CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11895|Reply: 67

Perceraian - bagaimana nak ajar anak memahami

[Copy link]
Post time 1-3-2006 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Ada orang yang bercerai ketika anak nye masih kecil, tak tahu apa2
Ada orang yang bercerai ketika anaknya sudah besar

so,

mcm mana nak jelaskan pada anak ttg perceraian, yang mana mak ngan ayah dia tak lagi bersama, dok asing2 etc.?

macam mana dah wat mereka selesa dan terima situasi perceraian tuh?

macam mana nak berlaku adil pada mereka?


tima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2006 03:14 PM | Show all posts
good question syd, sebabnya kalau tak diterangkan dengan sebaiknya, anak2 ini akan menyalahkan diri mereka as penyebab perceraian itu terjadi kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 03:18 PM | Show all posts
itulah pasal.
selalu tgk movie omputeh
tgk dorang xplain kat anak2 dorang ttg perceraian nih

orang melayu tak berapa nak tunjuk sangat
yang lebih ditekankan
perceraian tuh ibarat meruntuh masjid etc
anak2 jadik serba salah
dan kalau apa2 jadik, perceraian yang sering dikatakan timbulnya semua tuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 1-3-2006 03:18 PM
itulah pasal.
selalu tgk movie omputeh
tgk dorang xplain kat anak2 dorang ttg perceraian nih

orang melayu tak berapa nak tunjuk sangat
yang lebih ditekankan
perceraian tuh ibarat meruntuh ma ...


yes syd, even ada website dan artikel dalam menyediakan ibu bapa dan anak-anak  untuk menghadapi pekara begini. PEnyediaan dari segi emosi.

sebenarnya, bila peceraian berlaku, emosi anak2 dan parents terjejas dan tertekan sekali.

Paling penting, adalah untuk mneyediakan emosi anak2 ni tdi, dgn meyakinkan bahawa mereka ttp disayangi oleh ibu bapa mereka.  Dan mereka tidk kehilangan salah sorang dari mereka pun.  KErana anak2 ini tadi pasti akan hilang kepercayaan terhadap kasih syg parents mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 03:32 PM | Show all posts
yea.
rasanya anak2 yang dah sekolah, mcm dah besar skit
lagi perasaan dorang bergelora nak tahu
mberontak dlm diam kan?

anak2 kecil pulak mcm mana ek?
mcm mana pulak nak displinkan
pasangan yang dah bercerai nih
ayah/ibu
agar jgn lepas tangan dan perlu bertanggungjawab

rasanya, membesar tanpa perhatian dan kasih sayang
dari ayah/ibu
akan wat tumbesaran anak2 mcm terencat skit
mcm ada yang tak lengkap etc
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 03:39 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 1-3-2006 03:32 PM
yea.
rasanya anak2 yang dah sekolah, mcm dah besar skit
lagi perasaan dorang bergelora nak tahu
mberontak dlm diam kan?




tepat sekali syd, kerana mereka semakin faham, dan semakin takut untuk kehilangan salah seorang dari parents ni tadi.


anak anak kecil, lebih senang ditangani, walau bagaimana attached sekali pun mereka dengan parents mereka, tapi apabila either one of them disubstitutekan oleh orang lain, the empty space is filled.  Say hilang ayah, ada atuk, atau uncle yang akan ganti tempat bermanja as a father figure..atau male figure...dan mereka ni akan growing up dalam enviroment yang tidak berkurangan dari segi kasih sayang.  They will be fine. Kerana kestabilan emosi telah wujud..

