CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jj

SANTAPAN ROHANI & RENUNGAN

 Close [Copy link]
Post time 6-10-2006 10:28 AM | Show all posts

Jagan Jangan Jangan

Jangan, jangan dan jangan


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.



Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.



Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.



Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.



Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.



Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.



Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.



Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.



Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.



Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.



Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.



ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.



Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam



"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



(Surah Al-Ahzab:71)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 10:32 AM | Show all posts

Penyakit dan Tanda2

1.  MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.
          i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
          ii) Mata menjadi kabur: Sering   berlaku   pada  waktu   pagi.Menandakan   proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
          iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
          iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
          v)  Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
         2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
          i) Selsema
          a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
          b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
          ii) Hidung  sebu
          a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
          b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
          iii) Bersin
          a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
          b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
          iv) Batuk
          a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
          b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
          c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
         3. KERONGKONG
          i) Kerongkong  kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa  badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
          ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
         4. BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
          i) Bibir pucat
          a. Sistem penghadaman yang lemah.
          b. Perut mengandungi angin.
          c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
          ii) Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.
         5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
          i) Lidah  atau  gusi  bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
          ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
          iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
     6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
          i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
          ii) Telinga  berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
  
        B. KULIT
          1. PELUH
          i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
          ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
             2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
          3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
          4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
               5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

         C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
          1. SENDI SAKIT
          i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
          ii) Tidak rasa  panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
          iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
          2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
          3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
          4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
          5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah.  Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
          6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
               7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
         8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

         2. TANDA-TANDA DALAMAN
          A. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
         1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
          Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
              2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
          i) Bahagian  atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
          ii) Bahagian  bawah  (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah
           3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
          Menandakan penyakit migrain.
             4. BISUL TERJADI DI KEPALA
          Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
         5. RASA PENING YANG MEMUSING
        Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


         B. MULUT/KERONGKONG
          1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
           2. MUNTAH DARAH
          i) Darah  merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
          ii) Darah  hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
           3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.
          4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman


         C. KENCING
          1. KENCING KERAP : Menunjukkan  buah  pinggang  mengandungi kotoran yang
          2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
               3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
              4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.     
          5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.



         D. BUANG AIR BESAR
          1. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
        menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
          2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
           3. NAJIS BERDARAH
          i) Darah  merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
          ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
   
          4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang


         E. TINDAK BALAS BADAN
          1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
          i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
          ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
          iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
          iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
          2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
          3. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

          4. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

         F.  TINDAK  BALAS  EMOSI
          1. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
             2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
          3. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
                 4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
          i) Sistem jantung yang lemah.
          ii) Sistem saraf otak yang lemah.
          iii) Masalah pengaliran darah.
          5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2006 10:22 PM | Show all posts
Bacaan Doa Imam Di Mekah Untuk Para Pejuang Islam

>>Dengarkan..<<
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 12:11 PM | Show all posts
Tambah sket..baru amik dari bod muslimin dan muslimatt...
..baru tau selama nih ingatkan makruh jugaa..jgn pi minum air plak dah la...tuh lain cite sehh


Berkenaan   gosok   tu   ada  dalilnya  ..
Mengenai menggosok gigi pada ketika puasa, tidak ada dalil yg melarangnya. Atas dasar itu, Sheikh Sayyid Sabiq mengatakan bhw menggosok gigi ketika puasa tidak makruh bahkan digalkkan pada ketika hendak solat. Beliau melampirkan beberapa dalil antaranya:

1. Diterima dari Abu Hurairah r.a.: 揃ahwa Rasulullah saw. bersabda: 揔alau tidaklah akan memberatkan umatku, tentulah kusuruh mereka menggosok gigi setiap berwudhuk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 03:58 AM | Show all posts
Reminder: Zakat dah bayaq ka..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sempurnakan Ramadan dengan makanan halalan tayyiba
Oleh: MUHAMMED YUSOF

Pada bulan Ramadan biasanya gerai-gerai tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan terutama bagi menyajikan bermacam-macam jenis makanan, minuman dan berbagai-bagai kuih-muih untuk dijadikan santapan juadah berbuka puasa.

Senario ini merupakan sesuatu perkembangan yang positif kerana ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada masyarakat Islam di negara ini untuk menikmati juadah tersebut dengan mudah tanpa perlu bersusah payah membuatnya sendiri malah ia juga memberi sumber pendapatan tambahan kepada masyarakat Islam.

Bulan Ramadan bukan sahaja menjanjikan kemurahan pahala, tetapi ia juga memberi peningkatan rezeki kepada sesetengah peniaga.

Juadah-juadah berbuka puasa sebenarnya memberi impak kepada kesempurnaan puasa yang dikerjakan. Dalam menuju ke arah kesempurnaan puasa, aspek halalan tayyiba perlu dititikberatkan oleh masyarakat Islam termasuklah selaku pembeli mahupun penjual. Ini kerana dalam memilih makanan dan minuman, kehalalannya adalah perkara yang menjadi keutamaan. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyebut tentang perintah Allah s.w.t. supaya dipilih makanan yang halal dan larangan daripada memakan makanan yang haram.

Antara ayat-ayat tersebut ialah firman Allah s.w.t., Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik (tayyiba). (al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman, Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu. (al-Baqarah: 172)

Kedua-dua ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t memerintahkan agar manusia memakan makanan yang halal seperti yang dituntut ke atas rasul-rasul terdahulu.

Ini kerana Allah hanya akan menerima perkara yang baik sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Allah s.w.t. itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah yang baik dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintahkan kepada sekalian rasul.

Maka Allah berfirman, Wahai sekalian rasul! Makanlah daripada yang baik-baik dan beramallah akan yang baik. (al-Mukminun: 51)

Kemudian Baginda menceritakan perihal seseorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menadahkan kedua-dua tangannya ke langit (berdoa): Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Padahal makannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya.

Hadis tersebut secara jelas menunjukkan bahawa perkara yang tayyib (baik) begitu ditekankan dalam Islam dan ia seharusnya dipandang serius dan dititikberatkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam pemilihan makanan dan minuman.

Berdasarkan huraian ahli-ahli tafsir mengenai konsep halalan tayyiba maka dapatlah dirumuskan seperti berikut:

1. Kebersihan dan kesucian

Makanan dan minuman yang halal telah jelas dimaklumi, tetapi terdapat beberapa perkara yang kurang disedari termasuklah proses pembuatan atau penyediaan sesuatu makanan yang boleh menjadikan ia haram dimakan.

Kaedah pembersihan, ramuan masakan dan alat kegunaan memasak perlu menepati piawaian.

Buku Garis Panduan Makanan, Minuman dan Bahan Gunaan Orang Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan bahawa sesuatu makanan yang diproses adalah halal sekiranya bahan ramuan dan kaedah pemprosesan adalah suci daripada najis seperti:

a. Ia tidak terdiri daripada bahagian atau benda haiwan yang dilarang umat Islam memakannya atau tidak disembelih.

b. Ia tidak mengandungi apa-apa benda yang dianggap najis mengikut hukum syarak seperti minyak babi, lemak bangkai atau jenis arak.

c. Semasa disediakan atau diproses, alat yang digunakan bebas daripada najis seperti kuali, periuk pinggan mangkuk dan sudu.

d. Ia tidak bercampur dengan benda yang haram semasa menyedia, memproses atau menyimpannya.

