CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: viper

100 Soalan Untuk Golongan ASWJ

[Copy link]
simplelife This user has been deleted
Post time 29-12-2005 11:50 PM | Show all posts
Menyentuh berkenaan soalan 1 dari viper;
Istilah Syiah dalam Al-Quran......

Surah  6:65 Katakanlah, "Dia berkuasa  untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah  kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam  SYIAH SYIAH  (SYIA'AN), dan untuk merasakan kepada kamu bencana keganasan  antara satu sama lain".  Perhatikanlah bagaimana Kami mengulangi ulangi ayat ayat supaya mereka memahami."

Surah  6:159 "Orang orang  yang membuat  pecahan  dalam agama mereka, dan menjadi SYIAH SYIAH  (SYIA'AN)  kamu bukanlah daripada mereka dalam  apa  apa  pun. Urusan mereka  hanyalah  kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu  mereka  apa  yang mereka telah buat."

Surah  15:10 - 11   "Sesungguhnya  Kami  telah  mengutus  sebelum
kamu  di kalangan SYIAH SYIAH  (fi  SYIA'I) dahulu kala,  dan seorang
Rasul  tidak datang kepada mereka  melainkan mereka  memperolok
olokannya".

Surah 19:69 "Kemudian  Kami menarik  keluar  daripada  tiap  tiap
SYIAH  (min kulli syii'atin)  di antara mereka  yang  sangat  keras
dalam  memandag  rendah  kepada  Yang Maha Pemurah"

Surah  28:4 "Sesungguhnya  Firaun  meninggi  di bumi  dan  dia
memecah  belahkan  penduduknya  kepada  SYIAH SYIAH  (SYIA'AN)
menghinakan  segolongan   di  antara  mereka, mengorbankan  anak anak lelaki  mereka, dan membiarkan  hidup  perempuan  perempuan  mereka, sesungguhnya  dia  termasuk  orang orang  yang membuat  kerosakan."

Surah  28:15 "Dan  dia  (Musa)  ke kota  sewaktu  penduduknya  sedang lalai,  dan  dia  mendapati  di  dalamnya  dua orang  lelaki  sedang
berperang; yang satu adalah  daripada  SYIAHnya  (min  syii'atihi)
sendiri   dan yang lain daripada  musuhnya.  Kemudian yang daripada
SYIAHnya  (min syii'atihi)  meinta  pertolongan  kepadanya  terhadap
musuhnya; maka Musa  menumbuknya,  dan  mematikannya, dan  berkata
"INI  ADALAH  DARIPADA  AMALAN  SYAITAN,  SESUNGGUHNYA  IA  MUSUH YANG  MENYESATKAN,  YANG  NYATA".

Surah  30:32 "Daripada  orang  orang yang memecahkan  agama  mereka,
dan menjadi  SYIAH  SYIAH  (SYIA'AN)  tiap  tiap  golongan  berbangga
dengan  apa  yang  disisi  mereka"

Surah  34:54 "Dan satu  penghalang  diadakan  di antara  mereka  dan
apa  yang  mereka  menginginkan, sebagaimana  telah  dilakukan
kepada  orang orang  yang   SATU  SYIAH   ( BI ASYYAA'IHIM)  dengan
mereka   dahulu,  mereka  adalah  dalam  keraguan,  kebimbangan."

Surah  54:48 "Pada  hari apabila mereka diheret di atas muka muka
mereka  ke dalam api: "Rasalah sekarang sentuhan Saqar".
Sesungguhnya  Kami mencipta  segala  sesuatu  menurut  ukuran.
Perintah Kami hanyalah  satu kata, seperti  sekelip mata.  Kami telah
memusnahkan  orang orang yang  SATU  SYIAH  (ASY-YAA 'AKUM)  dengan kamu,  adakah sesiapa  yang mengingati"


Daripada semua ayat di atas, syiah yang dinyatakan hanya merujuk kepada istilah Syiah-Syiah yang buruk, tidak terpuji dan tidak cantik atau indah pun di mata Tuhan, jadi bagaimanakah akuan daripada pihak Syiah yang mengatakan istilah Syiah yang ada dalam Al-Quran itu "mengakui" kebenaran mereka??

