CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tomyam

[MERGED]Tanda-tanda Keguguran & Cara Mengatasi

[Copy link]
Post time 1-8-2006 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by koci at 1-8-2006 11:43 AM


Hai butterfly, selamat pengantin baru ...koci takde exp period 2x sebulan, tapi seperti biasa period 2x sebulan rasanya tak normal sebab period 2x sebulan menandakan luteal phase yg pendek,  ...

  
tq koci tolong bgkan penjelasan...rasanya butterfly tersalah masuk thread utk post topic nih...td butterfly dah post kat parenting tuh...masih keliru dgn thread kat forum nih...koci, apa eh yg bole nak cepat dptkan baby??makan folic asid ker??:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 12:20 PM | Show all posts
julia nak tanyalah pd kawan kat sini..
sepupu julia dah tujuh tahun kawin tapi masih takde anak..
masa awal2 kawin dulu pernah keguguran sekali..
dia kata gugur anggur (betul ke julia cakap ni haaa)..
pastu sampai skrg tak ngandung2 lagi..
dah macam2 ikhtiar..
doc kata memang dah tak boleh ngandung lagi dah..

pastu kawan mak julia pun pernah jugak gugur anggur..
lepas jer gugur anggur tu dah tak boleh ngandung lagi..
tapi nasib dia dah ada 2 org anak sblm gugur tu..
so anak dia 2 org tu jelah...

so apa beza gugur anggur ngan gugur biasa ni haaa...
kesian kat sepupu...sb doc kata tak boleh ngandung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 12:30 PM | Show all posts
Gugur anggur tu macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 01:17 PM | Show all posts
gugur anggur ni ialah Molar pregnancy..
iaitu kehamilan anggur..biasanya tak bertahan lama dan akan gugur..
dan gugur itulah dipanggil gugur anggur..
doc kata sgt bahaya selain dari kehamilan Ectopic iaitu diluar rahim..
tapi yang takutnya gugur anggur ni akan menyebabkan kita tak boleh pregnant lagi..
itu yang julia taulah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 03:47 PM | Show all posts
oohhhh...ic...baru tahu it's molar pregnancy...Molar pregnancy is a pregnancy that can't be detected right?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by ms_butterfly at 1-8-2006 12:15 PM

  
tq koci tolong bgkan penjelasan...rasanya butterfly tersalah masuk thread utk post topic nih...td butterfly dah post kat parenting tuh...masih keliru dgn thread kat forum nih...koci, apa eh y ...


No, folic acid bukan ubat untuk percepatkan kehamilan, folic acid adalah supplement yg diambil apabila kita nak merancang kehamilan sebaiknya di makan 3 bulan sebelum plan untuk conceive.

Folic acid = Untuk mengurangkan risiko kecacatan neural tube. Common neural tube defect adalah spina bifida. So folic acid diambil 5 mg setiap hari untuk wanita yg merancang dan sedang pregnant...

Takde cara spesifik nak cepat pregnant semua rezeki datang dari ALLAH, cuma kesimpulannya...

Cara yang cepat nak pregnant = banyak berdoa (amalan), berusaha (pemakanan, teknik, ubat, dll) dan banyak kan bers edekah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2006 05:05 PM | Show all posts
Mengenal punca keguguran


KECACATAN kromosom seperti Down's Syndrome antara punca keguguran.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh NAJIBAH HASSAN

BAGI pasangan yang masih belum mempunyai cahaya mata dan pernah mengalami keguguran, isu ini mungkin sesuatu yang agak sensitif untuk dibincangkan.

Malah, tidak kurang yang beranggapan keguguran yang berlaku sehingga menimbulkan rasa bersalah ini berpunca daripada tindakan mereka.

Hakikatnya, keguguran merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku di mana kurang dari 10 peratus kehamilan berakhir dengan keguguran.

Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala Lumpur - Universiti Putra Malaysia (HKL-UPM), Prof. Madya Dr. Noraihan Mohd. Nordin berkata, selain hipertensi yang boleh menyebabkan eklampsia dan pre eklampsia, keguguran merupakan satu lagi ancaman sepanjang tempoh kehamilan.

Menurut beliau, keguguran sebenarnya boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil tanpa satu sebab yang dapat diketahui dengan jelas.

``Malah, ia juga bukan berpunca daripada sesuatu keadaan atau tindakan yang dilakukan oleh pasangan terbabit,'' jelasnya.

Secara umum, keguguran didefinasikan sebagai kelahiran atau kehilangan janin yang telah terbentuk sebelum 28 minggu kehamilan.

