CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: simplelife

Menyatukan Sunni dengan Syiah

 Close [Copy link]
Post time 12-12-2005 11:20 PM | Show all posts
Serihartatie
Assalamualaikum semua,

terimakasih pada ustaz zul kerana memaparkan C& yg cukup menarik sbg bahan tatapan kawan-kawan kita yg memanggil dirii  mereka sebg sipecinta ahlulbait...itupun kalau mereka sudi membacanya sepertimana kita sentiasa sudi membaca argumen-argumen mereka itu.

nampaknya titik pertemuan yg tatie sarankan ditolak dengan bereemosi....ehem......malah nampaknya seperti mengundang kemarahan pula...

bukankah lebih elok berlapang dada...

kalau mereka (Bill & the gang)  hanya terima RSAW dan ahlulbait (menurut definisi Syiah), maka anda semua tetaplah dgn  pendirian anda itu...tidak ada sesiapa yg memaksa anda semua utk menerima sahabat-sahabat RSAW...RSAW tidak mengajar umatnya membuat paksaan ke atas sesama saudara seislam malah ke atas sesama bukan islampun tidak ada paksaan. Asalkan dgn syarat  tidak memerangi antara satu sama lain  maka kita semua boleh hidup aman damai.

maka tetaplah kami ASWJ ini , sebg pecinta RSAW, pecinta ahlulbait dan pecinta  sahabat-sahabat RSAW. .

Izinkan di sini tatie membuat satu makluman kepada semua, supaya tidak nanti berlaku kekeliruan kepada pengikut ASWJ mengenai DEFINISI AHLULBAIT MENURUT ASWJ..

Pengikut ASWJ adalah pencinta ahlulbait (SESIAPA yg menyatakan ASWJ bukan pencinta ahlubait mereka sudah membuat pembohongan besar ke atas fahaman ASWJ). Ahlulbait menurut ASWJ bukan sahaja S. Ali, S.Fatimah, Hassan dan Hussein. Abu Bakar RA juga adalah ahlulbait kerana beliau adalah mertua RSAW. Aisyah isteri RSAW adalah puteri Abu Bakar. Abu Bakar RA yg RSAW pilih sebg imam solat semasa beliau sakit dan Abu Bakar jugalah yg Allah banggakan dalam Al Quran kerana menemani RSAW attkala beliau bersembunyi di gua Tsaur ketika hijrah. Manakala Umar al Khattab bukan sahaja disanjung RSAW malah dinyatakan oleh RSAW sebagai penghuni syurga. Beliau juga adalah mertua RSAW. Begitu juga Utsman bin Affan adalah menantu nabi, puteri nabi ummu kalsum adalah isteri kpd Usman bin Affan. Mereka semua menurut ASWJ adalah ahlulbait.

RINGKASNYA, Menurut ASWJ, yg disebut ahlulbait adalah semua isteri RSAW, semua anak RSAW, cucu, menantu, menantu, ipar, bapa saudara, ibu saudara RSAW dan juga semua keturunan mereka yg ada hubungan darah dgn RSAW.


Oleh itu, perlu diingatkan sekali lagi bahawa jgn ada di antara kita semua yg tidak belajar sejarah menyangka bahawa kita ASWJ membenci ahlulbait. Tidak ada seorgpun Pengikut ASWJ yg berilmu dan kenal agama dan kenal sejarah islam  di dunia ini yg tidak mencintai ahlulbait.

Ahlulbait menurut Syiah pula hanya segelintir manusia sahaja iaitu Ali bin Abu Talib, S.Fatimah, S. Hassan dan Hussein. Kemudian juga 12 imam keturunan mereka.
1. Ali bin Abu Talib
2. Al Hassan
3. Al Hussein
4. Ali Zainul Abidin
5. Muhammad Al baqir
6.Jaafar As Sadiq
7. Musa Al Khazim
8. Ali Ar Ridha
9. Muhammad At Taqiy
10. Ali At Taqiy
11. Al Hassan Al Askary
12. Muhammad Al MAhdi Al Muntazar.

Benar mereka semua ini memang ahlulbait dan kita sebg pengikut ASWj sgt menghormati mereka sebg ahlulbait dan menjadi kewajipan kita untuk kembali membersihkan nama-nama mereka ini dari kekotoran fitnah ke atas mereka selama ini.

Ingatlah wahai pengikut ASWJ,  pesanan Ali Bin Hussain yg bergelar Zainal Abidin (IMAM KE 4 SYIAH) dalam Rijalul Kusyaiy (ms 111) yg menyingkap fitnah yg telah dilakukan ke atas mereka atas nama ahlulbait ini :

Sesungguhnya Yahudi mencintai  Uzair, sampai-sampai mereka mengatakan ttg Uzair itu seseuka hatinya, padahal Uzair bukanlah dari golongan mereka, dan merekapun bukan dari golongan Uzair. Begitu juga NAsrani sgt mencintai Isa, sampai-sampai mereka mengatakan ttg Isa itus sesuka hatinya, padahal Isa bukan dari golongan mereka dan mereka bukan dari golongan Isa, dan akupun senasib dengan itu, iaitu satu kaum dari golongan (Syiah)  kami sgt mencintai kami sampai-sampai mereka berani mengatakan ttg kami seperti yg dikatakan Yahudi ttg Uzair dan Nasrani ttg Isa padahal mereka itu bukan golongan kami dan kamipun bukan dari golongan mereka.

Jika sdra-sdri meneruskan kajian secara ilmiah, saudara-saudari akan tahu bahawa Syiah ini begitu bijak mempergunakan nama-nama Imam 12 dan Saidina Ali, SAidatina Fatimah, Hassan dan Hussein  ini sebg sandaran mereka dlm sebrg hujah dengan menisbatkan bhwa apa yg diperkatakn itu sbg kata-kata dari S. Ali, S. fatimah, S. Hassan dan Hussein serta  Imam 12 ini. Berlindunglah kita semua dgn bertawasul kepada RSAW, keluarga dan sahabat-sahabatnya dari FITNAH ini.

Syiah juga menganggap bahwa Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Faruk, dan Usman Affan selain murtad, bahkan dianggap kafir.mereka selalu mewarwarkan dalam kisah-kisah dan hujah-hujah mereka bahwa ketiga-tiga khalifah ini adalah perampas kekauasaan yg seharusnya dipegang oleh Ali bin Abu Talib.

BAGAIMANA PENGIKUT SYIAH BOLEH TERTIPU SEDANGKAN KITA SEMUA TAHU BETAPA RSAW SGT SAYANG DAN MENJAMIN KETIGA-TIGA MEREKA INI SEBG AHLI SYURGA dapat PULA DIPESONGKAN DGN TUDUHAN MURTAD DAN KAFIR?.

