CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jj

SANTAPAN ROHANI & RENUNGAN

 Close [Copy link]
Post time 8-4-2006 11:04 AM | Show all posts
:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2006 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by kubus at 7-4-2006 07:22 PM


saya tau kat perlis tak dak baca talkin..hampa tau dak kat perlis org(sesetengah orang) tak baca doa kunut?? satu lagi, kenduri arwah pun tak dak kat perlis..maybe ada la yg buat, but banyak ju ...



aha tul tu..kat perlis ramai yang mengikut mazhab hanafi ka (kalau tak silap) qunut ni dalam mazhab shafie ja yang baca...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 8-4-2006 11:50 AM



aha tul tu..kat perlis ramai yang mengikut mazhab hanafi ka (kalau tak silap) qunut ni dalam mazhab shafie ja yang baca...


:hmm: konpius ni... takpa2 balik gurun nanti ayu tanya my dad. mesti dia tau pasai ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by ayugirl23 at 8-4-2006 03:35 PM


:hmm: konpius ni... takpa2 balik gurun nanti ayu tanya my dad. mesti dia tau pasai ni...



aha confirm la ayu...aku pun lupa mazhab apa ntah yang kebanyakkan depa ikut sana..
sbb. tok aku dok sana...



mana trooper, konpem sat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 12:39 AM | Show all posts

Perjalanan Kehidupan...

Umpamanya:

1) Dari bujang -- kahwin No 1 ---- no.2 ----- dan seterusnya....

2) Dari pakai moto kap --- kancil -- wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)......


TETAPI...

KITA JUGA LUPA...

SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....


Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, dan lain lain. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk
selamanya... infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."


Sekian untuk ingatan kita bersama.


Wassallam.

Untuk Itu, Kita Perlu Terjah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2006 03:28 PM | Show all posts

Renungkan... Apa Nak Jadi...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2006 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 14-4-2006 03:28 PM



pasai pa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 10:51 AM | Show all posts
ni kot dia masuk islam senyap2 kot...tu yg announce nama cina...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2006 11:05 AM | Show all posts

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar
suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa
pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.
Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak  
dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa
kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan
telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga
apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh
disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak
jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di
kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan
terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera
kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan
jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai
dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org
yg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...
Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala
dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan
Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan
tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun
berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina
yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian
perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak
mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu
bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil
sambil bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di
bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang
ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Wallahualam
MORAL OF THE STORY:
APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH...


[ Last edited by  7276 at 21-5-2006 11:50 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 14-4-2006 03:28 PM

awat jadik lagu nih?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 11:47 AM | Show all posts

WAKTU YG DIHARAMKAN BERSOLAT

Waktu diharamkan sembahyang ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 10:08 AM | Show all posts
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 06:49 PM | Show all posts
Lirik lagu.....renung2 kan.....:hatdown:


Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apa kah kita kan sabar
Atau pun sebaliknya..
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 09:29 AM | Show all posts
TANDA-TANDA NAK MATI

100 HARI        -           Seluruh badan rasa bergetar

60 HARI          -           Pusat rasa bergerak-gerak

40 HARI          -           Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 HARI            -           Mengidam makanan

5 HARI            -           Anak lidah bergerak-gerak

3 HARI            -           Bahagian tengah dahi bergerak-gerak

2 HARI            -           Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

1 HARI            -           Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar

SAAT AKHIR   -           Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi (di bahagian belakang badan)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2006 10:43 AM | Show all posts
SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu,
juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak da pat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga,
dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu,
karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri,
berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip,
manghakimi orang, menghujam orang dari belakang,
tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan,
berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2006 09:12 AM | Show all posts
Duit Seringgit telah bertemu dengan Lima Puluh Ringgit dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima Puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah.
Eh, ko camner lak?"


Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk,
"hmm.. bosan..
balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau ... "
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ninjamerah This user has been deleted
Post time 12-7-2006 09:47 AM | Show all posts

semakan arah kiblat pada 16 Julai 2006




SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KAA'BAH
28 MEI 2006 (5.16 PETANG) & 16 JULAI 2006 (5.28 PETANG)

APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak. Dengan kata lain, matahari berada tepat di atas Kaa抌ah.

Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek yang berdiri tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku pada sebelah petang di Malaysia, baying tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah hujung bayang yang menghadap ke arah barat.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by ninjamerah at 12-7-2006 09:47 AM



SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KAA'BAH
28 MEI 2006 (5.16 PETANG) & 16 JULAI 2006 (5.28 PETANG)

APA ...


tenkiu...gud info
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 10:10 AM | Show all posts
tenkiu..tenkiu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 10:39 AM | Show all posts
mekasih dengan INFO hang abg ninja...:tq:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.113895 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list