Makna yang berbeza

Kebersihan dan kesucian mempunyai makna yang berbeza. Bersih bermaksud sesuatu benda itu boleh digunakan untuk kegunaan harian dan tidak memudaratkan. Suci pula lebih daripada itu kerana ia mempunyai hubungan langsung dengan akidah dan ibadat kepada Allah.

Sebagai contoh, syarak menetapkan bahawa kaedah menyucikan sesuatu termasuklah makanan adalah menggunakan air mutlak yang mengalir. Sekiranya dibasuh makanan tersebut yang mengandungi najis dalam sebuah bekas besen, ia adalah tidak menepati hukum syarak kerana najis yang melekat pada bahan tersebut tidak akan keluar.

2. Sumber rezeki

Rezeki bermaksud segala sesuatu yang dikurniakan oleh Allah untuk keperluan rohani dan jasmani. Ia juga merupakan pendapatan, penghasilan dan pencarian (wang dan lain-lain untuk sara hidup). Sumber rezeki mempunyai perkaitan langsung dengan makanan atau minuman yang diambil. Ini kerana sekiranya sumber rezeki yang diperolehnya haram atau syubhat, maka makanan yang dimakannya juga dianggap haram atau syubhat.

Antara sumber-sumber rezeki yang haram itu berpunca daripada melakukan perbuatan rasuah, riba dan lain-lain.

Orang-orang yang sentiasa mendapatkan sumber rezeki dengan cara yang haram seperti ini akan mendapat balasan azab Allah seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud, 揟idak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 04:01 AM | Show all posts
Pemikiran dan akal
Oleh: DR. SIDEK BABA

AKTIVITI berfikir selalunya dikaitkan dengan akal. Akal tidak saja membolehkan seseorang mengingat dan menaakul tetapi juga berfikir. Berfikir menghasilkan pemikiran.

Pemikiran mencetuskan idea, gagasan, andaian, pendapat, analisis, hipotesis, dan teori. Tetapi upaya akal tidak segala-gala dan pancaindera juga memiliki upaya yang terbatas. Oleh itu pemikiran manusia mengenai sesuatu juga adalah terbatas.

Keterbatasan itu menyebabkan upaya pemikiran manusia juga terbatas. Bagaimanapun, dalam keterbatasan akal juga manusia dapat berfikir dan pemikiran manusia terus berkembang menghasilkan ilmu dan kemajuan yang menakjubkan. Namun dalam al-Quran, Allah s.w.t. menyatakan dengan jelas bahawa Allah tidak pernah memberikan sebarang ilmu kepada manusia melainkan sedikit sahaja.

Keterbatasan ilmu yang Allah berikan menyebabkan manusia terus melakukan pengamatan, pencarian, penyelidikan dan melakukan rumusan dan hipotesis supaya makna sesuatu yang dicari dapat ditemui jawapan dan jalan keluarnya. Ada teori yang bersifat sementara dan relevan pada waktu-waktu tertentu dan didapati tidak relevan pula pada masa yang kemudian. Manusia terus mencari, meneroka, mengkaji dan menyelidik bagi mendapatkan formula-formula baru bagi mengatasi masalah baru yang berbangkit.

Akal manusia sebenarnya adalah wasilah atau alat, bukannya ghayyah atau matlamat. Sifat alat yang terbatas tetap selamanya terbatas. Ia akan membantu ke arah matlamat sekiranya pemikiran yang ada membantu akal untuk berkembang secara fitrah. Maklumat yang diterima, data yang diperoleh, fakta yang terkumpul memerlukan analisis supaya hikmah di sebalik kajian dan dapatan menemukan manusia dengan sesuatu yang lebih bermakna.

Allah ciptakan sesuatu dalam alam ini. Semuanya terkandung hikmah atau rahsia Allah yang amat menakjubkan. Apabila sesuatu yang dikaji dihubungkan sebagai asas benda seadanya, ia tetap kekal sebagai benda. Tetapi akal yang didukung oleh pedoman nilai melihat benda sesuatu yang lebih daripada itu. Benda akan dikaitkan dengan Penciptanya dan benda akan dihubungkan dengan kebaikan dan kesejahteraan.

Asas pemikiran sebegini memberikan akal pedoman terhadap sesuatu dan menyebabkan manusia sentiasa merasakan kekerdilan diri dalam memahami sesuatu dan kebesaran Allah dalam menciptakan sesuatu. Daripadanya lahir keimanan yang tinggi dan ketakwaan yang kental.

Pemikiran yang Islami dan Qurani tidak menolak kepentingan akal. Islam dan al-Quran terkandung nilai-nilai pemikiran yang tidak saja menghubungkan akal dengan perkara-perkara yang nyata tetapi mempedomankan akal mengenai perkara yang tidak nyata atau ghaib.

Faktor ghaibiyyat adalah faktor kejadian Allah. Faktor roh yang menjadi asas hidupnya manusia adalah sesuatu yang ghaib. Manusia yang hidup percaya bahawa dalam dirinya terdapat roh yang memberikannya hayat. Bukti kebesaran faktor yang ghaib itu dilihat daripada tanda-tanda gelagat dan kelakuan yang dimiliki manusia.


Faktor alam lepas adalah faktor yang masih ghaib atau tidak ketahuan kepada manusia. Walaupun manusia mula sampai ke bulan, robot sampai ke Marikh dan ekspedisi lain cuba meneroka angkasa lepas namun maklumat yang diperoleh masih amat terbatas. Ada berbilion galaksi dan planet-planet yang masih menjadi misteri bagi manusia yang terus beredar secara teratur dan tertib sebagai tanda-tanda kebesaran Allah yang Maha Mengatur dan Maha Sempurna.

Para remaja yang menggunakan otak kanan dan otak kiri untuk berfikir tidak hanya menggunakan fungsi otak kiri terhadap sesuatu yang berbentuk angka dan potensi menganalisis atau menggunakan otak kanan berfikir secara kreatif namun pedoman berfikir perlu ada. Sumber maklumat dan ilmu tidak hanya bergantung hasil daripada pengalaman manusia sepanjang sejarah hidup dan kreativitinya tetapi para remaja harus merujuk pedoman al-Quran sebagai sumber perkhabaran, maklumat dan petunjuk supaya pemikiran daripada akal terpedoman. Ia akan membimbing remaja menyuburkan keupayaan berfikir yang berasaskan nilai-nilai yang Rabbani iaitu menghubungkan pemikiran dengan Allah.

Para remaja harus menginsafi pemikiran popular yang berkembang dewasa ini umumnya tidak berasaskan rujukan nilai-nilai Rabbani. Hasilnya lahir faham-faham yang menolak agama atau nilai-nilai keagamaan dalam pemikiran. Faham mengenai hak asasi, faham mengenai humanisme dan saintisme, faham mengenai feminisme dan gender, faham mengenai perubahan dan pembangunan lebih banyak memberi fokus kepada material ataupun benda atau yang menyentuh tentang aspek nafsu-nafsi yang merangsang gelagat seksual manusia.