Ini kerana mereka telah digula-gulakan sebg pencinta AHLUBAITdan sbg pecinta ahlulbait adalah tgjawab mereka mempertahankan kebenaran dan menyebarkan kpd umum perihal kekuasaan ahlulbait yg dirampas oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman berdasarkan cerita-cerita mereka yg sgt bertentangan dgn fakta-fakta ilmiah ASWJ. KERAN ITU MEREKA SANGGUP SAMPAI MENGKAFIRKAN SAHABAT RSAW.

Sebenarnya jika kita rajin mengkaji kita akan tahu akan peneyelewengan kisah ini. SEPERTI KISAH FATIMAH, UMAR DAN ABU BAKAR DGN RAMPASAN PERANG FADAQ ITU kalau dikaji benar-benar rupa-rupanya hanya cerita yg ditambah sesedap rasa sahaja. Sedangkan ahlulbaitpun mereka pergunakan nama mereka sebg dinisbatkan utk MENGUATKAN HUJAH REKAAN MEREKA inikan pula setakat periwayatan dari hadis kononnya. (SILA RUJUK C & P USTAZ NAHZALUZ).


Wahai Syiah jawablah, apakah RSAW berdusta apabila baginda menjamin syurga ke atas 10 sahabat-sahabat baginda itu?.


Wahai pengikut ASWJ,

Menurut iktikad kita, para sahabat itulah yg telah berjasa membela RSAW sehingga berhasil menegakkan kalimah Allah, agama Islam sehingga dianut oleh seluruh bangsa Arab dan menyebarkannya ke Timur Tengah, Afrika Utara, Iran, Iraq, India, China dan Nusantara kita ini. Mereka dipuji Allah dlm byk ayat dalam Al Quran dan disanjung oleh RSAW.

Sehingga RSAW wafat, sahabat-sahabat beliau berjumlah 140,000 orang sahaja. Mereka inilah yg berkelana ke seluruh benua di dunia ini menyebarkan islam sehingga dikatakan 3/4 daripada mereka ini meninggal di luar Mekah dan Madinah. Murid kepada sahabat RSAW ini dipanggil tabien. Dan murid kepada tabien ini dipanggil sebg tabiut tabien. Wujudnya sahabat, tabien dan tabiut tabien ini berlaku selama 3 kurun (300 tahun). Di zaman itu mereka dipanggil sebagai salafussoleh. Selepas itu, selama 400 tahun sesudahnya dipanggil sebg khalfuttoleh. (Maksudnya antara 10 org, hanya 3-4 sahaja yg tergolong dalam org soleh). Bila dicampur ia menjangkau 700 tahun lamanya.

Selepas 700 tahun ini, hinggalah di zaman kita ini, adalah zaman fitnah yg mengigit. Kini kita berada di 1426 Hijrah. Bermaksud zaman fitnah kita ini amat dahsyat sehingga org-org soleh adalah ibarat seperti gagak putih. Mengikut sunnatullah, maka di zaman ini sepatutnya akan lahir penyelamat iaitu Imamul Mahdi. Imamul Mahdi akan ditunjuk oleh Al Fatta At Tamimi di mana beliaulah yg akan membina daulah terlebih dahulu sebelum kekhalifahan diserahkan kepada Imam Mahdi. Imam Mahdi al Muntazar ini akan pula memperkenalkan  Nabi Isa AS yg akan membunuih Dajjal. Dan kebangkitan ISLAM kali kedua akan berlaku selepas itu. Secara ringkasnya begitulah.

tetapi menurut Syiah semua sahabat RSAW itu adalah munafik semuanya murtad (meninggalkan agama islam) sepeninggal RSAW selain daripada 3 orang SAHAJA yg tidak kafir/munafik  iaitu Abu Dzar, Ammar bin Yassir dan Salman Al Farisi.


Jadi kalau kita tilik semula sejarah penyebaran agama islam oleh sahabat-sahabat RSAW itu maka nampaknya kita semua ini terpaksalah kembali semula semuanya mengucap 2 kalimah syahadah begitu juga keturunan kita yg terdahulu kerana telah diislamkan di tgn org-org yg sudah murtad/kafir. ADAKAH INI MASUK DALAM AKAL SDRA-SDRI?...tak perlulah tatie cakap pjg-pjg..tepuk dada tanya iman masing-masing.

tatie rasa tk perlu tatie cerita pjg-pjg lagi. Hidayah dan taufik itu adalah milik Allah jua. tatie tidak suka memanjangkan hujah kerana kami diajar utk menzahirkan kebenaran bukan memperkatakan kebenaran sahaja. Tatie serahkan kepada Tuhan perkara ini. Rasanya dgn ilmu yg dangkal ini, tgjawab tatie sudah dilaksanakan.

Cuma satu yg tatie mahu peringatkan diri tatie dan saudara-saudari semua, jgnlah kita MENGKAFIRKAN SESEORG ITU selagi mereka masih mengakui bahawa Allah itu Esa, Muhammad itu RSAW dan tetap mengamalkan dan meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam.


Sekian. wallahualam.


hmmm panjang, tapi.... apa jawapannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2005 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 12-12-2005 11:20 PM


hmmm panjang, tapi.... apa jawapannya?

Cuma apa yang kami nyatakan kepada anda, apabila anda mengatakan kami bebas memilih apa yang kami percaya, maka anda jangan lagi campur tangan dalam kepercayaan kami. Dan Apabila anda mengatakan bahawa Ahlul Bait adalah orang2 yang seperti anda sebutkan itu, tidak pernah pula anda membawakan dalil untuk itu, dan di dalam sebuah perbincangan ilmiah berdalil, jawapan anda memang tertolak langsung


tatie tidak campurtangan dalam kepercayaan anda..tetapi adalah tgjawab tatie utk menerangkan kepada umum (dlm hal ini pengikut ASWJ) apakah definisi mengikut ASWJ terhadap ahlulbait. dalilnya ?...Tatie tidak paparkan di sini kerana tatie menganggap semua yg membaca adalah pengkaji ilmiah dan boleh mencari sendiri dalil tersebut di dalam kitab ASWJ kerana ia termasuk dalam iktikad ASWJ. Jika perkara yg sedemikian umum dan berkaitan dgn fahaman yg dianut pun pengikut ASWj tidak berupaya mencarinya maka tidak heranlah kalau mereka itu dikatakan bertaklid buta dan dgn senang ditipu daya oleh golongan-golongan yg munafik. Perbincangan ilmiah sebegini bukan berasaskan spoon feeding tetapi sama-sama mengkaji secara ilmiah.

lagipun tentu anda sudah arif dgn dalil pihak ASWJ mengenai definisi ahlulbait sehingga anda mengaku bahwa anda dgn berilmiahnya  menolak dan membuat kesimpulan bahwa ahlulbait menurut Syiah hanya ahlulbait Ali bukan Ahlulbait RSAW menurut definisi ASWJ. satu pertanyaan tatie, dalam ahlulbait Ali pula, Syiah hanya menerima sebahagian sahaja bukan pula semua. Maka adakah ini bermakna dalam ahlulbait Ali, Syiah telah menolak dan membuat kesimpulan hanya menerima segelintir pula ahlulbait yg terpilih dari ahlulbait Ali?.