Kecuali hanya ayat di bawah. Inilah satu-satunya istilah Syiah yang dikatakan terpuji, itupun pun untuk merujuk hubungan Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim..

Surah  37:83 "Daripada  SYIAH nya  (SYIAH  Nabi Nuh)  ialah   Ibrahim"


Maka apakah yang dibanggakan oleh Syiah dengan istilah mereka?? Sedangkan Syiah sendiri pun terpecah kepada beberapa golongan. Ada yang Imamiyah 12, Zaidiyah, Ismailiyah, malahan ada juga Syiah yang ghulat seperti Syiah yang mengatakan bahawa Saidina Ali itu Tuhan dsb. Maka kalau istilah Syiah itu menggambarkan kebenaran, maka sepertinya orang Syiah membenarkan Syiah ghulat tersebut, sedangkan ia kesesatan yang nyata, maka tidakkah anda menyedari....???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2005 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 29-12-2005 11:50 PM
Maka apakah yang dibanggakan oleh Syiah dengan istilah mereka?? Sedangkan Syiah sendiri pun terpecah kepada beberapa golongan. Ada yang Imamiyah 12, Zaidiyah, Ismailiyah, malahan ada juga Syiah yang ghulat seperti Syiah yang mengatakan bahawa Saidina Ali itu Tuhan dsb. Maka kalau istilah Syiah itu menggambarkan kebenaran, maka sepertinya orang Syiah membenarkan Syiah ghulat tersebut, sedangkan ia kesesatan yang nyata, maka tidakkah anda menyedari....???

...



teruskan simplelife..tatie sekrg ni ada masalah dgn PC kat rumah...jadik kalau ndak berinternet dah terhad...segala info pasal Syiah kat rumah..tk larat ndak angkut kat STUDIO jamming tatie kat sini....

yer ler..ada satu golongan Syiah tu, kalau ada yg  meninggal siap bayar duit kat Mullah lagik supaya beri kelulusan kepada surat dan data peribadi si mati itu utk masuk ke syurga...

apa hal ni?....depapun ngaku SYIAH gak...adakah ini menggambarkan kebenaran?...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 28-12-2005 12:34 PM
salam...



Bagaimanakah mahu aman? Haq tidak didengari, Batil dikasihi. Malahan, kehendak nafsu mempelopori sanubari dan hati. Akal tetap mati, pengayaan duniawi terus mewarisi. Maka, SOALAN t ...



ishkk..sejak akhir-akhir ini pipi asyik marah-marah ajer....

elok tu usulan ustaz zul tu, buat perjumpaan..mentor sipipi PM tu pun, teringin juga ndak jumpa kami, takkan pipi tak sudi pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 30-12-2005 11:25 AM

teruskan simplelife..tatie sekrg ni ada masalah dgn PC kat rumah...jadik kalau ndak berinternet dah terhad...segala info pasal Syiah kat rumah..tk larat ndak angkut kat STUDIO jamming tatie kat sini....

yer ler..ada satu golongan Syiah tu, kalau ada yg  meninggal siap bayar duit kat Mullah lagik supaya beri kelulusan kepada surat dan data peribadi si mati itu utk masuk ke syurga...

apa hal ni?....depapun ngaku SYIAH gak...adakah ini menggambarkan kebenaran?...

...

kalau puan hartatie, memang kosong hujahnya. Mungkin lebih sesuai dibawa ke kedai kopi. kita tinggalkan sahajalah....

p/s: hehehe pc rosak.

[ Last edited by billionaire at 30-12-2005 11:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 29-12-2005 11:50 PM

Daripada semua ayat di atas, syiah yang dinyatakan hanya merujuk kepada istilah Syiah-Syiah yang buruk, tidak terpuji dan tidak cantik atau indah pun di mata Tuhan, jadi bagaimanakah akuan daripada pihak Syiah yang mengatakan istilah Syiah yang ada dalam Al-Quran itu "mengakui" kebenaran mereka??

