View: 170861|Reply: 498
|
Peristiwa Bukit Kepong
[Copy link]
|
|
Peristiwa Bukit Kepong
Tapak Balai Polis Bukit Kepong yang dibakar oleh pengganas komunis
Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.
Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.
Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai pada 23 Febuari 1950
Anggota polis pangkat rendah dan polis bantuan bergambar di hadapan Balai Polis Bukit Kepong sebelum diserang
Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Mereka menangkap salah seorang isteri anggota polis dan mengacukan pistol kepadanya serta memaksanya menyuruh anggota-anggota yang bertahan di balai polis supaya menyerah diri. Anggota polis menyahut seruan itu dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan menyerah diri dan akan terus berjuang. Seorang lagi isteri anggota polis dan anak perempuannya dipaksa keluar dan menyerah diri tetapi mereka enggan dan mereka sanggup mati. Akhirnya kedua mereka dibunuh. Pengganas komunis membakar berek kelamin, dua orang wanita dan kanak-kanak hangus dalam peringkat akhir pentempuran yang memakan masa 3 jam itu. Hanya tiga anggota polis termasuk seorang pengawal kampong yang masih hidup. Mereka terpaksa berlari keluar kerana mereka tidak dapat menahan kepanasan akibat daripada bangunan balai polis yang terbakar. Mereka merempuh kedudukan pengganas menyebabkan tiga orang komunis terbunuh. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.
Dato'Onn Jaafar (Menteri Besar Johor) sedang memeriksa tempat kejadian selepas serangan balai pada 24 Febuari 1950
Kesemua 21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi cemerlang pasukan polis dan keperwiraan mereka dengan menjadi contoh dan inspirasi kepada anggota lain pada masa hadapan. Dalam mempertahankan balai polis, 17 orang anggota telah terkorban.
Apabila bunyi pertempuran didengari oleh beberapa kampung dipersekitaran, pengawal kampung telahpun bersedia dan 7 orang daripada mereka bersama penghulu Ali bergegas ke Bukit Kepong. Lebih kurang ½ kilometer daripada Bukit Kepong mereka diserang oleh sekumpulan pengganas komunis dan terjadilah pertempuran di situ.Mereka berjaya menentang kumpulan pengganas komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari rakan-rakan mereka.
Perlawanan yang tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan senjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifle, senapang patah dan parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan tercedera.
Keadaan ini memaksa Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera berundur, sementara yang lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2 jam, pengganas komunis pun berundur setelah membakar pejabat penghulu dan merompak kedai-kedai.
Semasa pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam perjalanan mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka yang hanya seramai tujuh orang tidak mampu melawan. Separuh daripada anggota kumpulan ini bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi, dan di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.
Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.
Mayat anggota polis hangus terbakar
Kawasan balai menjadi "padang jarak padang terkukur" angkara kekejaman musuh
Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dierang ....meninggal dunia as wira2 negare.
sebab nih ler aku rase kerajaan mmg tk patut kasi chin peng tuh balik sini ler.
kalo kerajaan kasi...nih dah kire menghina pengorbanaan para tentera dan polis yg terkorban dalam perjuangan mereka.
mari kite sedekah al-fatihah untuk mereka yg terkorban tuh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni macam2 version yang aku dengar pasal tragedi Bukit Kepong ni termasuklah menonton filem Bukit Kepong ni masa aku masih bersekolah dulu (aku dalam darjah 3) dgn family. Tapi bila aku dah pergi sendiri ke tempat tu & baca segala article pasal tragedi tu yang ada dalam dalam Balai Poils tu barulah aku dapat gambaran yang sebenar pasal tragedi Bukit Kepong tu. Kalau hubby ikut jalan Tangkak untuk ke rumah Mak Mertua, anak lelaki aku yang berumur 12 tahun sure akan mengajak hubby singgah ke Balai Polis Bukit Kepong utk tengok & baca article2 tu. Memang dia tak pernah jemu2 macam aku juga & aku ada simpan CD & Buku Cerita pasal Tragedi Bukit Kepong ni.
