CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5086|Reply: 16

Mengenal Ahlul Bait A.S

[Copy link]
Post time 30-4-2006 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum w.w,

Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menghendaki supaya dihapuskan kekotoran (dosa) daripada kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya."  (al-Quran s.al-Ahzab:33)

Ahlul Baiyt ialah keluarga Nabi s.a.w.yang sangat rapat dengan beliau. Diriwayatkan oleh ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. Rasulallah s.a.w. berada di rumahnya sedang tidur dengan memakai kain selimut.  

Apabila Fatimah anakanda Nabi s.a.w. membawakan untuk ayahandanya semangkuk Khazirah. Rasulallah s.a.w. bersabda kepada anakandanya Fatimah, "Panggillah suamimu dan kedua-adua anakmu Hasan dan Husain". Fatimahpun memanggil mereka semua.  

Ketika mereka sedang duduk dan makan bersama Rasulallah s.a.w. maka turunlah ayat yang tersebut di atas. Ketika itu Rasulallah s.a.w.
memegang tepi kain selimut yang ada bersama Nabi s.a.w. dan menutupi mereka semua . Sambil menadahkan tangan, baginda berdo'a, "Ya Allah mereka ini adalah Ahlul Baiytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya".  

Nabi s.a.w.mengulangi do'a ini sebanyak tiga kali. Berkata Ummu Salamah, "Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu, Nabi s.a.w. menarik selimut itu sambil bersabda, "Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan", diulangi sehingga dua kali. (H.S.riwayat Thabrani dari Ummu Salamah)

Al-Fakhrul Razi menyebutkan dalam tafsir al-Kabir bahawa selepas
turun ayat yang bermaksud:

"Suruhlah ahli keluargamu sholat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya" (al-Quran s.Thaha:132).

Dalam hadis Nabi s.a.w. riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas r.a.Rasulallah s.a.w setelah turunya ayat tersebut di atas, maka Rasulallah s.a.w. ketika melewati rumah Ali dan Fatimah, maka Rasulallah s.a.w.senantiasa menyeru mereka  (keluarganya) untuk menunaikan sholat sambil membawakan ayat yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menghendaki supaya menghapuskan kekotoran dari kamu, hai ahlulbaiyt dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya." al-Quranulkarim)

Pernah terjadi suatu peristiwa, betapa tinggi sifat pengorbanan
yang telah diberikan oleh saidina Ali bin Abi Thalib, isterinya Fatimah
Azzahra dan kedua anaknya Hasan dan Husain tercatat dalam sejarah. Ketika  siti Fatimah menghidangkan roti untuk mereka berbuka puasa, datanglah kepada mereka orang miskin, anak yatim dan tawanan perang yang sedang kelaparan dan meminta makanan. Dengan tidak ragu-ragu semua makanan diserahkan kepada mereka, sehingga mereka sekeluarga tidak ada makanan untuk dimakan, sehingga turunlah ayat bearmaksud:

"Mereka memberikan makanan yang sangat mereka perlukan, kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan, sesungguhnya kami berikan karena Allah, dan tidaklah tidak mengharapkan balasan ataupun ucapan syukur".
(a-Quranul karim)

Inilah sebahagian dari akhlak pengorbanan dari keluarga Rasulallah s.a.w. yang rapat sekali dengan baginda. Demikian pula Saidatuna Fatimah Azzahra meskipun beliau anak Nabi s.a.w. yang amat disayangi oleh ayahandanya, tetapi tangannya telah pecah-pecah karena menimba air dan mengisar gandum. Pernah beliau disarankan supaya meminta kepada ayahandanya seorang pembantu wanita untuk membantunya di rumah. Meskipun demikian
Nabi tidak mengabulkannya, hanya Nabi mengajar kepada Fatimah Azzahra supaya membaca zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

Pernah terjadi suatu peristiwa dimana seorang tua sedang mengambil air udhu, hal ini diperhatikan oleh kedua-dua cucunda Nabi s.a.w. Hasan dan Husain. Cara kedua orang tua itu mengambil udhu tidak sempurna. Hal ini perlu dibetulkan, akan tetapi bagaimana mau membetulkan seorang tua yang perlu dihormati.

Kedua-dua anak yang bijak dan mempunyai akhlak yang mulia ini, telah berpura-pura bertengkar dan saling menyalahkan cara mengambil air udhu.
Orang tua di dekat mereka itu menyuruh kedua-dua mereka mengulangi cara
mengambil air udhu.  