Kesemua senario secara semula jadi yang dikenali sebagai spontaneous miscarriage berlaku secara spontan.

Keguguran spontan ini menyebabkan janin, uri dan kantung terkeluar dari rahim melalui pintu rahim.

Namun, bergantung kepada jenis keguguran yang dialami bukan kesemua produk kehamilan ini akan keluar sekali gus.

Menurut Dr. Noraihan, dianggarkan 10 peratus wanita yang keguguran mengalami pendarahan dan kekejangan pada 20 minggu pertama kehamilan.

``Daripada jumlah ini, separuh daripada mereka akan mengalami keguguran secara spontan.

``Dalam kes-kes keguguran secara spontan, 50 peratus janin tidak terbentuk dengan sempurna, manakala dalam kumpulan ini 50 peratus janin mengalami kecacatan kromosom,'' jelasnya.

Beliau menambah, dalam kebanyakan kes, punca keguguran tidak dikenal pasti.

Namun, keguguran boleh berlaku jika janin atau tisu-tisu yang bercantum dengan tumbesaran janin tidak terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, wanita yang pernah mengalami keguguran masih boleh hamil secara normal pada masa akan datang.

Sehubungan itu, wanita yang tidak mengalami pusingan haid dan mengalami tanda-tanda hamil serta mengalami pendarahan dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan doktor.

Ini bertujuan untuk mengesahkan sama ada mereka hamil atau sebaliknya dan untuk memastikan keadaan kandungan.

Menurut Dr. Noraihan, pada kes-kes keguguran terancam, pendarahan akan keluar sedikit demi sedikit.

Dalam 50 peratus kes ini, pendarahan terhenti dan kandungan akan membesar hingga sembilan bulan.

Dalam 50 peratus kes pula, proses keguguran akan berlanjutan hingga ke peringkat keguguran yang tidak dapat dielakkan.

``Pendarahan akan berlaku lebih banyak, sakit pada ari-ari dan pintu rahim mula terbuka,'' katanya.

Pada peringkat keguguran berlaku, sekiranya separuh saja yang keluar dikenali sebagai incomplete abortion, manakala jika semua janin habis keluar dipanggil complete abortion.


Punca

- Kecacatan dari segi struktur dan genetik

- Kecacatan kromosom

- Kelainan pada rahim

- Jangkitan faraj

- Masalah kromosom daripada salah seorang

pasangan

- Masalah auto imun

- Masalah ketidakseimbangan hormon yang

dikaitkan dengan corpus luteum

- Genetik kedua-dua ibu bapa memiliki banyak

persamaan yang dikenali sebagai alli imune

disorder

Keguguran spontan ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:

Keguguran terancam (Threatened Abortion - TA)

Pendarahan yang berlaku pada peringkat awal kehamilan dianggap sebagai keguguran terancam.

Dianggarkan 1/4 daripada wanita hamil mengalami pendarahan semasa dua trimester yang pertama.

Bagaimanapun, hanya separuh daripada mereka yang mengalami keguguran.

Wanita yang mengalami TA biasanya dapat dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:

a. Pendarahan yangg tidak diiringi rasa sakit

b. Janin dalam kandungan masih hidup

c. Pintu rahim masih tidak terbuka

d. Ibu tidak menghadapi sebarang masalah

Daripada keseluruhan mereka yang mengalami TA, terdapat kemungkinan 50 peratus dapat meneruskan kehamilan, manakala 50 peratus yang lain mengalami keguguran.

Rawatan terbaik untuk wanita yang mengalami TA ialah berehat bagi mengurangkan kekejangan yang dialami.

Pada masa yang sama, pesakit dinasihatkan supaya tidak melakukan hubungan seks dalam sementara waktu.

Keguguran yang tidak dapat dielakkan (Inevitable Abortion - IEA)

IEA diertikan sebagai pendarahan yang disertai dengan pengembangan laluan pangkal rahim.

Pada peringkat lanjut, pintu rahim telah mula terbuka. Pendarahan yang berlaku lebih teruk dari TA dan disertai sakit perut di bahagian ari-ari.

Keguguran tidak lengkap (Incomplete Abortion - ICA)

Keguguran jenis ini berlaku ekoran daripada TA.

Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius disertai rasa sakit perut.

Biasanya, ICA menyebabkan pintu rahim terbuka dan sebahagian produk kehamilan terkeluar.

Janin yang gugur ini berumur dalam lingkungan kurang dari 16 minggu. Keadaan ini boleh dikenal pasti oleh pesakit sendiri atau melalui pemeriksaan.