[ Last edited by pee3 at 25-5-2006 09:10 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kompeni ke 4 rejimen ke 3 beroperasi di muar,segamat n melaka
salah seorang org penting dlm komunis di muar adalah ahmad indera aka mat indera
mat indera adelah seorang anggota API dan bekas cikgu sekolah agama di sekolah agama parit setongkat
salah seorang komunis melayu yg agak handal adalah margono berasal dari serom muar
margono dikatakan kebal,
mat indera telah ditangkap dan dihukum gantung sampai mati
margono pula telah menyerah diri.
sebelum balai polis diserang kiyai salleh telah memberitahu kawan-kawannya di sana, tetapi mereka tidak berapa mengadakan persediaan
ketika balai polis diserang anggota AP dari beberapa kampung yg diketuai oleh orang kaya penghulu ali mustapha dari kampung tui cuba membantu, (orang kaya-satu gelaran yg diberi kepada orang-orang yg dipilih untuk menjadi wakil sultan)
antara kampung-kampung yg menghantar bantuan adalah kampung tui,kampung meda kampung bendar, kampung belatak dan kampung raja.
tetapi bantuan tersebut telah disekat oleh komunis.
apabila komunis telah menewaskan pasukan polis dan melarikan diri barulah mereka dapat memasuki balai bkt kepong
kejadian itu sungguh menyayat hati,
telah diceritakan terdapat mayat seorang perempuan yg sedang memangku anaknya, kedua-duanya rentung, terdapat adik beradik yg rentung dlm keadaan berpelukan.
anggota polis yg terselemat semuanya telah meninggal
konstabel 10533 othman bin yusof (cacat dan melarat) meninggal dlm tahun 2000
konstabel laut 37 abu bakar bin daud (bersara sebagai sarjan) meninggal pada 1979
epc ahmad khalid (menjadi peneroka felda) meninggal pada 1993
konstabel yusof bin rono (bersara sebagai sarjan ) meninggal pada 14/04/2005
yusof rono dilahirkan pada 1 februari 1922 di kampung sungai raya, bkt pasir muar
mula berkhidmat sebagai polis pada 1 sept 1939 (ibu pej polis daerah johor) bersara pada 1 februari 1977 (tmpt berkhidmat di mahkamah tengah melaka)
yusof rono meninggal di hospital melaka kerana barah usus |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebelum kejadian serangan tersebut, ada peniaga cina telah menyuruh seorang polis
supaya mengambil cuti dan balik ke kampung, org cina tu beberapa kali memujuk polis tersebut tetapi polis tu tak mengambil cuti , polis tersebut telah terkorban. tapi aku tak ingat saper dia, wife polis tu adik beradik cikgu aku
mase tu ade seorang polis berperang dengan hanya memakai kain, tapi last-last kain tu tanggal dan dia bertelanjang bulat. (salah sorang polis yg selamat)
kedudukan balai polis mase tu betul-betul di tepi sungai, bukan macam dlm citer bkt kepung tu
kalo dlm citer bukit kepong ade dialog antara seorang anggota polis dan anaknyer
camni lah lebih kurang dialog nye
'dah besar nanti nak jadi ape?'
'nak jadik polis nak bunuh semua komunis tu'
abu samah kot dlm citer tu
dan abu samah telah menjadik polis setelah dewasa
sarjan jamil adalah antara polis yg awal terkorban, bukannye antara yg terakhir mcm dlm citer tu.
sebelum kejadian tu, ramai org cina dr luar telah masuk ke dlm kawasan bukit kepong (ade dr labis, segamat, dan muar
ketika 2 org polis yg cedera hendak dibunuh oleh komunis, mat indera telah menahan komunis dari membunuh polis tersebut
selepas kejadian serangan oleh komunis, persatuan mahmuddiah yg diketuai oleh kiyai salleh telah menyerang komunis di bukit kepong.
di kawasan bukit pernah dijumpai kubur yg dipercayai kubur-kubur komunis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mase tayangan citer bukit kepong pada tahun 82, aku tengok kat panggung cathay muar (tmpt kiyai salleh bincang ngan komunis untuk berdamai)
satu kampung pergi.penuh panggung mase tu. tu lah first time aku tengok wayang, ngan family aku lak tu
dan sekarang aku carik vcd citer tu, tak pernah dapat. dah dekat 8 tahun carik
saper ade leh lah watkan copy tuk aku
tu antara bende yg aku ingat.
sumber-sumber yg aku dapat dari
org tua aku
org-org tua
pakcik hussin (bapak kawan aku, kawan bapak aku dan juga anak sedare penghulu ali)
cikgu aku (adik beradik isteri polis yg terkorban)
anak anggota polis yg terkorban
buku cerita bukit kepong (ismail johari, dbp)
sotkabar berita harian, utusan, star,nst dan metro
web polis di raja
dan juga dr seorang apek yg aku jumpe ketika dia menaiki basikal tua dan memakai topi komunis, tapi citer dia susah nak paham ,dia tak bape fasih berbahasa melayu, mase tu aku sekolah rendah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
topik nie dah ada nie
nanti jap nak cari dan merge |
|
|
|
|
|
|
|
`Wira Bukit Kepong' Yusoff Rono meninggal dunia
Oleh ROSNI HASSAN
MELAKA 14 April - `Wira Bukit Kepong', Yusoff Rono, 83, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Melaka pagi ini selepas terlantar di hospital tersebut sejak 20 Mac lepas kerana barah usus.
