lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut
Periksa sama ada mangsa bernafas
6. Selanjutnya, periksa denyutan nadinya di bahagian karatid(kawasan leher) selama 10 saat.
? Jika ada denyutan, lakukan hembusan nafas mulut-ke-mulut
pada kadar 12 kali se minit sehingga pernafasan mangsa pulih.
? Jika tiada denyutan nadi, mulakan Pemulihan Pernafasan Jantung dengan segera dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut (langkah #7 ke #10).
4. Letakkan muka anda dekat mulut mangsa dan perhatikan dadanya; lihat, dengar dan rasa selama 10 saat kalau-kalau ada tanda pernafasan.
5. Sekiranya tiada tanda pernafasan,lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut.
? Pastikan laluan udara terbuka. Picit hidungnya dan hembuskan nafas dua kali ke dalam paru-parunya. Dada mangsa harus naik dengan setiap hembusan nafas.
Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR)
7. Sekiranya tiada denyutan nadi, lakukan tekanan dada dari luar seperti berikut:
? Tekan dengan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang dada, elakkan jari daripada menekan tulang rusuk. Letakkan tangan yang satu lagi di atas tangan ini.
? Luruskan tangan anda dan tekan ke bawah se dalam 4 hingga 5 sentimeter dan kemudian lepaskan. Lakukan 15 tekanan dalam masa 10 saat. Usah angkat tangan anda dari dada si mangsa sepanjang anda melakukan ini.
8. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Picit hidung mangsa dan berikan 2 hembusan nafas mulut-ke-mulut.
9. Teruskan dengan melakukan 15 tekanan diikuti dengan 2 hembusan nafas penuh, dan periksa jika ada denyutan nadi selepas minit pertama dan selepas 5 minit kemudian.
10. Sejurus nadinya pulih, hentikan tekanan dengan segera dan periksa jika mangsa mula bernafas. Sekiranya masih tiada pernafasan, ikuti dengan pemulihan pernafasan mulut-ke-mulut sehingga pernafasannya pulih kembali.PERHATIAN:
Untuk cekap dalam CPR, seseorang harus
mengikuti latihan CPR untuk mempelajari teknik dan prosedur yang betul.
Tekankan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang dada; elakkan jari daripada menekan tulang rusuk Hentikan tekanan dengan segera apabila nadinya mula berdenyut dan periksa jika mangsa mula bernafas Pastikan lengan anda lurus tegak semasa melakukan tekanan dada. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jika tercirit birt ? he he he he he he he ... tersilap makan .. lalu tecirit birit ...
just kidding .... |
|
|
|
|
|
|
flysheet This user has been deleted
|
Apakah itu Kepatahan/Keretakan Tulang?Kepatahan tulang melibatkan tulang yang retak atau patah. Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami kepatahan tulang.
? Rasa sakit
? Bahagian yang cedera tidak boleh digerakkan seperti biasa.
? Bahagian yang cedera mempunyai bentuk atau kedudukan yang luar biasa.
? Terdapat bengkak dan adakalanya lebam.
? Kehilangan daya tenaga.
? Kelihatan luarbiasa atau kependekan pada ukuran anggota.Bantuan Kecemasan bagi
Kepatahan
1. Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan pernafasan terlebih dahulu.
2. Berikan rawatan di tempat kejadian. Elakkan pergerakan yang tidak perlu.
3. Usah gerakkan bahagian yang cedera; balut bahagian sendi di atas dan di bawah bahagian yang cedera. |
|
|
|
|
|
|
flysheet This user has been deleted
|
KEJANG OTOT
Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid.
Penyebab kejang otot
Kelesuan otot
Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup
Kehilangan cecair badan yang banyak
Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit
Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.
Mengandung
Pencegahan kejang otot
Lebihkan meminum air dan cecair lain
Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.
Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.
Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.
Penjagaan sendiri
Melakukan regangan secukupnya pada otot yang terlibat bagi membantu melegakan kekejangan di kaki. Anda perlu bangun dan berdiri. Apabila kekejangan telah reda urutkan kaki anda perlahan-lahan.
Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan.
Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari.
Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk.
Berjumpalah doktor jika..
Kejang otot semakin teruk dan berterusan (lebih dari sejam) dan berlaku berulang-ulang atau terjadi tanpa sebab atau tidak hilang selepas melakukan regangan.
Berlaku sentakan otot yang berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.
Berlakunya kekejangan di bahagian dada atau di lengan. Ini mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius telah berlaku pada jantung atau dalam abdomen. Berjumpalah doktor segera. |
|
|
|
|
|
|
|
jika selalu terkentut? |
|
|
|
|
|
|
|
kena bermula dari bawh lagi diperingkat sekolah cara2 survival ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|