Orang tua itu merasa heran karena melihat kedua-dua cucunda Nabi s.a.w.begitu rapi cara mengambil air wudhunya, sehingga ia terasa, mungkin dirinya sendiri yang tak betul mengambil air udhu. Ketika orang tua itu bertanya siapa kedua-dua budak bijak ini, ternyata mereka adalah cucunda Nabi s.a.w. yang amat-amat dikasihi Nabi dan mendapat didikan langsung dari Nabi s.a.w. dalam banyak hal yang berguna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


zulfiqar This user has been deleted
Post time 30-4-2006 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 30-4-2006 07:43 PM
Pernah terjadi suatu peristiwa dimana seorang tua sedang mengambil air udhu, hal ini diperhatikan oleh kedua-dua cucunda Nabi s.a.w. Hasan dan Husain. Cara kedua orang tua itu mengambil udhu tidak sempurna. Hal ini perlu dibetulkan, akan tetapi bagaimana mau membetulkan seorang tua yang perlu dihormati.  

siapakah orang tua yang dimaksudkan itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2006 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by zulfiqar at 30-4-2006 08:59 PM

siapakah orang tua yang dimaksudkan itu?


Orang tua itu hanyalah orang tua biasa tidak dinyatakan. tetapi point disini menunjukkan kita bagaimana mahu menegur seserang yang lebih tua dari kita dengan cara yang berhemah. Di sini saja menunjkkan kelebihan Imam Hassan dan Imam Husain semasa kecil begitu mulia akhlak beliau ini semua kerana didikan rumah kenabian.
Reply

Use magic Report

zulfiqar This user has been deleted
Post time 1-5-2006 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 1-5-2006 09:02 AM


Orang tua itu hanyalah orang tua biasa tidak dinyatakan. tetapi point disini menunjukkan kita bagaimana mahu menegur seserang yang lebih tua dari kita dengan cara yang berhemah. Di sini saja me ...

Adakah bermaksud, orang tua berkenaan seorang yang rapat dengan Rasulallah saaw?
Adakah terdapat "orang tua" lain yang sezaman dengan Rasulallah saaw yang cara; kaedah; konsep; persepsi; perspektifnya berbeza daripada kehendak Allah dan juga RasulNYA?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 10:11 PM | Show all posts
salamualaikum warahmatullah

salam kebahagiaan untuk saudara-saudara se islam tidak kira dari aliran syiah dan sunni.

dalam kita menghuraikan maksud ahlul bait, elok juga kita menghuraikan maksudnya dari kedua-dua aliran.  ini agar bertambahlah ilmu foremer di sini.

ahli sunnah berpendapat bahawa ayat 33 ada kesinambungan dengan ayat 32.

[32] "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

[33] Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait"* dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Saya rasa tak perlu lah saya perpanjangkan lagi hal ini.  untuk mengelakkan menjadi thread syiah vs sunni di board utama ini.  biarlah board ini jadi neutral.

kesimpulannya, ahlul bait mengikut ahli sunnah lebih luas lagi dan ini termasuk isteri-isteri rasulullah sepertimana disebut didalam ayat 32-33.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 09:13 AM | Show all posts
stuju ngan ibnur... ahlul bait bagi saya dlm ayat 33 termasuk isteri2 baginda... ahli rumah...

maknanya kalau depa ikut semua perintah allah for sure depa akan bersih sesuci sucinya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2006 06:52 PM | Show all posts
Salam selawat Keatas Nabi muhammad dan Ahlulbaitnya

wahai saudara seislam sekalian anda mengatakan bahawa ahlulbait itu termasuk isteri-isteri rasul. Cuba pula anda lihat struktur ayatnya dan pergunaan perkataan yang digunakan.

Anda kata bahawa isteri2 nabi akan disucikan KALAU BERTAQWA sedang dalam ayat tu mengatakan ALLAHH BERKEHENDAK MENGHILANGKAN SEGALA NISTA bermaksud ahlulbait itu telah disucikan bukan akan disucikan bila bertaqwa disini menunjukkan perbezaannya.

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2006 07:17 PM | Show all posts
Salam selawat keats nabi muhammad dan ahlul baitnya

Bagi menjawap pertanyaan saudara zulfiqar memmang terdapat sahabat nabi yang mempunyai persepktif @ kaedah yang lain dari rasulallah. Mereka itu ramai lebih0-lebih lagi selepas wafatnya rasulallah.

tetapi dalam cerita ini pokoknya bukanlah orang tua itu sahabat nabi atau orang biasa pokoknya adalah bagaiman cara yang hekmat untuk kita menegur seseorang. kita harus mengambil pelajaran dari cerita ini bukanya untuk menentang sesuatu pihak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 08:23 PM | Show all posts
Di sini saya ingin menukil sebahagian dari novel pak malau dari aliran saudara.