Apa kena mengena Abu Bakar dan Umar, serta Uthman dalam perkaitan darah Nabi saaw? hadis-hadis anda sendiri menngisyaratkan Ahlul Bait dengan bukan seperti apa yang anda idamkan


Menurut ASWJ, yg disebut ahlulbait adalah semua isteri RSAW, semua anak RSAW, cucu, mertua, menantu, ipar, bapa saudara, ibu saudara RSAW dan juga semua keturunan mereka yg ada hubungan darah dgn RSAW.

Sila rujuk definisi di atas.
Tidakkah Bill memahami definisi yg diberikan tersebut dalam konteks pemahaman dalam bahasa melayu?. Bukankah Abu Bakar, Umar itu mertua RSAW dan Usman Affan itu menantu RSAW?. Apakah Bill tidak faham definisi yg diberikan itu sehingga bertanya soalan yg pelik seperti di atas?.


Pendapat  Syi'ah yg tatie dapati  berpendapat bertentangan dgn definisi ASWJ mengenai ahlulbait. (MAKLUMAT INI DIDAPATI BERDASARKAN KITAB SYIAH YG MAHSYUR BUKAN DARI KITAB ASWJ)


Mereka membatasi bahwa yang dimaksud dengan Ahlu Bait Kenabian hanya 4 orang, iaitu Ali dan Fathimah serta  Hassan dan Husain. Selain dari 4 orang tersebut mereka keluarkan dari golongan Ahlu Bait Nabi. Lalu mereka mengada-ada suatu yang lebih radikal iaitu  anak-anak Ali sendiri yang bukan anak Fatimah juga mereka keluarkan dari lingkungan AhluBait Nabi. Selain Hasan dan Husain, anak-anak Ali yang lain mereka keluarkan dari Ahlu Bait Nabi, seperti Muhammad Ibnu Al-Hanafiyah. Begitu juga Abu Bakar, Umar,Ustman bin Affan, Abbas, Ja'far, Abdullah, Ubaidillah, dan Yahya serta  juga anak-anak mereka. Anak-anak mereka yang laki-laki ada 12 orang, sedang yang wanita ada 18 orang atau 19 orang menurut berbagai-bagai riwayat. Anak kandung Rasulullah saw. sendiri yang bernama Zainab dan Ummu Kaltsum serta anak-anak dari keduanya tidak mereka masukkan sebagai Ahlu Bait Nabi. Ini adalah satu titik hitam besar keterlaluan. Bahkan anak Hasan Bin Ali sendiri tidak mereka masukkan ke dalam Ahlu Bait Nabi. Begitu juga anak-anak dari Husain sendiri disebabkan anak-anak Hussain ini  mereka (syiah)  tidak  senangi, tidak membenarkan akan pendapat mereka, tidak tunduk kepada rencana jahat mereka. Ini lebih keterlaluan dari yang pertama.

Karena itulah mereka (syiah) banyak mengeluarkan fatwa-fatwa atas kebanyakan anak-anak Husain yang menuduh mereka dengan kebohongan, kedurhakaan dan merusak, bahkan menuduh mereka dengan kafir dan murtad. Begitulah mereka mencaci dan mengkafirkan akan anak-anak bapa saudara  Rasulullah saw. Begitu juga anak-anak dari ibu-ibu saudara  beliau. Bahkan juga anak-anak dari Abu Thalib selain Ali r.a.

Harus diingat bahwa mereka (syiah)  mengeluarkan anak-anak perempuan Rasulullah saw. yang 3 orang selain Fatimah. Begitu juga suami-suami mereka dan anak-anak mereka. Semua tidak mereka anggap Ahlu Bait Nabi.


hadis apa pula yg Syiah gunakan utk membuat pembahagian seperti di atas?. Kita ASWJ  tidak mengerti dengan cara bagaimana mereka membagi-bagi sedemikian itu, dengan alasan apa, dalil apa mereka membuat-buat pembahagian sedemikian itu..

MUNGKIN BOLEH BILL PERJELASKAN ?.

hadis-hadis anda sendiri menngisyaratkan Ahlul Bait dengan bukan seperti apa yang anda idamkan


Tolong Bill berikan hadis ASWJ yg menyatakan pembahagian ahlulbait yg tidak memasukkan isteri-isteri RSAW (kita ambil satu contoh sahaja di sini)  sebg bukan ahlulbait.

Apa pula komen Bill terhadap ayat Al Quran ini iaitu surah al ahzaab ayat 33 dan 34 yg terdapat lafaz ahlulbait. Menurut tafsir Ibnu Abi Hatim, Ibnu Asaakir dan Ibnu Marduwih YG merujuk ahlulbait di dalam ayat tersebut kepada isteri-isteri RSAW. Ibnu Abbas, Ikrimah, Atha, Al Kalby, Muqatil dan SAid bin JAbir telah juga mensepakati bahwa ahlulbait yg tersebut dalam surah tersebut  adalah khusus merujuk kpd isteri-isteri RSAW.

Sebagai jalan menyelamatkan mazhab anda, anda menggolongkan kesemua orang2 yang anda cintai ke dalam senarai Ahlul Bait Nabi anda saaw, sedangkan ALlah dan RasulNya tidak langsung sependapat dengan anda.


Bagaimana agaknya anda wahai Bill dgn begitu yakin mengatakan Allah dan rasulNya tidak sepakat dgn fahaman ASWJ?. berat tuduhan anda ini, tetapi malangnya anda sendiri lupa bermuhasabah diri lalu begitu pantas membuat tuduhan bahawa ASWj yg mencampuri urusan anda sedangkan anda menyebar dan membuat tuduhan yg begitu hebat kepada fahaman ASWj, anda tidak sedar. Adalah kewajipan ASWJ  di atas kecintaan kami kepd Allah dan rasulNya kami ASWj menjawab segala petuduhan Syiah terhadap kami.

Zaid sendiri di dalam Muslim menyatakan Ahlul Bait adalah berketurunan darah.


Apa yg dikatakan Zaid itu adalah benar mengikut definisi ASWJ  tetapi nampaknya Bill tidak faham definisi yg diberikan oleh tatie itu.Rujuk di bawah ini.

Menurut ASWJ, yg disebut ahlulbait adalah semua isteri RSAW, semua anak RSAW, cucu, mertua, menantu, ipar, bapa saudara, ibu saudara RSAW dan juga semua keturunan mereka yg ada hubungan darah dgn RSAW.


