CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8408|Reply: 25

susuk

[Copy link]
Post time 5-5-2006 06:59 PM | Show all posts |Read mode
pasal susuk ni macam best pulak kalau dapat didebatkan.
apa susuk ni sebenarnye? setahu aku, pasang susuk ni berdosa kan bagi kita org Islam
dan susuk ayat macamana pula? dengar cerita ada jugak pak haji yang pernah tawarkan khidmat susuk ayat ni.. cemana pandangan dari perspektif islam pula ye? tak kira bida'ah ke? satu lagi soalan yang suka saya lontarkan.. maaf kalau forumner anggap saya suka mengarut, sekadar nak mintak pendapat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2006 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 5-5-2006 06:59 PM
pasal susuk ni macam best pulak kalau dapat didebatkan.
apa susuk ni sebenarnye? setahu aku, pasang susuk ni berdosa kan bagi kita org Islam
dan susuk ayat macamana pula? dengar cerita ada jugak  ...

pada aku susuk yg menggunakan ayat mengarut bidaahlah..klu guna menda² yg ntah ape² dlm badan kita, tp susuk ayat tu aku tak pastilah..kenapa dia dipanggil susuk gak ehh bukan doa penyeri muka ke sbb tak pakai menda ape²kan cume ayat Quran..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2006 07:05 PM | Show all posts
nyusahkan aje pakai susuk nih...dlm agama kita dah dilarang, jgn menambah apa yg Tuhan dah beri..nak muka berseri...senang hati yg bersih.. dan selalulah amik air semayang.Insyaallah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2006 11:17 AM | Show all posts
ada sesapa yang tahu kaedah susuk ayat tu?
yang aku tau ia tak ada pantang larang, kita just baca-baca aje ayat dan amalkan ia... share le info kalau ada
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 5-5-2006 06:59 PM
pasal susuk ni macam best pulak kalau dapat didebatkan.
apa susuk ni sebenarnye? setahu aku, pasang susuk ni berdosa kan bagi kita org Islam
dan susuk ayat macamana pula? dengar cerita ada jugak  ...


Susuk tidak dibolehkan didalam Islam kerana ianya membawa lebih banyak keburuk berbanding dari kebaikkan.   Dalam Islam, sekiranya sesuatu itu membawa lebih banyak mudharat maka ianya diharamkan.  Susuk bukan sahaja membawa mudharat pada jasmani tubuh badan manusia bahkan kepada rohani manusia jua  apabila dia lebih percayakan susuk dari ketentuan Allah swt.  Tentang susuk ayat.... baik berselawat aje semasa membasuh muka... Masa tengok cermin... baca doa yang bermaksud... " Ya Allah, Kau cantikkan perangaiku sebagaimana kau cantikkan wajahku..."
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 01:05 AM | Show all posts
Sayapun 'curious' juga, susuk ni macam yg. orang pakai berlian atau emas dibawah kulit ni sebenarnya betul ke menjadi khasiat tu. Kalau menjadi, betul jadi cantik, lambat dimakan usia dsbnya, jadi apa yg.membuatkan ia berkhasiat tu. Adakah 'menjadi' disebabkan component2 (secara sains) dalam emas/berlian itu ataupun hantu/jin yg dimasukkan bersama setelah dihjampi serapah. Just curious....

[ Last edited by  belanga at 10-5-2006 01:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
bob This user has been deleted
Post time 10-5-2006 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by belanga at 10-5-2006 01:05 AM
Sayapun 'curious' juga, susuk ni macam yg. orang pakai berlian atau emas dibawah kulit ni sebenarnya betul ke menjadi khasiat tu. Kalau menjadi, betul jadi cantik, lambat dimakan usia dsbnya, jadi  ...

mana ada susuk yang macam tu. susuk cuma cerita kecantikan yang timbul masa zaman bangsawan. itu pun sebagai nak bagi excuse cemburu. biasalah gossip tahun 20-an. sebelum tu takda. buku sejarah seperti, malim demang, hangtuah, sej tanah melayu dan lain lain tada pun sebut hal susuk.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by bob at 10-5-2006 01:11 AM

mana ada susuk yang macam tu. susuk cuma cerita kecantikan yang timbul masa zaman bangsawan. itu pun sebagai nak bagi excuse cemburu. biasalah gossip tahun 20-an. sebelum tu takda. buku sejarah s ...


