CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2878|Reply: 20

Dingin llembaran buah tangan terbaru dari ziana.

[Copy link]
Post time 13-7-2006 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi ternama negara, Ziana Zain yang kali terakhir muncul dengan album penuh,Aku Cintakanmu 5 tahun yang lalu kini sudah bersiap sedia untuk menghasilkan buah tangan terbaru buat peminat-peminatnya. Berbekalkan modal sendiri,jurucakap tilam ternama dunia,Vono ini sudahpun siap merakamkan 3 buah lagu iaitu, Melara Jiwa,Cinta Agung dan Dingin.Manakala baki 9 lagu lagi kini sedang giat dirakamkan.
   Dingin yang merupakan hasil sentuhan komposer Keabadiaan Cinta itu  sudahpun diperdengarkan kepada beberapa peminatnya di Kuala Lumpur dan juga Terengganu.Rata-rata berpendapat,Dingin merupakan sentuhan yang amat menyegarkan lagi mempesona yang pernah dinyanyikan Ziana setakat ini.Ziana sendiri sedar bahawa album terbarunya yang bakal memuatkan 12 buah lagu itu bukan sahaja dinantikan oleh peminat-peminatnya bahkan juga wartawan-wartawan dan juga rakan artis.
Ziana yang kini mencecah usia 33 tahun itu ketika buat pertama kalinya menyanyikan lagu Dingin beberapa minggu yang lalu dikatakan penuh yakin menyampaikannya kerana siapa tidak kenal dengan penyanyi yang sentiasa menghargai peminat dan juga wartawan ini.
Kepada peminat-peminat Ziana Zain nantikan album terbaru dari Ziana.Info terbaru yang Zah dengar, ada peminat Ziana di luar negara kini sedang menulis lagu untuknya.Menurut peminat itu,beliau kini sudah berjaya menyiapkan 2 buah lagu untuk dihadiahkan kepada Ziana dalam masa terdekat untuk diabadikan dalam album terbarunya nanti.Lagu berkenaan berjudul Bahtera Cinta dan Cinta Terindah itu dicipta hampir setengah tahun untuk dihadiahkan kepada Ziana dan beliau amat berharap agar Ziana dapat menerima lagu ciptaan beliau seadanya kerana menurut komposer muda ini, lagu Bahtera Cinta dan Cinta Terindah itu berkonsepkan kesegaran dan irama moden.
Apapun Zah akan setia menanti album terbaru Ziana Zain nanti.

p/s:tak sabar Zah nak dengar lagu Cinta Terindah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 05:33 PM | Show all posts
hmm.berita paper mana ni? bukan mencecah 33 thn tp dah 38 thn lah..
sape org luar negara nak hadiah tu? komposer gak ke? atau student..hrp2 bestlah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 08:50 PM | Show all posts
wahh semakin byk info skrg nie...ziana tgh nak rakam lagi 9 lagu....lama tue...
agaknyerr bbila habez?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 10:40 PM | Show all posts
kepada sesiapa yg nk paste apa2..especially from paper ke apa..plz tulis sumber mana ya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 12:46 PM | Show all posts
adake ziana 33 thn? ntah apa2 wartawan tu, tak wat research ke. :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 12:49 PM | Show all posts
btw, 12 lagu? bagusla...
skang tak mainla 10 lagu mcm zaman 80an dulu.
patut 14 lagu la... sbb dahla jarang2 kuar album.

baru rakam 3 lagu? erk.. :kant:

pstu 9 lagu baki tu jgnle rakam cincai2 plak... :lol
lagu diingin tu ciptaan azlan & azalea ke? sapa dh dgr? best giler x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2006 04:02 PM | Show all posts
insyallah best punya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 08:32 PM | Show all posts
kalo ziana accept 2 lagu ciptaan peminat beliau itu, nanti ada 14 lagu dah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 11:41 PM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 14-7-2006 01:35 AM
ermmmm just wondered..leh caya ke artikel ni? sebab takde sumber pun...


sama la kiter
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 11:30 AM | Show all posts
ala takkan pasal nama pon nak glamor2....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 02:05 PM | Show all posts
wartawan x ader nama nie kadang2 artikel dia pakai hentam jer....
susah ler....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 09:24 AM | Show all posts
hmm.....: hmmm..tak tau mana satu info mana betoi..byk sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 03:33 PM | Show all posts
tawun bila nie nak kuarr albom??:hmm:
dengau citer sblom qaya tahun depan kan??
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by moskito_81 at 18-7-2006 03:33 PM
tawun bila nie nak kuarr albom??:hmm:
dengau citer sblom qaya tahun depan kan??


raya tahun ni lekk...tunggu arr sabar..pasti korang suka album ziana kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 09:23 PM | Show all posts
raya tahun nie lah..,
awat sampai raya tahun depan..
ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 10:36 PM | Show all posts
sekali raya pun tk
ahahahaah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 19-7-2006 12:06 AM
hahaha kaedahnya kene tunggu ammar masuk darjah 1 la....


mungkin kot...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 01:24 PM | Show all posts
tingkatan 1 lah karl..
boleh ker??
ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 03:35 PM | Show all posts
ermhhhhhh.... saper dah dengar lagu dingin tu?
taknak share ker?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by bintangcinta at 20-7-2006 03:35 PM
ermhhhhhh.... saper dah dengar lagu dingin tu?
taknak share ker?


hmm nak dgr gak...:siok:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.368778 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list