View: 5869|Reply: 26
|
String Theory (Theory of Everything!)
[Copy link]
|
|
Dunia 11 dimensi.
Wujud dunia lain yang selari.
Dan segalanya diperbuat daripada tali.
Ini bukan sains fiksyen, ini String Theory!
Berminat untuk mengetahui semua ini dengan lebih lanjut? Tontonilah The Elegant Universe di http://www.pbs.org/wgbh/nova/elegant/program.html |
|
|
|
|
|
|
|
Jam 1: Impian Albert Einstein
Bab 1: Teori Untuk Segala-galanya?
Berlatarbelakangkan rumah yang pernah didiami oleh saintis agung, Albert Einstein di Princeton, New Jersey, pengacara Prof. Brian Greene membawa penonton pulang ke kurun ke-20. Di rumah inilah Albert Einstein cuba untuk mencari jawapan kepada satu teori yang amat menakjubkan sehingga dapat menerangkan segala-galanya yang berlaku di alam semesta ini.
Walaupun usia sudah semakin tua dan hampir ke penghujung hayatnya, Albert Einstein tidak berputus asa dan terus mencuba untuk mencari jawapannya. Beliau dikatakan menyimpan satu buku nota berdekatan dengan katil di mana beliau berbaring ketika menghabiskan baki hayatnya. Hari demi hari makin berlalu dan Alberrt Einstein yakin beliau semakin hampir menemui jawapannya - satu penemuan yang bakal mencatatkan sejarah yang amat bermakna di dalam dunia sains. Amat malang bagi dirinya kerana impiannya untuk memecahkan kebuntuan sains ini terkubur dengan pemergian beliau.
Sekarang, separuh kurun selepas kematian Albert Einstein, impian beliau untuk menyatukan semua hukum-hukum yang terdapat di alam semesta di dalam satu teori yang lengkap menjadi satu cabaran dan matlamat yang paling penting di dalam dunia fizik moden. Sebilangan ahli saintis percaya mereka telah berjaya mencari jawapannya dengan satu idea radikal yang baru, yang dikenali sebagai String Theory. Dan jika teori ini adalah benar, maka segala pemahaman kita terhadap dunia dan alam di sekeliling kita bakal berubah.
String Theory amat radikal sehingga ia dikatakan bersempadanan dengan sains fiksyen. Menurut teori ini, kita mungkin tinggal di dalam dunia yang mempunyai 11 dimensi dan terdapat pelbagai dunia lain yang selari berhampiran dengan kita. Dan dunia-dunia ini diperbuat daripada tali (strings).
Walaupun nampak kompleks, idea asas teori ini adalah cukup mudah. Teori ini mengatakan segala-galanya yang wujud dan terdapat di seluruh alam semesta ini, daripada partikel yang teramat kecil sehingga objek cakerawala yang maha besar diperbuat daripada satu bahan: untaian tenaga yang bergetar pantas dan maha kecil, juga dikenali sebagai strings.
©2006 WGBH Educational Foundation
Seperti tali-tali cello yang boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi muzik, strings bergetar pada pelbagai arah dan cara untuk membentuk pelbagai jenis objek yang terdapat di alam semesta ini. Dalam erti kata yang lain, alam semesta adalah satu simfoni kosmik yang agung, yang dimainkan oleh untaian-untaian tenaga ini. Walaupun masih baru, String Theory telah menawarkan pemahaman baru tentang alam semesta kita.
Dengan mengambil contoh mengajar formula lanjutan fizik kepada seekor anjing, Greene menanyakan satu soalan. Apakah yang menyebabkan kita berfikir bahawa spesis manusia mempunyai keupayaan intelek untuk memahami segala hukum-hakam yang terdapat di alam semesta ini, apatah lagi untuk menerangkan segala-galanya di dalam satu teori? Satu persoalan yang amat sukar untuk diketahui jawapannya. Walaupun begitu, ahli saintis percaya bahawa akal manusia mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian dan mereka bersungguh-sungguh untuk mencari jawapannya.
Impian Albert Einstein untuk mencari satu teori Penyatuan (Unification) adalah satu usaha untuk mencari satu hukum yang mungkin dapat menerangkan segala yang telah diketahui wujud di alam semesta ini dengan menggunakan cuma satu idea dan satu persamaan induk (master equation). Prof. Brian Greene percaya bahawa persamaan induk ini mungkin wujud berdasarkan perkembangan dan pemahaman di dalam dunia sains sepanjang 200 tahun yang lampau yang semakin menjurus kepada satu idea, walaupun ianya masih belum difahami sehingga kini.
