CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2698|Reply: 20

Gemuruh Dayang

[Copy link]
Post time 2-7-2006 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Oleh ABIE ABDULLAH - Metro Ahad

PEJAM celik, sudah tujuh tahun Dayang Nurfaizah merakam pengalaman sebagai artis di Malaysia. Masa pantas berlalu di dalam kesibukan membina karier, namun kata gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini masih banyak ruang untuknya perbaiki diri.


Kadangkala dia tersenyum sendirian apabila teringatkan zaman remaja sebelum memasuki dunia artis. Difikirkan seronoknya hidup sang bintang, bergambar di majalah, menyanyi di televisyen dan dikejar peminat.

?emang dulu Dayang ingat kerja menyanyi ini seronok dan senang, tetapi selepas berada sendiri di dalam bidang ini, baru Dayang tahu susah senangnya. Banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk berjaya.

?aling memenatkan Dayang ialah menunggu. Apa saja yang dibuat berkaitan nyanyian ini, kena tunggu. Bukan merungut, cuma sekadar berkongsi cerita dan jangan anggap karier ini mudah dan seronok seperti yang dipandang daripada luar,? katanya tergelak.

Sepanjang tujuh tahun itu juga, Dayang melalui pelbagai cerita. Tidak semua manis, malah terpaksa menelan kepahitan pada satu ketika. Namun dia bersyukur kerana semua pengalaman itu membentuknya menjadi Dayang Nurfaizah yang lebih kuat seperti hari ini.

Penyanyi Erti Hidup ini mengakui perjalanan karier seninya tidak selurus sesetengah artis. Liku-liku dilalui dan sekali lagi katanya, itulah pengalaman berharga. Biar perlahan tetapi bertahan.

?lhamdulillah, semua diaturNya dengan baik. Mungkin sesetengah penyanyi beruntung kerana mendaki puncak dengan cepat dan mudah. Dayang pula banyak persinggahannya, kadang-kadang membuatkan kita terhenti seketika.

?etapi itu tidak bermakna terus berhenti dan mati. Pada perhentian itulah kita belajar untuk berjalan lebih baik,? bijak Dayang berfalsafah.

Sempena dengan usia seninya, Dayang merakamkan pengalaman itu semua di dalam persembahan khas, Dayang After 7 di Planet Hollywood pada 15 Julai ini. Tidak hanya kerana angka tujuh, rangkuman ini juga bersempena dengan hari jadinya ke-25 yang jatuh pada 20 Julai.

Menurutnya, ingin sekali dia mengajak semua peminat dan mereka yang setia menyokongnya selama ini, berkongsi pentas di premis hiburan terkemuka Kuala Lumpur itu.

Menyedari peminatnya berbilang usia, Dayang memilih waktu bermula jam 3 petang sebagai pembuka persembahan. Biasanya Sunday Nite Live lebih mengehadkan peminat berusia lebih 18 tahun, tetapi acara petang lebih terbuka kepada sesiapa saja.

?ayang mahu peminat kecil dapat tengok bersama-sama dengan orang dewasa. Kalau malam tentunya mereka tidak boleh masuk atau dibenarkan keluarga tetapi rasanya waktu petang beginilah sesuai untuk acara santai bersama keluarga.

?da juga peminat Dayang yang masih sekolah, jadi mereka boleh bawa ibu atau kakak mereka sekali. Lagipun sejak album Kasih, ramai pula golongan ibu dan mak cik yang meminati lagu Dayang,? katanya yang kali kedua menyambut hari jadi bersama peminat selepas tahun lalu.

Kata Dayang, dia cuba meluangkan masa sepanjang Julai ini untuk lebih rapat dengan peminat. Julai sebagai alasan untuknya meraikan bulan kelahirannya.

Ceritanya, banyak lagu yang dipilih untuk persembahannya nanti diambil daripada album pertama hinggalah yang terbaru. Seandainya Masih Ada Cinta (SMAC), Hakikat Cinta, Bahagia, Hujan Lagi Hati Ini dan Dayang Sayang Kamu antara yang disenaraikan.

?angan tidak tahu, peminat Dayang membuat kajian di kalangan mereka, lagu apa yang patut Dayang nyanyikan. Namun bukan semua boleh diikuti kerana keutamaan Dayang adalah daripada album Dayang sendiri.

?adang-kadang Dayang penat juga menyanyi lagu sama tetapi kalau tidak nyanyi, mereka akan minta. Macam lagu itu seperti SMAC dan Dayang Sayang Kamu, kalau tiada lagu itu di dalam mana-mana persembahan Dayang, macam tergantung pula,? katanya.

Dalam pada itu, Dayang di antara yang terpilih di dalam Top 10 One In A Million (OIAM). Dia akui tidak dapat menyembunyikan perasaan gemuruh setiap kali menaiki pentas program realiti itu. Tidak tahu mengapa, mungkin di depannya juri (Paul Moss dan Syafinaz Selamat) yang juga rakannya, mungkin juga kerana demam pertandingan itu.

Dayang gagal menemui jawapan itu tetapi nyata dia gementar. Gementar inilah yang membuatnya tertekan sehingga butiran jerawat ?enghiasi? dahinya. Malah dia tidak pernah gementar seperti ini biarpun pernah menyertai pertandingan seperti Golden Teen Search atau Anugerah Juara Lagu.