Wahai Bill?..sebenarnya anda yg tidak menjawab soalan tatie :

Wahai Syiah jawablah, apakah RSAW berdusta apabila baginda menjamin syurga ke atas 10 sahabat-sahabat baginda itu?.

BAGAIMANA PENGIKUT SYIAH BOLEH TERTIPU SEDANGKAN KITA SEMUA TAHU BETAPA RSAW SGT SAYANG DAN MENJAMIN KETIGA-TIGA MEREKA INI SEBG AHLI SYURGA dapat PULA DIPESONGKAN DGN TUDUHAN MURTAD DAN KAFIR?.


jawablah wahai Bill....mari kita buka kitab buka Kitab Syiah Uyunu Akhbarir Ridla oleh Ibnu Bawaih Al Qummy yg bergelar As Shaduuq yg memetik kata-kata Imam ke 8 Syiah Ali bin Musa (Ar Ridha) tentang sabda RSAW yg berbunyi :

Para sahabatku  seperti bintang-bintang, siapa sahaja yang kamu ikuti, kamu akan mendapat petunjuk.

jadi apakah jawapan anda terhadap petikan dari kitab Syiah yg ditulis oleh ulamak Syiah yg mahsyur ini (itupun sekiranya anda kenal).

bagaimana dalam masa yg sama jelas sekali hadis tersebut diketahui oleh org Syiah dan ulamaknya, mengapa pula syiah lupa dan tidak faham mengenai hadis tersebut sehingga mengabaikannya dan membuat kesimpulan bahwa sahabat-sahabat RSAW itu murtad selepas peninggalan/wafat RSAW?. Adakah hadis RSAW itu hanya sah semasa hayat baginda sahaja?. Kalau begitulah pendpat org Syiah, maka memang patut sgtlah ASWJ menyatakan betapa bahayanya iktikad anda semua walaupun kami tidaklah sampai sanggup mengkafirkan sesama saudara seislam sebgmana Syiah mengkafir dan memurtadkan para sahabat RSAW.

tatie tidak mahu memberi pelbagai soalan cukuplah perkara yg berkaitan dengan perbezaan pendpat antara Syiah dan ASWJ mengenai sahabat RSAW. Kalaulah ini yg bill katakan bukan perbincangan ilmiah, maka terpulanglah. tatie tidak mengharapkan Bill faham kerana ulamak Syiah moden  (bukan merujuk kepada imam-imam 12 ahlulbait yg ASWJ iktiraf tersebut) yg terkenal byk ilmunya itupun sama ada tidak faham atau bertaqiyyah demi nafsu mereka terhadap hal ini.

Tujuan kami hanya utk membersihkan nama-nama imam ahlulbait yg Syiah pergunakan dan putarbelitkan sebg hujah mereka berdasarkan atas kepentingan apa, biarlah Allah SWT sahaja yg menilainya. Dan tujuan kami adalah utk menyelamatkan pengikut ASWj daripada tertipu dgn hujah Syiah yg mengkafirkan sahabat RSAW dan mengelirukan definisi ahlulbait.

bersambung

[ Last edited by serihartatie at 13-12-2005 09:56 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 09:25 AM | Show all posts
AKHIR KATA RENUNGKANLAH KATA IMAM-IMAM AHLULBAIT YG DIIKTIRAF SYIAH  INI :


Maka ini dia ALI BIN AL-HUSAIN yang diberi gelar ZAINUL ABIDIN ImamYang Maksum ke Empat menurut kepercayaan mereka (Syi'ah), yang dipandang sebagai Sayid Ahlulbait di zamannya, juga menyebut dan mengingat akan Para Sahabat Rasulullah saw. mendoakan mereka agar mendapat rahmat dan ampunan, karena merekalah yang membela Penghulu Seluruh Makhluk (Muhammad) dalam penyebaran dakwah tauhid, dan menyampaikan RisalaH Allah kepada makhluk-Nya. Beliau berkata: "Ingatlah mereka semua yang Allah dengan ampunan dan keridlaan, terutama para Sahabat Muhammad, yang telah berlalu sebagai Sahabat terbaik, yang telah merasakan cobaan yang baik (balaui hasan) dalam membelanya, mereka selalu mendampingi beliau dan segera bertindak sebagai wakil beliau, berlumba memenuhi anjuran beliau, mematuhi apa juga yang diperdengar beliau kepada mereka berupa hujjah risalah beliau. Mereka rela meninggalkan isteri-isteri dan anak anak untuk mengukuhkan agama dan Kalimah Allah, mereka rela berperang melawan sanak saudara mereka sendiri untuk membenarkan kenabian beliau. Mereka rela putus dengan keluarga untuk menguatkan ikatan dengan beliau. Ya Allah, mereka tidak meninggalkan apa-apa untuk Engkau dan memenuhi perintah-Mu ridlailah mereka dari keridaan Engkau, erana mereka membela kebenaran Engkau, mereka melakukan itu untuk Engkau dan mengharapkan Engkau, syukurilah mereka atas keridaan mereka meninggalkan kampung halaman mereka, keluar dari kehidupan yang lapang kepada penghidupan yang sempit, dari yang banyak kepada yang sedikit demi menguatkan agama-Mu.

Ya Allah, limpahkan juga semua itu kepada golongan Tabi'in yang mengikuti jejak mereka dengan baik, karena mereka selalu berdoa: Rabbana, wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu beriman dari pada kami, balasilah mereka dengan sebaik-baik balasan. Mereka telah meneruskan tujuan mereka, menjurus ke arah yang mereka tuju. Mereka tidak pernah ragu mengikuti jejak dan petunjuk mereka. Mereka menganut agama yang mereka anut, mengikuti petunjuk mereka, selalu sepakat tak pernah berselisih dengan mereka dalam semua hal. Tidak pernah timbul dalam hati mereka salah sangka atau salah pengertian terhadap apa saja yang telah dilaksanakan para Sahabat terhadap mereka.( 38)

Salah seorang dari anak-anaknya, iaitu Hasan Bin Ali yang terkenal dengan nama Al-Hasan Al-Askary-Imam Kesebelas di kalangan mereka berkata dalam tafsirnya: "Kalimullah Musa a.s. pernah bertanya kepada Tuhannya, adakah di antara para Sahabat para Nabi orang yang lebih muiia menurut Engkau (Ya Allah) yang lebih mulia dari Sahabat-sahabatku?". Allah menjawab: "Hai Musa, tidakkah engkau tahu bahwa kelebihan para Sahabat Muhammad saw. atas semua Sahabat para Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah seperti kelebihan Muhammad saw. atas semua Nabi dan Rasul".(39)

la menulis sesudah itu dalam Tafsir Al-Hasan Al-Askary: "Bahwa seorang dari orang-orang yang membenci Muhammad dan Sahabat-sahabat beliau yang baik-baik, atau salah seorang dari para Sahabat itu, maka Allah akan menyiksanya dengan siksa yang kalau dibagi-bagi kepada masing-masing makhluk Allah, seluruhnya akan binasa.(40)


(38) "Shahifah Kamilah" oleh Zainul Abidin hal. 13, cetakan Mathba'ah Thibby, Calcutta, India tahun 1248 H.
(39) "Tafsir AI-Hasan Al-Askary" halaman 65 cetakan India; juga "Al-Burhan" juz III hal. 228, sedang Jafazd darinya.
(40) "Tafsir Al-Hasan Al-Askary" hal. 196)

Wahai Bill, adakah kata-kata Imam 12 itu yg anda ikuti atau kata-kata Imam Syiah Ayatullah dan Mullah sekrg yg anda ikuti?.