Sejarah susuk yang diketahui bermula dizaman istana firaun, dimasukkan dalam badan benda2 seperti jarum emas, intan atau berlian. Cara memasukkan dalam badan mesti menggunakan khidmat bomoh2, kalau buat sendiri nanti benda2 itu akan mengikut aliran darah dan mungkin masuk kejantung lalu membawa mati. Jika menggunakan bomoh, mentera dan jampi disertakan maka datanglah jin2 dan syaitan untuk menjaga susuk tersebut dalam badan bagi mengelakan dari benda2 tersebut masuk ke jantung. Seterusnya jin dan syaitan itu akan terus mendamping org tersebut. Seri yang naik jika memakai susuk sebenarnya hanyalah bayangan ilusi yaitu sama dengan silapmata(campurtangan jin), hakikat sebenarnya wajah tetap serupa. Ini hanyalah tipudaya syaitan terhadap manusia.

Ilmu susuk adalah ilmu yang keji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2006 09:42 PM | Show all posts
Terima kasih Kuman atas penjelasan tersebut.
Satu lagi soalan. Apa benarkah, susuk emas berlian berpenunggu jin ini hanya boleh dikeluarkan oleh bomoh yg.memasukkannya?

[ Last edited by  belanga at 10-5-2006 09:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 11:58 PM | Show all posts
dengar kata mati bumi pun tak accept kalau pakai susuk ni
Reply

Use magic Report

bob This user has been deleted
Post time 14-5-2006 06:47 AM | Show all posts
kalau betul susuk tu ada mestilah ianya satu perkara supernatural iaitu dapat berhubung dengan makhluk halus seperti jin dan setan. manusia mana boleh berbuat demikian... saya rasa susuk tu cuma gossip zaman bangsawan untuk mengata sesama artis.. tapi saya pun mengagak saja sebab saya taada bukti saintifik.

yang banyak-banyak pakai susuk tu kebumi kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 08:30 AM | Show all posts
Susuk yang digunakan untuk kelihatan cantik,pemanis, pelaris,menangkal jin dan makhluq halus lainnya sebenarnya masuk dalam bab tamimah. Tamimah adalah benda-benda tertentu yang diyakini dapat melindungi seseorang dari pengaruh makhluk halus, penyakit dan sebagainya. Benda itu boleh jadi  berbentuk kalung, gelang dan lain-lainnya.

Hukum tamimah adalah haram karena Rasulullah SAW bersabda dalam haditsnya :

揃arang siapa yang menggantungkan sesuatu maka dia digantungkan kepadanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 08:45 AM | Show all posts
Hendak cantik berseri tak payah ler bersusuk susuk, amalkan saja baca ayat 4 surah Yusoff pun sudah cukup.


cara amalnya ialah, selawat dulu 3 kali, lepas itu baca 3 kali ayat ini
setiap kali baca hembuskan ditapak tangan, sapu seluruh tubuh
kalau ketika mandi,mulakan dgn selawat dahulu,kemudian diikuti dgn ayat ini
ketika pakai baju juga sama caranya

cantik/manis berseri adalah pancaran dari dalam hati,jika hati bersih, bersihlah wajah
basihi lidah dgn zikkrilah,insyallah serilah muka anda
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 10-5-2006 09:51 AM


Sejarah susuk yang diketahui bermula dizaman istana firaun, dimasukkan dalam badan benda2 seperti jarum emas, intan atau berlian. Cara memasukkan dalam badan mesti menggunakan khidmat bomoh2, k ...


La ni orang tak guna lagi susuk dari benda-benda seperti emas, intan atau berlian. Orang sekarang gunakan susuk 'botox' dalam badan mereka. Lagi nampak mengancam macam Anita Sarawak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 14-5-2006 03:31 PM


La ni orang tak guna lagi susuk dari benda-benda seperti emas, intan atau berlian. Orang sekarang gunakan susuk 'botox' dalam badan mereka. Lagi nampak mengancam macam Anita Sarawak.


ye ke org sekarang tak pakai susuk lagi? tak leh nak percaya jugak.. memang ada botox, vit c bagai.. tapi susuk ni lagi popular, cuma org "segan" nak mengaku depa pakai kot? (just my 5duit)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 14-5-2006 08:30 AM
Susuk yang digunakan untuk kelihatan cantik,pemanis, pelaris,menangkal jin dan makhluq halus lainnya sebenarnya masuk dalam bab tamimah. Tamimah adalah benda-benda tertentu yang diyakini dapat meli ...


first time dengar pasal taminah ni.. boleh explain dan elaborate? menarik utk diketahui... timaseh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2006 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 14-5-2006 08:45 AM
Hendak cantik berseri tak payah ler bersusuk susuk, amalkan saja baca ayat 4 surah Yusoff pun sudah cukup.

http://images1.snapfish.com/346%3A7%3A372fp58%3Dot%3E233%3B%3D9%3B%3C%3D%3C%3B%3A%3DXR ...


masa mandi pun bleh baca ayat ni eh? xpe ke baca ayat al-quran dalam bilik air? sekadar ingin tahu.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 02:41 PM | Show all posts
ni ada secebis info nak share dgn u all:
PENGAMALAN tahyul di kalangan orang Melayu telah diwarisi sejak turun temurun malah ia sinonim dengan amalan sesetengah masyarakat di Indonesia. Meski jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana ia menyekutukan Allah namun perbuatan ini berakar umbi dalam jiwa pengamalnya.