Steven Weingberg, pemenang Anugerah Nobel pada tahun 1979 menyatakan bahawa matlamat utama di dalam bidang fizik asas adalah untuk memahami lebih banyak fenomena-fenomena fizik dan menerangkannya dengan menggunakan prinsip-prinsip asas yang lebih sedikit dan lebih mudah.
Michael B. Green, salah seorang pelopor String Theory bersetuju dan menerangkan bahawa kemajuan di dalam bidang fizik tercapai sekiranya ahli-ahli fizik dapat menerangkan lebih banyak fenomena dengan menggunakan lebih sedikit prinsip-prinsip asas. Beliau kagum dengan keupayaan teori-teori fizik yang berupaya untuk menerangkan pelbagai fenomena-fenomena yang berbeza-beza. Dengan itu, beliau menegaskan bahawa idea untuk menyatukan segala pemahaman kita tentang fenomena-fenomena ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan demi kemajuan dunia sains.
Sebelum Albert Einstein lagi, cubaan untuk mencari teori Penyatuan sebenarnya telah bermula dengan satu kejadian yang amat mayshur di dalam sejarah sains......[Bersambung]
*Cubaan alihbahasa ini adalah berdasarkan pemahaman aku. Untuk idea asli dan konteks asal, sila rujuk video tersebut. Sekian, terima kasih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambunglah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Japs. Kalau ada mood I sambung. Lama gak tu nak translate satu chapter, berjam2 juga la...Tunggu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Jam 1: Impian Albert Einstein
Bab 2: Rahsia Isaac Newton Yang Memalukan
Ceritanya bermula begini. Di suatu hari pada tahun 1665, seorang pemuda di dalam lingkungan awal 20an sedang duduk berteduh di bawah sebatang pohon. Tiba-tiba, beliau terlihat sebiji buah epal jatuh dari dahan pohon tersebut. Bermula daripada peristiwa ini, Isaac Newton telah berjaya memberikan gambaran baru kepada manusia terhadap alam semesta.
Dengan satu cadangan yang amat berani pada zaman beliau, Newton mendakwa bahawa daya yang menarik buah epal tersebut ke tanah dan juga daya yang membuatkan bulan sentiasa berada di dalam orbitnya ketika mengelilingi bumi adalah satu daya yang sama! Dengan ini, Newton telah 'menyatukan' langit dan bumi dengan satu teori yang beliau namakan sebagai graviti.
Steven Weinberg menggambarkan kekaguman beliau terhadap penemuan ini yang mampu menyatukan kejadian-kejadian di cakerawala seperti planet-planet yang sentiasa berada di dalam orbitnya dengan kejadian-kejadian di bumi seperti air pasang surut dan buah yang jatuh ke tanah dan menerangkannya dengan menggunakan satu hukum iaitu graviti.
Pengacara Prof. Greene menerangkan bahawa daya graviti adalah daya yang pertama yang berjaya difahami oleh manusia secara saintifik walaupun wujud tiga lain daya lain yang berjaya dfahami pada kemudian hari. Walaupun Isaac Newton telah berjaya menemui hukum graviti ini sejak lebih daripada 300 tahun yang lalu, persamaan-persamaan (equations) yang beliau guna untuk menerangkan daya ini telah berjaya membuat ramalan-ramalan yang tepat dan digunakan sehingga ke hari ini. Sebenarnya, ahli-ahli sains tidak memerlukan apa-apa selain persamaan-persamaan Newton untuk menentukan plot perjalanan roket yang telah berjaya membawa manusia ke bulan!
Namun begitu, terdapat satu persoalan. Walaupun Newton telah berjaya menerangkan kekuatan daya graviti dengan ketepatan yang tinggi, beliau sebenarnya menyimpan satu rahsia yang memalukan - beliau tidak tahu bagaimana daya graviti yang beliau terangkan berfungsi!
Selama lebih kurang 250 tahun, tiada seorang ahli saintis pun yang berjaya menerangkan misteri tersebut. Akan tetapi di awal tahun 1900-an, seorang kerani biasa yang bekerja di sebuah pejabat hak cipta Swiss berjaya mencari jawapannya.
[Bab 2 bersambung lagi......] |
|
|
|
|
|
|
|
Jam 1: Impian Albert Einstein
Bab 2: Rahsia Isaac Newton Yang Memalukan
[........Sambungan]
Semasa sibuk memeriksa pemohonan-pemohonan hakcipta yang baru di pejabat, Albert Einstein turut aktif berfikir tentang sifat-sifat cahaya. Siapa sangka, penyelidikan beliau terhadap cahaya akhirnya berjaya menyelesaikan misteri graviti Newton. Pada usia 26 tahun, Einstein telah membuat satu penemuan baru yang memeranjatkan, iaitu halaju cahaya adalah had laju semesta bagi semua objek yang wujud di alam semesta ini.