[ Last edited by serihartatie at 13-12-2005 10:22 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 09:49 AM | Show all posts
Sekalipun beliau tidak punya satu jawapan apapun atas semua itu, tanpa rasa malu memilih jalan untuk mencerca  kaum SYiah pula. Apa lagi yang orang seperti ini mahukan, mereka mencanangkan persatuan, tetapi pada masa yang sama menyulam kebencian. Mereka meminta penjelasan, dan setelah tidak terjawab, mengambil pula cara menyelamatkan diri dengan menghentam lawannya pula. Hampir tidak berguna perbinncangn seperti ini terus berlangsung.


Wahai Bill,
tatie hanya ingin memetik kata-kata dari Ibnu Abbas :

Jangan kamu terlalu rakus menghina kami, sedang kami harus menghormati kamu
Agar kami tidak menyakiti kamu sedang kamu tetap menyakiti kami..



hmmm...tidak ada satupun jawapn Serihartatie terhadap apa yang kami bawakan kepadanya. Sekalipun beliau tidak punya satu jawapan apapun atas semua itu, tanpa rasa malu memilih jalan untuk mencerca  kaum SYiah pula.


TATIE sebenarnya memang ingin menjawab dan mengutip petikan dari kitab Syiah yg ditulis oleh Imam Syiah moden yg mahsyur mengenai PERISTIWA RAMPASAN PERANG FADAQ ini. Yelah sebg memuaskan hati Bill yg selalu mendakwa bahwa kami ASWJ tidak merujuk kpd kitab Syiah di dalam mengutarakan hujah.


PERTIKAIAN YG BERLAKU ANTARA ABU BAKAR DAN FATIMAH  menunjukkan bgmana halusnya peristiwa ini diputarbelitkan oleh Syiah sehingga kelihatan kepada kita bahwa alangkah TIDAK SEMPURNANYA AKHLAK FATIMAH DAN ABU BAKAR HANYA KERANA MEMPERTAHANKAN HARTA DUNIA. Sedangkan kami ASWJ sgt tahu bahawa AKHLAK KEDUA-KEDUA AHLULBAIT INI SANGAT SEMPURNA DAN TIDAK MASUK AKAL HANYA KERANA HARTA DUNIA INI MEREKA BERTELAGAH SEHINGGA MEMUTUSKAN SILATURAHIM.

anda bukan sahaja mencela S.Abu Bakar dan tetapi juga turut mencela ahlulbait (S.Fatimah) yg anda kata anda cintai dari periwayatan syiah tersebut.


fitnah apakah ini yg dibawa oleh puak Syiah ke atas insan-insan kesayangan RSAW ini?....

cumanya, hold dulu bagi memberi laluan kpd Bill & the Gang  menjawab soalan-soalan tatie dlm posting sebelum ini.

[ Last edited by serihartatie at 14-12-2005 06:57 AM ]
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2005 10:28 AM | Show all posts
Nampaknya Tatie semakin berapi-api mempertikaikan pegangan golongan Syiah. Sebenarnya pertikaian tersebut merupakan kemusykilan golongan Sunni terhadap kewajaran kepercayaan yang ada dalam ajaran Syiah yang seperti sukakan sifat benci-membenci, ketidakadilan status ahlulbait dan seperti mempunyai sikap taksub kepada ulama melebihi Imam mereka sendiri. Bagaimana pendapat wakil-wakil Syiah pula?   

Saya sendiri mempunyai kemusykilan di sini. Sejak bila pula status Imam perlu diturunkan secara monarki pula seperti yang berlaku ke atas Imam 12? Adakah Imam itu perlu dan wajib mempunyai darah diraja ? Tidakkah wujud unsur konspirasi di sini?

[ Last edited by simplelife at 14-12-2005 10:30 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2005 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 12-12-2005 04:10 PM
berbalik kpd isu penyatuan, saya ada bahan utk dibaca dan dinilai oleh para sahabat sekalian. apa yg saya akan cp lepas ini ialah terjemahan saya kepada satu mukaddimah oleh Syeikh Saad Rustum, pen ...


Petikan yang cukup menarik........
Syukur Alhamdulillah, masih ada lagi ulama yang tidak terlalu taksub kepada pegangan mereka dan bersikap terbuka terhadap ajaran yang lain...
Harap-harap kalau ada sambungan lagi daripada petikan ini bolehlah dikongsi bersama......

[ Last edited by simplelife at 14-12-2005 10:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2005 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by salmon at 12-12-2005 01:07 PM


Salam kpd semua...

Mmm.... nampaknya ada keanehan pada mereka sendiri!! Mereka mengatakan yang Syiah ini ada Bidaah? Padahal mereka sendiri yang membuat bidaah!!! Jika kita temukan dlm Kita ...


Memang ASWJ ada membuat bidaah, tetapi ini diakui juga oleh ulama-ulama mereka dan proses penghapusannya sedang berjalan secara beransur-ansur di kalangan masyarakat Sunni....
Jadi tidak timbul soal taksub di sini.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2005 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 12-12-2005 12:33 AM


salam
ianya tidak semudah itu Simplelife. Mereka hanya mahu melihat dari sudut yang berbeza, dan bukan dari perkara yang dikongsi bersama misalnya Tuhan yang satu, kaabah yang sama, Quran yang ...


Adalah diharapkan bahawa mazhab tersebut adalah berasaskan ajaran Islam yang murni dan bukan soal kepentingan puak semata-mata.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2005 10:42 AM | Show all posts
di manakah terletaknya kempimpinan umat Islam? kemanakah tujuannya taksub, hawa nafsu dan kebencian itu? apakah tujuannya? adakah kepimpinan yang membuat kezaliman, kerosakan, dan perubahan terhadap hukum-hukum Allah digelar KEMPIMPINAN UMAT ISLAM ?