Kecuali hanya ayat di bawah. Inilah satu-satunya istilah Syiah yang dikatakan terpuji, itupun pun untuk merujuk hubungan Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim..


  QUOTE:
Surah  37:83 "Daripada  SYIAH nya  (SYIAH  Nabi Nuh)  ialah   Ibrahim"


Maka apakah yang dibanggakan oleh Syiah dengan istilah mereka?? Sedangkan Syiah sendiri pun terpecah kepada beberapa golongan. Ada yang Imamiyah 12, Zaidiyah, Ismailiyah, malahan ada juga Syiah yang ghulat seperti Syiah yang mengatakan bahawa Saidina Ali itu Tuhan dsb. Maka kalau istilah Syiah itu menggambarkan kebenaran, maka sepertinya orang Syiah membenarkan Syiah ghulat tersebut, sedangkan ia kesesatan yang nyata, maka tidakkah anda menyedari....???


pengikut Nabi dalam al-Quran disebut dengan gantinama SYiah, contohnya Syiah Nabi Musa, dan Nabi Ibrahim syiahnya Nabi Nuh. Takkanlah tiba2 Nabi terakhir pengikutnya nama "Ahlus Sunnah"?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 30-12-2005 11:43 AM

kalau puan hartatie, memang kosong hujahnya. Mungkin lebih sesuai dibawa ke kedai kopi. kita tinggalkan sahajalah....

p/s: hehehe pc rosak.


oppsss.....silap faham tu pak bill...PC ada masalah bukan maksud PC rosak...ada masalah dgn connection PC dgn internet...tak caya tk per...

eleh...hujah kosong ker, tak ilmiah ker, serangan peribadi ker, itu STRATEGI org yg dah tak der idea ndak balas balik hujah...bukan tatie tk tahu....

kat forum ni, walaupun berlainan fahaman, tapi tatie salute kat ustaz zul dan Pakmalau sebb walaupun kami lain-lain fahaman tetapi ok ajer....sampai ada gak yg jeles..hehehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2005 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 30-12-2005 11:46 AM


pengikut Nabi dalam al-Quran disebut dengan gantinama SYiah, contohnya Syiah Nabi Musa, dan Nabi Ibrahim syiahnya Nabi Nuh. Takkanlah tiba2 Nabi terakhir pengikutnya nama "Ahlus Sunnah"?


ustaz zul, tolong pak bill ni terjemahkan makna SYIAH dari bahasa Arab kpd bahasa Melayu, dia ni cam tak faham ajer gamaknya...

rasanya tatie dah beri hadis RSAW mengenai RSAW menyebut istilah ASWJ ni, tapi biasalah pak bill & the gang tutup mata daripada baca...

alasannya, tak der hujah, tak ilmiah..hehehe....
Reply

Use magic Report

sepet This user has been deleted
Post time 30-12-2005 03:05 PM | Show all posts
kalau klmh syiah ada dlm quran
syiah imamiah ithna asyariah syiah jaafari syiah rafidhah mcm yg pak bill ngaku tu dok mana plk
adal ke dlm quran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


viper This user has been deleted
 Author| Post time 31-12-2005 12:10 PM | Show all posts
Salam kepada semua ASWJ yang berforum mahupun yg hanya melayarinya,

Beginikah anda semua menjawab persoalan yang mudah ini?? Kita bertanya, anda pula ingin bertanya.

Sungguh jelas anda semua tidak inginkan kebenaran. Hmm kasihan....

soalan viper masih tiada jawapan. Adakah dengan tidak menjawab soalan viper, anda semua bersetuju tiada tuntutan daripada Tuhan dan Nabi yg menyuruh umat Islam mengikuti ASWJ...????

p/s sebelum menuduh syiah suka berputar belit, cermin2 diri anda semua dahulu.

Ya Haq
Reply

Use magic Report

Uda_N_Dara This user has been deleted
Post time 31-12-2005 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 28-12-2005 11:49 AM


dah akhir tahun ustaz zul, akhir tahun 2006 ker?...ndak buat perjumpaan kat mana?...ermm....nanti  lepas jumpa, semua pakat jadik kawan baik..hmm..seronok gak........

aman damai ler forum  ...