Sejurus selepas menerbitkan penemuan beliau, Einstein mendapati diri beliau terpaksa berhadapan dengan konflik graviti Isaac Newton. Untuk memahami konflik ini, kita terpaksa menjalankan beberapa eksperimen. Dan untuk memulakannya, mari kita bayangkan satu bencana kosmik.
Bayangkan tiba-tiba tanpa sebarang petanda, matahari hilang dengan sekelip mata. Newton meramalkan dengan ketiadaan matahari, planet-planet di dalam sistem solar akan bergerak terus dan keluar daripada orbit asalnya ke angkasa. Dalam erti kata yang lain, Isaac Newton berpendapat bahawa graviti adalah satu daya yang berupaya untuk bertindak dengan serta merta tanpa mengira jarak sesuatu objek tersebut. Menurut teori ini, kita akan dapat merasakan kesan kehilangan matahari secara serta merta dan menyebabkan planet Bumi berputar keluar daripada orbit asalnya.
Berdasarkan kajiannya terhadap cahaya, Albert Einstein tahu terdapat satu persoalan besar terhadap teori Isaac Newton ini. Beliau mengetahui yang cahaya tidak boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain secara serta merta. Cahaya matahari, sebagai contoh, mengambil masa 8 minit untuk bergerak sejauh 93 juta batu ke Bumi. Dan memandangkan beliau telah membuktikan bahawa tiada objek yang lain bergerak lebih laju daripada cahaya, termasuklah daya graviti, bagaimana planet Bumi boleh bergerak keluar daripada orbitnya sebelum kegelapan melanda apabila cahaya matahari berhenti daripada menyinari Bumi?
Menurut beliau, kewujudan objek lain yang boleh memintas kelajuan dan halaju cahaya adalah mustahil dan ini bermakna gambaran Newton terhadap graviti selama 250 tahun adalah salah.
Dr. S. James Gates, Jr, seorang pakar di dalam bidang partikel supersimmetri (supersymmetric particles) menanyakan satu soalan penting. Sekiranya teori Newton adalah salah, apakah yang menyebabkan planet-planet terus berputar di dalam orbitnya dalam ketiadaan graviti matahari? Teori Newton terhasil daripada penyelidikan terhadap planet-planet dan bintang-bintang terutamanya bagi menjawab persoalan mengapa setiap planet mempunyai orbit masing-masing. Dan dengan persamaan-persamaan Newton, kita boleh mengira setiap pergerakan planet dengan jitu. Oleh itu, Albert Einstein terpaksa memberi penjelasan yang munasabah terhadap persoalan ini sekiranya mahu membuktikan teorinya adalah benar.
Pada lewat 20-an, Einstein terpaksa menghasilkan idea dan memberi gambaran baru alam semesta ini dengan mengambilkira keadaan graviti yang tidak boleh bergerak lebih laju daripada had laju semesta. Walaupun masih bekerja pada siang hari di pejabat hakcipta tersebut, Albert Einstein memulakan pencarian solo beliau untuk menyelesaikan misteri ini. Dan selepas lebih kurang 10 tahun memerah otak, beliau akhirnya berjaya menemukan jawapannya di dalam satu konsep penyatuan yang baru.
[Selamat berfikir.....Bersambung di Bab 3.....]
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 3: Gambaran Baru Terhadap Graviti
Tunggu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
11 dimensi? hmm.. cepat betul diorg discover benda baru. 12 tahun dulu string theories cuma consisten dln 10 atau 26 dimensions. nanti aku suruh kawan aku check latest journal. |
|
|
|
|
|
|
|
ok, leatest news dari CERN, bosonic string theories (26 dimensi) dah tak pakai. cuma supersymmetric (10 dimensi) saja diorg tgh buat calculation sekarang.
there is no way to have 11 dimensions in string theories sbb 11 tu no ganjil. u cannot have unsymmetric string. duh!! |
|
|
|
|
|
|
|
Wow sayap. U ni grad dalam bidang Fizik ke? Share ur experience with us please... |
|
|
|
|
|
|
|
Aik. Cari ni automatically tukar perkataan B O B O K kepada sayap ke? B o b o k tu apa actually?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
sambung..baru nak berminat nka baca.... |
|
|
|
|
|
|
|
orang yang fikir teori nih hanya sampai ke dalam quark or electron anggapan ia dalam betul string.. adakah dia dalam bentuk mass or wave? ooo nothing? tapi apa yang mengerakkannya?
11 dimensi, kita manusia ada 3 dimensi, paksi X, Y dan Z... so 11 nak lihat dari sudut mana?
Yang dapat menembusi atau boleh berada di mana2 saja pada satu masa adalah ultimate dimensi? ada sapa boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
nice la...mmg intriguing bab2 universe nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|