CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: simplelife

Menyatukan Sunni dengan Syiah

 Close [Copy link]
simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2005 11:28 AM | Show all posts
Anda telah memberikan tuduhan yang akhirnya kembali kepada anda. Anda sebanarnya memberikan satu pendustaan yang besar terhadap "amanah" ini.

Pendustaan besar?

di manakah terletaknya kempimpinan umat Islam? kemanakah tujuannya taksub, hawa nafsu dan kebencian itu? apakah tujuannya? adakah kepimpinan yang membuat kezaliman, kerosakan, dan perubahan terhadap hukum-hukum Allah digelar KEMPIMPINAN UMAT ISLAM ?

Kepimpinan yang zalim tidak menghalalkan periwayatan hadis-hadis palsu etc. Bukankah Rasulullah (S.A.W) sendiri melarang perbuatan menipu atas nama baginda? Lagipun niat tidak menghalalkan cara dalam Islam....

Tunjukkan kepada kami sejauh mana pengkajian Ulama Sunni terhadap hadis-hadis mereka? Ya, mereka tidak menyokong periwayat secara membuta tuli! Bagaimanakah ingin "melihat" sekiranya hati mereka sendiri sememangnya telah "membuta". Banyak hadis yang digugurkan bukanlah kerana kesilapan, lemah ingatan dsb, tetapi kerana tidak memberikan "saingan"!.
Pipi minta satu sahaja. Sila terangkan hadis sebelum perang badar : Sahih Muslim jilid 1 bab Sujud Sahwi, Hadis no 529 yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.


Atau orang Syiah juga telah "buta' dengan ketaksuban dan kebencian mereka?
Mengenai hadis no 529 (???) , oleh kerana pipi mempunyai pengetahuan luas mengenai hadis tersebut, apa kata pipi saja yang bentangkan hadis tersebut di sini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2005 11:42 AM | Show all posts
opss ... lupa nak ucap ahlan wasahlam kpd giler. ahlan wasahlam ya akhi ila cari forum.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 11:59 AM | Show all posts
Salam :


Simplelife :

Dalam riwayat hadis, Syiah tidak mempunyai satu pendekatan ilmiah untuk menilai kesahihan hadis seperti yang dilakukan oleh ulamak Sunni. Asal sahaja periwayat tersebut seorang penganut syiah imami, maka riwayat mereka diterima.

Pendustaan :
1.
Syiah tidak mempunyai satu pendekatan ilmiah untuk menilai kesahihan hadis seperti yang dilakukan oleh ulamak Sunni.

- Manakah bukti-bukti.

2.
Asal sahaja periwayat tersebut seorang penganut syiah imami

- Berikan dalil-dalil.

3.
Maka bagaimana kita hendak mengetahui bahawa apa yang diriwayatkan itu betul-betul sesuatu yang hak.

- Lalu, bagaimanakah?


Kepimpinan yang zalim tidak menghalalkan periwayatan hadis-hadis palsu etc. Bukankah Rasulullah (S.A.W) sendiri melarang perbuatan menipu atas nama baginda? Lagipun niat tidak menghalalkan cara dalam Islam....

Nampaknya, anda begitu "menghalalkan" kepimpinan yang zalim. Adakah anda bermaksudkan Pemerintahan Yang TIDAK Zalim menghalalkan periwayatan hadis-hadis palsu? Kenyataan anda bermakna :

Pemerintahan Zalim = Ikut Rasullah s.a.w. (tidak menipu atas Nama Baginda s.a.w.)
Pemerintahan TIDAK Zalim = Tidak ikut Rasullah s.a.w. a.k.a. suka menipu atas Nama Baginda s.a.w. ?

Ya, Niat tidak menyalahkan cara!. Justeru mengapakah kempimpinan yang mengikut Rasullah s.a.w. itu bertindak ZALIM? bukankah Rasullah s.a.w. sendiri menghalang KEZALIMAN?. Rasul manakah yang anda ikut itu?


Atau orang Syiah juga telah "buta' dengan ketaksuban dan kebencian mereka?
Mengenai hadis no 529 (???) , oleh kerana pipi mempunyai pengetahuan luas mengenai hadis tersebut, apa kata pipi saja yang bentangkan hadis tersebut di sini?


Maaf, andalah yang terlalu taksub dan terlalu membenci. "membuta" tidak sama seperti "buta".
Sesungguhnya telah diminta pipi daripada anda.




nahzaluz :
Salam ustaz... hawau u. maaflah, pipi banyak "task" pada akhir-akhir ini. Mungkin sehingga akhir bulan Februari tahun depan baru "lengang" sikit. Pada waktu ini pun ada kesempatan-kesempatan yang "agak kecil".
ustaz tak nak tanya simplelife? beliau "baru" juga, tapi dah menjangkau "King". :cak: Alangkah indahnya tika dapat post banyak-banyak. Insya'allah akan diberikan masa dan "kesempatan".

Ustaz, ada lagi seorang ustaz lupa, kekekeke juga ahli baru. Ramai betul ahli baru. Rasa pelik pun ada. Semoga kebenaran senantiasa disamping.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 01:04 PM | Show all posts
salam
simplelife

1)- pertama - kami tidak pernah merendahkan Nabi Bani israel. Kedudukan mereka di sisi ALlah sangat hampir dan tidak ada siapa yang boleh menafikannya.

2)-Apabila kami mengatakan bahawa ulamak umat ini lebih afdhal dari Anbiya' Bani Israel, tidak boleh dikatakan kami merendahkan para Nabi kerana lebih afdhal bukan bermakna orang yang selain mereka dan orang yang dibandingkan khusus dengan mereka mempunyai kedudukan rendah di sisi Tuhan mereka. Apatah lagi, kami hanya mengulang cakap hadis Rasulullah saaw berkenaan hal itu. Dan hal itu kami ulang lagi dalam  soalan, "APakah anda mampu menerima para ulamak umat ini lebih afdhal berbanding Anbiya' Bani Israel, tapi tak mampu menerima Imam keluarga Nabi anda sendiri mempunyai kedudukan lebih tinggi dari para ulamak umat ini?"

