CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6964|Reply: 23

otak malas . .

[Copy link]
Post time 12-6-2006 08:51 PM | Show all posts |Read mode
cam ne nak gerak kan balik pemikiran terutama pada staff yang dah berusia sket? . . selalu kalau nak tanye idea, dorang selalu ckp 'ikut mcm biasa', ala lomah den . . :geram::geram::geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2006 09:08 PM | Show all posts
neisya ada 5 orang staff bawah neisya kat ofis yg umo blh neisya panggil mak cik, pakcik...tp, neisya selau gunakan pendekatan secara lembut utk mendapatkan idea atau any feedback...neisya rapat dengan diorang...bukan depa ni tak pandai..maklumla dah kerja masa kita baru tadika lagi....cuma, cara kerja diorang dah terbiasa dengan habit mcm tu..kena pandai2 tackle la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 08:19 PM | Show all posts
btol la tu neisya, mmg kene guna   pendekatan yg lembut nak tackle diorg ni, pandai2la kan, anyway thanks.
Reply

Use magic Report

destiny_01 This user has been deleted
Post time 16-6-2006 04:50 PM | Show all posts
jangan memandai=mandai kalau tak pandai, tanya pendapat orang yang dah memang pandai barulah kita jadi pandai, kalau dua-dua tak pandai , kita sama-sama fikirkan jalan supaya dua-duanya terus menjadi teramat pandai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 02:04 AM | Show all posts
guna kata2 pujian dan kata2 yg tidak mengguris perasaan......tp kalo org tu dah memang tahap tak mau dgr kata susah jugak................

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 20-7-2006 01:34 PM | Show all posts

Otak malas...

Originally posted by ummy43 at 12-6-2006 08:51 PM
cam ne nak gerak kan balik pemikiran terutama pada staff yang dah berusia sket? . . selalu kalau nak tanye idea, dorang selalu ckp 'ikut mcm biasa', ala lomah den . . :geram::geram::geram:




Rasanya bukan faktor usia aje yang menyebabkan seseorang itu mempunyai otak malas... banyak faktor... di antaranya faktor persekitaran, faktor pengalaman masa lepas, faktor halangan dll.   Untuk menanganinya kena tahu apa sebabnya mereka bertindak begitu.... dari situ kita secara berhikmah memberi semangat kepada mereka agar sama-sama turut serta mengambil bahagian....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2006 01:54 PM | Show all posts
faktor keturunan juga menyumbang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 08:51 PM | Show all posts
Agree - bukan umur saja.  There are people mula belajar balik at their 50's, 60's though dah pencen.  These people proved that age is not the factor.  It's within you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2006 01:17 AM | Show all posts
kita boleh ambil iktibar dari bermacam ragam manusia.

kalau boleh kita gunakan kelemahan seseorang untuk mencapai sesuatu kebaikan. mungkin dia orang ni bukan malas berfikir, tetapi dah terlalu banyak benda nak fikir.  kdg-kdg kita pun tak boleh nak pk sebab berserabut dgn masaalah peribadi.

manusia di jadikan berjenis-jenis sifat.  ada yg follower dan ada yg leader.  kalau semua dok menjana pemikiran karang kita kata banyak sangat kepala.  so kita cuba solvekan problem dengan kemampuan resources yg dah sedia ada.  dia orang malas fikir, tak apa.  cuba kita tengok kebolehan kita utk menjana pemikiran yg baik dan mencapai tujuan tanpa apa-apa fikiran dari subordinate.  kalau dgn hanya idea cetusan kita dan boleh menjana sesuatu tu dah kira cukup baik.  dan mungkin ini pun boleh bantu subordinate kita berubah dari sifat follower ke sifat leader.  tapi tak boleh ramai sangat leader, nanti kapal karam.

kalau idea kita sebaliknya mendapat kegagalan, itu pun dah baik sebab, manusia belajar dari kegagalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 11-8-2006 11:10 AM | Show all posts
Thread kat sini tak ramai yang masuk... adakah kerana ramai di antara kita mempunyai otak yang malas?  Kenapa?   Adakah persepsi mereka mengatakan isu yang diperkatakan di sini berat  atau sememangnya mereka tak berminat?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 04:02 PM | Show all posts
Bukan begitu, f@uzi......nak kena fikirkan dulu kerana maknanya dalam sekali. :nerd:

Hami rasa otak tak pernah malas.........