Remaja Islam harus mampu menggunakan akal sebagai asas untuk berfikir (ulul albab) ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Berfikir secara logik, mantik, rasional dan saintifik tidak akan memberi makna apa-apa sekiranya tidak dipandu oleh nilai. Nilai Rabbani yang menjadi pedoman tentang hubungan remaja dan Allah akan sentiasa memimpin remaja tentang sesuatu yang bersifat mekanistik yang dipandu oleh nilai dan etika yang Islami dan memimpin remaja ke arah amanah sebagai khalifah dan taat sebagai hamba yang soleh.

Mempelajari keterampilan berfikir, teknologi dan sains adalah sesuatu yang mekanistik. Ia tidaklah salah. Tetapi mekanisme yang tidak didukung oleh ilmu yang benar, nilai dan etika yang Islami menyebabkan nilai guna sesuatu tidak membimbing manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan yang sebenar.

Menjadi seorang doktor yang tidak saja melakukan rawatan terhadap penyakit tetapi mengubati jiwa dan hati pesakit; seorang jurutera, tidak saja melakukan pembinaan terhadap bangunan dan jambatan tetapi melakukan pendekatan kejuruteraan sosial terhadap masyarakat dan sistem menyebabkan pemikiran saintifik dan teknologikal tidak hanya terdapat manfaat fizikal sekali gus manfaat bina insan.

Pemikiran seperti inilah yang harus menjadi landasan penyuburan pemikiran remaja supaya para remaja tidak hanya terpaut dengan faedah berbanding yang terdapat dalam proses keilmuan dan teknologi Barat tetapi sekali gus berupaya melakukan pencernaan berasaskan acuan sendiri supaya faktor pemikiran yang berkembang sifatnya integratif dan mampu menghasilkan idea pemikiran yang tidak saja melihat faktor zahiri yang mekanistik tetapi faktor batini yang lebih fitrah.

* PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2006 05:26 AM | Show all posts
Dari Al Ahkam.net
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sifat Puasa Nabi saw  (&#1589;&#1601;&#1600;&#1577; &#1589;&#1600;&#1608;&#1605; &#1575;&#1604;&#1606;&#1576;&#1610; &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; )
karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin
  
Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin (kamin)
  
&#1576;&#1587;&#1605; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1575;&#1604;&#1585;&#1581;&#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1585;&#1581;&#1610;&#1605;

&#1575;&#1604;&#1581;&#1605;&#1583; &#1604;&#1604;&#1607; &#1585;&#1576; &#1575;&#1604;&#1593;&#1575;&#1604;&#1605;&#1610;&#1606; &#1548; &#1608;&#1575;&#1604;&#1589;&#1604;&#1575;&#1577; &#1608;&#1575;&#1604;&#1587;&#1604;&#1575;&#1605; &#1593;&#1604;&#1609; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1593;&#1604;&#1609; &#1570;&#1604;&#1607; &#1608;&#1589;&#1581;&#1576;&#1607; &#1608;&#1605;&#1606; &#1608;&#1575;&#1604;&#1575;&#1607; &#1548; &#1571;&#1605;&#1575; &#1576;&#1593;&#1583;:

  
Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.
  
Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
  
Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :
  
&#1576;&#1606;&#1610; &#1575;&#1604;&#1573;&#1587;&#1604;&#1575;&#1605; &#1593;&#1604;&#1609; &#1582;&#1605;&#1587;: &#1588;&#1607;&#1575;&#1583;&#1577; &#1571;&#1606; &#1604;&#1575; &#1573;&#1604;&#1607; &#1573;&#1604;&#1575; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607;&#1548; &#1608;&#1571;&#1606; &#1605;&#1581;&#1605;&#1583;&#1575;&#1611; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607;&#1548; &#1608;&#1573;&#1602;&#1575;&#1605; &#1575;&#1604;&#1589;&#1604;&#1575;&#1577;&#1548; &#1608;&#1573;&#1610;&#1578;&#1575;&#1569; &#1575;&#1604;&#1586;&#1603;&#1575;&#1577;&#1548; &#1608;&#1589;&#1608;&#1605; &#1585;&#1605;&#1590;&#1575;&#1606;&#1548; &#1608;&#1581;&#1580; &#1575;&#1604;&#1576;&#1610;&#1578; &#1575;&#1604;&#1581;&#1585;&#1575;&#1605;
"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].
  
Orang2 yang berpuasa :-
  
* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.
  
* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.
  
* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.
  
* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.
  
* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka.
  
* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.
  
* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.
  
* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal.
  
* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.
  
* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 05:28 AM | Show all posts
Sambungan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hukum-hukum didalam berpuasa
  
1-Niat :
  
Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :
&#1605;&#1606; &#1604;&#1605; &#1610;&#1615;&#1580;&#1605;&#1616;&#1593; &#1575;&#1604;&#1589;&#1610;&#1575;&#1605; &#1602;&#1576;&#1604; &#1575;&#1604;&#1601;&#1580;&#1585; &#1601;&#1604;&#1575; &#1589;&#1610;&#1575;&#1605; &#1604;&#1607;  
"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi Daud]
  
Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-
  
&#1605;&#1606; &#1604;&#1605; &#1610;&#1576;&#1610;&#1578; &#1575;&#1604;&#1589;&#1610;&#1575;&#1605; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1610;&#1604; &#1601;&#1604;&#1575; &#1589;&#1610;&#1575;&#1605; &#1604;&#1607;
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i].
  
Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah  mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya.  
  
[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]
  
2- Waktu berpuasa :
  
Firman Allah swt :
  
&#1608;&#1603;&#1604;&#1608;&#1575; &#1608;&#1575;&#1588;&#1585;&#1576;&#1608;&#1575; &#1581;&#1578;&#1609; &#1610;&#1578;&#1576;&#1610;&#1606; &#1604;&#1603;&#1605; &#1575;&#1604;&#1582;&#1610;&#1591; &#1575;&#1604;&#1571;&#1576;&#1610;&#1590; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1582;&#1610;&#1591; &#1575;&#1604;&#1571;&#1587;&#1608;&#1583; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1601;&#1580;&#1585;
"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]
  
* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).
  
* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).
  
Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda :
  
&#1573;&#1584;&#1575; &#1571;&#1602;&#1576;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1610;&#1604; &#1605;&#1606; &#1607;&#1575;&#1607;&#1606;&#1575; &#1608;&#1571;&#1583;&#1576;&#1585; &#1575;&#1604;&#1606;&#1607;&#1575;&#1585; &#1605;&#1606; &#1607;&#1575;&#1607;&#1606;&#1575;&#1548; &#1608;&#1594;&#1585;&#1576;&#1578; &#1575;&#1604;&#1588;&#1605;&#1587; &#1601;&#1602;&#1583; &#1571;&#1601;&#1591;&#1585; &#1575;&#1604;&#1589;&#1575;&#1574;&#1605;
"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].
  
Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.
  