3)-Nabi Isa diturunkan khusus untuk memimpin Bani Israel sahaja. Imam Mahdi a.s sebagaimana datuknya Rasulullah saaw bertanggungjawab memimpin seluruh umat manusia- membawa mereka kepada Allah dan menghapuskan semua agama selain Islam. Dan peristiwa Nabi Isa a.s membunuh dajjal serta  menjadi panglima tentera al-Mahdi tidaklah boleh dijadikan hujjah kuat besarnya kedudukan Nabi Isa a.s ke atas al-Mahdi a.s. Sama kesnya apabila Rasulullahi saaw melantik Usamah menjadi panglima perang, tidak bermakna Usamah lebih tinggi berbanding Rasulullah saaw.

4)-   dalam riwayat Sunni: "We the children of Abd Al-Mutalib are the Masters of the inhabitants of Heaven: Myself, Hamza (RA), Ali (AS), Jafar (RA), Hasan (AS), Hussain (AS), and Al-Mahdi (AS)."

Sunni reference:
Sunan Ibn Majah, V2, Tradition #4087
al-Mustadrak, by al-Hakim, on the authority of Anas Ibn Malik
al-Daylami
al-Sawa'iq al-Muhriqah, by Ibn Hajar al-Haythami, Ch. 11, section 1, p245

5)- Pengetahaun anda tentang Syiah nampaknya belum cukup untuk anda menghentam Syiah. Anda tanyalah ustaz Nahzalus anda tentang kitab2 Rijal Hadis kaum SYiah, dan kalau tak silap Nahzalus pun mungkin ada kitab rijal tu. Allamah Hilli misalnya, mahsyur kerana memisah2kan hadis2 sahih, hasan, dhaif dalam koleksi hadis Kafi. Dan tuuduhan anda bahawa kami tidak memerhati baik hadis Rasulullah saaw hanyalah tuduhan yang berdasarkan prasangka:

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa." l-Hujurat - 12)


6)- dalam hal kebenaran, kami tidak mengira sama ada si fulan itu seorang ulamak ataupun malah anak Imam kami sendiri- kami menolak sekiranya mereka bertentangan dengan al-Quran dan hadis2 Rasulullah saaw yang diriwayatkan dari Imam2 kami. Kenyataan anda bahawa kami mengambil semua hadis asalkan perawinya seorang Syiah adalah hanya sekadar serkap jarang atas sikap prejudis anda.

Anda nampaknya memang tidak mengenali SYiah melainkan SYiah yang dicanangkan dalam website2 Anti SYiah, dan dari sumber2 musuh Syiah. Berhati-hati jangan sehinga anda melakukan kesalahan akibat turut serta dalam perkara yang anda sebenarnya tidak ada pengetahuan di dalamnya.

[ Last edited by billionaire at 11-12-2005 01:12 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 01:18 PM | Show all posts
salam

dengan rendah hati, kepada para sahabat, bill sarankan agar kita berhujah dengan baik, hormat, dan lebih santun. Tidak kira apa mazhab kita, perlu ada sikap menghormati. Boleh berdebat, dan berbincang, tapi perlu ada had sehingga tidak sampai menjadi kurang ajar. Boleh berhujjah sinis, tetapi elakkan penghinaan kecuali pada perkara yang hak.

kita ucapkan terimakasih kepada simplelife yang berniat suci menyatukan umat Islam, dan untuk itu semoga ALlah mengganjarkannya dengan kebaikan. Namun secara jujur, simplelife harus melihat melalui Syiah dengan sudut  ruang yang lebih terbuka dan adalah salah mengenali SYiah bukan dari sumbernya.

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 11-12-2005 11:26 AM
ai ... mcm mana nak bersatu ni ... baru lima org dah 'gegak gempita' heh heh... wah bill pun nampak 'segar' jugak. maklumlah, ada 2 org baru ... pipi pun sama heh heh ... jgn mare

teruskanlah ...

salam ustaz

dulupun bill keseorangan di sini, dan kebenaranlah yang menggagahkan insan lemah seperti bill, bukannya banyak atau sedikitnya pengikut dan penyokong. Pasti begitulah juga juga konsep prisnip Unstaz Nahzalus, dan kawan2 lain.

wassalam

p/s: kadang2 malas juga nak berforum, apatah lagi bila beban kerja terlalu banyak. Cuma lately ada sikit banyak sebab... internet access ada bagus, dan kerja agak kurang...lepas ni tak tahulah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2005 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 11-12-2005 01:18 PM
salam

dengan rendah hati, kepada para sahabat, bill sarankan agar kita berhujah dengan baik, hormat, dan lebih santun. Tidak kira apa mazhab kita, perlu ada sikap menghormati. Boleh berdebat, da ...



setuju sangat dgn bill....;)..

apapun, sunni dan syiah ada satu persamaan yg sgt ketara...tawasul kepada RSAW dan ahlulbait. Kami ni dihujung wirid selepas solat dimestikan membaca tawasul  (la hamsatul...)kepada RSAW, Saidatina Fatimah, Saidina Ali, Imam Hassan dan Imam Hussein. Kelima-lima manusia pilihan tuhan ini sangat besar  berkatnya kepada kita sebg umat islam.

Cuma tambahan sikit lagi kami juga bertawasul dgn khulafar urrashidin dan  sahabat-sahabat RSAW. jadi apabila saidina abu bakar, umar dan usman dan isteri2 RSAW dibuat pelbagai dakwaan yg berdasarkan sejarah dari puak syiah sahaja maka kami terasa begitu sedih dan tidak dapat menerimanya.

Kecintaan kami kepada RSAW, ahlulbait, dan sahabat-sahabat RSAW tidak pernah lekang dari bibir kami sewaktu wirid, zikir dan solat...bagaimanalah kami dapat menerima tuduhan-tuduhan yg dikenakan ke atas saidina abu bakar yg assiddiq, umar al faruk, usmanubarrurahim dan aliyu addududdin sedangkan mereka ini adalah juga manusia yg paling dekat, rapat dan diakui oleh RSAW akan ketaqwaannya. Menghina mereka seperti juga kita menghina RSAW dan tidak menghormati keyakinan dan kepercayaan RSAW terhadap mereka ini.

hancur luluh hati kami apabila puak syiah hanya mengambil jalan singkat megiktiraf saidina ali sahaja. Kami harap anda yg selalu mendakwa sebg pecinta ahlulbait dibukakan pintu hati oleh Tuhan melihat fakta ini.

wallahualam.