Wanita yang disahkan ICA perlu membersihkan rahim mereka bagi mengelakkan janin yang mati dalam rahim dijangkiti kuman atau bakteria. Keadaan ini boleh membawa kepada Septic Abortion.

Keguguran akibat jangkitan kuman (Septic Abortion - SA)

Ia merupakan keguguran yang dikaitkan akibat berlakunya jangkitan dalam rahim ekoran pereputan tisu.

Jangkitan bakteria ini juga boleh berlaku melalui penggunaan alat-alat kurang bersih yang digunakan untuk melakukan keguguran elektif.

Malah, tisu-tisu yang masih tertinggal yang tidak dibersihkan dengan sempurna juga boleh menimbulkan masalah yang serupa.

Jangkitan ini boleh merebak pada tisu-tisu janin dan dinding rahim, otot-otot rahim atau organ berhampiran.

Antara gejala yang dialami oleh wanita terbabit ialah:

- Demam yang teruk

- Menggigil

- Sakit perut yang teruk

- Kekejangan yang berterusan

- Pendarahan yang teruk

- Sakit belakang

- Keputihan yang berbau busuk

Sekiranya keadaan mereka bertambah serius, pesakit boleh mengalami renjatan seperti:

- Tekanan darah dan suhu badan rendah

- Masalah pernafasan

- Penghasilan air kencing yang sedikit atau tiada

langsung

Sekiranya SA tidak dirawat segera, ia boleh mengakibatkan kematian.

SA juga boleh berpunca daripada keguguran haram sama ada dengan menggunakan bahan-bahan kimia atau alat-alat tertentu seperti buluh runcing atau lalang tajam.

Penggunaan bahan-bahan ini bukan saja berbahaya, malah ia juga tidak bebas dari kuman.

Keguguran lengkap (Complete Abortion - CA)

Wanita yang mengalami CA biasanya mengalami gejala-gejala seperti pendarahan, sakit perut dan pengeluaran tisu-tisu.

Selalunya, keguguran yang berlaku selepas 16 minggu adalah lengkap kerana semua janin terkeluar dari rahim.

Keguguran tertinggal (Missed Abortion - MA)

MA diertikan sebagai janin yang mati tetapi masih berada dalam rahim.

Biasanya, janin berusia kurang daripada 28 minggu dan rahim tidak membesar seperti biasa.

Pada peringkat awal, wanita terbabit biasanya mengalami gejala kehamilan seperti pembengkakan buah dada, kerap membuang air kecil atau loya pada waktu pagi.

Bagaimanapun, gejala ini akan berkurangan.

- Sesetengah wanita, mungkin mengalami pendarahan berwarna coklat yang sedikit tetapi berterusan.

- Diagnosa yang dibuat melalui pemeriksaan dan ultrasound.

- Wanita yang disahkan mengalami MA dinasihatkan supaya membersihkan rahim bagi mengelakkan jangkitan kuman.

- Bagi kandungan yang kurang daripada 14 minggu, pembersihan melalui Dilatation&Curettage (D&C) perlu dilakukan oleh doktor yang bertauliah.

- Bagi kandungan yang lebih besar, pesakit akan diberi ubat untuk membuka pintu rahim bagi membolehkan kontraksi pada rahim.

Keguguran berulang (Recurrent Abortion - RA)

Keguguran yang berlaku lebih tiga kali setiap kali seseorang wanita hamil.

Ini mungkin disebabkan oleh masalah pada ibu, rahim, pangkal rahim dan janin.

Masalah kesihatan ibu juga boleh mengakibatkan keguguran seperti:

a. Jangkitan kuman sifilis atau torches

b. Penyakit-penyakit seperti SLE, ketidakseimbangan

hormon, penyakit talasemia dan

lain-lain.

c. Kelainan pada rahim

d. Struktur rahim yang abnormal

e. Masalah fibroid

f. Pintu rahim yang tidak kuat

g. Masalah genetik seperti kromosom ibu yang tidak normal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by Izzana at 1-8-2006 11:28 AM


Rin, I'm sad to hear abt your lost. Izzana pernah keguguran 2 kali. 2nd baby ngan 4th baby. 2nd baby doc detected no heartbeat at 7wks. 4th baby no heartbeat at 12 wks. Both kena D & C.  Pa ...