Beliau mengetuai pihak musuh melawan Saidina Ali (khalifah Islam) di dalam Perang Jamal yg mengakibatkan beribu2 umat Islam terbunuh. Kebanyakan syiah menyalahkan beliau kerana melanggar ayat Al-Quran yg menyuruh isteri2 nabi tinggal di dalam rumah setelah nabi wafat (33:33).


Menurut dakwaan syiah, aisha r.a. telah melanggar perintah Allah s.w.t.

persoalan dari ahli sunni:
amatlah tidak sesuai sekali sekiranya sebahagian dari satu ayat adalah merujuk kepada isteri rasulullah s.a.w. dan sebahagian lagi tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 04:03 PM | Show all posts
now saya faham aper tuu ahlul bait...sebelum nie saya x pernah dgr pun...tahnx for the info bro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2006 05:36 PM | Show all posts
salam selawat keatas makhluk termulia dan ahlulbait tercinta

wahai saudara ibnur siapa yang mengatakan ayat itu kene pada isteri-isteri rasul, ayat ini diturunkan pada ahlulbait
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2006 05:33 PM | Show all posts

Mengenal Ahlul Bait A.S

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi info... mungkin selama ini saya agak lalai dan belum sampai keperingkat pengetahuan ini...jadi boleh tak terangkan dengan lebih lanjut... apakah kepentingannya kita mengenal pasti dan mengenali Ahlul Bait ni? Terima KAsih...
Reply

Use magic Report

zulfiqar This user has been deleted
Post time 6-5-2006 09:55 PM | Show all posts
Salam,

Saudara ibnur yang bijak lagi pinter,

Originally posted by ibnur at 3-5-2006 08:23 PM
persoalan dari ahli sunni:
amatlah tidak sesuai sekali sekiranya sebahagian dari satu ayat adalah merujuk kepada isteri rasulullah s.a.w. dan sebahagian lagi tidak?

Persoalan anda adalah bagus. Kita boleh cuma lihat ayat Penyempurnaan Agama dalam Surah Al-Maa'idah ayat ke-3.

3. Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


adakah anda ingin mengatakan, "amatlah tidak sesuai sekali sekiranya sebahagian dari satu ayat merujuk kepada Halal Haram, sebahagiannya merujuk kepada penyempurnaan agama?";
Minta penjelasan yang baik dari saudara cerdik dan cerdas, ibnur. Terima kasih.

*** Untuk pengetahuan pembaca lain sekalian, ayat Penyempurnaan Agama ini turun pada Haji Pengakhiran Rasulallah saaw pada 18 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah di suatu tempat bernama Ghadir Khum. Sebahagian Ulama' Salafi awal kurun ke 3 hijrah, menafikan akan wujudnya Haji Pengakhiran ini; Dan akhirnya, Syiah dituduh MEMALSUKAN/MEREKA-REKA sejarah sehingga KINI. Maka, tidak ramai yang mengetahui akan peristiwa bersejarah ini.


wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2006 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 6-5-2006 05:33 PM
Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi info... mungkin selama ini saya agak lalai dan belum sampai keperingkat pengetahuan ini...jadi boleh tak terangkan dengan lebih lanjut... ap ...



Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya.

Alhamdullilah nampaknya saudara telah terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga suci nabi ini. kebanyakkan orang sekrang tidak mahu mengetahui lebih lanjut ahlulbait kerana dengan alasan ahlulbait tu difanatikkan syiah jadi usahlah mengenalinya. kini kita dizaman globalisasi dan memngamalkan pemikiran terbuka, jadi kenapa kita harus menutup pikiran kita dalam hal-hal sebergini, kenapa tidak didengari pendapat syiah,wahabi,dan lain-lain dan barulah menilai barulah terlihat kebenaran. ini kita tutup pikiran dan buka pikiran bila hal-hal yang memfitnah syiah dan perkara-perkara maksiat. Jadi saya harap dengan sifat ingin tahu saudara akan dapat membawa revolusi pemikiran kita hari ini.