3-Sahur
  
Sabda Nabi saw :
  
&#1601;&#1589;&#1604; &#1605;&#1575; &#1576;&#1610;&#1606; &#1589;&#1610;&#1575;&#1605;&#1606;&#1575; &#1608;&#1589;&#1610;&#1575;&#1605; &#1571;&#1607;&#1604; &#1575;&#1604;&#1603;&#1578;&#1575;&#1576; &#1571;&#1603;&#1604;&#1577; &#1575;&#1604;&#1587;&#1581;&#1585;
"erbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :
  
&#1575;&#1604;&#1576;&#1585;&#1603;&#1577; &#1601;&#1610; &#1579;&#1604;&#1575;&#1579;&#1577;: &#1575;&#1604;&#1580;&#1605;&#1575;&#1593;&#1577;&#1548; &#1608;&#1575;&#1604;&#1579;&#1585;&#1610;&#1583;&#1548; &#1608;&#1575;&#1604;&#1587;&#1581;&#1608;&#1585;
"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].
  
Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi :
  
&#1575;&#1604;&#1587;&#1581;&#1608;&#1585; &#1571;&#1603;&#1604;&#1577; &#1576;&#1585;&#1603;&#1577; &#1601;&#1604;&#1575; &#1578;&#1583;&#1593;&#1608;&#1607; &#1608;&#1604;&#1608; &#1571;&#1606; &#1610;&#1580;&#1585;&#1593; &#1571;&#1581;&#1583;&#1603;&#1605; &#1580;&#1585;&#1593;&#1577; &#1605;&#1606; &#1605;&#1575;&#1569;&#1548; &#1601;&#1573;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1605;&#1604;&#1575;&#1574;&#1603;&#1578;&#1607; &#1610;&#1589;&#1604;&#1608;&#1606; &#1593;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1605;&#1578;&#1587;&#1581;&#1585;&#1610;&#1606;
"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi :
  
&#1606;&#1593;&#1605; &#1587;&#1581;&#1608;&#1585; &#1575;&#1604;&#1605;&#1572;&#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1578;&#1605;&#1608;&#1585;
"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].
  
Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.
  
