CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99566|Reply: 398

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri

[Copy link]
Post time 5-7-2006 09:17 AM | Show all posts |Read mode
TO ALL FORUMER BFT....KAT SINI I NAK KONGSI BEBERAPER PETUA & DOA YG BERGUNA UTK SESIAPER YG TAK TAU LAGI TUE....SESAPER YG TAU PUN BOLEH PAST KAT SINI MANER TAU BERGUNA N INSYAALLAH BERHASIL.:pray:

1) CARA NAK HILANGKAN BAU BADAN
     nenek saya cakap...gosokkan ketiak ke lutut kaki n selawat 3 kali...insya-allah walau macam maner kiter berpeluh pun badan tetap takkan berbau. cuberlah....nie petua turun temurun tau...

2) UTK wajah cantik beseri..
    biler bangun pagi...amalkan minum air suam..jgn gosok gigi n basuh muka dulu..just terus minum air tau n selawat + niat kat dalam ati semoga muka cantik berseri...

3) khasiat sirih
    kalau ader sesaper yg ader mengalami kegatalan...rebus daun sirih...airnye kiter minum n buat basuh setiap kali selepas buang air kecil...


to be continued.................

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2006 09:45 AM | Show all posts

delete

:tq::setuju::nyorok:

[ Last edited by  anj2208 at 5-7-2006 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 10:59 AM | Show all posts
yg sy tau kalu nak kasik merah bibir, lumur air hali yang kena tumbuk pastu biar sampai kering.. pastu bilas lah.. elok buat time nak tido..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 11:08 AM | Show all posts
terima kasihlah untuk petua orang lama-lama ni. Berguna jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2006 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by anj2208 at 5-7-2006 09:45 AM
aku ada gak tapi arwah mak aku tak bagi kasitau org lain....
turun temurun kot....
aku dpt pun lepas kawin....
tapi tak amal pun....



Kalu utk kebaikan sumer org aper lah salah nyer
macam kiter belajar gak kalu guru tue taknak mengajar n taknak turunkan ilmu yg ader kiter sumer takkan sampai ketahap cam nie..sumer tue terpulang kat diri masing2

yg petua utk tak bau badan tue pun actually nenek pun tak nak hebahkan jugak but i pikir utk kebaikan sumer aper salah nyer..kan..kan...kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2006 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by kalika^dHani at 5-7-2006 10:59 AM
yg sy tau kalu nak kasik merah bibir, lumur air hali yang kena tumbuk pastu biar sampai kering.. pastu bilas lah.. elok buat time nak tido..



petua lain ...kalu pakai ubat gigi pun ok gak...i penah buat memang merah..tapi jgn guna terlalu kerap coz itu yg teadi kat i...bibir jadi mcm gelap skit...memula i pakai memang merah but biler dah nengok cantek je merah tue i pakai byk kali so jadilah camtue...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2006 11:27 AM | Show all posts
1) badan berbau - ambl air beras biarkan semalaman kmdn mandi & gosok..after that baru bilas, insyallah bau bdn akn hilang

2) badan berbau - bila time bersabun tu, letakkan buih sabun kt tapak tangan belakang kmdn gosokkan kat ketiak, amalkan hari2..

3) elakkan pening kepala - mula2 nak mandi selawat kmdn basuh kaki kmdn lutut...barulah bawa ke atas..

4) sakit kepala cepat hilang - rendamkan kaki dgn air suam dlm setengah jam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2006 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by beeboy at 5-7-2006 11:27 AM
1) badan berbau - ambl air beras biarkan semalaman kmdn mandi & gosok..after that baru bilas, insyallah bau bdn akn hilang

2) badan berbau - bila time bersabun tu, letakkan buih sabun kt tap ...


ehhmmm...i dah penah try cara mandi dari kaki ke atas..memang mujarab...coz i selalu je dapat sakit kepala yg berdenyut sampai nak buat keje pun susah...so biler i dah amalkan alhamdulillah berjaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2006 12:14 PM | Show all posts
samalah.selalu sakit kepala,nak try petua tu nanti.rasanya,rasional bila jirus air dari kaki ke kepala, panas makin lama, makin naik ke atas then terus keluar menerusi kepala.so nanti dah x sakit lagi.mcm tu agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 12:25 PM | Show all posts
bagus betul thread ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2006 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by hukaloh at 5-7-2006 12:14 PM
samalah.selalu sakit kepala,nak try petua tu nanti.rasanya,rasional bila jirus air dari kaki ke kepala, panas makin lama, makin naik ke atas then terus keluar menerusi kepala.so nanti dah x sakit l ...


memang panas dalam badan akan kuar...coz dulu pun maser kecik2 dulu time nak g sekolah i selalu nampak mcm ader asap yg kuar dari umbum rambut. asap tue kuar biler kiter dah start mamdi...cuber lah tak rugi mencuba tau..tambahan lagi nie petua dari org2 lama n kiter patut praktik kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 12:43 PM | Show all posts
kalau nak lebatkan rambut - ambl air embun dari batang pisang pd waktu pagi, koyakkan kulit pd batang pisang tersebut kmdn air yg keluar 2 sapu pd rambut (khas pd yg ada pokok pisang shja)...buat seminggu 2x, insyallah rambut akan jadi lebat....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 01:48 PM | Show all posts
kalau nak kilat kan kuku, adik saye selalu buat dan kesannya memang hebat...
sapukan ubat gigi kat kuku then gosok ngan kain dalam 10 minit...buat hari2...insyaallah..

