CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joe1983

Berita Kematian

[Copy link]
Post time 19-5-2006 01:55 PM | Show all posts
al-fatihah..................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2006 07:52 PM | Show all posts

Reply #41 mrs_halia's post

al fatihah juga dr sayer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:52 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Turun bas dirempuh motosikal

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang remaja yang baru turun dari sebuah bas awam maut dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 32 jalan Johor Bahru-Air Hitam, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Trafik Johor Bahru Utara, Cif Inspektor Bakri Zainal Abidin, berkata kejadian berlaku jam 9.30 malam ketika mangsa, M Krishnan, 19, dikatakan mahu melintas jalan selepas turun bas dari bandar raya.

Menurutnya, seorang penunggang motosikal dari arah Johor Bahru dikatakan cuba memintas sebuah kenderaan lain, sebelum merempuh mangsa.

揗angsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal berusia 22 tahun itu mendapat rawatan di Hospital Kulai, di sini, kerana cedera parah di kepala dan badan.

揔ami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 07:53 PM | Show all posts
Edisi Timur: Sebak pangku mayat anak

Oleh Adnan Mohamad

TUMPAT: Seorang ibu hampir pengsan ketika memangku tubuh anak perempuan tunggalnya yang maut selepas dilanggar jentera pengangkut, kira-kira 100 meter dari rumah kongsinya, dekat kilang papan di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, kelmarin.  

Majalina Majra, 26, berkata dia tidak sampai hati melihat keadaan anaknya, Nor Azwa Mohd Zaidi, dua tahun, yang parah di kepala dipercayai digilis jentera terbabit.

Menurutnya, dia menyedari kejadian itu apabila dua lagi anaknya, Mohd Alif Aiman, 6, dan Mohd Adam, 4, pulang ke rumah dalam keadaan pucat.

Katanya, dia kemudian bertanyakan kepada kedua anaknya itu mengenai Nor Azwa kerana sebelum itu mereka dilihat bermain bersama di sekitar kawasan rumah.

Dia berkata, seorang jiran memaklumkan kepadanya mengenai kejadian yang menimpa Nor Azwa.

揝elepas mendapat tahu kejadian itu, saya terus lari ke tempat kejadian bersama anak bongsu saya, Mohd Shahrul Nizam, 18 bulan, tetapi mendapati Nor Azwa sudah meninggal dunia.

揔etika itu, saya berasa hampir pengsan kerana teramat terkejut dan seakan tidak percaya anak perempuan tunggal saya itu sudah tiada lagi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:46 PM | Show all posts
Kemalangan atau dibunuh?

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Anggota polis trafik dan Unit Forensik terkedu seketika dan terpinga-pinga untuk menyelesaikan misteri penemuan mayat seorang pelajar warga Russia yang ditemui terbaring kira-kira 100 meter daripada kereta dinaikinya.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, mangsa Aushev Nagoned, 30, yang juga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui mati dengan kepala hampir terbelah dua di susur keluar Lebuhraya Mahameru menghala Sungai Besi, di sini.

Kejadian itu yang mulanya disangka satu kemalangan biasa sebaliknya menimbulkan tanda tanya sama ada mangsa mati dibunuh atau sengaja ditolak keluar kereta dinaiki yang dijumpai 100 meter daripada tubuh mangsa.

Ketika ditemui orang ramai, mayat mangsa didapati terbaring berlumuran darah dengan kepala hampir terbelah dua di lorong kiri jalan seolah-olah mati akibat berhentak okjek keras.

Malah polis trafik bertambah buntu apabila gagal mengesan pemandu kereta terbabit yang dipercayai turut berada bersama mangsa sebelum kejadian.

Satu kelongsong peluru yang dikatakan ditemui di sisi mayat mangsa dikenali turut mengukuhkan lagi andaian polis mengatakan wujudnya unsur jenayah dalam kes berkenaan.

Kegagalan menjawab teka teki itu menyebabkan polis trafik terpaksa memanggil anggota Unit Forensik bagi menjalankan siasatan lanjut.

Unit Forensik yang tiba di lokasi kejadian pada jam 6 pagi, mengambil masa lebih tiga jam untuk mengumpul bukti serta menganalisis senario kejadian.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.15 pagi berhubung penemuan mayat mangsa yang terbaring dengan otak bersepai selain beberapa kesan cedera pada badan dan kaki, kira-kira 100 meter dari sebuah Proton Wira dipercayai dinaiki mangsa.

Anggota polis trafik yang tiba kemudian segera mengutip cebisan otak mangsa yang bertaburan di atas jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas akibat tindakan pemandu cuba mengelak mayat terbabit.