Allahyarham, satu-satunya anggota polis yang masih hidup selepas tragedi serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.30 pagi di sisi isterinya, Zainon Kawi, 68, dan anak-anaknya.
Zainon ketika ditemui di rumahnya berkata, Allahyarham meninggal dunia dengan tenang sebaik sahaja beliau selesai membaca surah Yassin untuk kali kelima pagi ini.
Katanya, beliau tidak menyangka Allahyarham meninggalkan mereka sekeluarga dengan begitu cepat selepas menjalani pembedahan usus pada bulan lepas.
Dalam tragedi Bukit Kepong, 14 anggota polis, empat isteri polis, empat anak anggota polis dan lima anggota polis bantuan terkorban apabila balai polis tersebut terbakar akibat serangan pengganas komunis.
Yusoff bagaimanapun terselamat bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu Othman Yusof, Abu Bakar Daud dan Ahmad Khalid.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pengkebumian Yusoff di tanah perkuburan Islam Bukit Jinjing, di sini berkata, beliau akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya Allahyarham dianugerahkan dengan Pingat Gagah Berani.
Menurutnya, anugerah itu sebagai menghargai sumbangan dan khidmat Allahyarham kepada negara ini semasa hayatnya.
``Saya akan bawa perkara ini kepada pihak kerajaan agar Allahyarham dianugerahkan Pingat Gagah Berani, kerajaan memandang tinggi segala jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada negara,'' katanya.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula berkata, jasa dan bakti perjuangan Allahyarham Yusoff tidak wajar dilupakan sebaliknya ia perlu diabadikan di dalam sebuah buku untuk dijadikan kenangan.
Menurut Mohd. Ali, pelbagai peristiwa, bahan-bahan tinggalan Allahyarham seperti keratan akhbar Utusan Melayu mengenai nasionalis dan pendidikan Melayu serta gambar-gambar keluarganya akan dimuatkan dalam buku tersebut kelak.
``Kita juga akan memikirkan bentuk royalti yang akan diberikan kepada keluarga Allahyarham setelah buku itu dipasarkan, tetapi perkara itu masih belum dibincangkan,'' katanya.
Dalam pada itu, menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II Benjamin Hasbi, sepanjang hayatnya, Yusoff banyak memberi nasihat, pandangan dan berkongsi pengalaman dengan pasukan polis.
Katanya, Allahyarham seorang yang sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mengemukakan pendapatnya mengenai langkah-langkah yang boleh diambil dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan dan imej anggota polis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memperingati tragedi Bukit Kepong
BAGI Johar Katan, 69, peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong, Muar, oleh gerombolan pengganas komunis pada 23 Februari 1950, yang mengorbankan 17 orang anggota polis, keluarga dan Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) genap 49 tahun lalu, adalah tragedi yang sukar dilupakan. Ini kerana, beliau yang ketika itu bertugas sebagai anggota unit Operation Squad, Platun Ke-6, tentera British berpangkalan di Lenga, adalah antara yang mula-mula melihat mayat-mayat anggota polis rentung bersama keluarga mereka.
''Suasana sedih menyelubungi kawasan itu. Semua orang tidak dapat berkata-kata kerana terlalu amat sedih apabila melihat keadaan mayat anggota polis dan keluarga yang dibunuh dan dibakar bersama Balai Polis itu. Tambah memilukan kami, apabila dua orang kanak-kanak perempuan adik beradik, termasuk seorang darinya dalam buaian menangis sambil memanggil emaknya yang terbakar,'' cerita Johar kepada Utusan.
Dalam peristiwa itu, sebanyak 17 orang anggota pasukan keselamatan terdiri daripada polis, pasukan kawalan kampung termasuk Ketua Polis Balai Bukit Kepong sendiri, Sarjan Jamil Mohd. Shah gugur dalam keadaan menyayat hati. Lain-lain anggota polis yang terbunuh Koperal Mohd. Yasin Abdul Wahab, Lans Koperal Jidin Omar, Jaafar Hassan, Ibrahim Adam, Hassan Othman, Hamzah Ahmad dan beberapa lagi.
Johar yang kini menjadi Ketua Kampung Lenga, Muar, menceritakan, kanak-kanak perempuan itu yang dijumpai selamat di luar bangunan balai polis tersebut dikenali sebagai Zakiah Abubakar berusia lebih kurang setahun setengah dan adiknya Rokiah masih dalam buaian.
''Zakiah yang duduk di sisi buaian adiknya menangis sambil melihat api yang masih marak membakar mayat anggota-anggota polis termasuk ibunya sendiri,'' katanya.