[ Last edited by serihartatie at 11-12-2005 02:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 11-12-2005 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 11-12-2005 02:04 PM



setuju sangat dgn bill....;)..

apapun, sunni dan syiah ada satu persamaan yg sgt ketara...tawasul kepada RSAW dan ahlulbait. Kami ni dihujung wirid selepas solat dimestikan membaca tawasul ...


Jadi mengapa puak Syiah dengan puak Sunni mahu meneruskan sengketa yang tidak bermotif lagi? Atau memang puak Syiah dengan Sunni gemar hidup berpuak-puak?

[ Last edited by simplelife at 11-12-2005 10:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2005 11:07 PM | Show all posts
salam

nak permudahkan kata-kata yg berselerak
SESUNGGUHNYA ORANG ISLAM ADALAH BERSATU
SESUNGGUHNYA SESAMA ISLAM BERSAUDARA

tapi manusia itu sentiasa bergaduh
dan manusia sentiasa mementing diri sendiri
dan manusia sentiasa tidak puas
dan manusia ADALAH BODOH
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 11-12-2005 02:04 PM

setuju sangat dgn bill......

apapun, sunni dan syiah ada satu persamaan yg sgt ketara...tawasul kepada RSAW dan ahlulbait. Kami ni dihujung wirid selepas solat dimestikan membaca tawasul  (la hamsatul...)kepada RSAW, Saidatina Fatimah, Saidina Ali, Imam Hassan dan Imam Hussein. Kelima-lima manusia pilihan tuhan ini sangat besar  berkatnya kepada kita sebg umat islam.

Cuma tambahan sikit lagi kami juga bertawasul dgn khulafar urrashidin dan  sahabat-sahabat RSAW. jadi apabila saidina abu bakar, umar dan usman dan isteri2 RSAW dibuat pelbagai dakwaan yg berdasarkan sejarah dari puak syiah sahaja maka kami terasa begitu sedih dan tidak dapat menerimanya.

Kecintaan kami kepada RSAW, ahlulbait, dan sahabat-sahabat RSAW tidak pernah lekang dari bibir kami sewaktu wirid, zikir dan solat...bagaimanalah kami dapat menerima tuduhan-tuduhan yg dikenakan ke atas saidina abu bakar yg assiddiq, umar al faruk, usmanubarrurahim dan aliyu addududdin sedangkan mereka ini adalah juga manusia yg paling dekat, rapat dan diakui oleh RSAW akan ketaqwaannya. Menghina mereka seperti juga kita menghina RSAW dan tidak menghormati keyakinan dan kepercayaan RSAW terhadap mereka ini.

hancur luluh hati kami apabila puak syiah hanya mengambil jalan singkat megiktiraf saidina ali sahaja. Kami harap anda yg selalu mendakwa sebg pecinta ahlulbait dibukakan pintu hati oleh Tuhan melihat fakta ini.

wallahualam.


salam
sudilah kiranya kita mampu untuk berbincang dengan lebih ilmiah selepas ini tanpa didasari ketaksuban mazhab. Anda memula bicara maka dengan berbesar hati bill menyambutnya. Posting anda adalah pertanyaan ikhlas yang akan bill usahakan jawab sebaiknya sebagai sebuah perkhidmatan kepada anda.

begini,
Syiah adalah para pengikut Nabi saaw dan selepasnya, mengikuti Ahlul Baitnya yang disucikan Allah sesuci-sucinya. Mazhab kami tidak terbina atas dasar kebencian kepada para sahabat (contohnya seperti dakwaan Ibnu Khaldun). Mazhab kami terbina atas Haq yang kami perolehi dari Rasul saaw. Seperti jawapan bill (kepada Simplelife) mazhab kami tidak mengajarkan kami untuk memandang kedudukan dan pangkat dalam mengambil kebenaran. Kerana itu, hatta kami sanggup menolak anak-anak imam kami sendiri sekiranya mereka tersalah (dan ini telahpun berlaku). Berkenaan sahabat, kami percaya bukan semua sahabat adalah adil. Sejarah telah membuktikannya, dan hadis2 adalah sumber besar menjelaskannya. kami menerima siapa sahaja yang diterima Ahlul Bait Nabi kami, dan kami menolak sesiapa sahaja yang ditolak mereka. Secara jujur, memang kami menolak khalifah-khalifah awal kerana bagi kami mereka telah merampas hak2 Ahlul Bait a.s. Di dalam Bukhari dan Muslim misalnya, jelas menunjukkan bahawa Sayyidatina Fathimah- belahan jiwa Rasulullah saaw - memutuskan persaudaraan Islam dengan ABu Bakar dan Umar yang telah merampas hak-hak Ahlul Bait. Kami mengikuti Sayiidatina Fathimah a.s Penghulu wanita syurga, dan apakah kerana itu kami dianggap telah bersalah? Dan ini tentulah tidak adil kerana anda yang mengikuti orang2 yang dimusuhi Ahlul Bait a.s dianggap adil pula. Di dalam Bukhari sendiri jelas menceritakan bahawa Imam Ali a.s (beserta Zubair, Ansar, Bani Hasyim, beberapa sahabat2 besar) menolak membaiah Abu Bakar pada hari Saqifah. Tidak membaiahnya melainkan setelah berlalu 6 bulan, itupun selepas kesyahidan  Sayyidatina Fathimah a.s, dan selepas orang ramai mulai menjauhinya.