Bagus juga kalau dapat berjumpa semua sekali!!

Tapi janganlah datang sorang-sorang!!! Bahaya!!!!

Nak pi ke Mekah pun kalau pompuan kena bawa muhrim sekali. :cak: Takkan masa nak buat perjumpaan yang pompuan nak datang sorang2.:stp::stp::stp:

Apa kata bawaklah suami sekali ker atau yang silakik tu bawalah isteri sekali ker. Kan Senang!!!

Jangan pulak nanti bila habis perjumpaan buat dating secara sulit!! Mana suami nak letak muka ?

Kita semua ni berforum bab agama!! Kira setengah tu dah pakar ilmu2 agama!! Tapi sayang bila bab nafsu, terrer  lagi dari pengoda Nabi Yusuf tu... Tertewas juga dengan hasutan syaitan!!



:gila::gila::gila::gila::gila::gila:
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 31-12-2005 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by Uda_N_Dara at 31-12-2005 12:22 PM


Bagus juga kalau dapat berjumpa semua sekali!!

Tapi janganlah datang sorang-sorang!!! Bahaya!!!!

Nak pi ke Mekah pun kalau pompuan kena bawa muhrim sekali. :cak: Takkan masa nak buat perj ...



Betui juga kata Pak Uda Dan Mak Cik Yang Masih Dara tu!!!!

Kekadang pelik saya melihat tingkah laku wanita-wanita akhir zaman!!:stp:

Setengah tu dah bersuami, tapi tingkah laku kalah lagik dari anak dara ( betuiker anak dara?) Nak tarbiah takut kalah nanti dalam berhujah!!!:nyorok::nyorok:

Sebab depa lagi pandai!! Susah juga akhir zaman nak mencari isteri yang solehah. yang  banyak isteri yang banyak cakap dan banyak strategi.! Bukan isteri yang  bijak dan berstrategi!!!

Naya jer jadi suami!!!


Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 31-12-2005 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 30-12-2005 11:25 AM



teruskan simplelife..tatie sekrg ni ada masalah dgn PC kat rumah...jadik kalau ndak berinternet dah terhad...segala info pasal Syiah kat rumah..tk larat ndak angkut kat STUDIO jamming tatie k ...


rasa macam tak cukup rempah je bila tatie tak berhujah sama, simple payah sket nak cepat2 balas hujah sebab rujukan terhad...tatie cepat2lah repair pc tu, boleh simple kembali membaca ilmu an fakta dari tatie..

tatie jamming jugak ke? tak sangka yer....
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 31-12-2005 09:46 PM | Show all posts
billionaire wrote:
pengikut Nabi dalam al-Quran disebut dengan gantinama SYiah, contohnya Syiah Nabi Musa, dan Nabi Ibrahim syiahnya Nabi Nuh. Takkanlah tiba2 Nabi terakhir pengikutnya nama "Ahlus Sunnah"?


Selalunya yang ditafsir perkataan 'syiah' dalam bm ialah 'golongan' dan dalam kedua-dua ayat itu ia tidak menunjukkan pengikut tetapi bagi Syiah Musa as ialah kaumnya iaitu Bani Israel dan bagi Syiah Ibrahim as ialah keturunannya...
Jadi apa jaminannya bahawa menamakan ajaran sebagai Syiah menjamin bahawa ia adalah ajaran yang diredhai Allah sedangkan pada ayat di bawah Allah dengan jelas tidak meredhai SYIAH yang dinyatakan..

Surah  6:159 "Orang orang  yang membuat  pecahan  dalam agama mereka, dan menjadi SYIAH SYIAH  (SYIA'AN)  kamu bukanlah daripada mereka dalam  apa  apa  pun. Urusan mereka  hanyalah  kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu  mereka  apa  yang mereka telah buat."