Katanya, bapa kedua-dua orang kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Abubakar, seorang anggota Polis Marin, masih hidup walaupun menerima sebelas das tembakan yang dilepaskan oleh pengganas komunis semasa dia terjun ke Sungai Muar untuk mendapatkan bantuan.
Pada ketika itu, rasa kebenciannya terhadap pengganas komunis begitu memuncak sekali.
''Kalaulah pengganas masih ada pada ketika itu, saya akan tembak mereka sehingga semua peluru saya habis,'' tambahnya. Mengimbau kembali peristiwa tersebut, Johar menceritakan, pada pagi hari kejadian dia berada di pos Lenga dan mula terdengar bunyi tembakan sayup-sayup jauh dari sebelah Bukit Kepong pada kira-kira pukul 3 pagi.
Oleh kerana bunyi letupan itu berterusan kata beliau, pasukannya lantas bersiap sedia dengan alat kelengkapan tentera dan bertindak memberitahu pengawal kampung yang bertugas di pos tentera dekat Lenga.
''Apabila bunyi dentuman semakin rancak, kami terus ke Balai Polis Lenga yang terletak di tepi Sungai Muar dekat pekan Lenga pada ketika itu untuk melapor diri sebagai persediaan jika tenaga kami diperlukan.
''Anggota-anggota polis di balai polis itu tidak begitu pasti tentang bunyi tembakan sama ada ia adalah pertempuran antara pengganas dengan Home Guard atau dengan pihak lain,'' tambah beliau.
Bagaimanapun katanya, setelah mendapat maklumat yang mengatakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) bercita-cita hendak memusnahkan Balai Polis Bukit Kepong, dia dan rakan-rakannya mula bertindak.
''Sewaktu kami pergi ke panggung kapal (pangkalan bot) Sungai Muar di Lenga, kami nampak cahaya terang benderang dari arah pekan Bukit Kepong. Kami serta-merta menghubungi polis dan tentera untuk membawa satu pasukan bantuan ke Bukit Kepong melalui Sungai Muar,'' ujarnya.
Bagaimanapun kata Johar, beliau bersama 12 orang anggota, enam orang anggota polis dan dua orang anggota tentera mengikut jalan darat. Untuk sampai ke pekan Bukit Kepong melalui jalan darat, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 16 kilometer dan menyeberangi Sungai Meda yang ketika itu hanya bertitikan dua batang pinang bersambung tiga kali. Sebaik tiba di satu simpang berhampiran dengan sebuah tokong tidak jauh daripada Bukit Kepong, mereka terserempak dengan kesan kawasan tersebut telah dijadikan kem musuh.
''Kami temui pelbagai tanda termasuk tin-tin makanan dan kami percaya kawasan itu telah dijadikan kem anggota Parti Komunis Malaya sejak lebih seminggu di situ,'' ceritanya lagi.
Pasukannya meneruskan pergerakan dan tiba di kawasan Masjid Jamek Bukit Kepong, beberapa puluh meter sahaja daripada Balai Polis di pekan itu.
''Bila kami tiba, bunyi letupan dan kebakaran bangunan Balai Polis Bukit Kepong semakin kuat. Kami nampak api marak, asap warna hijau berbau hangit naik ke udara,'' ujar beliau.
Johar berkata, dia cuba hendak masuk ke kawasan tersebut tetapi telah dihalang oleh anggota tentera lain kerana khuatir akan keselamatan nyawa masing-masing.
Selepas kira-kira sejam kemudian, dia dan rakan-rakannya yang lain terus berkejar ke tempat kejadian dan pada ketika itulah dia ternampak mayat-mayat rentung di celah bangunan yang terbakar.
Keadaan mayat-mayat yang rentung kata beliau, amat sukar dikenal pasti. Bagaimanapun, polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Muar pada ketika itu, J.J. Raj telah mengumpul mayat-mayat tersebut.
Mayat-mayat rentung itu kemudian dibawa ke Lenga untuk diperiksa dan kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad dekat tanah perkuburan Islam pekan Bukit Kepong. Tragedi tersebut bukan sahaja menarik perhatian penduduk setempat tetapi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Jaafar turut datang melawat ke tempat kejadian.
Padanya, peristiwa tersebut amat bersejarah bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya kerana ia bukan satu tragedi biasa tetapi berbeza dengan peristiwa serangan-serangan pengganas komunis pada waktu itu.
Pertamanya kata beliau peristiwa tersebut jelas menunjukkan patriotiknya anak-anak buah Sarjan Jamil yang tidak mahu menyerah diri kepada komunis yang berulang kali meminta mereka menyerah kalah.
Malahan tambah Johar, anggota polis sanggup mempertahankan balai itu sekali pun dia dan rakan-rakannya tewas dalam perjuangan mempertahankan balai.