Dan berdasarkan hadis2 Rasulullah saaw yang sahih, baik di dalam Sunni mahupun Syiah, kami berpegang teguh kepada Kitabullah dan Ahlul Bait Nabi saaw. Dalam hal ini, kami mengambil agama kami dari Ahlul Bait Nabi saaw, sebagaimana anda mengambil agama dari Imam Syafiie, Abu Hanifah, ABul Hasan Ash'ari, Maturidi dll. Perbezaan pasti wujud kerana sumber agama kita berbeza. Dan seperti mana yang diajar Rasulullah saaw dan para Imam, tidak ada kompromi di antara kebenaran dan kebathilan. Masakan kami pada satu masa mengikuti Fathimah, dan pada masa yang sama juga mengikuti juga musuh2nya?

hati anda hancur luluh kerana kami meninggalkan khalifah2 idola anda, namun perasaan kami hancur luluh apabila anda tidak berpegang kepada Ahlul Bait a.s Nabi anda sendiri dan tidak pula mengetahui hak2 mereka yang harus diperhatikan.

bill memang punya soalan untuk anda, tapi tidak kali ini, mungkin lepas ini Insya Allah.

wassalam

[ Last edited by billionaire at 12-12-2005 12:37 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 11-12-2005 10:45 PM


Jadi mengapa puak Syiah dengan puak Sunni mahu meneruskan sengketa yang tidak bermotif lagi? Atau memang puak Syiah dengan Sunni gemar hidup berpuak-puak?


salam
ianya tidak semudah itu Simplelife. Mereka hanya mahu melihat dari sudut yang berbeza, dan bukan dari perkara yang dikongsi bersama misalnya Tuhan yang satu, kaabah yang sama, Quran yang sama. Dan seperti yang telah bill nyatakan, sebagai majoriti dari pecahan  umat ISlam, AHlus Sunnah harus berhenti mengkafir, menyesatkan Syiah, dan membiarkan mereka mengamalkan mazhab mereka dengan bebas. Dan mereka juga harus sedia mendengar hujjah-hujjah Syiah dan tidak dengan mudah menjatuhkan hukuman selepas hanya setelah mendengar dan membaca dari sumber2 bukan SYiah, dan berhenti memvonis Syiah akibat tidak memahami apa yang mereka baca dari kitab2 SYiah.

dan puak memang akan tetap wujud selagi mana kita tidak bersatu - satu mazhab!

wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 09:01 AM | Show all posts
Dan berdasarkan hadis2 Rasulullah saaw yang sahih, baik di dalam Sunni mahupun Syiah, kami berpegang teguh kepada Kitabullah dan Ahlul Bait Nabi saaw. Dalam hal ini, kami mengambil agama kami dari Ahlul Bait Nabi saaw, sebagaimana anda mengambil agama dari Imam Syafiie, Abu Hanifah, ABul Hasan Ash'ari, Maturidi dll. Perbezaan pasti wujud kerana sumber agama kita berbeza. Dan seperti mana yang diajar Rasulullah saaw dan para Imam, tidak ada kompromi di antara kebenaran dan kebathilan. Masakan kami pada satu masa mengikuti Fathimah, dan pada masa yang sama juga mengikuti juga musuh2nya?

hati anda hancur luluh kerana kami meninggalkan khalifah2 idola anda, namun perasaan kami hancur luluh apabila anda tidak berpegang kepada Ahlul Bait a.s Nabi anda sendiri dan tidak pula mengetahui hak2 mereka yang harus diperhatikan.


terimakasih bill kerana menjawab pertanyaan tatie...ikhlas atau tidak pertanyaan tatie  itu, kita serahkan pada Tuhan sebb perkataan yg paling tatie takuti adalah ikhlas kerana ikhlas itu rahsia Tuhan, manusia yg merasa dia ikhlas dlm perkataan dan perbuatan itulah tanda-tanda bahwa beliau tidak ikhlas. Apabila tidak ikhlas, kita ini dimurkai Allah.

Kami pengikut ASWJ mengikuti RSAW, ahlulbait dan sahabat-sahabatnya. Sahabat-sahabat RSAW bukan musuh Fatimah, kerana kalau mereka memusuhi Fatimah tentu sahaja ini menunjukkan mereka memusuhi RSAW juga. Tentu sekali perkara ini tidak masuk akal.

Sejarah sahabat-sahabat RSAW dan ahlulbait seperti peristiwa baiah Saidina Abu Bakar RA ada di dalam kitab sejarah ASWJ. IA BUKAN SEPERTIMANA DI DALAM KITAB SEJARAH ORG SYIAH. DI SANA ANDA AKAN TEMUI BAHWA FAKTA YG DIGUNAKAN OLEH PIHAK SYIAH ADALAH BERLAINAN SEKALI DGN FAKTA PIHAK ASWJ.

Bill org terpelajar, berusahalah mencari KITAB-KITAB SEJARAH ZAMAN RSAW dan SALAFUSSOLEH dari sudut pandangan ASWJ.

Memang kita sama-sama mengakui bahawa SYIAH bkn ASWJ dan ASWJ bkn SYIAH. Iktikad antara kedua pihak ini berbeza dalam beberapa hal yang membawa kepada perbezaan dari sudut usuliyyah dan khilafiah. Apabila perkara ini berkait dgn iktikad usuliyah, maka ASWJ tidak dapat menerima iktikad Syiah. Itu perbezaan kita. Apa-apa sahaja yg berkait dgn iktikad khilafiah, pihak ASWJ berlapang dada.

Namun begitu, Kita boleh bersatu, bersaudara dan berkasihsayang kerana kita sama-sama mengakui Allah itu Esa, RSAW itu pesuruh Allah. Di sanalah tiitk pertemuan kita. ASWJ tidak pernah mengatakan siapa yg mengikut Syiah itu jatuh kafir. ASWJ cuma menyatakan bahawa iktikad Syiah itu membawa bidaah. Selagi kita masih bersyahadah yg sama dan berpegang kepada rukun iman dan rukun islam, selagi itu kita masih saudara sesama islam.Kalaulah kita boleh menghormati atas pendirian itu antara satu sama lain, dan berlapang dada seperti itu, tentulah puak Syiah dan Sunni di seluruh dunia ini tidak akan bersengketa. Sebenarnya pihak ASWj tidaklah begitu keras terhadap puak Syiah,  yg sgt keras dgn Syiah adalah Wahabi. Jadi kdg-kdg Wahabi itu dikategorikan sebg sunni kerana mereka suka dipanggil sunni, tentulah kekeliruan ini menjadikan wahabi dipanggil sunni. Tatie harap bill boleh melihat apa yg tersirat disebalik yg tersurat.

wallahualam.
Ampun Maaf.

[ Last edited by serihartatie at 12-12-2005 09:06 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 12-12-2005 10:01 AM | Show all posts
Kami pengikut ASWJ mengikuti RSAW, ahlulbait dan sahabat-sahabatnya. Sahabat-sahabat RSAW bukan musuh Fatimah, kerana kalau mereka memusuhi Fatimah tentu sahaja ini menunjukkan mereka memusuhi RSAW juga. Tentu sekali perkara ini tidak masuk akal.