Ia sentiasa berusaha untuk memberi tindak-balas terhadap apa2 yang diperlu oleh tuannya dari segi fisiologinya kerana ia dilahirkan begitu. Tetapi otak mempunyai "software" yang sedikit sebanyak menentukan cara2 atau paten seseorang itu berfikir,merasa  dan potensi tindak balasnya. Kebanyakan darinya telah dipelajari dari kecil. Masa itulah pembelajaran dan pengasimilasian amat ketara. Apabila paten itu  telah bertapak dalam seseorang, ia perlu dibuang semula(unlearn) sebelum mempelajari sesuatu yang baru dan "unlearning" adalah lebih susah dari "learning" buat pertama kalinya.

manusia di jadikan berjenis-jenis sifat.


Ada benarnya juga....akan tetapi perwatakan seseorang juga boleh bercangah dengan mental programnya dan bertindak balas dengan cara baru, kriatif, menghancurkan ataupun yang tidak terduga. Tetapi yang Hami ingin tekankan disini ialah yang  program mental tu.

Ada beberapa lapisan atau fakta yang mungkin ummy43 perlu fikirkan apabila berhadapan dengan isu2 otak ni:
1. Negeri.
2. Daerah, etnik, bahasa atau /dan ugama.
3. Jantina
4. Generasi -  datuk nenek, ibu bapa atau anak2.
5. Kelas sosial - pelajaran dan pekerjaan.
6. Kalau digaji oleh organisasi - mengikut cara pekerja2 bergaul dan corporate culture organisasi.

Mungkin ada yang lain2 juga..... Kadang2 fakta2 itu bercangahan ....seperti jantina dan ugama, generasi dan pelajaran dan seterusnya.

ummy43 ada memberi fakta umur ...generasilah tu. Pada Hami, perlu diimbas fakta2 yang lain juga untuk memahami sebab2 mereka itu bertabi'i atau berpegangan sedemikian.

dorang selalu ckp 'ikut mcm biasa',


Misalnya, semak semula value organisasi  atau corporate culture anda kerana ia juga membentuk cara2 pekeraj2 berfikir, berinteraksi atau bertindak balas. Korporasi yang sentiasa mengendahkan performance yang baik mungkin akan selalu membakar semangat pekerja. Sebaliknya, koporasi yang kurang mengiktiraf kerja yang baik akan mematikan semangat pekerja

Sekian sahaja :tq:

[ Last edited by  hamizao at 30-8-2006 04:12 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 02:50 AM | Show all posts
Originally posted by ummy43 at 12-6-2006 08:51 PM
cam ne nak gerak kan balik pemikiran terutama pada staff yang dah berusia sket? . . selalu kalau nak tanye idea, dorang selalu ckp 'ikut mcm biasa', ala lomah den . . :geram::geram::geram:
...make them feel wanted and involved...kalau nak buat sesuatu projek or whatever lah...yang sebaik2nya ko adakan satu sesi di mana mereka terlibat sama...dan korang bley do some brainstorming...mintak ideas daripada each and everyone...u as a facilitator...jot down their ideas...kalau ideas yang diberi agak kurang menarik atau out of context pon...jangan sekali2 kutuk atau lemparkan kata2 yang tak elok to them...instead...gunakan kata2 sopan yang tidak akan hurt their pride...like.."...eerr...bagus skali your idea nie...but...sayang skali tidak sesuai untuk projek kita yang nie...tapi...akan saya pertimbangkan untuk projek2 akan datang..."

...pple work best kalau segala apa yang mereka sumbang diappreciate oleh majikan...ada baiknya jugak korang amik initiative sendiri untuk memberi mereka small rewards or token of appreciation..tak payah mahal2 sangat...some times..even the thank u card yang ko beri to them amat mereka hargai...or buy a box of chocolates and share it with them thanking them of their effort yang they have contributed and put in...things like that noe...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 09:18 AM | Show all posts
hahahah...i dun believe otak malas
org yg PEMALAS memang bykkkkkkkkkkkkkkk

berfikir nie adalah aktiviti yg memenatkan....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 02:17 PM | Show all posts
antara cara mengerakkan otak yang malas...