[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : (&#1573;&#1584;&#1575; &#1587;&#1605;&#1593; &#1571;&#1581;&#1583;&#1603;&#1605; &#1575;&#1604;&#1606;&#1583;&#1575;&#1569;&#1548; &#1608;&#1575;&#1604;&#1573;&#1606;&#1575;&#1569; &#1593;&#1604;&#1609; &#1610;&#1583;&#1607;&#1548; &#1601;&#1604;&#1575; &#1610;&#1590;&#1593;&#1607; &#1581;&#1578;&#1609; &#1610;&#1602;&#1590;&#1610; &#1581;&#1575;&#1580;&#1578;&#1607; &#1605;&#1606;&#1607;) "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 05:32 AM | Show all posts
Sambung lagi
~~~~~~~~~~~~~~
4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :
  
* Menipu : Nabi saw bersabda :
  
&#1605;&#1606; &#1604;&#1605; &#1610;&#1583;&#1593; &#1602;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1586;&#1608;&#1585; &#1608;&#1575;&#1604;&#1593;&#1605;&#1604; &#1576;&#1607; &#1601;&#1604;&#1610;&#1587; &#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1586; &#1608;&#1580;&#1604; &#1581;&#1575;&#1580;&#1577; &#1571;&#1606; &#1610;&#1583;&#1593; &#1591;&#1593;&#1575;&#1605;&#1607; &#1608;&#1588;&#1585;&#1575;&#1576;&#1607;
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].
  
* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :
  
&#1604;&#1610;&#1587; &#1575;&#1604;&#1589;&#1610;&#1575;&#1605; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1571;&#1603;&#1604; &#1608;&#1575;&#1604;&#1588;&#1585;&#1575;&#1576; &#1548; &#1608;&#1573;&#1606;&#1605;&#1575; &#1575;&#1604;&#1589;&#1610;&#1575;&#1605; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1594;&#1608; &#1608;&#1575;&#1604;&#1585;&#1601;&#1579; &#1548; &#1601;&#1573;&#1606; &#1587;&#1575;&#1576;&#1617;&#1614;&#1600;&#1603; &#1571;&#1581;&#1583; &#1571;&#1608; &#1580;&#1614;&#1607;&#1616;&#1604; &#1593;&#1604;&#1610;&#1603; &#1601;&#1602;&#1604; : &#1573;&#1606;&#1610; &#1589;&#1575;&#1574;&#1605;
"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].
  
5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :
  
* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra :
  
&#1603;&#1575;&#1606; &#1610;&#1583;&#1585;&#1603;&#1607; &#1575;&#1604;&#1601;&#1580;&#1585; &#1608;&#1607;&#1608; &#1580;&#1606;&#1576; &#1605;&#1606; &#1571;&#1607;&#1604;&#1607; &#1579;&#1605; &#1610;&#1594;&#1578;&#1587;&#1604; &#1608;&#1610;&#1589;&#1608;&#1605;
"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].
  
* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :
  
&#1604;&#1608;&#1604;&#1575; &#1571;&#1606; &#1571;&#1588;&#1602; &#1593;&#1604;&#1609; &#1571;&#1605;&#1578;&#1610; &#1604;&#1571;&#1605;&#1585;&#1578;&#1607;&#1605; &#1576;&#1575;&#1604;&#1587;&#1608;&#1575;&#1603; &#1593;&#1606;&#1583; &#1603;&#1604; &#1608;&#1590;&#1608;&#1569;
"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].
  
Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.
  
* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw :
  
&#1608;&#1576;&#1575;&#1604;&#1594; &#1601;&#1610; &#1575;&#1604;&#1575;&#1587;&#1578;&#1606;&#1588;&#1575;&#1602; &#1573;&#1604;&#1575; &#1571;&#1606; &#1578;&#1603;&#1608;&#1606; &#1589;&#1575;&#1574;&#1605;&#1575;&#1611;
"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]
  
* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata :
  
&#1603;&#1575;&#1606; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#1610;&#1602;&#1576;&#1617;&#1604; &#1608;&#1607;&#1608; &#1589;&#1575;&#1574;&#1605;&#1548; &#1608;&#1610;&#1576;&#1575;&#1588;&#1585; &#1608;&#1607;&#1608; &#1589;&#1575;&#1574;&#1605;&#1548; &#1608;&#1604;&#1603;&#1606;&#1607; &#1603;&#1575;&#1606; &#1571;&#1605;&#1604;&#1603;&#1603;&#1605; &#1604;&#1573;&#1585;&#1576;&#1607;
"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].
  
Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :
  
&#1573;&#1606; &#1575;&#1604;&#1588;&#1610;&#1582; &#1610;&#1605;&#1604;&#1603; &#1606;&#1601;&#1587;&#1607;
"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].
  
* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.  
  
* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa
  
* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata :
  
&#1604;&#1575; &#1576;&#1575;&#1587; &#1571;&#1606; &#1610;&#1584;&#1608;&#1602; &#1575;&#1604;&#1582;&#1604; &#1571;&#1608; &#1575;&#1604;&#1588;&#1610;&#1569; &#1605;&#1575; &#1604;&#1605; &#1610;&#1583;&#1582;&#1604; &#1581;&#1604;&#1602;&#1607; &#1608;&#1607;&#1608; &#1589;&#1575;&#1574;&#1605;
"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[
  
* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :
  
&#1608;&#1604;&#1605; &#1610;&#1585; &#1571;&#1606;&#1587; &#1608;&#1575;&#1604;&#1581;&#1587;&#1606; &#1608;&#1573;&#1576;&#1585;&#1575;&#1607;&#1610;&#1605; &#1576;&#1575;&#1604;&#1603;&#1581;&#1604; &#1604;&#1604;&#1589;&#1575;&#1574;&#1605; &#1576;&#1575;&#1587;&#1575;&#1611;
"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa"
  
[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]
   
6- Berbuka Puasa :
  
* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :
  
&#1604;&#1575; &#1610;&#1586;&#1575;&#1604; &#1575;&#1604;&#1606;&#1575;&#1587; &#1576;&#1582;&#1610;&#1585; &#1605;&#1575; &#1593;&#1580;&#1604;&#1608;&#1575; &#1575;&#1604;&#1601;&#1591;&#1585;
"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih].
  
* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :
  
&#1603;&#1575;&#1606; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; -&#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605;- &#1610;&#1601;&#1591;&#1585; &#1602;&#1576;&#1604; &#1571;&#1606; &#1610;&#1589;&#1604;&#1610;
"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari
  
Anas bin  Malik ra. berkata :
  
&#1603;&#1575;&#1606; &#1575;&#1604;&#1606;&#1576;&#1610; - &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; - &#1610;&#1601;&#1591;&#1585; &#1593;&#1604;&#1609; &#1585;&#1591;&#1576;&#1575;&#1578; &#1602;&#1576;&#1604; &#1571;&#1606; &#1610;&#1589;&#1604;&#1610;&#1548; &#1601;&#1573;&#1606; &#1604;&#1605; &#1610;&#1603;&#1606; &#1585;&#1591;&#1576;&#1575;&#1578; &#1601;&#1578;&#1605;&#1585;&#1575;&#1578;&#1548; &#1601;&#1573;&#1606; &#1604;&#1605; &#1610;&#1603;&#1606; &#1578;&#1605;&#1585;&#1575;&#1578; &#1581;&#1587;&#1575; &#1581;&#1587;&#1608;&#1575;&#1578; &#1605;&#1606; &#1605;&#1575;&#1569;
"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].
  
* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :
  
&#1604;&#1604;&#1589;&#1575;&#1574;&#1605; &#1593;&#1606;&#1583; &#1601;&#1591;&#1585;&#1607; &#1583;&#1593;&#1608;&#1577; &#1604;&#1575; &#1578;&#1585;&#1583;
"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].
  
Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :
  
&#1584;&#1607;&#1576; &#1575;&#1604;&#1592;&#1605;&#1571; &#1608;&#1575;&#1576;&#1578;&#1604;&#1578; &#1575;&#1604;&#1593;&#1585;&#1608;&#1602;&#1548; &#1608;&#1579;&#1576;&#1578; &#1575;&#1604;&#1571;&#1580;&#1585; &#1573;&#1606; &#1588;&#1575;&#1569; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607;
"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]
  
[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita &#1575;&#1604;&#1604;&#1607;&#1605; &#1604;&#1603; &#1589;&#1605;&#1578; &#1608;&#1593;&#1604;&#1609; &#1585;&#1586;&#1602;&#1603; &#1571;&#1601;&#1591;&#1585;&#1578;)- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 05:35 AM | Show all posts
sambung lagi..aku takleh buat satu posting ni pjg sangat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~\
7 - Perkara yang membatalkan puasa
  
* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia  terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :
  