Sejarah sahabat-sahabat RSAW dan ahlulbait seperti peristiwa baiah Saidina Abu Bakar RA ada di dalam kitab sejarah ASWJ. IA BUKAN SEPERTIMANA DI DALAM KITAB SEJARAH ORG SYIAH. DI SANA ANDA AKAN TEMUI BAHWA FAKTA YG DIGUNAKAN OLEH PIHAK SYIAH ADALAH BERLAINAN SEKALI DGN FAKTA PIHAK ASWJ.


Salam ke atas anda serihartatie,

Ibn Qutaibah meriwayatkan pertemuan yang mungkin terakhir di antara Fatimah AH dan Abu Bakar seperti berikut:
" Umar bin Khattab berkata kepada Abu Bakar:" Marilah kita pergi kepada Fatimah, sesungguhnya kita telah menyakiti hatinya."
Maka keduanya pun pergi ke rumah Fatimah AH, dan Fatimah AH tidak mengizinkan mereka masuk ke dalam rumah. Mereka lalu memohon kepada Ali bin Abi Talib, lalu Ali AS memperkenankan mereka masuk ke dalam.
" Tatkala keduanya duduk dekat Fatimah AH, Fatimah AH memalingkan wajahnya ke arah dinding rumah. Salam Abu Bakar dan Umar tidak dijawabnya.
Fatimah AH kemudian berkata:" Apakah anda boleh mendengar apabila saya katakan kepada anda suatu perkataan yang berasal dari Rasulullah SAWA yang anda kenal dan anda telah bertemu beliau SAWA?"
Keduanya menjawab: " Ya."
Kemudian Fatimah AH berkata:" Apakah anda tidak mendengar Rasulullah SAWA bersabda," Keredhaan Fatimah adalah keredhaan saya, dan kemurkaan Fatimah adalah kemurkaan saya. Barang siapa mencintai Fatimah, anakku, bererti ia mencintaiku, dan barang siapa membuat Fatimah murka, bererti ia membuat aku murka."
Mereka berdua menjawab:" Ya, kami telah mendengarnya dari Rasulullah SAWA.
Fatimah AH berkata:" Aku bersaksi kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, sesungguhnya kamu berdua telah membuat aku marah, dan kamu berdua tidak membuat aku redha. Seandainya aku bertemu Nabi SAWA, aku akan mengadu kepada beliau SAWA tentang kamu berdua.
Abu Bakar berkata:" Sesungguhnya saya berlindung kepada Allah dari kemurkaanNya dan dari kemurkaan anda, wahai Fatimah."
Kemudian Abu Bakar menangis, hampir-hampir jiwanya menjadi goncang.
Fatimah lalu berkata:" Demi Allah, selalu saya akan mendoakan keburukan terhadap anda dalam setiap solat saya."
Kemudian Abu Bakar keluar sambil menangis....
[Ibn Qutaibah, Al-Imamah Wal-Siasah, Bab Bagaimana Bai'at Ali bin Abi Talib; O.Hashem, Saqifah Awal Perselisihan Ummat, hlm.100-101]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 11:04 AM | Show all posts
salam
terpanggil pula nak join
persoalan masalah adalah penyatuan Sunni-Syiah
tidaklah hasrat yg mengusulkan isu, berlainan dari mana2 forumner atau umat Islam secara umumnya

seperti kata bil
Dan seperti yang telah bill nyatakan, sebagai majoriti dari pecahan  umat ISlam, AHlus Sunnah harus berhenti mengkafir, menyesatkan Syiah, dan membiarkan mereka mengamalkan mazhab mereka dengan bebas. Dan mereka juga harus sedia mendengar hujjah-hujjah Syiah dan tidak dengan mudah menjatuhkan hukuman selepas hanya setelah mendengar dan membaca dari sumber2 bukan SYiah, dan berhenti memvonis Syiah akibat tidak memahami apa yang mereka baca dari kitab2 SYiah.

adakah penyatuan itu dapat dilihat dgn satu jalan sahaja - satu mazhab
memilih mazhab yg diterima secara ijma', disepekati ulama
jika ini jalannya, syiah tidak mungkin menerima kerana mereka dengan hujah naqli yg kuat utk berpegang kepada sandaran mazhab mereka Ahlul bayt

mencari persamaan antara dua mazhab, kemudian ambil segala hukum yg dipersepekati bersama lalu mewujudkan satu mazhab lain yang baru dgn meninggalkan mazhab yg telah lama bertapak dan di amalkan

atau penyatuan boleh wujud dgn saranan bill, dgn membenarkan mazhab syiah, tanpa prejedis kepada mereka dan mengkafirkan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 12-12-2005 09:01 AM


terimakasih bill kerana menjawab pertanyaan tatie...ikhlas atau tidak pertanyaan tatie  itu, kita serahkan pada Tuhan sebb perkataan yg paling tatie takuti adalah ikhlas kerana ikhlas itu rahsi ...


salam
Agak malang sekiranya seorang yang cerdik seperti anda akhirnya terbukti tidak mengenali Syiah namun sanggup menuduh Syiah dengan ketidaktahuan itu. Anda mengatakan kami hanya berpandukan kitab kami semata-mata. Kami bentangkan hujah dari kitab anda sendiri:

sahih Bukhari, Volume 5, Book 59, Number 546: Kitab al-Maghaazi)

"...So Abu Bakar refused to give anything of that to Fathimah. So she became angry with Abu Bakar and kept away from him, and did not talk to him till she died. She remained alive for six months after the death of the Prophet. When she died, her husband 'Ali, buried her at night without informing Abu Bakar and he said the funeral prayer by himself..."

http://www.usc.edu/dept/MSA/fund ... ukhari/059.sbt.html

Viper telah bawakan riwayat dari Ibnu Qutaibah, dan ianya telah jelas kepada anda bagaimana pendirian AHlul Bait terhadap para khalifah awal. Namun bill petik lagi:

"...di kemudian hari, ketika Sayyidatina Fathimah a.s hampir wafat, beliau (a.s) berkata kepada Abu Bakar dan Umar: "saya bersaksi kepada Allah dan para MalaikatNya, sesungguhnya anda berdua telah membuat saya marah dan anda berdua telah membuat saya tidak redha. Seandainya kelak saya bertemu Nabi saaw, akan saya adukan anda berdua kepadanya!....Demi Allah, saya akan mendoakan keburukan bagimu pada setiap salat yang saya kerjakan!" (Ibnu Qutaibah, Imamah wa al-Siayasah, Jil.1, hlm.19)