Sebenarnya Ahlulbait ini adalah manusia yang disucikan dan kepentingannya mengetahui ahlulbait itu sangatlah penting kerana dengan mengenali ahlul bait serta memahami hak-hak ahlulbait dalam perkembangan dan penyebaran risalah illahi maka akan terlihatlah satu sinar cahaya kebenaran akan tulusnya dan lurusnya jalan ke matlamat agung kehidupan ia menuju @ mendekatkan diri kepada allah. Jika kita lihat sebagai contoh jika seseorang itu mahu sembahyang, sebelum sholat ia harus bewudhu, jadi disini allah meyediakan frasarana untuk berwudhu iaitu air barulah datang sholat, begitu juga sama dengan kalau matlamat hendak ke rumah saudara maka akan kita sedia kan frasarana untuk pergi kematlamat. Begitu juga dengan kehidupan ini, ia juga mempunyai matlamat yang teragung ia peryempurnaan diri. Bagai mana kita mahu menyempurnakan diri ia haruslah dengan mendekatkan diri pada sesuatu yang sempurna mutlak iaitu diyakini sebagai allah. jadi sini allah pasti telah menyediakan frasarana untuk kita sampai kepadanya. Natijahnya, pasti ada frasarana yang akan membawa kita kepada matlmat agung itu. Allah telah menurunkan para nabi dan rasul. Khususnya diturunkan Rasul teragung, penghulu segala mahkluk iaitu nabi Muhammad sebagai frasarana untuk kita mengecapi matlamat hidup. disini timbul satu persoalan kenapa allah tidak sahaja turun kan wahyunya atau menjdikan setiap manusia sebgai frasarana nya bukankah itu lebih baik. Apa yang terdapat di dalam al-quran yang mengatakan jika ku letakkan pada gunung, gunung itu akan berceradan runtuh. jadi disini menunjukkan bukan setiap makhluk itu boleh menjadi frasarana atau menerima wahyu kerana sifat manusia itu sendiri yang terbatas untuk menerima tanggungjawap ini mungkin kan menjadi gila, Natijahnya disini bahawa hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang kuat boleh menerima hal ini. Berbalik kita pada pokoknya,jadi selepasnya kewafatan Rasulallah adakah telah terputus tali pernghubungan manusia dengan allah, adakah telah hilang frasarana yang disediakan allah. klau benar maka umat selepas kewafatan nabi Muhammad akan bergoleng-goleng masuk ke neraka kerana tiada pentunjuk. Seperti yang kita tahu bahawa nabi kita adlah Nabi yang terakhir jadi tiada lagi rasul atau nabi selepas itu. Jadi adakah allah zalim kerana tidak meyediakan frasarana untuk terus berhubung dengannya. Sudah tentu tidak. Jadi dengan Maha Adil dan Maha Bijaksana nya allah telah menyediakan frasarana selepas nya rsulallah aiaitu imamah iaitu para imam ahlulbait. Jadi disini menunjukkan tanggungjawapnya para imam itu sama dengan tanggungjawap para nabi. jadi sudah tentu bukan sebarang orang yang boleh menjadi atau menrima tanggungjawap ini sebagai imam atau frasarana penghubung tali allah. Barang tentu hanya orang-orang yang terpilih seperti para nabi dan rasul.

Natijahnya, kepentingan mengenali dan mengentahui para imam ahlul bait adalah sama seperti mengenali dan mengetahui para nabi dan rasul.

Jadi disini kepentingannya kemaksuman para imam seperti para nabi dan rasul adalah perlu kerana para imam penerus agam allah dan allah adlah mutlak dan islam adalah suci, sudah tentu bahawa para pembawa dan penurusnya juga perlu yang suci. Seperti hati, hati yang jahat tidak akan merima perkara yang baik dan hati yang baik sebaliknya, samalah seperti agama yang suci ini tidak boleh dipegang atau dibawa oleh orang-orang yang biasa atau orang-orang yang kotor pasti yang bawa agama yang suci ini adalah orang yang maksum serta suci. Natijahnya, para imam ahlulbait sebagai prasarana penghubung tali allah itu mestilah maksum.

Disini saya akan bawakan beberapa hadis yang bisa dijadikan penyokong serta penguat atas kenyataan yang dimaklumkan.