Adalah diingatkan di sini bahawa pertelingkahan akibat jawatan kekhalifahan telah lama berlalu dan pemimpin yang zalim pada masa tersebut tidak boleh mewakili golongan Sunni secara keseluruhannya menyebabkan ajaran Sunni dihukum sekali.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 14-12-2005 11:56 AM | Show all posts
Maka ini dia ALI BIN AL-HUSAIN yang diberi gelar ZAINUL ABIDIN ImamYang Maksum ke Empat menurut kepercayaan mereka (Syi'ah), yang dipandang sebagai Sayid Ahlulbait di zamannya, juga menyebut dan mengingat akan Para Sahabat Rasulullah saw. mendoakan mereka agar mendapat rahmat dan ampunan, karena merekalah yang membela Penghulu Seluruh Makhluk (Muhammad) dalam penyebaran dakwah tauhid, dan menyampaikan RisalaH Allah kepada makhluk-Nya. Beliau berkata: "Ingatlah mereka semua yang Allah dengan ampunan dan keridlaan, terutama para Sahabat Muhammad, yang telah berlalu sebagai Sahabat terbaik, yang telah merasakan cobaan yang baik (balaui hasan) dalam membelanya, mereka selalu mendampingi beliau dan segera bertindak sebagai wakil beliau, berlumba memenuhi anjuran beliau, mematuhi apa juga yang diperdengar beliau kepada mereka berupa hujjah risalah beliau. Mereka rela meninggalkan isteri-isteri dan anak anak untuk mengukuhkan agama dan Kalimah Allah, mereka rela berperang melawan sanak saudara mereka sendiri untuk membenarkan kenabian beliau. Mereka rela putus dengan keluarga untuk menguatkan ikatan dengan beliau. Ya Allah, mereka tidak meninggalkan apa-apa untuk Engkau dan memenuhi perintah-Mu ridlailah mereka dari keridaan Engkau, erana mereka membela kebenaran Engkau, mereka melakukan itu untuk Engkau dan mengharapkan Engkau, syukurilah mereka atas keridaan mereka meninggalkan kampung halaman mereka, keluar dari kehidupan yang lapang kepada penghidupan yang sempit, dari yang banyak kepada yang sedikit demi menguatkan agama-Mu.

Ya Allah, limpahkan juga semua itu kepada golongan Tabi'in yang mengikuti jejak mereka dengan baik, karena mereka selalu berdoa: Rabbana, wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu beriman dari pada kami, balasilah mereka dengan sebaik-baik balasan. Mereka telah meneruskan tujuan mereka, menjurus ke arah yang mereka tuju. Mereka tidak pernah ragu mengikuti jejak dan petunjuk mereka. Mereka menganut agama yang mereka anut, mengikuti petunjuk mereka, selalu sepakat tak pernah berselisih dengan mereka dalam semua hal. Tidak pernah timbul dalam hati mereka salah sangka atau salah pengertian terhadap apa saja yang telah dilaksanakan para Sahabat terhadap mereka.( 38)

Salah seorang dari anak-anaknya, iaitu Hasan Bin Ali yang terkenal dengan nama Al-Hasan Al-Askary-Imam Kesebelas di kalangan mereka berkata dalam tafsirnya: "Kalimullah Musa a.s. pernah bertanya kepada Tuhannya, adakah di antara para Sahabat para Nabi orang yang lebih muiia menurut Engkau (Ya Allah) yang lebih mulia dari Sahabat-sahabatku?". Allah menjawab: "Hai Musa, tidakkah engkau tahu bahwa kelebihan para Sahabat Muhammad saw. atas semua Sahabat para Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah seperti kelebihan Muhammad saw. atas semua Nabi dan Rasul".(39)

la menulis sesudah itu dalam Tafsir Al-Hasan Al-Askary: "Bahwa seorang dari orang-orang yang membenci Muhammad dan Sahabat-sahabat beliau yang baik-baik, atau salah seorang dari para Sahabat itu, maka Allah akan menyiksanya dengan siksa yang kalau dibagi-bagi kepada masing-masing makhluk Allah, seluruhnya akan binasa.(40)

(38) "Shahifah Kamilah" oleh Zainul Abidin hal. 13, cetakan Mathba'ah Thibby, Calcutta, India tahun 1248 H.
(39) "Tafsir AI-Hasan Al-Askary" halaman 65 cetakan India; juga "Al-Burhan" juz III hal. 228, sedang Jafazd darinya.
(40) "Tafsir Al-Hasan Al-Askary" hal. 196)

Wahai Bill, adakah kata-kata Imam 12 itu yg anda ikuti atau kata-kata Imam Syiah Ayatullah dan Mullah sekrg yg anda ikuti?.


Salam wahai serihartatie,

Apakah anda tidak membaca dahulu apa yang anda tampilkan? Dimana nama khalifah yg pertama, kedua dan ketiga didalam hadis Imam suci ini? Di mana? Tidak ada mana2 kitab muktabar Syiah pun yg mengiktiraf mereka bertiga dari segi Ilmu mahupun Akhlak. Dimana mereka??:stp:

Memetik kata-kata khalifah kedua, Anda dan Ust Luz telahpun Meracau. :gila:
Sila rujuk Kitab Bukhari (Tragedi Khamis)

Kami semua tidak pernah tergoncang dengan emosi apabila membentangkan kebenaran kerana "bill & the gang" bukanlah org yang tidak berfikiran waras, dipenuhi emosi sehingga terlalu taksub dengan pegangan kami. Oleh kerana dalil serta akal sendiri telah membuktikan bahawa berpegang kepada ahlul bayt itu adalah Kebenaran Hakiki maka seharusnya kita patuh. Bukan dalil dari Syiah shj, malah dari ASWJ juga membuktikan Syiah betul. Mereka yg mahu akan kebenaran, semoga mendapat rahmatNYA dan dibukakan hati.

Buktikan Syiah Salah?? Viper bersedia tunduk pada ANDA......
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 14-12-2005 10:37 AM


Memang ASWJ ada membuat bidaah, tetapi ini diakui juga oleh ulama-ulama mereka dan proses penghapusannya sedang berjalan secara beransur-ansur di kalangan masyarakat Sunni....
Jadi tidak timbu ...



WAHAI SIMPLELIFE,

mengikut ASWJ bidaah ada dua iaitu bidaah hasanah (baik)  dan bidaah dhalalah(sesat). Sila rujuk fatwa Imam Syafei.

apa yg tatie maksudkan ke atas mazhab syiah itu adalah bidaah dhalalah...

proses penghapusan hanya pada bidaah dhalalah bukan bidaah hasanah. Contoh yg diberikan oleh salmon itu adalah bidaah hasanah.

terdapat beberapa perkara keagamaan yang dilakukan di zaman Khalifah ar rasyidin dan termasuk dalam kategori Bid'ah Hasanah. Antaranya :

1- Membukukan Al-Quran yang di lakukan di zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

2- Melakukan solat terawih berjemaah yang di perintahkan oleh Saidina Umar Al-Qhattab.