bagi aktiviti 'riadah' yang sesuai untuk otak bergerak/berfikir.. dengan cara ajukan soalan-soalan yang memaksa otak tu supaya berfikir...

cth soalan:
89265-63467+7399635/8756 dapat berapa??
senaraikan faktor penyumbang kepada peningkatan harga barang keperluan semasa.
jika bapa ali berkahwin dengan mak saudara sepupu abu dan ibu fatimah berkahwin dengan bapa tiri kepada tijah, apakah hubungan antara ali dan aisyah??


err..soalan2 yang macam tu la lebih kurangnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:05 AM | Show all posts

Reply #14 pesona1's post

Pi buat MENSA workout !
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 06:16 PM | Show all posts

Reply #15 hamizao's post



tak pun, makan ginko biloba, arcaleon dan nootropil... boleh beli kat farmasi...
otak jadi alert dan kurang malas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2008 06:19 PM | Show all posts

Reply #16 pesona1's post

setahu i...MALAS takde ubat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:19 AM | Show all posts

Reply #16 pesona1's post

actually, ubat2 macam tu just meningkatkan sistem pengaliran darah dalam badan so that otak kita dapat sumber nutrien yang secukupnya...kalau lebih apa salahnya.

otak tak pernah malas, sentiasa bekerja. macam2 benda berlaku dalam badan kita, cuma kita saja yang tak mengetahui peranan dan tanggungjawab otak dalam memastikan "tuan"nya dalam keadaan yang baik.

cuma tuan saja yang malas. kekadang tu bukan orang malas nak berfikir, tapi tidak pernah didedahkan dengan persekitaran yang mendorong untuk lebih berfikir.

kita tidak boleh nak ajak atau suruh atau nasihat orang untuk berfikir..its just in my point of view, kalau kita boleh pengaruh mereka, it will be better.

ingat. golongan ramai berceritera tentang individu. golongan yang lebih baik bercerita tentang kejadian. golongan terbaik berbincang tentang idea. (ayat nie aku ambik dari mana entah..perkataan maybe berlainan, tapi maksud ayat tetap sama)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 02:48 PM | Show all posts

Reply #18 abemus's post

i suka ayat2 u dlm perenggan terakhir....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 06:40 PM | Show all posts
from BHARIAN...

Perspektif Ikim: Gejala 'bebalisme' punca akal rosak

Oleh Azrina Sobian

Tak minat ilmu antara ciri kemalasan intelek masyarakat negara membangun

HASRAT membentuk masyarakat 'minda kelas pertama' di negara membangun seperti Malaysia tidak akan tercapai selagi cabaran terhadap akal masyarakat tidak dikenal pasti.

Kita sering bercakap mengenai pelbagai punca kemunduran sikap masyarakat dan satu persatu punca disenaraikan, tetapi permasalahan masyarakat negara membangun masih tidak dapat dikenal pasti secara jitu kerana punca sebenar terletak pada kecamukan akal masyarakat itu.



Kata-kata yang berkait langsung dengan kalimah 'akal' muncul sebanyak 49 kali dalam al-Quran dan semuanya memberi makna yang baik kepada penggunaan akal.

Pada sudut pandangan hidup Islam juga, akal mendapat satu kedudukan yang tinggi. Akal adalah satu daripada tiga cara untuk memperoleh ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, akal adalah tempat di mana ilmu berkembang.

Akal jugalah yang membezakan manusia dengan haiwan. Oleh itu, jika akal manusia dicacatkan, maka usaha menimba ilmu boleh terjejas dan martabat manusia boleh jatuh sehingga menjadi lebih rendah daripada haiwan.

Jatuhnya martabat manusia kini boleh tergambar dalam banyak cara. Misalnya, kisah bapa merogol anak, anak membunuh ibu bapa, kawan menipu sahabat, pecah amanah dan guru dipukul pelajar. Bukankah ini antara bukti bahawa kedudukan kebanyakan manusia kini lebih rendah daripada haiwan?

Meningkatnya rasa kehaiwanan manusia berlaku kerana kebanyakan mereka terlalu jauh daripada ilmu pengetahuan dan dengan itu jauh daripada agama. Peranan agama memandu hidup manusia, tanpa ilmu pengetahuan pula, agama tidak akan dapat difahami. Dengan itu, selamanyalah manusia hidup dalam kepincangan dunia khayalan mereka sendiri.