Hadis Tsaqalain, Sabda nabi " ku tinggalkan kalian dua perkara yang dimana jika kalian berpegang padanya maka kalian akan selamat iaitu Al-quran dan Ahlul baitku, maka perhatikanlah perlakuan kalian terhadap keduanya kerana keduanya tidak akan berpisah sehingga bertemu dengan ku di akhirat kelak" (Hadis Bukhari)

Dari Ibnu Hajar di dalam kitabnya ash-Shawa?q, hal 15, berbunyi ?intang-Bintang penyelamat bagi penduduk bumi dari tenggelam (sesat), dan ahlulbaitku penyelamat bagi umatku dari perpecahan. Jika satu kabilah menentang maka mereka pun berselisih , sehingga mereka menjadi golongan iblis?.

Ath-Thabarani dalam kitabnya al-kabir dan juga oleh ar-Rafi? didalam Musnadnya yang di hubungkan kepada ?bdullah bin ?bbas, ia berkata ?elah bersabda rasulallah saw: Barang siapa yang ingin sehidup semati dengan ku, dan mendiami syorga (?dn) yang disediakan tuhanku, hendaklah dia menjadikan Ali sebagai pemimpinnya sepeninggalanku, mendukung penggantinya serta mengikuti jejak ahlulbaitnya setelah aku. Sebab mereka adalah itrah ku. Dijadikan mereka itu dari darah dagingku. Dilimpahkanya atas mereka itu faham serta ilmu-ku. Terkutuklah orang-orang yang mengingkari keutamaan mereka dan menolak hubungan mereka denganku. Orang-orang itu tidak mendapat syafaatku.

Disebut oleh al-Mulla dalam sirahnya yang berbunyi ?ada setiap generasi dari umatku, akan dijumpai orang-orang dari ahlulbait ku yang adil (pandai dan jujur), yang membersihkan agama ini dari penyelewengan kaum sesat, pemalsuan kaum bathil serta ta?il (penafsir yang keliru) dari kaum yang jahil. Ketahuilah, Imam-imam (pemuka-pemuka) kamu adalah duta-duta kamu menghadap Allah. Kerana perhatikan sungguh-sungguh siapa kamu angkat sebagai duta-dutamu.?

Dirawikan oleh ash-Shaduq-juga dalam al-Ikmal-dengan sanadnya sampai al-Imam ash-Shadiq, dari ayahnya dari datuknya ia berkata, telah bersabda rasulallah ?ara Imam sepeninggalanku sejumlah 12 orang. Yang pertama Ali, diikuti yang terakhir di antara mereka ialah al-Qaim?.

Dalam Shahih Muslim dari Jabir bin Samurah katanya ?ku datang bersama bapakku ke rumah Nabi, lalu kudengar beliau bersabda:?emerintahan ini tidak akan rubuh hingga selesai memerintah dua belas orang khalifah?. Kemudian beliau mengucapkan kata-kata yang kurang jelas bagiku, lalu ku tanya bapakku apa yang diucapkan beliau. Jawab bapakku ?emuanya dari bangsa Quraisy?.

Ath-Thabarani pada hadis ats-Tsaqalain dan dikutip oleh Ibnu Hajar, yang berbunyi?...maka janganlah kamu mendahului mereka (ahlulbait) agar kamu tidak binasa. Dan jangan ketinggalan dari mereka, agar kamu tidak binasa. Jangan mengajari mereka sebab mereka itu lebih mengerti dari kamu?.

Ath-Thabarani berasal dari Ibu Abbas dan dikutip oleh as-Suyuthi dalam ?hyaul-Mayyit?. Yang berbunyi ?idak akan bergeseran kedua kaki seorang hamba allah, pada hari kiamat sebelum ia menjawab empat pertanyaan : tentang usianya, bagaimana ia menghabiskannya; tentang tubuhnya, bagaimana ia telah menggunakan tenaganya; tentang hartanya, untuk apa telah dibelanjakkan dan dari mana ia dapat; serta tentang kecintaannya kepada kami ahlulbait.?

saya harap dengan penjelasan yang panjang lebar ini sedikit sebanyak dapat menjawap persoalan yang timbul dalam hati saudara. dan ketahuilah bahawa imam ahlulbait secara langsung adlah pemimpin kita dan penentu persatuan umat dari perpecahan. jika suadara ingin lagi penjelasan yang lebih mendalam dan jelas carilah buku-buku yang benar mengatakan tentang ahlulbait seperti "Mengapa kta mesti mencintai Kelaurga nabi saw" karanagn muhammad kadzim Muhammad Jawad, Penerbitan Lentera, "koleksi keluarga nabi', karangan Ali Muahmmad Ali, terbitan pustaka hidayah, atau layari laman web www.almawaddah.orgfree.com

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2006 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by zulfiqar at 6-5-2006 09:55 PM
Salam,

adakah anda ingin mengatakan, "amatlah tidak sesuai sekali sekiranya sebahagian dari satu ayat merujuk kepada Halal Haram, sebahagiannya merujuk kepada penyempurnaan agama?";
Minta penjelasan yang baik dari saudara cerdik dan cerdas, ibnur. Terima kasih.



mualaikumsalam,

Tiada konflik di ayat yang tersebut, disatukan makanan dan penyempurnaan agama.  Silalah bacakan ayat tersebut sekali bacaan.  Apa masaalahnya?