''Mereka tidak mudah menyerah kalah. Mereka telah mengotakan pepatah Melayu, 'biar putih tulang jangan putih mata', namun menyerah pantang sekali. Mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir,'' ujarnya.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru Lenga, Idris Rahmat memberitahu, ketika kejadian itu berlaku, dia baru berusia 10 tahun tetapi sudah boleh mengingat bagaimana dia nampak orang ramai membawa mayat rentung.
Seperti kata Johar, dia sependapat bahawa peristiwa Bukit Kepong bukan tragedi sebarangan tetapi ia satu contoh bukti keberanian pasukan keselamatan yang jumlahnya walaupun kecil tetapi sanggup berdepan dengan komunis yang lebih 10 kali ganda lebih besar.
Peristiwa yang menjadi sejarah hitam negara itu juga menunjukkan betapa seluruh masyarakat di kawasan sekitar Bukit Kepong sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Sebab itulah kata beliau, bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie dalam lawatannya ke Bukit Kepong selepas kejadian itu mengakui peristiwa Bukit Kepong adalah simbol keberanian dan semangat patriotisme pasukan keselamatan dan rakyat.
Johar dan Rahmat masing-masing mencadangkan kepada pihak berkenaan supaya mengadakan majlis mengenang kembali sejarah hitam di balai polis berkenaan dengan mengadakan majlis-majlis tahlil pada tarikh 23 Februari setiap tahun.
Mereka berpendapat, langkah itu akan membolehkan generasi muda masa kini dan akan datang menghayati semangat juang pasukan keselamatan dan penduduk kampung ketika menghadapi cabaran musuh negara.
Oleh: TUKIRAN KITAM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukit Kepong - Mengimbau kisah tragis 54 tahun lalu
Oleh Amir Sarifudin
Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghapuskan ancaman komunis bukan sesuatu yang mudah. Ia melibatkan pengorbanan amat besar pasukan polis ketika itu.
``Ramai yang tidak mengetahui bahawa anggota polis terpaksa mengetepikan soal keluarga hingga nyawa sendiri sentiasa diancam selain ramai yang terkorban.
``Ketika itu, tugas setiap anggota polis hanya satu iaitu memastikan bangsa, agama dan negara terus aman dan setiap rakyat dapat mengecapi keamanan.''
Itulah kata-kata yang diluahkan oleh bekas Sarjan Yusoff Rono, 83.
Yusoff memang terkenal kerana peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950 di mana segerombolan pengganas komunis menyertai Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor.
Dalam kejadian itu, 18 anggota polis termasuk Yusoff terpaksa mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada serangan 200 pengganas komunis.
Beliaulah satu-satunya bekas anggota polis yang terlibat dalam peristiwa tersebut masih hidup hingga kini.
Memang sukar bagi beliau apabila memikirkan bahawa rakan-rakan lain sudah tiada kerana meninggal dunia.
Kebanyakan mereka terkorban dalam peristiwa itu yang berlaku 23 Februari 1950.
Bagi Yusoff, erti kemerdekaan pada diri beliau dan rakan-rakan setugas ketika itu amat berbeza dan bermakna.
Apa tidaknya, mereka telah melalui zaman penjajahan kuasa asing dan darurat.
Sudah pasti ketika itu apa yang amat bermakna ialah mempunyai negara sendiri dengan erti kata sebenar.
Negara sendiri diperintah oleh rakyat kita sendiri.
Tanggapan
Persoalannya, apakah persepsi kemerdekaan yang hendak digambarkan oleh Yusoff itu sama dengan apa dihayati oleh generasi masa kini terutama pasukan polis selepas merdeka.
Mungkinkah tanggapan pasukan polis sekarang berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh Yusoff serta rakan-rakannya.
Bagi beliau, untuk mencapai kemerdekaan ia adalah sesuatu yang amat perit hingga menumpahkan darah.
Apa tidaknya, ramai kalangan anggota polis sebelum negara mencapai kemerdekaan terpaksa berkorban termasuk nyawa sendiri.
Ketika itu tiada bentuk imbuhan yang dijanjikan kepada pasukan polis.
Tanggungjawab memastikan negara aman dan tenteram ketika itu terpaksa dipikul oleh setiap anggota polis.
Tapi bak kata orang, setiap yang dilakukan itu bukan untuk diri atau generasi ketika itu, sebaliknya ia adalah kesinambungan bagi dinikmati oleh generasi akan datang.
Begitulah keadaannya bagi pasukan polis ketika sebelum merdeka, di mana mereka mempertahankan negara supaya kemerdekaan dapat dicapai akhirnya.