Berdasarkan itu, perlu difahami punca kerosakan akal sehingga menggagalkan manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Sebenarnya ada banyak punca kepada masalah ini dan satu daripadanya apa yang dikata gejala 'bebalisme'.

Penulis memilih untuk menonjolkan gejala itu kerana gejala ia amat dekat dengan masyarakat membangun. Walaupun dikatakan ia berlaku di seluruh dunia, gejala itu sebenarnya sangat ketara di negara membangun seperti Malaysia dan rantau sekitarnya.

Istilah itu mula digunakan oleh Prof Syed Hussien Alatas dalam bukunya bertajuk Intellectuals in Developing Countries yang ditulis pada 1977. Bebalisme muncul daripada kata dasar bebal yang membawa maksud tumpul otak atau bodoh. Oleh itu, istilah bebalisme memberikan kita satu pengertian yang kasar.

Bagaimanapun, Prof Syed Hussien menolak pandangan sebegini dan menegaskan bahawa istilah bebalisme bukan bertujuan untuk merendahkan orang lain, tetapi hendaklah digunakan dalam ruang lingkup ilmiah.

Gejala bebalisme diibaratkan sebagai 'parasit dalam fikiran' masyarakat. Gejala itu menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutama dari segi keinginan dan kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Antara sikap terhadap ilmu yang ditunjukkan gejala bebalisme adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak berdaya cipta. Paling ketara, mereka yang terperangkap dalam gejala ini tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah, tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak menaruh penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri.

Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah 'kemalasan intelek'. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.

Oleh itu, gejala ini menyebabkan masyarakat membangun tidak lagi berminat mendapatkan ilmu pengetahuan berguna. Jika adapun usaha mencari ilmu, ini dilakukan bukan kerana niat ingin membantu masyarakat, tetapi disebabkan oleh pangkat, nama dan sebagainya.

Paling menyedihkan apabila Prof Syed Hussien menegaskan bahawa gejala itu ditampilkan dan disambung daripada satu generasi ke generasi lain. Maka, nyatalah gejala itu sukar dihapuskan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan serta cara terbaik untuk keluar daripada gejala yang membelenggu masyarakat.

Untuk melepaskan diri daripada belenggu ini, masyarakat memerlukan satu atau sekumpulan pemimpin secara ikhlas ingin mengubah masyarakat ke arah yang baik. Pemimpin bukan saja terdiri daripada kepimpinan negara, termasuk ibu bapa, guru, ketua kampung dan ketua jabatan.

Paling penting keinginan untuk mengubah masyarakat bukan didorong oleh sebab kebendaan, tetapi tanggungjawab dan kasih kepada masyarakat yang dipimpin. Bagi Prof Syed Hussien pemimpin hendaklah menjadi seorang intelektual. Dengan kata lain, mereka hendaklah menjadi pemimpin berakal.

Dengan adanya pemimpin seperti itu maka kita berharap apa yang dinyatakan Ibn Khaldun bahawa 'tabiat rakyat pada hakikatnya adalah bayangan bagi tabiat atau amalan hidup yang dimiliki oleh pemimpin mereka' dapat dijadikan kenyataan.

INTI PATI



Akal adalah satu daripada tiga cara untuk memperoleh ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, akal adalah tempat ilmu berkembang.


Jika akal manusia dicacatkan, maka usaha menimba ilmu boleh terjejas dan martabat manusia boleh jatuh sehingga menjadi lebih rendah daripada haiwan.


Gejala 'bebalisme' adalah anatara punca akal rosak sehingga menggagalkan manusia memperoleh ilmu pengetahuan.


Gejala 'bebalisme' sebenarnya sangat ketara di negara membangun seperti Malaysia dan rantau sekitarnya.


Gejala bebalisme diibaratkan sebagai 'parasit dalam fikiran' masyarakat. Gejala itu menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutama dari segi keinginan dan kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.


Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah 'kemalasan intelek'. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.


Untuk melepaskan diri daripada belenggu ini, masyarakat memerlukan satu atau sekumpulan pemimpin secara ikhlas ingin mengubah masyarakat ke arah yang baik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 1.055778 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list