Surah  54:48 "Pada  hari apabila mereka diheret di atas muka muka
mereka  ke dalam api: "Rasalah sekarang sentuhan Saqar".
Sesungguhnya  Kami mencipta  segala  sesuatu  menurut  ukuran.
Perintah Kami hanyalah  satu kata, seperti  sekelip mata.  Kami telah
memusnahkan  orang orang yang  SATU  SYIAH  (ASY-YAA 'AKUM)  dengan kamu,  adakah sesiapa  yang mengingati


dan nama seperti Ahlus Sunnah wal Jamaah ke Syiah Sunnah wal Jamaah ke tidak memberi apa-apa makna sekiranya ajarannya bertentangan dengan ajaran Rasul dan kehendak Allah. Jangan menghakimi dengan hanya memandang luaran tetapi lihatlah pula pada dalamannya....

p/s: Ust Zul, apa ertinya Syiah yang sebenarnya?

[ Last edited by simplelife at 31-12-2005 09:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2005 10:38 PM | Show all posts

jawapan kpd soalan 1 & 2

salam kpd mereka yg mendapat petunjuk.....
lama tak jenguk forum ni...sibuk sikit
kami adalah golongan yg mengikut sunnah rasulullah s.a.w. dan golongan sahabat r.a....
kalau nak tgk perkataan dlm quran byk sekali perkataan sunnah dan jamaah dlm quran.....
tapi bukan semata2 adanya perkataan tersebut dlm quran sudah menunjuk kebenaran sesuatu kumpulan itu......
yg penting ialah mengikut sunnah atau thoriq atau jalan yg dilalui oleh golongan yg berjaya mengikut al-quran....
disini saya akan mengemukakan dalil nama aswj adalah berdasarkan al-quran......dan insyaallah slps ini saya akan mengemukakan pula dalil nama ahlussunnah wal jamaah berdasarkan kitab2 hadis aswj dan kitab2 syiah sendiri dan kewajipan mengikutinya....


Tiga nama tetapi hakikatnya adalah satu sahaja dan ianya adalah nama kepada golongan yang mengikuti Din Nabawi (agama yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w.). Mula-mula sekali kami ingin menyatakan bahawa kami adalah pengikut ajaran yang dibawa Nabi Ibrahim a.s dan kami adalah orang-orang Islam.

Allah Ta'ala berfirman:

وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam (al-muslimin) semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini ,
~Surah Al- Hajj Ayat:78 ~
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2005 10:39 PM | Show all posts

sambungan jawapan

Mengikut Sunnah atau toriq (perjalanan) Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebab mengapa kami dinamakan Ahlussunnah atau Sunni dan oleh kerana mengingkarinya adalah satu kekufuran, kesesatan dan tidak beragama. Dengan mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. ia akan membawa seseorang kepada cintakan Allah. Orang yang meninggalkan Sunnah Rasulullah s.a.w akan mendapat neraka. Perkara ini banyak disebutkan oleh Al-Quran. Namun begitu, hanya dikemukakan tiga contoh sahaja di sini:

Pertama firman Allah s.w.t.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.                                                                         ~Sural Al- Imran Ayat:31 ~

Ke dua firman Allah s.w.t.;
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
                                                                       ~Surah An- Nur Ayat:63 ~

"Maksud Al- Amr di sini adalah hukum Rasul atau Sunnah Rasulullah s.a.w. Orang yang mengingkari dan memusuhi Sunnah Rasul akan beroleh azab yang pedih (iaitu menjadi kafir)

Ketiga firman Allah s.w.t.;

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيرًا

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
                                                                       ~Surah An- Nisa Ayat: 115 ~
   
Ayat yang ketiga menunjukkan bahawa Rasululah s.a.w. telah menyediakan jamaah mu抦inin iaitu sahabat-sahabat baginda yang mulia r.a. diatas sunnahnya.Mana- mana orang yang meninggalkan jalan jemaah itu, bermakna menyalahi Rasulullah s.a.w. (Pengikut hawa nafsu dan menjadi bahan bagi api neraka)
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2005 10:41 PM | Show all posts

sambungan jawapan

Sejarah Ahlus Sunnah dan juga Syiah telah sepakat bahawa jemaah yang dimaksudkan itu adalah yang telah dibai'ahkan dengan mengikut susunan iaitu Hadhrat Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Mua'wiyyah r.a. Mereka mesti diakui sebagai khalifah kerana seluruh dunia samada Arab, A'jam timur dan barat ditakluki oleh Islam dibawah tentera- tentera mereka.
At-Tabarsi telah menyebutkan di dalam sebuah kitab Syiah yang Mu'tabar iaitu Al-Ihtijaj cetakan Iran muka surat 48. Yang bermaksud:

"Tidak ada seorangpun dikalangan umat itu yang berbai'ah secara paksa selain daripada Ali dan empat orang sahabat kita.