Tujuan ilmu pengasih yang diamalkan oleh lelaki mahupun wanita adalah untuk menampilkan wajah cantik atau menundukkan orang lain. Maknanya apabila bertentangan mata dengan si pengamal tidak semena-mena jatuh kasih ataupun lemah hati.

Dalam sesetengah kes ia diamalkan untuk menguasai seseorang di mana perkataan yang terucap keluar akan menimbulkan belas atau kekaguman si pendengar.

Ilmu pengasih yang diamalkan oleh isteri supaya suami bertambah kasih dinamakan tilawah.

Masyarakat Melayu mengenalinya sebagai nasi tangas. Akibatnya suami seperti orang bodoh dan menurut apa sahaja kehendak isteri. Lazim perkara ini dilakukan oleh isteri yang cetek agama dan jahil tentang hukum haram mengenai perbuatan kufurnya itu. Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik menawan dan kebal.

Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-Nya.

``Memang ada wanita moden yang masih mengamalkan pemakaian susuk walaupun tahu kesan yang akan dialami,'' katanya.

Kumpulan ini sebenarnya malas berusaha mengekalkan kecantikan sebaliknya inginkan serba menawan dalam sekelip mata. Susuk dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa mencederakan si pemakai.

``Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam di bahagian pipi, dagu ataupun bibir.

``Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payu dara dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada `makan luar','' katanya.

Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal, berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah.

``Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal.

``Saya pernah menyaksikan azabnya seorang wanita yang memakai susuk untuk mengawal suami. Nazaknya ketika menghampiri maut terlalu seksa dan pedih,'' ceritanya.

Ia lebih mengharukan dan suasana kelam-kabut kerana bomoh yang memakaikan susuk telah pun meninggal dunia.

``Perkara aib begini seharusnya tidak berlaku di kalangan orang Islam,'' tegasnya kesal.

Oomi Jannah tidak menafikan, di kalangan artis paling popular untuk mendapatkan perkhidmatan susuk. Namun ilmu susuk tidak dipelajarinya dan selalunya beliau menyarankan wanita mandi bunga.

``Jangan sesekali menjadikan penyebab mandi bunga seseorang itu akan kelihatan cantik atau akan bertemu jodoh.

``Tujuan mandi bunga adalah untuk mengeluarkan aroma yang terdapat di dalam bunga dan sekali gus menyegarkan tubuh.''

Apabila segar, katanya, penampilan lebih meyakinkan dan ceria apabila berkomunikasi atau bertemu dengan orang. Setiap bunga mempunyai keistimewaan aroma tersendiri. Seperti bunga melur tambahnya, mempunyai semangat pengantin baru dan mengeluarkan haruman semerbak.

``Wangian melur dapat menaikkan nafsu syhawat pengantin. Begitu juga cempaka dan tanjung, aromanya begitu memikat. Kita bukan percaya kepada bunga kerana ia syirik tetapi ambil baunya untuk haruman tubuh,'' pesannya.

Beliau menasihatkan untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

``Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.

``Sebagai pendinding pula bacalah sebelum dan bangun tidur selawat 21 kali ke atas nabi, Al-Fatihah, surah al-Ikhlash, An-Naas dan al-Falaq. Insya-Allah jika terkilas pun ilmu sihir mampu ditepis,'' sarannya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 03:03 PM | Show all posts
Q nak cari info2 mengenai susuk ni..tp yg ada kat search engine : SUSUK..terbitan Grand Brilliant dgn usahasama monsoon pictures...
baru Q tau..dah

antara pelakonnya:
diana rafar-
-ida nerina
-adlin aman ramli
-gambit
-sofea jane
aleeza kasim
-hairie othman
-liza othman

apasal Q baru tau ni?? :hmm: :hmm:
mcm best jer...

tp jac victor ,waheeda,aleya...pun ader menyelit da...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 06:32 PM | Show all posts
gal.. u dah salah masuk topic da.. we are discussing on susuk bukan movie susuk... duh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.338750 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list