UNtuk menjadikan parents tu bertanggungjawab..huh payah la syd...unless kesedaran tu ada wujud dalam diri sendiri..Kita hantar pegi pudu jail kasik kousel la parents yagn lepas tangan ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2006 04:34 PM | Show all posts
my cousin baru jer bercerai baru2 ni
umur dia baru 27thn, anak plak baru setahun 4 bulan
bila tanya anak dia "mana daddy?"
spontan anak dia jawab "didi mati" (cousin aku ajar dia ckp macam tu)
tak patut betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 04:37 PM | Show all posts

huhu. isu sensitip nie

i wsih ade org explain kat dewi semua nie masa dewi lalui nyer dulu.

mak n abah bercerai masa dewi 13 tahun . masa tu dok asrama. non of them visit n mmg lama sgt tak dapat surat dari rumah. then one day dapat surat dari abah. hepi sgt tak sabar nak balik bilik buka surat abah. bila baca rupanya abah cuma nak bagitau abah dah bercerai ngan mak. tu jer. air mata tu toksah nak cakap ler uji rashid ratu air mata (zaman dulu uji rajin berlakon citer sedih mmg murah air mata dia) pun tak leh celen.

mak pula mmg sengaja tak kirim berita sebab tak nak ganggu pelajaran dewi. I was really confuse. angry and depress. bila cuti balik rumah mak mak macam salahkan dewi. ( tah perasaan dewi jer kot) tapi mak mmg cakap kat dewi mahkamah soh anak2 pilih nak dok ngan abah ker mak. adik beradik lain semua pilih mak of course. mak pun nak diorang dok ngan mak. cuma dewi jer mak bagi pilihan (sebab according to mak dewi anak manja abah)

mmg rasa terasing sgt masa tu.. bila abah datang dewi sajer tanya abah nak dok ngan abah leh tak. abah lak tah aper demam nak kawin muda cakap tak payah ler dok ngan dia. huhuhuhu .

dipendekkan cerita dewi tak pilih sesapa pun. dewi dok asrama. time cuti balik rumah mak buat port persinggahan. pas tu gi jalan2 kat rumah mak sedara pak sedara yg mana ader. habis cuti balik asrama.

sampai dah dewasa ler  mak tak paham kenapa dewi tak rapat ngan mak macam anak dia yg lain. cuma bila dah ader anak nie , anak2 lah yg eratkan kembali hubungan dewi ngan mak. sekarang dah OK dah ler anak2 dewi dah jadik cucu kesayangan mak. maybe mak cuba nak tebus balik kesalahan dia agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2006 04:37 PM | Show all posts
eh, tak betul ajar anak mcm tuh
jgn nak lepas tangan
atau lepaskan kemarahan
dgn menipu anak
esok anak2 dah besar
dia tak respek
sbb dia tgk mak dia pun kaki tipu gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by dewi at 1-3-2006 04:37 PM
i wsih ade org explain kat dewi semua nie masa dewi lalui nyer dulu.

mak n abah bercerai masa dewi 13 tahun . masa tu dok asrama. non of them visit n mmg lama sgt tak dapat surat dari rumah. the ...



mak pun manusia biasa jugak, dewi
cuma pangkat dia tinggi pada kita
sbb dia lahirkan kita
dan dia dah lalui semua asam garam gula kehidupan nih

berilah peluang pada dia.
moga2 esok, kita pun akan dikasihani jugak
oleh anak2 kita
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 1-3-2006 04:40 PM



mak pun manusia biasa jugak, dewi
cuma pangkat dia tinggi pada kita
sbb dia lahirkan kita
dan dia dah lalui semua asam garam gula kehidupan nih

berilah peluang pada dia.
moga2 esok, ki ...


dewi tau tu syd.. dewi tak pernah marah mak pun... ehek tipu lak.. mmg masa remaja dulu ader byk merajuk ngan mak tau.. mau tak majuk , mak tak nak abah tok sah cakap ler.... sedih tau. tapi dah ader anak sendoiri nie dah insaf dah... but things could be a lot diffrent kalau ader org yg nak terangkan semua nie masa dulu-dulu kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 04:51 PM | Show all posts
oh yea, nak selitkan satu kisah nih
jadik 3-4 tahun lepas
ada satu kes nih
budak lari dari umah
so, semua orang dok cari
then bila dah jupe kat balai
sarjan dok tanya, kenapa wat mcm nie
then kawan budak nih ckp
si tut tut tut selalu ngadu kat kami
dia kecewa, coz dia anak luar nikah etc
terkedu mak budak yang lari tuh
banyak sbb kot yang wat mak budak tuh terkedu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by nasi^impit at 1-3-2006 04:34 PM
my cousin baru jer bercerai baru2 ni
umur dia baru 27thn, anak plak baru setahun 4 bulan
bila tanya anak dia "mana daddy?"
spontan anak dia jawab "didi mati" (cousin aku ajar ...