Mereka  kelima- lima tokoh itu telah melakukan bai'ah dengan taqiyyah. Maka mereka sendirilah yang telah menyabitkan diri sebagai munafiq bilamana keempat- empat sahabat itu bersama Saidina Ali telah melakukan bai'ah.
(lihat Ar-Raudhah Minal Kafi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2005 10:43 PM | Show all posts

sambungan jawapan

Dalil ketiga bagi perkataan al-jamaah;
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.                    
                                                                  ~Surah At- Taubah Ayat: 100 ~

Muhajirin dan Ansar yang tersebut dalam ayat di atas adalah sahabat- sahabat r.a yang mendahului sekalian umat (dari segi keutamaan) dan umat yang terbaik.Orang- orang yang bersama mereka dengan baik dan pengikut- pengikut mereka juga akan mendapat keredhaan Allah, mereka akan dimuliakan untuk mendapat kejayaan dan syurga. Ini kerana semua sahabat r.a adalah Ahlu Sunnatin Nabi s.a.w dan pengikut- pengikut Muhajirin dan Ansar. Kerana itu mereka dan semua pengikut mereka sehingga kiamat adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berada diatas kebenaran bersesuaian dengan keputusan yang diberikan Al- Qur'an serta mereka mendapat kejayaan di dalam agama dan di dunia serta mendapat syurga Allah

semoga anda semua membacanya dgn hati yg terbuka dan pikiran yg lapang...
insyaallah akan dikemukakan nanti kewajipan mengikut ahlussunnah berdasarkan kitab2 ahlussunnah dan syiah
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2005 10:56 PM | Show all posts
tulisan viper....
Apakah kehendak Al-Quran itu menyuruh umat Islam berpegang teguh pada ASWJ?? Kalau begitu adakah kehendak al-Quran juga yang mengatakan Syiah itu sesat atau salah?? Bawakan suatu dalil yg boleh menyokong jawapan anda.(tolong jawab soalan 2 dahulu  dengan mudah dan ringkas)


1-Apakah kehendak Al-Quran itu menyuruh umat Islam berpegang teguh pada ASWJ

jawapan sudah dikemukakan diatas...sila baca dgn teliti

2-Kalau begitu adakah kehendak al-Quran juga yang mengatakan Syiah itu sesat atau salah??

inikah soalan org yg berilmu...kalau begitu adakah kehendak al-quran yg mengatakan ayah pin, hasan anak rimau dll itu sesat....
al-quran menggariskan dasar2 agama dlmnya spt contoh...
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا
an-nisa' 116
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh
dlm tu sebut sapa yg syirik...jadi kalau sapa syirik spt memberi sifat ketuhanan kpd manusia spt nak minta tolong minta dgn manusia mcm syiah nak minta tolong minta dgn imam ali spt kata mereka ya ali madad (tolonglah) itu sudah bermakna syirik krn dlm quran allah berfirman
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

jadi tak kira nama apapun asalkan tidak mengikut quran maka sesatlah dia walaupun dia mendakwa ahlussunnah sekalipun...
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 2-1-2006 09:13 AM | Show all posts
Adakah wakil-wakil Syiah sudah terkaku dengan penjelasan sheir'ali?:hmm:
Reply

Use magic Report

muser This user has been deleted
Post time 2-1-2006 10:26 AM | Show all posts
atau mrk nak tunggu penjelasan seterusnya dr sheir'ali
kalau begitu cepatlah sikit keluarkan penjelasan seterusnya duhai sheir'ali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066960 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list