``Jika di peringkat awal lagi polis gagal menangani ancaman komunis atau gagal mewujudkan keamanan untuk rakyat, belum tentu kemerdekaan yang dikecapi kini dapat dicapai seperti yang tercatat dalam sejarah iaitu 31 Ogos 1957,'' katanya yang kini menetap di Melaka Tengah, Melaka.
Menurut Yusoff, ketika beliau menyertai pasukan polis, apa yang difikirkan ketika itu ialah generasi muda dapat menikmati apa jua kemajuan dan pembangunan.
Untuk mencapai kemajuan dan pembangunan, negara perlu aman dan tugas tersebut memerlukan pengorbanan dan sumbangan amat besar daripada pasukan polis.
Katanya, walaupun semua usaha itu bermula daripada pasukan keselamatan termasuk polis, namun mereka tidak meminta supaya dibalas jasa yang telah dicurahkan.
``Memang ketika itu kami berjuang kerana agama, bangsa dan negara.
``Itulah yang dipupuk dalam diri setiap anggota polis.
``Tidak terlintas untuk kami memikirkan imbuhan itu dan ini,'' katanya.
Kini Yusoff menganggap pengorbanan beliau serta rakan-rakan polis sebelum merdeka, sudah mencapai matlamatnya walaupun ramai daripada kalangan mereka tidak dapat mengecapi kemajuan serta pembangunan negara disebabkan mereka terkorban.
Namun, hasil pembangunan dan kemajuan itu terutama soal keamanan dan ketenteraman awam, telah dikecapi oleh anak cucu serta generasi muda.
Yusoff juga mengakui bahawa pembelaan terhadap pasukan polis kini sudah berbeza dan banyak perubahan berlaku pada PDRM.
Selain jumlah anggota yang bertambah, pasukan polis juga dilihat lebih terbela sama ada daripada kemudahan dan sebagainya.
Bagaimanapun kata Yusoff, keadaan itu tidak bermakna pasukan polis masa kini tidak mempunyai cabaran atau boleh berpeluk tubuh.
Jelasnya, cabaran tetap ada tetapi mungkin dalam bentuk yang berbeza.
``Mungkin dulu cabarannya ialah mematahkan kegiatan pengganas komunis tetapi kini cabaran tersebut ialah menangani jenayah termasuk dari kumpulan-kumpulan militan.
``Selagi ada kejadian jenayah atau kumpulan yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman negara, selagi itulah polis mempunyai cabaran amat besar,'' katanya.
Bagi Yusoff, generasi semasa zamannya amat berbeza kerana mereka ketika itu amat memerlukan pembangunan dan perubahan.
``Kekosongan ketika itu ialah mencapai kemerdekaan dan seterusnya mengisi kemerdekaan tersebut.
``Tetapi cabaran generasi masa kini ialah meneruskan kemerdekaan itu dan meletakkannya di tahap yang lebih tinggi dan bermakna.
``Kita juga jangan lupa cabaran lain termasuk menangani masalah dadah yang begitu mencabar hingga melemahkan generasi masa kini,'' katanya.
Untuk pasukan polis masa kini, Yusoff berpesan supaya mereka sekali-sekala toleh-tolehlah ke belakang dan menghayati peranan pasukan polis ketika zamannya.
``Janganlah sekali-kali lupa akan pengorbanan pasukan polis sebelum kemerdekaan. Tanpa mereka, tidak mungkin generasi masa kini termasuk pasukan polis sedia ada, dapat menikmati apa jua kemajuan.
``Walaupun ramai anggota polis sebelum kemerdekaan sudah tiada, namun adalah menjadi tanggungjawab pasukan untuk terus membela keluarga mereka,'' katanya mengakhiri perbualan dengan Utusan Malaysia yang menghubungi beliau di Melaka Tengah, Melaka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Muzium Bukit Kepong - Abadikan semangat juang pasukan polis
Oleh AMIR SARIFUDIN
Sebut saja Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku berhampiran Muar, Johor, pasti ramai yang mengetahui tragedi sedih tersebut.Apa tidaknya, ramai anggota polis termasuk keluarga dan anak-anak mereka terbunuh akibat serangan pengganas komunis yang tidak berhati perut itu.
Namun, kematian anggota-anggota polis serta keluarga mereka itu tidak sia-sia.
Mereka telah mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dengan mempertaruhkan nyawa sendiri.
Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku pada 23 Februari1950 itu juga memperlihatkan bahawa anggota-anggota polis itu berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
Malah, lebih menarik lagi ketika berjuang mempertahankan serangan hampir 200 pengganas komunis itu, keluarga anggota-anggota berkenaan turut mengangkat senjata dan berjuang bersama suami masing-masing.