Rasulullah saaw bersabda:
"Fathimah adalah bahagian dariku, barangsiapa yang membuatnya marah, membuatku marah!" Bukhari, Kitab Bad'ul Khalq bab manaqib Qarabah Rasul,
-----------
"Fathimah adalah sebahagian daripadaku; barangsiapa ragu terhadapnya, bererti ragu terhadapku, dan membohonginya adalah membohongiku" Bukhari kitab nikah bab Dzabb ar-Rajuli
------------
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith dari Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAWA bersabda: ".....Tidakkah engkau redha (wahai Fathimahh) bahawa engkau adalah saidati-nisa fil-Jannah(pemimpin wanita di syurga) atau pemimpin wanita seluruh alam..." [Sahih Bukhari, Jld. IV, hadith 819
------------
"...bukankah orang yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti telah menggangguku, dan barangsiapa yang menggangguku bererti telah menganggu Allah SWT?" Thabrani dan baihaqi
------------
"Allah sangat murka terhadap orang yang menggangguku melalui keturunanku" dari ibnu Said al-khudri diriwayatkan oleh ad-Dailami.
------------
揫size=2]Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa yang menghinakan(mereka) (Al-Ahzab(33):57)

---------------------
lalu, pada pendapat Seri, apakah kita harus menyintai orang2 yang telah menyakiti dan membuatkan Rasulullah saaw marah, dan meninggi2kan mereka? Mewalikan dan mengikuti teladan mereka? Menjadikan mereka pemimpin2 agung yang kebal dari sebarang kritikan? Dan apakah salah bagi kami meneladani mereka berkenaan hal ini?

wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
Post time 12-12-2005 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at  2005/12/12 09:01


ASWJ tidak pernah mengatakan siapa yg mengikut Syiah itu jatuh kafir. ASWJ cuma menyatakan bahawa iktikad Syiah itu membawa bidaah.


Salam kpd semua...

Mmm.... nampaknya ada keanehan pada mereka sendiri!! Mereka mengatakan yang Syiah ini ada Bidaah? Padahal mereka sendiri yang membuat bidaah!!! Jika kita temukan dlm Kitab2 sahih Ahlul Sunnah, mereka sendiri yang membuat bidaah. Padahal jika kami membuka Kitab2 Hadis kami, tidak ada satu pun yang kami leka. Kamu hanya melihat orang lain pada kulit kamu. Tetapi tidak melihat ke atas langit apa yang ada di sana.

Ini link Bidaah kamu http://www.selangor.gov.my/suk/khutbah.php?id=82

Petikan dari link tersebut
terdapat beberapa perkara keagamaan yang dilakukan di zaman Khalifah ar rasyidin dan termasuk dalam kategori Bid'ah Hasanah. Antaranya :

1- Membukukan Al-Quran yang di lakukan di zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

2- Melakukan solat terawih berjemaah yang di perintahkan oleh Saidina Umar Al-Qhattab.

3- Mengadakan azan pertama dalam solat jumaat yang di perintahkan oleh Saidina Othman.


Semoga Berbahagia selalu...

[ Last edited by salmon at 12-12-2005 01:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


giler This user has been deleted
Post time 12-12-2005 03:54 PM | Show all posts
salam.....

sesungguhnya mereka ini berkata benar..... (bil,salmon,viper)
apakah cik seri fikir mengapa kami memilih mazhab ahlul bait?
kami memilih bukan kerana suka2 ataupun disebabkan oleh nenek moyang kami.
kami memilihnya kerana kebenaran yg ada pada Ahlul Bait yg tidak terdapat pada mazhab2 yg lain.

seandainya aswj beniat hanya mencari kebenaran semata2 dan tidak kerana sebab peribadi sudah tentu penyatuan akan tercapai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 04:10 PM | Show all posts
berbalik kpd isu penyatuan, saya ada bahan utk dibaca dan dinilai oleh para sahabat sekalian. apa yg saya akan cp lepas ini ialah terjemahan saya kepada satu mukaddimah oleh Syeikh Saad Rustum, penterjemah buku Jalan Penyatuan Sunni Syiah oleh seorang ulama' Syiah, Haidar Ali Qalamdaran al-Qummi. Semoga bermanfaat.

====

Mukaddimah Penterjemah (Sa抋d Rustum)

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Segala puji hanya milik Allah dan cukuplah, dan salam ke atas hamba-hambaNya yang Dia pilih. Adapun selepas itu;

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang mukmin memiliki sifat suka mengambil berat terhadap urusan-urusan yang melibatkan umat Islam. Perpecahan umat Islam kepada bermacam-macam firaq, mazhab, dan kumpulan yang kadangkala bercakaran sesama mereka sehingga sampai ke peringkat sebahagian mengkafirkan sebahagian yang lain amat mendukacitakan. Stiap orang mukmin berharap semoga wujud jalan untuk menamatkan atau setidak-tidaknya membendung perbalahan ini. Jalan yang diharapkan itu tidak lain kecuali melalui persefahaman antara ulama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 10:19 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

terimakasih pada ustaz zul kerana memaparkan C& yg cukup menarik sbg bahan tatapan kawan-kawan kita yg memanggil dirii  mereka sebg sipecinta ahlulbait...itupun kalau mereka sudi membacanya sepertimana kita sentiasa sudi membaca argumen-argumen mereka itu.

nampaknya titik pertemuan yg tatie sarankan ditolak dengan bereemosi....ehem...;)...malah nampaknya seperti mengundang kemarahan pula...:hmm:

bukankah lebih elok berlapang dada...

kalau mereka (Bill & the gang)  hanya terima RSAW dan ahlulbait (menurut definisi Syiah), maka anda semua tetaplah dgn  pendirian anda itu...tidak ada sesiapa yg memaksa anda semua utk menerima sahabat-sahabat RSAW...RSAW tidak mengajar umatnya membuat paksaan ke atas sesama saudara seislam malah ke atas sesama bukan islampun tidak ada paksaan. Asalkan dgn syarat  tidak memerangi antara satu sama lain  maka kita semua boleh hidup aman damai.

maka tetaplah kami ASWJ ini , sebg pecinta RSAW, pecinta ahlulbait dan pecinta  sahabat-sahabat RSAW. .