alamak!!! Rin help...... kyd rasa kes kita sama , first baby 5 weeks dah gugur, ni kyd tgh pregnant lagi skang tgh refer pakar, sbb gi klinik bersalin dia x dapat detect baby dlm rahim tu terlalu kecik n no heart beating skang dah 10 weeks, pastu rujuk pakar kat spital pun got the same results, sok nak pegi spital lagi tuk repeat scan. Dulu Rin pun camnie gak ker?? kena wat DnC gak even kecik?? Dulu Rin ada bleeding x? kyd xde lansung cam biasa jer...
Nie tanda x jadi ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 04:44 PM | Show all posts

To Izzana n Rin

Originally posted by kyd at 23-8-2006 04:42 PM



alamak!!! Rin help...... kyd rasa kes kita sama , first baby 5 weeks dah gugur, ni kyd tgh pregnant lagi skang tgh refer pakar, sbb gi klinik bersalin dia x dapat detect baby dlm rahim tu ter ...



Opss!! sorry...... to Izanna n Rin
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by kyd at 23-8-2006 04:42 PM



alamak!!! Rin help...... kyd rasa kes kita sama , first baby 5 weeks dah gugur, ni kyd tgh pregnant lagi skang tgh refer pakar, sbb gi klinik bersalin dia x dapat detect baby dlm rahim tu ter ...

kyd, usually kalau dah 10wks, kecik macam mana pun the heart can still be detected. Waktu Izzana 2nd prenancy, the sac is crooked that's why tak tahan lama 7wks dah takde. For my 4th pregnancy....6wk no heartbeat.....ask for 2nd opinion, then 7wk ada heartbeat...alhamdullillah. But then 11th week dah takde heartbeat lagi. Go for D&C at 12wk of pregnancy.

Dalam kes kyd ni, the sac nampak tak? Ada bleeding tak? Izzana takde tanda2 bleeding pun. Sakit perut pun takde. Suddenly aje takde heartbeat. Try and see what the doc had to say abt the latest scan. Mungkin molar pregnancy?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by Izzana at 23-8-2006 04:56 PM

kyd, usually kalau dah 10wks, kecik macam mana pun the heart can still be detected. Waktu Izzana 2nd prenancy, the sac is crooked that's why tak tahan lama 7wks dah takde. For my 4th pregnancy... ...



Sac ada tu jer yg makin membesar tapi x normal jugak, yg geramnya.. jumpa DR jer diaorg suruh tgg lagi, kata baru 4-5 weeks tu yg x nampak or kyd salah kira hari.. padahal dah 10 weeks. sok ada appointment lagi. Risau sgt. kyd lansung xde bleeding n pregnancy symptom cam muntah or loya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by kyd at 23-8-2006 04:42 PM



alamak!!! Rin help...... kyd rasa kes kita sama , first baby 5 weeks dah gugur, ni kyd tgh pregnant lagi skang tgh refer pakar, sbb gi klinik bersalin dia x dapat detect baby dlm rahim tu ter ...


Hai kyd...koci pernah miscarriage at 10 weeks...now pregnant at 14 weeks...kalau 10 weeks sepatutnya kyd dah nampak baby dengan jelas dalam sac...dah boleh tengok bentuk dia n jantung dia berdenyut...even kaki n tangan dah ada...tapi kalau kyd scan n tak nampak pape bermakna kandungan kyd mungkin tak membesar atau maybe ectopic pregnancy. Kadang kala tanda2 miscarriage akan dapat dilihat selepas 2 minggu janin tidak berkembang, spotting/bleeding tak terus kuar serta merta...tapi kalau kyd ada nampak spotting/bleeding atau sakit perut jangan tunggu lama2...n dapatkan second opinion dari Dr pakar yang lain...jaga diri baik2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by kyd at 23-8-2006 05:03 PM



Sac ada tu jer yg makin membesar tapi x normal jugak, yg geramnya.. jumpa DR jer diaorg suruh tgg lagi, kata baru 4-5 weeks tu yg x nampak or kyd salah kira hari.. padahal dah 10 weeks. sok a ...


Gynae koci ada cakap selalunya if morning sickness teruk bermakna baby sehat, n kalau takde morning sickness bukan bermakna 100% kandungan tidak sehat tapi it just like indicator awal baby kita tak sehat walaupun begitu tak semua orang ada morning sickness, ada yg takde MS, ada yg mild je n ada yg teruk...