Setiap detik yang berlaku ketika Peristiwa Bukit Kepong itu merupakan sejarah amat bermakna kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lipatan sejarah itu telah mengangkat martabat pasukan polis.
Moral daripada peristiwa itu ialah setiap anggota polis sanggup mempertahankan negara walaupun nyawa sendiri terkorban.
Dengan kata lain, mereka berjuang demi bangsa, negara dan agama.
Inilah kenyataan yang tidak boleh dikikiskan daripada lipatan sejarah tersebut.
Namun, sejarah yang berlaku itu mungkin diketahui dan dihayati oleh kebanyakan generasi lama terutama pasukan keselamatan sendiri.
Persoalannya apakah generasi muda kini memahami serta menghayati sepenuhnya Peristiwa Bukit Kepong itu?.
Apakah kalangan generasi muda itu mengambil inisiatif untuk mengenai melalui pembacaan buku-buku berkaitan peristiwa yang berlaku?
Apa pun jawapannya, tepuk dada tanya selera.
Namun, usaha-usaha kini dilakukan oleh PDRM untuk mengabadikan peristiwa tersebut.
Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Saharudin Samsudin berkata, PDRM dalam perancangan untuk membina Muzium Bukit Kepong di tapak bekas balai polis berkenaan.
"Muzium Bukit Kepong itu sebagai mengabadikan fakta sejarah perjuangan polis ketika mempertahankan balai Bukit Kepong dari serangan pengganas komunis.
"Muzium itu juga sebagai bukti bahawa pasukan polis sanggup berjuang hingga titisan darah terakhir tanpa merelakan balai polis ditawan oleh pihak musuh.
"Ia juga membuktikan bahawa setiap anggota polis tidak pernah terlintas untuk menyerah diri ketika berhadapan dengan situasi sedemikian,'' katanya.
Pembinaan Muzium Bukit Kepong itu dirasakan tepat pada waktunya walaupun sejarah tersebut sudah berlalu sekian lama.
Melalui muzium itu juga, PDRM dapat mengekalkan fakta yang berlaku untuk dihayati oleh generasi-generasi akan datang.
"Penghayatan terhadap peristiwa yang berlaku itu juga amat penting bagi generasi muda dalam pasukan polis sendiri.
"Kita mahu setiap anggota polis generasi muda mengetahui perjuangan orang-orang sebelum mereka.
"Kita mahu semangat perjuangan anggota-anggota terdahulu bukan sahaja dikenang, malah dijadikan idola serta perangsang oleh setiap anggota polis generasi masa kini,'' katanya.
Menurut Saharudin, langkah mewujudkan Muzium Bukit Kepong antara lain mengekalkan fakta sejarah supaya tidak luput.
"Jika bahan-bahan serta fakta sejarah mengenai peristiwa itu tidak diabadikan, kemungkinan orang akan lupa.
"Kita mahu, apabila disebut sahaja Peristiwa Bukit Kepong, orang akan mengingatinya sebagai satu lipatan sejarah yang amat ternilai.
"Melalui muzium itu nanti, PDRM mahu ketengahkan bahawa semangat juang yang ditunjukkan setiap anggota polis ketika itu telah membawa kepada negara mencapai kemerdekaan dan seterusnya kita bebas dari ancaman pengganas komunis.
"Perjuangan pasukan keselamatan itu sebenarnya telah memberi penghidupan baru kepada setiap rakyat untuk hidup dengan aman dan tenteram,'' katanya.
Beliau berkata, PDRM juga merancang supaya Peristiwa Bukit Kepong itu dididik di peringkat sekolah.
Jelasnya, pegawai-pegawai PDRM yang memberi ceramah di sekolah-sekolah akan menyelitkan peristiwa yang berlaku.
"Melalui langkah ini, PDRM dapat mendidik golongan pelajar sekolah mengenai semangat juang yang dipamerkan oleh anggota-anggota polis.
"Kita harap langkah ini juga dapat menyemaikan rasa cinta dan sayang generasi muda terhadap keamanan yang dikecapi masa kini,'' katanya.
Saharudin berharap, melalui Muzium Bukit Kepong itu, orang ramai dapat menghargai perjuangan pasukan polis.
"Jika sejarah Perang Dunia Kedua ramai yang tahu kejayaan pasukan Bersekutu seperti Amerika Syarikat, kita juga mahu rakyat dan pelancong asing tahu Peristiwa Bukit Kepong.
"Muzium Bukit Kepong ini adalah mengenai semangat juang, pengorbanan dan jati diri anggota-anggota polis dalam mempertahankan negara,'' katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bangga aku bila baca kisah nie..
semoga menjadi iktibar pada semua anak bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
allahyarham yusof rono sepatut nyer di anugerah pingat gagah berani ler.
die adelah sorang wira negare.
bagi semuar yg terkorban kat bukit kepong sepatut nyer terime anugerah yg samer.
dlm sejarah malaysia nih...peristiwa bukit kepong tak akan di lupai.
kalo aku ader anak nnt pasti aku akan bwk die ke bukit kepong ler.