Izinkan di sini tatie membuat satu makluman kepada semua, supaya tidak nanti berlaku kekeliruan kepada pengikut ASWJ mengenai DEFINISI AHLULBAIT MENURUT ASWJ..

Pengikut ASWJ adalah pencinta ahlulbait (SESIAPA yg menyatakan ASWJ bukan pencinta ahlubait mereka sudah membuat pembohongan besar ke atas fahaman ASWJ). Ahlulbait menurut ASWJ bukan sahaja S. Ali, S.Fatimah, Hassan dan Hussein. Abu Bakar RA juga adalah ahlulbait kerana beliau adalah mertua RSAW. Aisyah isteri RSAW adalah puteri Abu Bakar. Abu Bakar RA yg RSAW pilih sebg imam solat semasa beliau sakit dan Abu Bakar jugalah yg Allah banggakan dalam Al Quran kerana menemani RSAW attkala beliau bersembunyi di gua Tsaur ketika hijrah. Manakala Umar al Khattab bukan sahaja disanjung RSAW malah dinyatakan oleh RSAW sebagai penghuni syurga. Beliau juga adalah mertua RSAW. Begitu juga Utsman bin Affan adalah menantu nabi, puteri nabi ummu kalsum adalah isteri kpd Usman bin Affan. Mereka semua menurut ASWJ adalah ahlulbait.

RINGKASNYA, Menurut ASWJ, yg disebut ahlulbait adalah semua isteri RSAW, semua anak RSAW, cucu, mertua, menantu, ipar, bapa saudara, ibu saudara RSAW dan juga semua keturunan mereka yg ada hubungan darah dgn RSAW.


Oleh itu, perlu diingatkan sekali lagi bahawa jgn ada di antara kita semua yg tidak belajar sejarah menyangka bahawa kita ASWJ membenci ahlulbait. Tidak ada seorgpun Pengikut ASWJ yg berilmu dan kenal agama dan kenal sejarah islam  di dunia ini yg tidak mencintai ahlulbait.

Ahlulbait menurut Syiah pula hanya segelintir manusia sahaja iaitu Ali bin Abu Talib, S.Fatimah, S. Hassan dan Hussein. Kemudian juga 12 imam keturunan mereka.
1. Ali bin Abu Talib
2. Al Hassan
3. Al Hussein
4. Ali Zainul Abidin
5. Muhammad Al baqir
6.Jaafar As Sadiq
7. Musa Al Khazim
8. Ali Ar Ridha
9. Muhammad At Taqiy
10. Ali At Taqiy
11. Al Hassan Al Askary
12. Muhammad Al MAhdi Al Muntazar.

Benar mereka semua ini memang ahlulbait dan kita sebg pengikut ASWj sgt menghormati mereka sebg ahlulbait dan menjadi kewajipan kita untuk kembali membersihkan nama-nama mereka ini dari kekotoran fitnah ke atas mereka selama ini.

Ingatlah wahai pengikut ASWJ,  pesanan Ali Bin Hussain yg bergelar Zainal Abidin (IMAM KE 4 SYIAH) dalam Rijalul Kusyaiy (ms 111) yg menyingkap fitnah yg telah dilakukan ke atas mereka atas nama ahlulbait ini :


Sesungguhnya Yahudi mencintai  Uzair, sampai-sampai mereka mengatakan ttg Uzair itu seseuka hatinya, padahal Uzair bukanlah dari golongan mereka, dan merekapun bukan dari golongan Uzair. Begitu juga NAsrani sgt mencintai Isa, sampai-sampai mereka mengatakan ttg Isa itus sesuka hatinya, padahal Isa bukan dari golongan mereka dan mereka bukan dari golongan Isa, dan akupun senasib dengan itu, iaitu satu kaum dari golongan (Syiah)  kami sgt mencintai kami sampai-sampai mereka berani mengatakan ttg kami seperti yg dikatakan Yahudi ttg Uzair dan Nasrani ttg Isa padahal mereka itu bukan golongan kami dan kamipun bukan dari golongan mereka.

Jika sdra-sdri meneruskan kajian secara ilmiah, saudara-saudari akan tahu bahawa Syiah ini begitu bijak mempergunakan nama-nama Imam 12 dan Saidina Ali, SAidatina Fatimah, Hassan dan Hussein  ini sebg sandaran mereka dlm sebrg hujah dengan menisbatkan bhwa apa yg diperkatakn itu sbg kata-kata dari S. Ali, S. fatimah, S. Hassan dan Hussein serta  Imam 12 ini. Berlindunglah kita semua dgn bertawasul kepada RSAW, keluarga dan sahabat-sahabatnya dari FITNAH ini.

Syiah juga menganggap bahwa Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Faruk, dan Usman Affan selain murtad, bahkan dianggap kafir.mereka selalu mewarwarkan dalam kisah-kisah dan hujah-hujah mereka bahwa ketiga-tiga khalifah ini adalah perampas kekauasaan yg seharusnya dipegang oleh Ali bin Abu Talib.

BAGAIMANA PENGIKUT SYIAH BOLEH TERTIPU SEDANGKAN KITA SEMUA TAHU BETAPA RSAW SGT SAYANG DAN MENJAMIN KETIGA-TIGA MEREKA INI SEBG AHLI SYURGA dapat PULA DIPESONGKAN DGN TUDUHAN MURTAD DAN KAFIR?.

Ini kerana mereka telah digula-gulakan sebg pencinta AHLUBAITdan sbg pecinta ahlulbait adalah tgjawab mereka mempertahankan kebenaran dan menyebarkan kpd umum perihal kekuasaan ahlulbait yg dirampas oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman berdasarkan cerita-cerita mereka yg sgt bertentangan dgn fakta-fakta ilmiah ASWJ. KERAN ITU MEREKA SANGGUP SAMPAI MENGKAFIRKAN SAHABAT RSAW.

Sebenarnya jika kita rajin mengkaji kita akan tahu akan peneyelewengan kisah ini. SEPERTI KISAH FATIMAH, UMAR DAN ABU BAKAR DGN RAMPASAN PERANG FADAQ ITU kalau dikaji benar-benar rupa-rupanya hanya cerita yg ditambah sesedap rasa sahaja. Sedangkan ahlulbaitpun mereka pergunakan nama mereka sebg dinisbatkan utk MENGUATKAN HUJAH REKAAN MEREKA inikan pula setakat periwayatan dari hadis kononnya. (SILA RUJUK C & P USTAZ NAHZALUZ).