揚emeriksaan polis mendapati kesan calar pada sebelah kiri badan kereta Proton Wira itu yang dipercayai akibat bergesel dengan pembahagi jalan.

揝elain itu, cermin hadapan kereta terbabit didapati turut pecah serta mempunyai kesan geselan pada sisi kanan tayar kereta terbabit,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:48 PM | Show all posts
Bawa pulang mayat suami

Oleh Yahya Awang

BATU KURAU: 揝aya tidak menduga terpaksa membawa pulang mayat suami yang sudah dikafankan sedangkan dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pagi semalam (kelmarin) memaklumkan akan pulang ke rumah hari ini (semalam).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2006 11:49 PM | Show all posts
Kerani maut rempuh bas


JOHOR BAHRU: Seorang kerani sebuah institut kewangan yang sanggup bekerja sambilan di sebuah stesen minyak demi menampung perbelanjaan keluarga, maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah bas kilang di Jalan Persiaran Seri Alam, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Sharizal Mohamed Husain, 27, anak sulung daripada lima beradik dikatakan sudah bekerja di stesen berkenaan sejak tiga tahun lalu, bagi menampung perbelanjaan dua adik yang masih bersekolah, selain kedua-dua ibu bapanya.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan ingin berhenti bekerja sambilan itu selepas mengadu kepenatan, selain seorang adiknya sudah menamatkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu.

Adiknya, Zulfadli, 24, berkata abangnya itu mengambil keputusan melakukan dua pekerjaan, demi menampung perbelanjaan keluarga selain dibantu dirinya.

揔ali terakhir saya bertemunya pada malam sebelum kejadian (malam kelmarin). Ketika itu, tiada sebarang perubahan dilihat kerana Allahyarham sememangnya seorang yang pendiam.

揃agaimanapun, kami tidak menyangka itulah kali terakhir pertemuan kami (di rumah) kerana pagi tadi, saya diberitahu Allahyarham meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:50 PM | Show all posts
Pegawai tentera maut tercampak

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai tentera terbunuh apabila kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya, terbabas dan terbalik menyebabkan mangsa tercampak menerusi cermin belakang kereta, pagi semalam.

Ketua Trafik Johor Bahru Utara, Cif Inspektor Bakri Zainal Abidin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, mangsa, Leftenan Muda Mohd Nor Amin Razali, 20, maut apabila kereta Perodua Kelisa yang dinaiki bersama tiga rakannya terbabas di Jalan Persiaran Universiti, Skudai, di sini.

Katanya, empat pegawai tentera itu menjalani kursus aeronautik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan kenderaan yang mereka naiki itu dikatakan terbalik beberapa kali ketika melalui selekoh di jalan berkenaan.

揔ereta berkenaan dipercayai dipandu laju dan kemalangan itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Alor Merah, Alor Star, Kedah, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak melalui cermin belakang kereta itu.

揓enazah mangsa sudah dituntut keluarganya kira-kira jam 3 petang tadi (semalam) untuk dibawa pulang ke Alor Merah, manakala tiga rakannya yang dirawat sebagai pesakit luar, sudah dibenarkan keluar hospital,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2006 11:50 PM | Show all posts
Jumpa mayat hanyut

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang kaki pancing tidak menduga objek hanyut yang dilihatnya di tengah Sungai Klang adalah mayat seorang lelaki tidak berbaju di Taman Medan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit yang menyedari objek berkenaan adalah mayat terus menariknya ke tebing lalu menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Hazam Abdul Halim, berkata sepasukan anggota polis yang menerima maklumat pergi ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

揚olis percaya mayat berkenaan dihanyutkan arus ke situ sebelum ditemui lelaki terbabit. Polis percaya mangsa berada dalam sungai kira-kira dua hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya.

揝iasatan awal polis tidak menemui kesan kecederaan pada tubuh mangsa,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 11:37 PM | Show all posts
Dua terkorban


JOHOR BAHRU: Hasrat seorang remaja wanita untuk pulang ke rumah selepas menamatkan kerja syif petang tak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, Noor Suhaizah Ab Hamid, 19, berasal dari Taman Pasir Putih, di sini, memandu kereta sendirian apabila kenderaannya melanggar belakang sebuah motosikal sebelum terbabas ke longkang besar.

Pemangku Ketua Trafik Johor Bahru Selatan, Asisten Superintendan Harun Idris, berkata mangsa yang bekerja syif petang di kedai buku di Taman Air Biru, Pasir Gudang, dipercayai memandu kenderaannya dengan laju.