3- Mengadakan azan pertama dalam solat jumaat yang di perintahkan oleh Saidina Othman


Harap maklum perkara ini dan jgn sampai mengelirukan pengikut ASWJ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by viper at 14-12-2005 11:56 AM


Salam wahai serihartatie,

Apakah anda tidak membaca dahulu apa yang anda tampilkan? Dimana nama khalifah yg pertama, kedua dan ketiga didalam hadis Imam suci ini? Di mana? Tidak ada mana2 ki ...


kerana tatie bacalah tatie faham bahawa yg dimaksudkan di dalam kitab itu merujuk kepada sahabat-sahabat RSAW.

Kalaupun diambil secara umum, tanpa merujuk kepada siapakah sahabat-sahabat tersebut itupun pembaca boleh tahu siapakah yg digolongkan dan dimaksudkan oleh kitab itu.

Adakah viper hanya menganggap bahawa sahabat yg dimaksudkan itu hanya 3 org sahaja?. Miqdad, Abu Dzar dan Salman Al Farisi?.

sebenarnya tatie hanya paparkan secara umum sahaja. memang ada pengakuan S. Ali dan ahlulbait yg dipetik dari kitab syiah yg menyebut penghormatan mereka kpd S. Abu Bakar, S. Umar dan S. Uthman ini. Rupanya anda yg tidak tahu sepatutnya anda jgn cepat bertaklid sahaja, kaji dulu dari kitab ASWj dan kitab Syiah, buat perbandingan.

lebih-lebih lagi pengakuan itu dipetik dari kitab syiah tetapi anda pun tidak tahu.

Buktikan Syiah Salah?? Viper bersedia tunduk pada ANDA......


hehehe....tatie bukan mahu buktikan syiah salah tetapi atas dasar tgjwab utk mengembalikan dan membersihkan nama RSAW, ahlulbait dan Sahabat-sahabat baginda.

tunduk kepada tatie?...masyaallah..kita hanya perlu tunduk dan berserah pada Tuhan..

Kami semua tidak pernah tergoncang dengan emosi apabila membentangkan kebenaran kerana "bill & the gang" bukanlah org yang tidak berfikiran waras, dipenuhi emosi sehingga terlalu taksub dengan pegangan kami. Oleh kerana dalil serta akal sendiri telah membuktikan bahawa berpegang kepada ahlul bayt itu adalah Kebenaran Hakiki maka seharusnya kita patuh. Bukan dalil dari Syiah shj, malah dari ASWJ juga membuktikan Syiah betul. Mereka yg mahu akan kebenaran, semoga mendapat rahmatNYA dan dibukakan hati.


Siapa yg mempertikaikan ahlulbait?...ASWJ sgt cintai pada ahlulbait dan kerana itulah ulamak-ulamak ASWJ tidak snggup melihat kitab syiah yg memalsukan kata-kata ahlulbait dan membuat riwayat palsu pula. Kerana kecintaan RSAW dan ahlulbait kepada sahabat-sahabat RSAW jugalah, kami bela dan juga kami bersihkan nama-nama sahabat RSAW. Memang kecintaan kami kpd ahlulbait adalh berdasarkan dalil dari wahyu tuhan juga. Namun Syiah memesongkan semua dalil itu menurut tafsiran berdassarkan akal yg dipandu nafsu lalu matilah kebenaran yg hakiki.
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2005 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 14-12-2005 02:46 PM



WAHAI SIMPLELIFE,

mengikut ASWJ bidaah ada dua iaitu bidaah hasanah (baik)  dan bidaah dhalalah(sesat). Sila rujuk fatwa Imam Syafei.

apa yg tatie maksudkan ke atas mazhab syiah itu ad ...


lupa pulak nak tambah dhalalah kat belakang tu....
tu la kan, kalau dulu Al-Quran tak dibukukan kerana dianggap bidaah dhalalah, sudah tentu ada banyak versi Al-Quran yang ada pada hari ini seperti yang berlaku kepada kitab Bible etc....sepatutnya kita berterima kasih kepada Saidina Uthman (r,a) atas jasa beliau........

[ Last edited by simplelife at 14-12-2005 03:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 14-12-2005 03:13 PM


lupa pulak nak tambah dhalalah kat belakang tu....
tu la kan, kalau dulu Al-Quran tak dibukukan kerana dianggap bidaah dhalalah, sudah tentu ada banyak versi Al-Quran yang ada pada hari ini se ...


setuju dgn simplelife......

simplelife, depa kata kita bergoncang sebb ndak pertahankan ASWJ..hehehe....padahal kita ni tk ada tujuan ndak main roller coasterpun dgn depa...hehehe...

tapi depa yg dok pusing sana pusing sini ndak balas balik...sampaikan kita kena jadi cikgu bahasa pulak...

ermm...sekrg ni tatie dok guna rujukan dari kitab syiah sebb depa gak yg suruh pi tgk kitab syiah. SENJATA MAKAN TUAN pulak....itu karomah ahlulbait...kena byk tawasul insyaAllah akan hidup kembali KEBENARAN HAKIKI.
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 14-12-2005 03:58 PM | Show all posts
Adakah viper hanya menganggap bahawa sahabat yg dimaksudkan itu hanya 3 org sahaja?. Miqdad, Abu Dzar dan Salman Al Farisi?.


Hmm... bukan itu mereka shj, kalau nak berikan semua nama sahabat pastinya mengambil masa kan. Tapi antaranya adalah mereka dan pastinya bukan Khalifah awal dan kedua.

sebenarnya tatie hanya paparkan secara umum sahaja. memang ada pengakuan S. Ali dan ahlulbait yg dipetik dari kitab syiah yg menyebut penghormatan mereka kpd S. Abu Bakar, S. Umar dan S. Uthman ini. Rupanya anda yg tidak tahu sepatutnya anda jgn cepat bertaklid sahaja, kaji dulu dari kitab ASWj dan kitab Syiah, buat perbandingan.


Boleh tatie tunjukkan? Bukan apa, jangan salah faham, viper nak berkongsi ilmu dengan tatie?


Siapa yg mempertikaikan ahlulbait?...ASWJ sgt cintai pada ahlulbait dan kerana itulah ulamak-ulamak ASWJ tidak snggup melihat kitab syiah yg memalsukan kata-kata ahlulbait dan membuat riwayat palsu pula. Kerana kecintaan RSAW dan ahlulbait kepada sahabat-sahabat RSAW jugalah, kami bela dan juga kami bersihkan nama-nama sahabat RSAW. Memang kecintaan kami kpd ahlulbait adalh berdasarkan dalil dari wahyu tuhan juga. Namun Syiah memesongkan semua dalil itu menurut tafsiran berdassarkan akal yg dipandu nafsu lalu matilah kebenaran yg hakiki.


itu adalah suatu tuduhan yg agak berat. Anda mengatakan kami memesongkan semua dalil. Viper kurang faham. Dalil mana yg dipesongkan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by viper at 14-12-2005 03:58 PM


Hmm... bukan itu mereka shj, kalau nak berikan semua nama sahabat pastinya mengambil masa kan. Tapi antaranya adalah mereka dan pastinya bukan Khalifah awal dan kedua.