Yang masaalahnya kalau ayat 33.33 yang berkesinambungan.

salam selawat keatas makhluk termulia dan ahlulbait tercinta

wahai saudara ibnur siapa yang mengatakan ayat itu kene pada isteri-isteri rasul, ayat ini diturunkan pada ahlulbait


Kalau ikut syiah, isteri nabi muhammad s.a.w. bukan ahlul bait tapi bagi ahlissunnah isteri nabi termasuk ahlul bait.  Masaalah timbul di main board M&M.  Sini bukan board berceritakan perbezaan pendapat.  Mesti bersifat neutral.  kalau mahu berdebat, silakan ke sub board.  Atau minta moderator pindahkan topik ke sana.


Originally posted by ct_og at 6-5-2006 05:33 PM
Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi info... mungkin selama ini saya agak lalai dan belum sampai keperingkat pengetahuan ini...jadi boleh tak terangkan dengan lebih lanjut... ap ...


Buat pengetahuan ct, ini thread sudah jadi syiah vs sunni.

[ Last edited by  ibnur at 7-5-2006 10:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 11:07 AM | Show all posts

Mengenal Ahlul Bait A.S

Terima kasih sekali lagi, tapi agak keliru sikit... boleh terangkan dengan lebih jelas tentang ayat saudara :

1.
"....Allah telah menyediakan frasarana selepas nya rasulallah iaitu imamah iaitu para imam ahlulbait. Jadi disini menunjukkan tanggungjawapnya para imam itu sama dengan tanggungjawap para nabi. jadi sudah tentu bukan sebarang orang yang boleh menjadi atau menerima tanggungjawap ini sebagai imam atau frasarana penghubung tali Allah. Barang tentu hanya orang-orang yang terpilih seperti para nabi dan rasul."

Adakah Saudara maksudkan Ahlulbait ni Guru Mursyid yang dikatakan ada pada setiap abad?   Jika Ya... adakah semua Guru Mursyid ini dari keturunan Baginda Rasulullah?

2.
Sabda nabi " ku tinggalkan kalian dua perkara yang dimana jika kalian berpegang padanya maka kalian akan selamat iaitu Al-quran dan Ahlul baitku,..."

Melihat pada penerangan Saudara, Ahlulbait adalah mereka yang mempunyai rantaian keturunan dengan Rasulullah... manakala hadis yang selalu saya dengar adalah Rasul mengatakan perlunya kita mengikut Al-Quran dan As-Sunah... iaitu tingkahlaku dan kata-kata Rasul itu sendiri.....

Jadi di sini adakah saudara lebih mementingkan siapa yang membawa ilmu itu berbanding dengan kebenaran ilmu itu sendiri... Maaf atas ketidak fahaman saya ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2006 09:37 AM | Show all posts
Apa bezanya "Ahlul-Bait",  "dzurriyyatu" atau "'itratiy" ?

Firman Allah swt,

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
(Al Kauthar 3)

Rasulullah s.a.w. dalam Hadith Tsaqalain (Hadits "dua bekal") yang diriwayatkan oleh Zaid bin Al-Arqam r.a., menyatakan:

Sabda Nabi saw,

"Kutinggalkan di tengah kamu dua bekalan. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kamu ambil dan berpeganglah teguh padanya ... dan (kedua): ahlu-baitku. Kamu kuingatkan kepada Allah mengenai ahlu-baitku! Kamu kuingatkan kepada Allah mengenai ahlu-baitkul"

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad b Hambal di dlm shahih Bukhari Muslim, sabda Nabi saw,

"Kutinggalkan di tgh kamu dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang atr langit dan bumi, dan keturunanku...ahlu-baitku.  Sesungguhnya kedua2nya itu tidak akan berpisah hingga kembali kepdku di haudh (syurga)"

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.068590 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list