1st time bapak aku bwk ke sane ..aku nangis ler...but at the same time aku proud that they died for the honour of this country. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by carrim7 at 25-5-2006 06:39 PM
allahyarham yusof rono sepatut nyer di anugerah pingat gagah berani ler.
die adelah sorang wira negare.
bagi semuar yg terkorban kat bukit kepong sepatut nyer terime anugerah yg samer.
dlm ...
Bagus tu Carrim7 nanti bila awak dah ada anak nanti elok bawa ke tempat bersejarah macam tu supaya generasi muda akan datang tak lupa jerih perit & susah payah nenek moyang kita berjuang melawan petualang negara untuk memerdekakan tananair kita. Carrim7 perasan tak salah satu gambar yang ada di pamerkan dalam balai polis tu merupakan gambar mangsa2 tragedi yng terkorban mati hangus. Gambar tu yang membuatkan aku & my son nangis & aku teringatkan arwah moyang jadi isteri kepada polis yng berpangkat sarjan telah sama2 berjuang mengangkat senapang masa zaman menentang komunis dulu tapi bukan di bukit kepong. Masa tu arwah & suami di Negeri Sembilan. Dan memang selayaknya arwah Yusof Rono & pejuang2 lain yng sama2 berjuang & terkorban di Bukit Kepong menerima Anugerah Yang Tertinggi agar jasa & pengorbanan mereka & keluarga di kenang oleh seluruh generasi muda akan datang & ianya kekal dalam lipatan sejarah menuntut kemerdekaan tanahair.
[ Last edited by pee3 at 26-5-2006 08:38 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Taufan This user has been deleted
|
sedih!!
kalau aku tengok cerita bukit kepong lakonan dato'jins samsudin. sedih sungguh hati sanubari aku, tersentuh jiwa. nasib baik tak mengangis je |
|
|
|
|
|
|
|
kalo nak baca versi novel - novel bukit kepong tulisan ismail johari adalah satu2nya novel yg menceritakan secara terperinci pasal serangan komunis nih....mungkin ada yg dah baca novel versi sekolah menengah utk budak2 tingkatan 4, pun lengkap gak novel tu...tapi sebenarnye novel asal ismail johari 2 kali ganda tebal dari novel yg dah disunting utk budak2 tingkatan 4 tu...novel asal cerita lagi detail kenapa komunis berdendam sangat dgn polis & serang bukit kepong...seblom kejadian tu, komunis hijack bas awam....polis balas dengan musnahkan penempatan komunis, komunis balas balik dgn serangan ke atas bukit kepong...lagi 1, novel asal bukit kepong ada beberapa babak yg tak sesuai utk budak2 skolah sbb agak lucah...contohnya masa bas di'hijack', komunis arahkan semua penumpang tanggalkan pakaian, termasukla perempuan yg tgh mengandung...komunis tu tak tahan tengok pompuan sampai terpancut air mani dlm seluar...digambarkan perempuan2 dah naik seram sbb diorang nampak seluar komunis2 ni dah basah...huhuh...tu baru satu...ada babak2 lain pulak...
yg paling ralat pasal bukit kepong, sepanjang serangan 3 jam setengah, polis2 tak dapat dibantu..orang2 kampung dibawah penghulu ali dah ke depan, tp disekat komunis, diorang cuma bersenjatakan parang, last2 penghulu ali buat keputusan tunggu polis dulu...polis kat balai polis lenga pulak (ketua balai sarjan ali bugis), dah tau bukit kepong diserang, still tunggu ketua polis muar (inspektor jj raj jr.) utk sampai dulu ke lenga, baru diorang sama2 pegi ke bukit kepong ikut jalan darat...dah semua nak tunggu orang paling besar sampai dulu, takde ape yg boleh ditolong dah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Taufan's post
beberapa tahun lepas bukit kepong staple program time2 sambutan kemerdekaan.
tapi beberapa tahun nih mcm susah pulak. to me Bukit Kepong must be a staple program; and then buat ler 1-hr documentary to accompany the movie utk jelaskan discrepancy.
mmg sedih tang bab2 hujung filem |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam MHI segmen jejak kasih ..ada satu episod dimana dua beradik yang berpisah ketika peristiwa
Bukit Kepong telah berjaya dipertemukan ..Kakak dia nama Jamilah ..adik dia aku dah lupa nama dia .
sebak juga masa tengok pertemuan dua beradik tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|