揝ebaik sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal kereta lalu merempuh belakang sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki sebelum terbabas ke kiri jalan.

揔ejadian itu menyebabkan kenderaan mangsa terus memasuki longkang besar di tepi jalan berkenaan.

揗angsa yang berbadan kecil dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 11:37 PM | Show all posts
Pekerja industri maut


KLANG: Seorang pekerja industri terbunuh selepas skuter ditungganginya dipercayai bergesel dengan kenderaan lain sebelum merempuh tiang elektrik di Jalan Sungai Rasau, dekat sini, pagi semalam.

Fuzaliana Abdul Rahim, 22, dari Kampung Jawa, dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja di Seksyen 16 Shah Alam apabila kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 pagi.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Deputi Superintendan Junaidi Bujang, berkata akibat pergeselan itu mangsa gagal mengawal skuternya, menyebabkan dia merempuh tiang elektrik berhampiran.

揗angsa cedera parah di kepala dan dada, menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 10:41 PM | Show all posts
Edisi Selatan : 'Saya nak pergi mati'

Oleh Amran Abdullah

ROMPIN: 揝aya hendak pergi mati!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 10:41 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Arwah enggan makan

Oleh Paiman Selamat
am@hmetro.com.my

SEGAMAT: Allahyarham Mohd Shah Osman, 46, yang lemas selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Lubok Batu, Bandar Tun Razak di Pahang, pagi kelmarin, berkelakuan pelik apabila enggan makan, dua hari sebelum kematiannya.

Khamis lalu, mangsa enggan makan walaupun makanan sudah dimasak dan disiapkan isterinya, Norizan Ismail, 42.

Malah, sepupu mangsa, Yazit Mohd Noor, 40, berkata lauk yang dibeli pada Khamis lalu itu adalah yang terakhir dibeli mangsa sebelum ahli keluarga lain terpaksa mendapatkan sendiri lauk untuk hari berikutnya.

Yazit berkata, Allahyarham terjatuh ke dalam sungai di Kampung Lubok Batu dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, Allahyarham yang mempunyai lima anak keluar dari rumah sewanya di Felda Keratong 3 untuk memancing seorang diri di sungai berkenaan dengan menaiki kereta Perodua Kancil.

揇ifahamkan apabila tiba di atas jambatan di sungai itu, keretanya tersangkut menyebabkan beberapa penduduk yang sedang memancing di situ membantu menolak keretanya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 10:42 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Dua pelajar maut

Oleh Mohd Roji Abdullah

KLUANG: Dua pelajar yang dipercayai baru selesai menjalani ujian pemilihan untuk pasukan sepak takraw di Johor Bahru, maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 50.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.05 petang itu, mangsa Suren Tangarsan, 17 dan Kathiraven Muniandy, 15, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Kedua-dua mangsa menaiki kereta itu bersama tiga yang lain dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Segamat.

Suren dari Chaah, Segamat adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah manakala Kathiraven, juga dari Chaah, pula pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP).

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Razali Mat Salleh, berkata pemandu kereta terbabit yang dipercayai seorang guru berusia lingkungan 32 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Dua lagi penumpang yang duduk di bahagian tengah dan kanan belakang kenderaan itu yang berusia 12 dan 14 tahun juga hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, ketika kejadian kereta jenis Proton Waja itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan.

揔ereta yang dipandu lelaki berusia 32 tahun itu terbabas lalu melanggar besi penghadang lebuh raya itu menyebabkan bahagian depan dan kiri kenderaan berkenaan remuk teruk.

揔edua-dua mangsa yang mati di tempat kejadian itu duduk di bahagian kiri kenderaan dan kecederaan parah yang mereka alami disebabkan besi penghalang itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 10:43 PM | Show all posts
Edisi Utara: Maut ditembak enam das

Oleh Ahmad Saufi Mansor
opie@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: Tindakan seorang lelaki keluar rumah bertemu seseorang berakhir dengan tragedi apabila dia mati ditembak enam das, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi berhampiran Pusat Perniagaan Alma, dekat sini, mayat mangsa, Lim Song Kang, 35, ditemui berpakaian seluar sukan dan singlet dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Deputi Superintendan Chor Ah Sing, berkata anggota polis yang tiba di tempat kejadian menemui mayat lelaki itu terlentang di atas jalan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada mayat, polis menemui enam kesan tembakan iaitu dua di leher kiri, dua di belakang kepala serta masing-masing satu di dada dan lengan kiri mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar rumah selepas menerima panggilan pada awal pagi untuk bertemu dengan seseorang sebelum mayatnya ditemui.