&#1573;&#1584;&#1575; &#1606;&#1587;&#1610; &#1601;&#1571;&#1603;&#1604; &#1608;&#1588;&#1585;&#1576; &#1601;&#1604;&#1610;&#1578;&#1605; &#1589;&#1608;&#1605;&#1607; &#1548; &#1601;&#1573;&#1606;&#1605;&#1575; &#1571;&#1591;&#1593;&#1605;&#1607; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1587;&#1602;&#1575;&#1607;
"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].
  
* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :
  
&#1605;&#1606; &#1584;&#1585;&#1593;&#1607; &#1575;&#1604;&#1602;&#1610;&#1569; &#1601;&#1604;&#1610;&#1587; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1602;&#1590;&#1575;&#1569;&#1548; &#1608;&#1605;&#1606; &#1575;&#1587;&#1578;&#1602;&#1575;&#1569; &#1601;&#1604;&#1610;&#1602;&#1590;
"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada  qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].
  
Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.
  
* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.
  
* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.
  
* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya.
  
* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.
  
* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan.


8-Qadha' Puasa
  
Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :
  
&#1605;&#1606; &#1605;&#1575;&#1578; &#1608;&#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1589;&#1608;&#1605; &#1589;&#1575;&#1605; &#1593;&#1606;&#1607; &#1608;&#1604;&#1610;&#1607;
"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih]
  
9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :
  
Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:
  
&#1575;&#1604;&#1593;&#1607;&#1583; &#1575;&#1604;&#1584;&#1610; &#1576;&#1610;&#1606;&#1606;&#1575; &#1608;&#1576;&#1610;&#1606;&#1607;&#1605; &#1575;&#1604;&#1589;&#1604;&#1575;&#1577;&#1548; &#1601;&#1605;&#1606; &#1578;&#1585;&#1603;&#1607;&#1575; &#1601;&#1602;&#1583; &#1603;&#1601;&#1585;
"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]

10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :
  
Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, :
  
&#1605;&#1575; &#1603;&#1575;&#1606; &#1575;&#1604;&#1606;&#1576;&#1610; -&#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605;- &#1610;&#1586;&#1610;&#1583; &#1601;&#1610; &#1585;&#1605;&#1590;&#1575;&#1606; &#1608;&#1604;&#1575; &#1601;&#1610; &#1594;&#1610;&#1585;&#1607; &#1593;&#1604;&#1609; &#1573;&#1581;&#1583;&#1609; &#1593;&#1588;&#1585;&#1577; &#1585;&#1603;&#1593;&#1577;
"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]

  
Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain.
  
Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal.  
  
11-Zakat Fitrah
  
Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :
  
&#1601;&#1585;&#1590; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; - &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; - &#1586;&#1603;&#1575;&#1577; &#1575;&#1604;&#1601;&#1591;&#1585; &#1605;&#1606; &#1585;&#1605;&#1590;&#1575;&#1606; &#1593;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1606;&#1575;&#1587;
"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih]
  
Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.
  
Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 12-10-2006 10:58 AM | Show all posts

Mencari Laila ....namamu teratas

mencari dan menunggu Lailatul Qadar, bukan menunggu Laila anak Tok Qadar yang lalu selepas selesai bertarawih di surau.:pmuka:

menurut firman Allah Taala, nilai Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada 1000 bulan (perhatian: bukan bersamaan dengan 1000 bulan, tetapi lebih baik daripada 1000 bulan. mungkin yang dimaksudkan dengan lebih baik daripada 1000 bulan itu bukanlah 1001 atau 1002 atau 1010, tetapi mungkin 2000, 3000,10 000 bahkan mungkin bermaksud 1 billion).

terdapat banyak persilisihan pendapat tentang bilakah terjadinya malam yang penuh berkat ini, sehingga mencecah lebih kurang 50 pendapat (mungkin).

hadis yang popular ialah hadis yang bermaksud,"....carilah ia pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam yang akhir."

Ada yang berpendapat ataupun mendapati bahawa Lailatul Qadar berlaku juga di luar Ramadhan. Namun demikian, memandangkan kita sedang berada di dalam Ramadhan, marilah kita teliti pendapat yang mengatakan bahawa ia berada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan.



(1) andainya Ramadhan adalah 30 hari, maka 10 malam terakhir akan bermula pada 20hb Ramadhan. Maka dengan itu, malam-malam yang ganjil itu ialah malam ke-21,23,25,27 dan 29.

sebaliknya jika Ramadhan pada tahun tersebut hanya 29 hari, maka 10 malam terakhir bermula pada 19hb Ramadhan. Maka dengan itu malam-malam yang ganjil ialah malam ke-20,22,24,26, dan 28.

(2) namun demikian, ada juga yang berpendapat bahawa tidak kiralah sama ada Ramadhan tahun itu 29 ataupun 30 hari, kiraan 10 malam terakhir itu bermula pada malam ke-21.

dengan menggabungkan kedua-dua pendapat di atas, jangkamasa selamat supaya tidak terlepas daripada Lailatul Qadar ialah dengan dengan memulakan pencarian pada malam ke-20, di mana ia bermula pada malam ini; 12 Oktober 2006.

sekiranya kita memiliki tahap kemalasan yang tinggi, apa salahnya mencuba tuah pada malam ke-27.

sekiranya itupun tidak mampu, janganlah melepaskan peluang untuk beribadat pada mala Aidil Fitri (dan juga malam Aidil Adha) kerana malam kedua-dua hari raya adalah malam yang sangat tinggi nilainya menyamai keberkatan malam Lailatul Qadar.

seperti yang biasa berlaku setiap tahun, petua daripada Imam Ghazali rahmatullah alaihi juga akan diedarkan, iaitu; jika Ramadhan pertama jatuh pada:

1) Ahad atau Rabu - Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan.
2) Isnin - dijangka malam 21
3) Selasa atau Jumaat - dijangka malam 27  
4) Khamis - dijangka malam 25
5) Sabtu - dijangka malam 23

Pada tahun 2006 ini, di Malaysia diisytiharkan bahawa awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, 24 Oktober 2006.

Maka perbuatlah apa yang kita rasa mampu, jangan tak buat langsung sudahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 03:50 AM | Show all posts
Bersedekah jangan pada Ramadan sahaja
Oleh: NIDZAMUDDIN ZAKARIA

Bersedekah adalah salah satu daripada syiar yang terpancar daripada kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadan al-Mubarak di samping syiarnya yang lain seperti ibadat berpuasa, berterawih, bertilawah atau bertadarus al-Quran, berumrah dan beriktikaf.

Bersedekah ada dua jenis. Pertama, sedekah wajib seperti zakat fitrah khasnya pada bulan Ramadan, zakat harta atau sedekah nazar. Kedua, sedekah sunat yang merupakan pemberian seseorang muslim berdasarkan kemampuan dan kerelaan hatinya dan ia amat dianjurkan oleh agama Islam.

Budaya sedekah yang mulia ini sejajar dengan falsafah berpuasa itu sendiri yang mendidik umat Islam menjalani sekelumit kehidupan golongan fakir dan miskin dengan berlapar dan berdahaga. Ia membenihkan sifat kasih sayang dan belas kasihan kepada mereka dan selanjutnya berputiklah sifat pemurah untuk menghulurkan derma daripada lebihan rezeki kurniaan Tuhan.

Bercakap mengenai bersedekah pada bulan Ramadan ini, Rasulullah s.a.w. ialah role model terbaik sebagaimana ditegaskan oleh sepotong hadis yang bermaksud: Rasulullah s.a.w itu adalah insan yang sangat pemurah dan Baginda akan tambah pemurah sebaik sahaja menjelang Ramadan di mana baginda bersua dengan Jibril a.s. pada saban malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran. Sesungguhnya baginda amat pemurah dan deras menghulurkan derma laksana derasnya angin yang bertiup. (Riwayat Bukhari)