patut nya kalau ada masalah dgn bekas suami jgn sampai libatkan anak2 supaya membenci darah daging sendiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 09:07 AM | Show all posts
pendapat peribadi aku:

1.  ckp yang positif ttg bekas suami pada anak2
2.  terangkan dgn baik kenapa tak lagi bersama (reason ikut kesesuaian peringkat umor dan tahap pemahaman anak)
3.  bila anak tu dah besar nanti, dan jika dgn penjelasan yang positif dan logik, anak itu sendiri akan 'nampak' kepincangan yang ada tak kira dari pihak emak atau bapak yang menjurus kepada keputusan bercerai itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by dewi at 1-3-2006 04:37 PM
i wsih ade org explain kat dewi semua nie masa dewi lalui nyer dulu.

mak n abah bercerai masa dewi 13 tahun . masa tu dok asrama. non of them visit n mmg lama sgt tak dapat surat dari rumah. the ...


kesian dewi...harapnya dewi dah over it by now.

Benda-benda macam ni kalau kita tak melaluinya sendiri memang kita susah nak ada empathy sebab melibatkan emosi..something intangible.  Yang tak melaluinya cuma boleh bagi theoretically correct answer je lah.

Akak ingat lagi, pernah involved in a group discussion ttg perceraian ni.  Seorang sister yang bermasalah kronik dengan husband dia tanya pendapat semua orang should she go on filing for divorce.  Hampir semua orang jawab tak patut...kena pikir tentang anak...kesian anak jadi mangsa kalau dia bercerai dengan husband.

Itu theoretically correct answerlah tu.  Tapi seorang sister has a different opinion.  Dia kata you should go on with the divorce. Dia pernah lalui keadaan di mana mak bapak dia selalu bertekak, bergaduh sebab dah tak bersefahaman.  Dia tak boleh nak explain perasaan dan emosi  dia macam mana waktu tu.  Akhirnya parents dia divorce jugak.  Bagi dia itu lebih baik untuk anak2 sebab emosi dia lebih stable berbanding dengan dulu...walaupun sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by dewi at 1-3-2006 04:37 PM
i wsih ade org explain kat dewi semua nie masa dewi lalui nyer dulu.

mak n abah bercerai masa dewi 13 tahun . masa tu dok asrama. non of them visit n mmg lama sgt tak dapat surat dari rumah. the ...


dapat memahami perasaan dewi pada ketika itu.lagi pulak dewi teenagers kan.


Relating to the topic again, anak remaja akan lebih terjejas kan, kerana masa ni, mereka tengah mencipta identiti diri mereka.  Lagi bercelaru.  Kalau tidak ada sokongan, memang patah.

Myself, pun parents divorced jguak, tapi when i was such a tiny little baby, jadi tk terasa khilangan fahter figure itu, kerana it was substituted dengan org lain.  Myself jugak tak stay with either mak atau ayah, stayed dengan nenek.  Bila besar, lost in LA je rasa kalau berada di samping mak atau arwah ayah.  Tapi bila dah dewasa dan berkahwin, perhbungan itu terjalin dan bertaut semula.  Alhamdulillah.