1st pregnancy koci memang lansung takde Morning sickness sehat je takde masalah tau2 10 weeks takde perkembangan then for 2nd preg ni koci cepat2 jumpa gynae untuk scan kandungan dalam rahim n dapatkan injection n ubat...serta consultancy dari Dr...Dr memang monitor perkembangan baby betul2 sebab ada kes micarriage...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 05:30 PM | Show all posts
thanks koci, skang kyd tgh risau, sbb sok baru Dr nak repeat check samaada ectopic pregnancy atau molar pregnancy, kt screen tu Dr kata ada sac tapi dlm tu cuma cam titik. yg membesar sac jer titik tu lansung x berubah. lagi pun sbelum nie kyd ada ovarian cyst n lewat amik rubella. tah2 nie jugak faktor kena ni suma.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by kyd at 23-8-2006 04:42 PM



alamak!!! Rin help...... kyd rasa kes kita sama , first baby 5 weeks dah gugur, ni kyd tgh pregnant lagi skang tgh refer pakar, sbb gi klinik bersalin dia x dapat detect baby dlm rahim tu ter ...


Nasib kita sama la...sya pun mcm tu...tak der bleeding..memula gi check utk 2nd check up..sepatutnyer 12 weeks tapi biler scan kat situ appear cuma 7weeks...so gi kat pakar...dia cakap baby stop growth at 7wks jerk...heart beat pun takder....so doc advise buat D&C...sedih gilerrrrrrrrrrrrrr..............................tak per kyd ...byk berdoa dan cepat2 jumpa gynea sblm terlambat...:pray::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 05:49 PM | Show all posts
kyd pun tgh sedih nie sbb dah 2x tak jadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by GubRa_80 at 23-8-2006 05:32 PM


Nasib kita sama la...sya pun mcm tu...tak der bleeding..memula gi check utk 2nd check up..sepatutnyer 12 weeks tapi biler scan kat situ appear cuma 7weeks...so gi kat pakar...dia cakap baby sto ...

Herm, sedihnya. Teringat second pregnancy Shin. Pun stop growing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by kyd at 23-8-2006 05:49 PM
kyd pun tgh sedih nie sbb dah 2x tak jadi


Hm jgn putus semangat kyd...1st time miscarriage pun koci phobia...sampai la skrang nie...bila nak check up je berdebar2 esp masa nak scan 11 weeks hari tu sebab risau ada heartbeat ke dak, ada perkembangan ke tak...next week check up ni pun risau jugak nie...berdebar2 jugak...

So sebaiknya lepas ni kyd if +ve pregnancy test terus jumpa gynae n scan heh tengok kandungan di dalam rahim atau tak then ambik ubat, maybe orang mcm kita ni perlukan sokongan hormone di awal pregnancy sebab if lake of progesterone hormone tu yg kandungan mudah gugur...lepas ambik injection progesteron 5x koci ada rasa mual n loya walaupun takmuntah...n sampai skrang koci ada lagi rasa loya tu walaupun dah nak masuk 14 weeks nie...

Apapun, harap kyd tabah hadapi apa jua keputusan check up esok, if ur pregnancy ok then syukur alhamdulillah but if ur pregnancy ada masalah n u kena d&c pun terima dengan hati redha...ada hikmah disebaliknya...percaya kepada rezeki dan ketentuan yang ALLAH tentukan untuk kita...mugkin itu yg terbaik buat kita...walahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by kyd at 23-8-2006 05:49 PM
kyd pun tgh sedih nie sbb dah 2x tak jadi


sabar yer..kita senasib..sahira pun masuk nih dah 2x gugur..
tp nak tanya koci la xpe ke if kali sahira xnak buta DNC..lagipun scan semlm setitik je..so sahira ingat biar bleeding dulu sampai esok br sahira g scan balik..check if semua dah keluar..sedih tul td ptg, rase seketul keluar, cam hati ayam g2..
terus anta msg kat hubby, kita xde rezeki kali nih..sedih yer la..so camne yerk nak elakkan dr jadi balik...kena la tunggu lagi 1-2bln baru bole conceive balik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 01:31 PM | Show all posts
Just nak kongsi buat ibu2 mengandung ... kawan sha baru aje miscarrage anak sulung dia semasa kandungan 20 weeks..  apa yang sha tau dia ada high blood yg tinggi dan menyebabkan baby tu lemas ... punca mungkin sebab tekanan perasaan.. Doc bagi ubat tuk keluarkan baby tu dari perut ... sedih sangat kawan sha .. dia kata baby tu dah cukup sifat ... Tapi a bit biru ... Tahziah buat kawan sha .. Harap dia tabah .. buat bakal 2 ibu sama2 le kita jaga kesihatan dan x yah pikir berbanyak. Just let the problem happen yang pasti ada penyelesaian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.085548 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list