Boleh tatie tunjuk ...


betul ker bukan itu sahaja?...apa yg tatie dpt dari kitab syiah tk lebih dari 4 ajer yg Syiah terima sbg sahabat yg tidak murtad/kafir. Tak kan ambik masa lama sgt kot....ndak sebut 4 nama tu...dan dalilnya.

Boleh tatie tunjukkan? Bukan apa, jangan salah faham, viper nak berkongsi ilmu dengan tatie?


ermm...apa tatie tanya kt atas tk jawab lagik....ndak suruh bg dalil lain pulak...jawablah dulu...baru fair and square...

ishkkk....kesian kat budak sekolah ni...byk kerja ni....nanti cikgu rotan...kat forum ni kena jadik biskut ajer..sekejap ada, sekejap tak der...

ustaz nahzaluz dan  simplelife  blh tolong...kan ????...

(nampaknya ustaz zul kena belajar tawasul dulu...hehehe...jgn marah..dah lama tk buat joke dgn ustaz...)

[ Last edited by serihartatie at 14-12-2005 04:16 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2005 05:13 PM | Show all posts
salam
tak tahulah bagaimana boleh terlibat dalam pembicaraan dengan seorang emosi seperti ini. Selama ini bill fikirkan bahawa beliau seorang yang cemerlang daya berfikirnya, namun ternyata hujjahnya (kalau boleh dipanggil hujjah) hanya andaian, angan2, dan kenyataan kosong yang dilemparkan untuk memenangkan mazhabnya semata-mata - bukan untuk mencari kebenaran.


so, mana jawapannya?........

ini sedikit tentang AHlul Bait a.s.

Dikeluarkan oleh al-Thabarani di dalam al-Mu抝am al-Ausath

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 14-12-2005 10:28 AM
........Saya sendiri mempunyai kemusykilan di sini. Sejak bila pula status Imam perlu diturunkan secara monarki pula seperti yang berlaku ke atas Imam 12? Adakah Imam itu perlu dan wajib mempunyai darah diraja ? Tidakkah wujud unsur konspirasi di sini?



salam
sekiranya ianya  berlaku secara monarki, apakah anda tidak mampu menerimanya, dan apakah ianya salah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 05:20 PM | Show all posts
takut-takut SerihaTatie terlupa soalannya dan sebelum beliau memasukkan isu2 lain yang tidak berlkaitan, kita ulangi sekali lagi posting lepas kepada beliau:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

sahih Bukhari, Volume 5, Book 59, Number 546: Kitab al-Maghaazi)

"...So Abu Bakar refused to give anything of that to Fathimah. So she became angry with Abu Bakar and kept away from him, and did not talk to him till she died. She remained alive for six months after the death of the Prophet. When she died, her husband 'Ali, buried her at night without informing Abu Bakar and he said the funeral prayer by himself..."

http://www.usc.edu/dept/MSA/fund ... ukhari/059.sbt.html

Viper telah bawakan riwayat dari Ibnu Qutaibah, dan ianya telah jelas kepada anda bagaimana pendirian AHlul Bait terhadap para khalifah awal. Namun bill petik lagi:

"...di kemudian hari, ketika Sayyidatina Fathimah a.s hampir wafat, beliau (a.s) berkata kepada Abu Bakar dan Umar: "saya bersaksi kepada Allah dan para MalaikatNya, sesungguhnya anda berdua telah membuat saya marah dan anda berdua telah membuat saya tidak redha. Seandainya kelak saya bertemu Nabi saaw, akan saya adukan anda berdua kepadanya!....Demi Allah, saya akan mendoakan keburukan bagimu pada setiap salat yang saya kerjakan!" (Ibnu Qutaibah, Imamah wa al-Siayasah, Jil.1, hlm.19)


Rasulullah saaw bersabda:
"Fathimah adalah bahagian dariku, barangsiapa yang membuatnya marah, membuatku marah!" Bukhari, Kitab Bad'ul Khalq bab manaqib Qarabah Rasul,
-----------
"Fathimah adalah sebahagian daripadaku; barangsiapa ragu terhadapnya, bererti ragu terhadapku, dan membohonginya adalah membohongiku" Bukhari kitab nikah bab Dzabb ar-Rajuli
------------
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith dari Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAWA bersabda: ".....Tidakkah engkau redha (wahai Fathimahh) bahawa engkau adalah saidati-nisa fil-Jannah(pemimpin wanita di syurga) atau pemimpin wanita seluruh alam..." [Sahih Bukhari, Jld. IV, hadith 819
------------
"...bukankah orang yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti telah menggangguku, dan barangsiapa yang menggangguku bererti telah menganggu Allah SWT?" Thabrani dan baihaqi
------------
"Allah sangat murka terhadap orang yang menggangguku melalui keturunanku" dari ibnu Said al-khudri diriwayatkan oleh ad-Dailami.
------------
揝esungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa yang menghinakan(mereka) (Al-Ahzab(33):57)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 05:33 PM | Show all posts
salam
tak tahulah bagaimana boleh terlibat dalam pembicaraan dengan seorang emosi seperti ini. Selama ini bill fikirkan bahawa beliau seorang yang cemerlang daya berfikirnya, namun ternyata hujjahnya (kalau boleh dipanggil hujjah) hanya andaian, angan2, dan kenyataan kosong yang dilemparkan untuk memenangkan mazhabnya semata-mata - bukan untuk mencari kebenaran.


waalaikummussalam....

serangan peribadi pulak ker?...bill, bill....dalam hal memperkatakan dan mempertahankan kebenaran, serangan peribadi itu satu tanda bahawa hujah yg diberi tidak berupaya disangkal..

tak mengapalah kalau bill kata tatie  bodoh ker...no heart feeling....sebb tatie bukan memberi hujah utk mendapt kemenangan peribadi atau atas ketaksuban melulu ke atas mazhab tetapi atas :

dasar kasihsayang sesama saudara seislam dan kecintaan kpd ajaran RSAW  dan kemuliaan keturunannya dan juga sahabat-sahabat beliau yg berkorban nyawa, harta dan seluruh kesenangan dunia utk menegakkan Islam.

kalau rasa-rasa inilah yg dikatakan EMOSI, maka alhamdulillah.......

TAPI MANA JAWAPAN BILL TERHADAP SOALAN TATIE ?....

apapun, tatie akan beri info dari masa ke semasa..apabila masa mengizinkan....tiap2 minggu ada kursus..ni kena kejar gi kursus malam ni sampai hujung minggu...insyaallah pjg umur jumpa lagi..

Ampun maaf.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.064341 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list