Bersedekah pada bulan Ramadan boleh dilaksanakan dengan memberi makan berbuka puasa. Fadilatnya adalah beroleh pahala puasa orang yang disedekahkan juadah berbuka itu sekalipun sebiji kurma. Bahkan kebajikan itu akan dilipatgandakan dengan sebesar-besar ganjaran pahala pada hari akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa, maka dikurniakan baginya pahala orang berpuasa itu tanpa dikurangkan daripadanya biarpun sedikit. (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan sepotong hadis bermaksud: Barang siapa yang bersedekah bernilai sebiji kurma daripada rezekinya yang halal (lantaran tidak ada yang diangkat kepada Allah s.w.t. melainkan yang baik-baik semata-mata) maka Allah s.w.t. menerimanya lalu disimpan di sisi-Nya dan dikembangkan ganjaran pahalanya hingga menjadi sebesar gunung. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tambah Rasulullah s.a.w. lagi: Mahukah engkau aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu benteng, sedekah itu laksana siraman air penghapus dosa dan demikian juga solat tahajud pada malam hari. (Riwayat Tirmizi)

Sabda Baginda s.a.w. lagi: Lindungilah diri kamu daripada api neraka biarpun dengan menyumbang separuh buah kurma. (Riwayat Muslim)

Justeru, budaya bersedekah dan memberi sumbangan berbuka eloklah diamalkan lebih-lebih lagi pada Bulan Kemurahan atau dikenali syahr al-Jud ini dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan. Orang yang menerimanya pula perlulah menerima seadanya, dengan rela hati dan tidak membanding-bandingkan atau mengungkit-ungkit kuantiti atau kualiti antara satu dengan yang lain.

Dalam keghairahan umat Islam bersedekah dan menderma terutama pada bulan Ramadan yang sinonim dengan murah rezeki ini, biarlah amalan itu dilaksanakan berdasarkan kemampuan seseorang dan bersederhana. Allah s.w.t. memuji sifat orang-orang beriman yang diberi gelaran sebagai 慽bad al-Rahman dengan firman-Nya: Dan 慽bad al-Rahman itu ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya tidaklah berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut. Pemberian itu berada di tengah-tengah (sederhana). (al-Furqan: 67)

Dalam pada itu, salah faham bahawa bulan Ramadan ialah musim ibadat sedekah dan budaya murni itu berakhir dengan tamatnya Ramadan juga perlu dikikis daripada minda umat Islam agar ia terus konsisten sepanjang masa dan tempat. Keutamaan kepada yang wajib harus diberikan khasnya zakat fitrah yang difardukan ke atas setiap umat Islam baik lelaki, perempuan, tua, muda, merdeka ataupun hamba. Keutamaan ini juga harus dilihat dari segi pihak yang sangat berhajat kepada yang kurang berhajat.

Justeru, utamakanlah mereka yang sangat memerlukan seperti keluarga yang fakir, miskin, yatim piatu, ibu-ibu tunggal dan tidak ketinggalan para penuntut ilmu agar kebahagiaan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti dapat sama-sama dikongsi dan dirasai. Sumbangan itu pula perlu dilihat dalam skop yang lebih fleksibel dan memberi manfaat yang global.

Bersedekah itu boleh dijayakan dalam bentuk derma, wakaf, khairat, menolong individu atau organisasi masyarakat tanpa mengira sumbangan itu dalam bentuk wang ringgit, harta benda ataupun perkhidmatan serta tidak membezakan bangsa baik umat Islam senegeri atau bangsa luar, senegara atau menjangkau kebajikan umat Islam negara-negara luar yang barangkali lebih memerlukan.

Sedekah itu hakikatnya tidak terbatas kepada pemberian berbentuk material semata-mata, bahkan Rasulullah s.a.w. memandu umat Baginda untuk meraih ganjaran pahala sedekah melalui pintu-pintunya yang pelbagai. Hal ini dinyatakan oleh nas-nas hadis nabawi yang banyak, antaranya: Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit mentari. Engkau mendamaikan dua orang bergaduh itu sedekah, engkau membantu orang menaiki kenderaan itu sedekah, atau mengangkatkan barangannya ke atas kenderaan itu sedekah. Kata-kata yang manis itu sedekah. Setiap tapak yang dilangkahi menuju rumah Allah untuk solat itu sedekah dan engkau menghapuskan sesuatu yang berbahaya di atas laluan orang itu sedekah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat Rasulullah s.a.w. yang kurang berada juga pernah mengadu ketidakmampuan mereka memberikan sedekah berbentuk material lalu Baginda s.a.w. menegaskan: Bukankah Tuhan kamu tunjukkan pintu-pintu untuk bersedekah? Sesungguhnya pada tiap tasbih itu sedekah dan tiap takbir sedekah dan tiap tahmid dan tahlil itu sedekah. Begitu juga kamu menyeru makruf dan mencegah mungkar itu sedekah dan persetubuhan suami terhadap isterinya pun sedekah. Lalu sahabat bertanya: Apakah seseorang suami memuaskan syahwat bersama isterinya pun mendapat pahala? Baginda lalu menjelaskan: Bukankah seseorang yang memuaskan nafsunya pada tempat yang haram dikira berdosa, maka kalau ia memuaskan nafsunya pada jalan yang halal akan mendapat pahala! (Riwayat Muslim)

Oleh itu, rebutlah peluang keemasan pada bulan Ramadan mulia ini untuk kita membajai jiwa dan akhlak kita dengan sifat-sifat mahmudah seperti pemurah, pengasih dan penyayang kepada yang lemah dan memerlukan bantuan.

Pada waktu yang sama kikislah jiwa kita daripada sifat terlalu sayang harta benda, kikir dan bakhil untuk memberikan sumbangan bantuan kerana pastinya tiadalah sumbangan yang diberi melainkan keberkatan dan melimpah ruahnya rezeki Ilahi menanti.

- Nidzamuddin Zakaria ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam

Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 03:58 AM | Show all posts
mantan , hampa sana berapa det kena fitrah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 04:00 AM | Show all posts
3 pound aku bayaq retu..hang kena beropa..laki hang dah bayaq ka...aku bayaq awai2 takut lupa satgi teruih tak bayaq
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by mantan at 13-10-2006 04:00 AM
3 pound aku bayaq retu..hang kena beropa..laki hang dah bayaq ka...aku bayaq awai2 takut lupa satgi teruih tak bayaq



sini berapa kena pun tah, thn. lepas 7 dollar ka 8 dollar, tak ingat la...tak bayaq lagi la kami ni, laki aku kalut dpk buat corrections.
pastu aku ada fidyah jugak nak kena bagi, bayaq tak dan habis...





orang kedah/perlis hampa kena berapa fitrah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 12:50 PM | Show all posts

Reply #95 alahai's post

tu dia aihh hang sampai kena fidyah...aku lps2 raya teruih buat masa syawal tu ...klau kata tak dan aku buat isnin khamis..setakat tadak lagi la kena fidyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2006 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by mantan at 13-10-2006 12:50 PM
tu dia aihh hang sampai kena fidyah...aku lps2 raya teruih buat masa syawal tu ...klau kata tak dan aku buat isnin khamis..setakat tadak lagi la kena fidyah


mau tak kena fidyah,
posa tahun lepas langsung sari tak buat, alah ngandung. pastu beranak, nak ganti summer lak, tunggu maghrib awai, bila awai sikit budget cukup2 la tapi peyod meyod pulak , so mana nak dan bayaq semua..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 13-10-2006 09:17 PM


mau tak kena fidyah,
posa tahun lepas langsung sari tak buat, alah ngandung. pastu beranak, nak ganti summer lak, tunggu maghrib awai, bila awai sikit budget cukup2 la tapi peyod meyod pulak , ...


mujoq ada lagi hang sampai rini :lebai::pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 05:28 AM | Show all posts
Ibadat Saie sempena memperingati kisah Siti Hajar

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Syeikh Sya抮awi di dalam tafsirnya menyebut: Dua bukit Safa mengingatkan nostalgia lama bagaimana Saidatina Hajar iaitu ibu Ismail berulang alik antara kedua-duanya mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan Ibrahim di sisi Baitullah al-Haram.

Bagaimana fikiran seorang perempuan ketika ditinggalkan suaminya bersama dengan anak yang masih kecil di tempat yang tidak mempunyai makanan dan sumber air?