[ Last edited by Sweetmama at 2-3-2006 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2006 12:52 PM | Show all posts
ni skert nak kongsi cite mengenai penceraian...

kisah ni terjadi pada abang skert sendiri.

my brother ade 2 orang anak, yang lelaki berusia 6 tahun dan perempuan 4 tahun. My brother dgn x-wife dia bercerai ade sebab-sebab yang tertentu yang memang tak dapat nak dielakkan. Skert mmg kesian sgt ngan anak-anak buah skert tu. Penah satu hari (time tu my brother ngan xwife dia baru berpisah) anak dia yang kecil tu nak tido mlm cari papa dia. jenuh dipujuk ngan bibik tak mahu gak dia tido. last-last bibik tu call my brother bagitahu yang adik ni tak nak tido sbb cari papa dia. my brother pon pujuk si adik suruh tido, be a good girl, dgr ckp mama. lps tu terus baru dia nak tido. kesian sgt...

tapi my brother penah slow talk ngan anak dia yg sulung tu, bagitahu yg papa n mama dah tak boleh duduk sekali. papa kena duduk rumah lain bla..bla..bla.. sampai la si anak tu faham. yg si anak tu pulak rajin mulut bertanya. jenuhla papa dia xplain betul2 sampai dia faham. kesian tul skert tgk..

skang ni 2 org anak-anak dia duduk dgn xwife. hari minggui my brother akan ambil anak-anak dia bawak tido rumah dia... tapi yg kelakarnya, dia bagi anak-anak dia makan megi jerr.. sbb my brother tak pandai masak... :stp: huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 2-3-2006 09:15 AM


kesian dewi...harapnya dewi dah over it by now.

Benda-benda macam ni kalau kita tak melaluinya sendiri memang kita susah nak ada empathy sebab melibatkan emosi..something intangible.  Yang t ...


hanya org yg mengalami yg paham tauma nyer tu kak fie, mmg dalam sgt. n effect yr life. yr personality ect ect but i got over it already. Alhamdullilah.

betul kata sweetmama time teenagers nie la yg paling sensitip sekali. time nie ler nak memberontak, nak lari dari rumah nak macam2 ler... sib baik institusi kekeluargaan masih besar lagi tak mencakupi ahli keluarga terdekat jer. so instead of rapat ngan mak abah .. dewi rapat ngan mak sedara , paksedara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2006 05:19 PM | Show all posts
Kesan Perceraian
20 October 2004
Oleh NURBAQIS HAYATI AHMAD NAJIH

Sejak daripada kejadian Adam a.s. lagi Allah s.w.t. telah mengajarkan Adam a.s.cara-cara perhubungan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan melalui ´perkahwinan´ sebagai petunjuk dan panduan kehidupan manusia.

Maka sejak itulah bermulanya perkembangan manusia di bumi iaitu melalui perkahwinan dan proses perkahwinan inilah yang dapat membezakan antara manusia dengan haiwan. Sehingga wujudnya suatu sistem perkahwinan yang lengkap dan tersusun rapi yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang tertulis dan tercatat dalam al-Quran.

Perkahwinan merupakan faktor utama bagi mewujudkan institusi kekeluargaan kerana dari permulaan proses perkahwinan iaitu memilih pasangan, pertunangan, mas kahwin, wali, saksi, ijab kabul dan hubungan kekeluargaan serta tanggungjawab suami isteri, ibu bapa dan anak-anak semuanya berkaitan antara satu sama lain dan mesti berlandaskan ajaran dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi sebagai pasangan yang berkahwin semestinya inginkan perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan kerana banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang tempoh perkahwinan itu sehingga terjadinya penceraian.

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam sesebuah perkahwinan. Antaranya ialah ketidaksefahaman dan kurangnya sifat tolak ansur antara suami isteri. Penceraian juga mungkin berlaku disebabkan oleh pasangan masing-masing yang tidak dapat memuaskan tuntutan kehendak semasa melakukan hubungan seksual. Selain itu faktor ekonomi dan jurang pendapatan juga menjadi punca penceraian, dan paling utama jika si suami tidak bertanggungjawab dan mendera isteri atau isteri yang berlaku curang dan lain-lain faktor lagi.

Penceraian merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam walaupun tidak sukai oleh Allah. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah penceraian ini dilakukan.

Seperti firman Allah dalam al-Quran, 揇an jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2006 05:22 PM | Show all posts
Hak Penjagaan ke Atas Anak Selepas Perceraian : Tanggungjawab Siapa?
29 March 2005
Susunan MUNIRA SALLEH

揔usangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.301707 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list