lagi satu nak merahkan mulut...adik saya suka sgt sapu petroleum jelly dam marjerin b4 tido n memang menjadi....
saye malas nak buat....hehehehh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 01:54 PM | Show all posts
haaa...lagi satu yg saya suka buat...masa dok bersiap nak g keje...masa tgk cermin bc ni
' allahumma'ahsantaqalqi faahsin qalqi'....sambil dok pakai bedak ker...pakai lipstick....kira doa utk maniskan muka....insyallah kalau tuhan makbulkan....menjdilah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2006 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by pae81 at 5-7-2006 01:48 PM
kalau nak kilat kan kuku, adik saye selalu buat dan kesannya memang hebat...
sapukan ubat gigi kat kuku then gosok ngan kain dalam 10 minit...buat hari2...insyaallah..

lagi satu nak merahkan mu ...


eemmmhh..agak menarik tue..nanti kuku i lagi nampak menarik ....:tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2006 04:44 PM | Show all posts
1.Petua menjaga muka

Menghaluskan kulit muka

a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

Menegangkan kulit muka

a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.

Menghilangkan jerawat

a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.

b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

Merawat kulit berkedut

a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

2.Petua menjaga rambut

Mengelakkan rambut gugur

a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Menghilangkan kelemumur

a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2006 08:43 AM | Show all posts

petua lagi....

Elak urat timbul
Wanita  yang  mementingkan  penampilan diri pasti malu jika urat disekitar kaki dan pehanya timbul.  Perkara  ini  kerap  dialami oleh wanita yang baru lepas melahirkan anak. Ambil  segemgam  kacang  hijau dan rebus tanpa gula tetapi  jangan sampai hancur.  Hasilnya kacang hijau itu akan menjadi satu gelas. Makanlah pada setiap pagi dan petang
     Satu  lagi  petua  yang  boleh  dicuba  ialah setiap  hari  sebelum  tidur  malam,  angkatlah kaki  keatas  setinggi   mungkin   dengan  cara duduk   melunjur  dan  badan  bersandar pada dinding selama 10 minit. Selamat mencuba.

Khasiat Air Cengkih
Setiap orang  mahukan zuriat yang cerdas dan pintar, Selain  kaedah  moden,  cara tradisional juga tidak kurang hebatnya.
     Apabila anda didatangi  tanda- tanda  hamil seperti  mengidam  dan   sebagainya,  cubalah amalkan meminum air rendaman cengkih setiap hari sehingga anak selamat dilahirkan.
     Tidak perlu banyak, cukup sekadar 2 atau 3 biji  cengkih.  Berikan  juga  kepada anak anda minuman  air  rendaman  cengkih  dari selepas dilahirkan sehingga berumur 5 tahun.
     Dengan    izin    Allah,    Insyaallah    ianya berkesan.

Legakan Sengal
Sengal tulang dan ngilu memang tidak menyenangkan. Untuk melegakannya ambil satu jengkal halia dan cuci hingga bersih. Parutkannya dan tempelkan/lekatkan pada bahagian badan yang sengal dan ngilu itu, kemudian balutkannya.
     Walau terasa sedikit hangat dan panas, tetapi ia amat berkesan.

Atasi perut buncit
Perut buncit dan boroi sudah tentu memalu kan samada lelaki mahupun wanita.cuba petua ini untuk mengurangkannya.
     Ambil tiga cubit bedak sejuk dan campur- kannya dengan sedikit kapur sirih dan  air  perahan limau nipis. Gaulkan semua bahan  tadi dan lumurkan pada perut. Biarkan ia kering seketika kemudian ikat perut  dengan  sehelai kain. Amalkan  sebelum  anda  tidur  malam. Ambil perhatian  kapur  sireh  yang  berlebihan akan membuat perut anda panas.........

Melegakan batuk
Bakar sekeping asam gelugur dan seulas bawang putih hingga hangus. Hancur dan gaulkan bahan-bahan tadi dengan minyak kelapa. Sapukan pada dada.
     Amalkan petua ini pagi dan malam, Insya-
allah berkesan. Andainya batuk berterusan berjumpalah dengan doktor....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2006 08:59 AM | Show all posts
eh...wat cengkih can do to neuron cell?? kalau boleh xplen detail ikot logik lebe menarik...

i like all the petua, but somehow, if anybody can explen why it can be soo mujarab wud be better.

cth mcm lenyek tomato dkt muka for masker wajah. why it is soooo good becoz of the ingredients. tomato itself contains high vit C, A, E for anti-oxidant, so that ppl yg amalkan this petua always awet muda n tegang wajah.some sort of that.

the  rational behind all those petua wud be better.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2006 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 6-7-2006 08:59 AM
eh...wat cengkih can do to neuron cell?? kalau boleh xplen detail ikot logik lebe menarik...

i like all the petua, but somehow, if anybody can explen why it can be soo mujarab wud be better.

...


oohhh...tang tu i tak boleh nak explain..tapi i akan cari gak jawapannyer...jgn risau...nanti i bagi kay....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2006 01:46 PM | Show all posts
anybody yg kat luar saner..kalau tau pasal kandungan tanaman herba nie sila lah menyelesaikan masalah nie....timo kacih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.080573 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list