Di sinilah ucapan Hajar yang masyhur. Kepada siapa kamu serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu demikian itu? Lantas jawab Ibrahim: Ya. Dengan penuh yakin. Isteri solehah berkata: Kalau begitu Allah s.w.t tidak akan mengabaikan kami. Justeru ia terkaya dengan khalik daripada makhluk.

Firman Allah: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah dari syiar-syiar Allah. Oleh itu, sesiapa yang mengerjakan haji atau mengerjakan umrah, maka tiada apa-apa kesalahan baginya untuk berkeliling pada keduanya dan sesiapa yang mengerjakan dengan sukarela amalan yang baik, maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 158)

Sebab nuzulnya ayat ini:

Riwayat yang paling dekat dengan logik kejiwaan yang diambil daripada tabiat kefahaman dan pemikiran yang telah ditanam oleh Islam dalam jiwa angkatan pemeluk Islam yang pertama dari golongan Muhajirin dan golongan Ansar, ialah riwayat yang mengatakan bahawa setengah-setengah kaum Muslimin itu merasa segan dan keberatan untuk berkeliling di Safa dan Marwa ketika mengerjakan ibadat haji dan umrah. Ia disebabkan berhala Asaf dan Na`ilah diletakkan di atas dua bukit itu.

Orang-orang Islam tidak suka dan keberatan untuk berkeliling di situ sebagaimana mereka berkeliling di zaman jahiliah.

Ujar al-Bukhari: Kami telah diceritakan oleh Muhammad Ibn Yusuf, kami telah diceritakan oleh Suffian daripada `Asim Ibn Sulaiman katanya: Aku telah bertanya Anas tentang (berkeliling) di Safa dan Marwah, dia menjawab: Kami melihat kedua-duanya dari upacara (ibadat) di zaman jahiliah. Apabila datang Islam kami menahan diri kami dari berkeliling pada keduanya. Kemudian Allah s.w.t menurunkan ayat yang bermaksud: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah dari syiar-syiar Allah.

Ujar al-Sya抌i: Berhala Asaf terletak di atas bukit Safa, dan berhala Na`ilah terletak di atas Bukit Marwa. Mereka (orang-orang Arab di zaman jahiliah) menyentuh berhala-berhala itu dengan tangan mereka. Oleh sebab itulah (selepas kedatangan Islam) mereka merasa segan mengelilingi di antara kedua bukit itu lalu turun ayat tadi.

Pendapat seperti di atas juga diutarakan oleh Ibn Jauzi di dalam tafsirnya Zad al-Masir.

Firman Allah s.w.t., Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah daripada syiar-syiar Allah. Ibrahim bin al-Sari berkata: Safa pada bahasa ialah batu yang keras dan kental. Sebatang pohon pun tidak tumbuh. Ia adalah kata jamak (banyak). Sedangkan Marwa pula ialah batu yang lembut. Kedua-dua tempat ini daripada syiar Allah untuk didirikan salah satu daripada rukun haji iaitu bersaie. Syiar pula ialah yang terdiri daripada mauqif (tempat wukuf), mas`a (tempat saie) atau zabh (iaitu sembelihan).

Oleh itu, ditakrifkan syiar sebagai setiap apa yang kita diperintahkan ibadat kepada Allah dengannya dari segala urusan agama seperti tawaf, saie, azan dan lain-lain.

Sayid Qutub berkata: Oleh itu sesiapa yang berkeliling di dua bukit, maka bererti dia telah menunaikan salah satu syiar-syiar Allah dan bererti bahawa tujuan dia berkeliling di situ adalah semata-mata untuk Allah, kerana hubungan di antara perkelilingan baru dengan perkelilingan lama yang diwarisi turun temurun itu telah terputus.

Perkelilingan itu kini hanya mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t. bukan lagi dengan berhala-berhala Asaf, Na`ilah dan lain-lain berhala di zaman jahiliah. Oleh sebab itu tiada sesuatu sebab lagi yang patut disegani dan dirasa berdosa. Perkelilingan sekarang berlainan daripada perkelilingan dahulu dan tujuan sekarang berlainan dari tujuan dahulu.

Firman Allah s.w.t.: Oleh itu sesiapa yang mengerjakan haji atau mengerjakan umrah, maka tiada apa-apa kesalahan baginya untuk berkeliling pada keduanya. Islam telah mengekalkan kebanyakan syiar-syiar ibadat haji yang diamalkan oleh orang-orang Arab dahulu dan membuang segala syiar yang ada hubungan dengan berhala-berhala (yang disembah mereka) dan dengan kepercayaan-kepercayaan jahiliah yang karut.

Ia telah menghubungkan syiar-syiar ibadat haji yang dikekalkan itu dengan kefahaman dan kepercayaan Islam yang baru dengan sifatnya sebagai syiar-syiar Ibrahim a.s. yang diajarkan oleh Allah kepadanya (hal ini akan dihuraikan dengan terperinci ketika memperkatakan fardu haji di tempat pembicaraannya di dalam rangkaian ayat-ayat surah ini).

Syiar-syiar ibadat umrah sama dengan syiar-syiar ibadat haji kecuali wukuf di padang Arafah, dan ia tidak ditentukan waktunya dengan waktu-waktu haji.

Dan di dalam ibadat haji dan umrah, kewajipan berkeliling di antara dua Bukit Safa dan Marwa dijadikan syiar kedua-dua ibadat itu.

Firman Allah: Dan sesiapa yang mengerjakan dengan sukarela amalan yang baik, maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui.

Di sini secara halus Allah menyatakan bahawa amalan berkeliling di antara dua Bukit Safa dan Marwa itu adalah amalan yang baik dan dengan kenyataan ini terhapuslah dari hati mereka segala perasaan syak dan timbullah rasa senang hati terhadap syiar-syiar ini.

Ayat ini menenangkan hati mereka kerana Allah mengirakan syiar itu suatu syiar yang baik dan akan membalasnya dengan kebajikan, dan kerana Allah mengetahui segala niat dan segala perasaan yang tersemat di dalam hati.

Maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui. Maksud ungkapan ini ialah Allah meredakan perbuatan yang baik itu dan akan membalasnya dengan balasan yang baik. Tetapi kata-kata berterima kasih memberi satu bayangan yang lembut di sebalik maknanya yang mujarrad ini. Ia memberi bayangan kepada hamba.

Di sini kata-kata ini menyarankan satu adab sopan yang wajib yang harus wujud dari hamba terhadap Allah, kerana jika Allah berterima kasih kepada hamba-Nya kerana perbuatannya yang baik, maka apakah pula yang harus dibuat oleh seseorang hamba menunaikan kewajipan bersyukur terhadap Allah?

Itulah bayangan-bayangan dari ungkapan-ungkapan al-Quran yang menyentuh hati dengan saranan-saranannya yang lembut, halus dan indah.

Iktibar dan pengajaran ayat:

*Ibadat saie dalam al-Quran bermula dengan kisah Siti Hajar mencari sumber air bagi menyelamatkan anaknya Ismail a.s. Perbuatan berusaha dengan mengambil hukum sebab, apabila asbab duniawi telah lemah lantas dengan tawakal yang mutlak datang asbab samawiah (langit) hingga keluarnya air zamzam dan ibadat saie menjadi satu rukun dalam upacara haji dan umrah supaya manusia mengambil iktibar dengan asbab tersebut.

*Melaksanakan ibadat walaupun dalam kesukaran dengan adanya unsur-unsur syirik dan berhala atau hal yang lain kerana terpaksa dibolehkan dengan syarat nawaitu kerana Allah. Ini ketika peringkat tidak mampu melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar.

*Mengithbatkan dua sifat Allah iaitu syukur dan ilmu dengan segala sifat kamalat (kesempurnaan).

- DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
Reply

Use magic Report

ian_hamzah This user has been deleted
Post time 21-11-2006 12:16 AM | Show all posts

Reply #99 jj's post

bagus thread nih......bg up la....sapa2 yg ada pengetahuan yg lebih...boleh share ngan yg laen2.....

bkt safa ngan marwa nih...boleh tahan gak jaraknya....
boleh bayang kan masa siti hajar berlari2 nak mencarikan air tuk nabi ismail tuh....
rasa insaf kan....dlm keadaan sekarng yg mana bukit nih berbumbung ngan aircond bagai....
orang terasa penat nak menghabiskan ibadah saei nih....apatah lagi masa zaman siti hajar dulu.....
dgn panas terik....berlari2 atas batu yg panas.....


tp sekarang nih dah dipermudahkan.....harap2 dpt lah ibadah tuh dijalani dgn sempurna...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.175347 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list