Wahai Syiah jawablah, apakah RSAW berdusta apabila baginda menjamin syurga ke atas 10 sahabat-sahabat baginda itu?.


Wahai pengikut ASWJ,

Menurut iktikad kita, para sahabat itulah yg telah berjasa membela RSAW sehingga berhasil menegakkan kalimah Allah, agama Islam sehingga dianut oleh seluruh bangsa Arab dan menyebarkannya ke Timur Tengah, Afrika Utara, Iran, Iraq, India, China dan Nusantara kita ini. Mereka dipuji Allah dlm byk ayat dalam Al Quran dan disanjung oleh RSAW.

Sehingga RSAW wafat, sahabat-sahabat beliau berjumlah 140,000 orang sahaja. Mereka inilah yg berkelana ke seluruh benua di dunia ini menyebarkan islam sehingga dikatakan 3/4 daripada mereka ini meninggal di luar Mekah dan Madinah. Murid kepada sahabat RSAW ini dipanggil tabien. Dan murid kepada tabien ini dipanggil sebg tabiut tabien. Wujudnya sahabat, tabien dan tabiut tabien ini berlaku selama 3 kurun (300 tahun). Di zaman itu mereka dipanggil sebagai salafussoleh. Selepas itu, selama 400 tahun sesudahnya dipanggil sebg khalfuttoleh. (Maksudnya antara 10 org, hanya 3-4 sahaja yg tergolong dalam org soleh). Bila dicampur ia menjangkau 700 tahun lamanya.

Selepas 700 tahun ini, hinggalah di zaman kita ini, adalah zaman fitnah yg mengigit. Kini kita berada di 1426 Hijrah. Bermaksud zaman fitnah kita ini amat dahsyat sehingga org-org soleh adalah ibarat seperti gagak putih. Mengikut sunnatullah, maka di zaman ini sepatutnya akan lahir penyelamat iaitu Imamul Mahdi. Imamul Mahdi akan ditunjuk oleh Al Fatta At Tamimi di mana beliaulah yg akan membina daulah terlebih dahulu sebelum kekhalifahan diserahkan kepada Imam Mahdi. Imam Mahdi al Muntazar ini akan pula memperkenalkan  Nabi Isa AS yg akan membunuih Dajjal. Dan kebangkitan ISLAM kali kedua akan berlaku selepas itu. Secara ringkasnya begitulah.

tetapi menurut Syiah semua sahabat RSAW itu adalah munafik semuanya murtad (meninggalkan agama islam) sepeninggal RSAW selain daripada 3 orang SAHAJA yg tidak kafir/munafik  iaitu Abu Dzar, Ammar bin Yassir dan Salman Al Farisi.


Jadi kalau kita tilik semula sejarah penyebaran agama islam oleh sahabat-sahabat RSAW itu maka nampaknya kita semua ini terpaksalah kembali semula semuanya mengucap 2 kalimah syahadah begitu juga keturunan kita yg terdahulu kerana telah diislamkan di tgn org-org yg sudah murtad/kafir. ADAKAH INI MASUK DALAM AKAL SDRA-SDRI?...tak perlulah tatie cakap pjg-pjg..tepuk dada tanya iman masing-masing.

tatie rasa tk perlu tatie cerita pjg-pjg lagi. Hidayah dan taufik itu adalah milik Allah jua. tatie tidak suka memanjangkan hujah kerana kami diajar utk menzahirkan kebenaran bukan memperkatakan kebenaran sahaja. Tatie serahkan kepada Tuhan perkara ini. Rasanya dgn ilmu yg dangkal ini, tgjawab tatie sudah dilaksanakan.

Cuma satu yg tatie mahu peringatkan diri tatie dan saudara-saudari semua, jgnlah kita MENGKAFIRKAN SESEORG ITU selagi mereka masih mengakui bahawa Allah itu Esa, Muhammad itu RSAW dan tetap mengamalkan dan meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam.


Sekian. wallahualam.

[ Last edited by serihartatie at 13-12-2005 09:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 11:18 PM | Show all posts
salam

hmmm...tidak ada satupun jawapn Serihartatie terhadap apa yang kami bawakan kepadanya. Sekalipun beliau tidak punya satu jawapan apapun atas semua itu, tanpa rasa malu memilih jalan untuk mencerca  kaum SYiah pula. Apa lagi yang orang seperti ini mahukan, mereka mencanangkan persatuan, tetapi pada masa yang sama menyulam kebencian. Mereka meminta penjelasan, dan setelah tidak terjawab, mengambil pula cara menyelamatkan diri dengan menghentam lawannya pula. Hampir tidak berguna perbinncangn seperti ini terus berlangsung.

Cuma apa yang kami nyatakan kepada anda, apabila anda mengatakan kami bebas memilih apa yang kami percaya, maka anda jangan lagi campur tangan dalam kepercayaan kami. Dan Apabila anda mengatakan bahawa Ahlul Bait adalah orang2 yang seperti anda sebutkan itu, tidak pernah pula anda membawakan dalil untuk itu, dan di dalam sebuah perbincangan ilmiah berdalil, jawapan anda memang tertolak langsung. Sebagai jalan menyelamatkan mazhab anda, anda menggolongkan kesemua orang2 yang anda cintai ke dalam senarai Ahlul Bait Nabi anda saaw, sedangkan ALlah dan RasulNya tidak langsung sependapat dengan anda. Zaid sendiri di dalam Muslim menyatakan Ahlul Bait adalah berketurunan darah. Apa kena mengena Abu Bakar dan Umar, serta Uthman dalam perkaitan darah Nabi saaw? hadis-hadis anda sendiri menngisyaratkan Ahlul Bait dengan bukan seperti apa yang anda idamkan.

sekiranya ini cara anda berhujjah - tanpa dalil - sebaliknya hanya menggunakan hujjah nafsu anda, maka kita tamatkan sahaja perbincangan 'ilmiah' kita ini. Cuma sekiranya masih mahu, bill tinggalkan soalan itu untuk anda menjawabnya.

wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.065851 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list