?ayang cuba menjadi Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi bukan sebagai peserta pertandingan itu. Sebab Dayang banyak berfikir, walhal sepatutnya kena tenang.

?ementarnya menyanyikan satu atau dua lagu di dalam OIAM lebih besar daripada menyanyi 20 lagu di Planet. Lagipun Dayang kena tunjukkan pengalaman tujuh tahun sebagai penyanyi, nanti apa orang akan kata,? katanya.

_________________________________________________________________


Ni bukan thread bintang hati tu ke? hehheh..ada masa dyg masuk cari?

[ Last edited by  Munc at 2-7-2006 04:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2006 08:04 PM | Show all posts
7 tahun?
eh eh macam baru 2 3 tahun jer
masa dia menang SMAC juara lagu time tu baru tingkatan 4 ke 5
alamak..
aku dah tuaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2006 11:04 PM | Show all posts
tu la
tk sangka plak aku
dah 7thn
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 08:37 AM | Show all posts
hahhahahahha....kelakar siut aku baca ayat yg ni

"Jangan tidak tahu, peminat Dayang membuat kajian di kalangan mereka, lagu apa yang patut Dayang nyanyikan. Namun bukan semua boleh diikuti kerana keutamaan Dayang adalah daripada album Dayang sendiri. "

aku suka ayat yg ni

Biar perlahan tetapi bertahan

Alhamdulillah, semua diaturNya dengan baik. Mungkin sesetengah penyanyi beruntung kerana mendaki puncak dengan cepat dan mudah. Dayang pula banyak persinggahannya, kadang-kadang membuatkan kita terhenti seketika. Tetapi itu tidak bermakna terus berhenti dan mati. Pada perhentian itulah kita belajar untuk berjalan lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 10:28 PM | Show all posts
baik punya guling ya BH
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 01:32 PM | Show all posts
wah cepat seh da 7 yrs...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2006 11:46 PM | Show all posts
tu la
kejap je kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 02:21 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 12-7-2006 11:46 PM
tu la
kejap je kan


ah2... so fast masa berlalu... byk yg die da harungi... harap die tabah menghadapi bende2 lain di masa depan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by eally at 13-7-2006 02:21 AM


ah2... so fast masa berlalu... byk yg die da harungi... harap die tabah menghadapi bende2 lain di masa depan...


begitu cepat masa berlalu kan? dah sebaya usia perkahwinan akak hehehhheheeh (happy anniversary to me) hahahahhahh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by Munc at 2-7-2006 04:20 PM
Oleh ABIE ABDULLAH - Metro Ahad

PEJAM celik, sudah tujuh tahun Dayang Nurfaizah merakam pengalaman sebagai artis di Malaysia. Masa pantas berlalu di dalam kesibukan membina karier, namun kata ga ...




BH pi bagi list tu kat dia waktu dinner aritu la....
(tapi maybe gak dia ada masuk sini kan?? yer ker?? :hmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by belle2211 at 13-7-2006 08:49 AM


begitu cepat masa berlalu kan? dah sebaya usia perkahwinan akak hehehhheheeh (happy anniversary to me) hahahahhahh


happy anniversary awak! moga berkekalan hingga ke anak cucu... khehe!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 13-7-2006 02:21 AM


ah2... so fast masa berlalu... byk yg die da harungi... harap die tabah menghadapi bende2 lain di masa depan...



sekejap je kan... aku teringat kata - kata afdlin shauki masa AIM hari tu "dayang adalah salah sorang artis yg begitu kuat semangatnya. "
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 14-7-2006 12:43 PM



sekejap je kan... aku teringat kata - kata afdlin shauki masa AIM hari tu "dayang adalah salah sorang artis yg begitu kuat semangatnya. "


yesh! kuat yg teramat... kalau tak kuat... kite tak nampak lagik lah dayang kat tv lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 14-7-2006 03:18 PM


yesh! kuat yg teramat... kalau tak kuat... kite tak nampak lagik lah dayang kat tv lagik...



itu yg buat aku kagum sangat dgn dia. dan itu jugak yg buat aku terus menyokong dia tanpa rasa penat dan jemu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 14-7-2006 04:46 PM



itu yg buat aku kagum sangat dgn dia. dan itu jugak yg buat aku terus menyokong dia tanpa rasa penat dan jemu.


yah... tak menyesal sedikit pun meminati die!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 14-7-2006 12:43 PM



sekejap je kan... aku teringat kata - kata afdlin shauki masa AIM hari tu "dayang adalah salah sorang artis yg begitu kuat semangatnya. "


yup
nmpk je dia mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2006 02:08 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 14-7-2006 11:48 PM


yup
nmpk je dia mcm tu


ah2 seh... nampak mcm tak de pape... tapi hati die kental!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 04:34 PM | Show all posts
DAYANG GEMURUH BILA SPEAKING ENGLISH...... HIHIHIIIIII <----- SETUJU X
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 09:11 PM | Show all posts
sedikit kata2 dyg kat PH smlm, "sekejap je kan...dah 7 tahun. rasa mcm x caye je...tapi, dayang still muda kan..mcm bdk belasan tahun je. dayang berada disini, hasil sokongan yg kuat dpd peminat. terima kasih banyak2."
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 10:35 PM | Show all posts
belasan thn???
berangan
ahahahahahaha
tp boleh laaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.104282 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list