揚ada mulanya, pihak polis menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti identiti lelaki terbabit kerana mangsa tidak membawa kad pengenalan, tetapi abangnya datang untuk membuat pengesahan.

揌asil maklumat yang diterima, mangsa mempunyai seorang isteri warga Thailand yang dikatakan kerap keluar masuk ke negara jiran itu kerana menjalankan perniagaan menjual beras.

揝iasatan mendapati mangsa melakukan rundingan tetapi apabila (rundingan) gagal mungkin dia dipanggil keluar dari rumahnya sebelum ditemui mati ditembak,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 12:50 AM | Show all posts
Edisi KL: Rentung dalam kereta

Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Penemuan mayat seorang lelaki rentung di tempat duduk pemandu sebuah kereta yang musnah terbakar di atas bukit menjadi tanda tanya apabila polis menemui balang gas kosong dipercayai digunakan untuk meletupkan kenderaan itu, pagi semalam.

Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui dalam Proton Wira Aeroback berhampiran Flet Taman Sri Bintang, Kepong, dengan brek tangan kenderaan itu tidak dikunci.

Orang ramai yang melalui kawasan bukit itu kira-kira jam 7.30 pagi terkejut melihat mayat dalam kereta yang musnah terbakar itu sebelum memaklumkan polis.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul, Superintendan Zainol Samah, berkata pemeriksaan di tempat kejadian menemui satu balang gas kosong yang dipercayai digunakan untuk meletupkan kenderaan berkenaan selain surat khabar lama disyaki digunakan untuk menyalakan api.

揝iasatan di tempat kejadian dan kenderaan itu mendapati tidak berlaku sebarang pergelutan atau kesan darah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2006 12:50 AM | Show all posts
Edisi KL: Deejay bunuh teman wanita

Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang meluru ke sebuah warung mamak sambil menjerit seolah-olah histeria mengatakan teman wanitanya pengsan, ditahan polis kerana disyaki membunuh wanita berkenaan, berhampiran Flet Choo Cheng Kay di sini, 17 Mei lalu.

Suspek yang bekerja sebagai deejay sambilan di premis hiburan di sekitar ibu kota, ditahan tengah hari kelmarin di rumah pak ciknya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata suspek meluru masuk sambil menjerit sebelum meminta tolong pelanggan warung berkenaan membantu teman wanitanya.

揝uspek berusia 36 tahun menjerit mengatakan teman wanitanya, Suria Affandi @ Muniandy, 29, pengsan di flet berkenaan menyebabkan dua pelanggan segera membantunya membawa wanita itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

揗angsa dihantar menggunakan sebuah Perodua Myvi milik seorang daripada dua pelanggan warung berkenaan yang membawanya ke HKL,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 12:51 AM | Show all posts
Edisi Selatan: Pelajar maut balik kerja

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my

TANGKAK: Seorang pelajar yang dalam perjalanan pulang selepas melakukan kerja sambilan di sebuah restoran, maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok getah, tengah malam kelmarin.

Manakala lima rakan mangsa turut cedera dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah malam berhampiran sebuah kebuh getah di Kampung Serom Lapan, dekat sini.

Koo Yan Teh, 18, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Pei Wah, Tangkak meninggal dunia sebaik tiba Hospital Tangkak.

Manakala lima penumpang yang lain dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF) dan Hospital Melaka oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tangkak apabila selesai melakukan kerja sambilan menyediakan makanan di sebuah tokong di Kampung Serom Lima.

Pemangku Ketua Trafik Muar, Cif Inspektor Lim Aik Sin, berkata dalam perjalanan itu, kereta yang dipandu rakan mangsa, Ong Huie Jieh, 36, hilang kawalan.

Katanya, akibat daripada kejadian itu, kereta Proton Iswara itu terbabas sebelum merempuh pokok getah di tepi jalan.

揗angsa dibantu orang ramai dan dihantar ke hospital, bagaimanapun Koo disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital.

揗anakala pemandu cedera parah dan empat yang lain cedera ringan dan mendapat rawatan di hospital,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 12:51 AM | Show all posts
Edisi Timur: Kepala hancur digilis lori

Oleh Rosli Ilham

DUNGUN: 揝aya menggigil apabila melihat kepalanya hancur selepas digilis lori,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 12:52 AM | Show all posts
Edisi Selatan : Empat rakan tenggelam depan mata

Oleh Saipul Adli Mohamad

JOHOR BAHRU: 揓aga diri kau baik-baik, terus bertahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.168747 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list