CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134467|Reply: 362

KERAJAAN MELAYU PATANI (PATTANI)

[Copy link]
Post time 30-7-2004 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Sehingga hari ini... orang Melayu di Pattani masih merasakan bahawa mereka dijajah oleh bangsa Siam. Untuk memahami ini kita perlu susuri galur perjuangan pahlawan-pahlawan bangsa di sana...Banyak kerahsiaan sehingga hari ini tidak diketahui oleh orang awam di Malaysia... sedangkan ianya perjuangan bangsa kita sendiri. Kita perlu susun sejarah bangsa kita agar anak cucu kita di kemudian hari tidak terkapai-kapai sepertimana kita pada hari ini apabila mencari sejarah sendiri.


Patani diambil oleh Siam dari tangan Inggeris pada tahun 1946, walaupun Siam telah menakluki Patani pada tahun 1785. Sebelum itu, pada tahun 1640, Patani dan Legor pernah mengalahkan Siam di Ayuthaya.

Orang-orang Melayu sejak zaman dulu tidak pernah bersatu. Inilah yang membuka peluang kepada kaum penjajah menjajah dan menakluki negeri-negeri Melayu. Pembelotan, pengkhianatan dan rebutan kuasa menyebabkan negeri-negeri Melayu tewas ditangan musuh.

Contohnya ialah di Patani sendiri. Sewaktu raja Patani sedang membuat persiapan berperang dengan Siam, Raja Jambu telah menghulurkan tangan bersekongkol dengan Siam menyerang Patani. Raja Patani diusir dari buminya sendiri. Siam, juga tidak percaya kepada kepada Jambu dan tidak mengangkat raja Jambu menjadi raja di Patani.

Situasi di Patani adalah sama saja walaupun berada dalam era yang berbeda. Yang menentang Siam tidak boleh pulang ke Patani; yang mengampu atau menyokong Siam diangkat menjadi besar. Melalui mereka inilah Siam masih boleh menjajah rakyat Patani.

Sejarah moden Siam bermula hampir sama dengan sejarah proklamasi Amerika  Syarikat (1776) iaitu pada tahun 1781 apabila pemberontak membunuh raja  gila mereka bernama Phaya Taksin. Rama Thibodi, seorang general di perbatasan  Khmer/Kemboja diinobatkan sebagai Raja Siam. Di sinilah bermulanya dinasti  Rama Chakri. Dengan kekuatan bala-tenteranya, Rama Thibodi menyerang semula  Legor. Dari Legor, Rama Thibodi menyerang Gerbi, Terang, Setul; dan kemudiannya  menyerang Kedah. Ekpedisi ini diteruskan ke atas Singgora, Patalung dan  Patani.

Sejarah bagi negeri-negeri di utara Tanah Melayu adalah kompliketed dan kabur. Bahan-bahan sejarah tidak cukup untuk dijadikan rujukan dan pedoman. Misalnya Langkasuka, berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa ialah nama Kedah Tua. Tetapi berdasarkan kepada pengakuan cendikiawan Patani, Langkasuka itu terletak di Patani. Bagaimanapun Langkasuka bukanlah entiti kepada sebuah bandar, melainkan identiti kepada sebuah pemerintahan.

Langkasuka itu merangkumi Patani, Kedah, Setul dan selatan  Thailand termasuk selatan Burma. Pusat pemerintahan Langkasuka terletak  di Legor (atau Nakorn Srithammarat, dalam Bahasa Thai). Lukman Iskandar yang tidak asing lagi sebagai pemimpin pejuang Pattani ialah Chaukonsaman XIIIV, keturunan raja-raja  Langkasuka  yang memerintah di Legor... nama macam Siam tetapi anak Melayu! Apabila Siam tawan Legor pada tahun  1680, Siam  menghapuskan pemerintahan beraja di Legor.  Keturunan ini telah  dinobatkan  oleh Siam menjadi raja di Setul, sebuah negeri kecil yang menjadi  buffer  state diantara Siam dengan Melayu; bersemanyam di Kuala Bara. Maka  raja  di Kuala Bara terkenal dengan nama Chakunbara Pakdee. Chaokunsaman  X menjadi  Chaokunbara Pakdee I di Kuala Bara. Kuala Bara menjadi pusat  pemerintahan  di bagian barat daya (pantai barat Selatan Siam). Proses penaklukan  Siam  ke atas Tanah Melayu mengambil masa berabab lamanya. Siam tidak menawan   negeri-negeri Melayu sekali gus.



[bersambung]

[ Last edited by  riccckyyy at 2-8-2006 01:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2004 04:58 PM | Show all posts
Kuala Bara sebagai Pusat Pemerintahan

Kuala Bara adalah pusat pemerintahan bagi Setul Bambang Negara. Setul berasal dari istilah  Muang Santhorn. Nama ini diperkenalkan oleh Siam untuk menyebut daerah-daerah yang ditaklukinya pada tahun 1680. Daerah-daerah ini adalah milik Legor. Apabila Siam menghapuskan pemerintahan beraja di Legor, Raja terakhir Langkasuka yang bergelar Chaokunsaman XV dihantar menjadi  raja di Setul, memakai gelaran Chaokunbara Pakdee I, bersemanyam di Kuala Bara.

Pada tahun 1787, dua tahun selepas penaklukan ke atas Kedah dan Patani, Raja  Rama I, menghantar puteranya yang bernama Issara Santhorn menjadi wakilnya  di Setul. Berkebetulan dengan nama asal negeri Setul dan nama puteranya,  Issara Santhorn, Siam memanggilnya dengan nama Muang Santhorn. Issara Santhorn  berkahwin dengan puteri Chaokunbara Pakdee I bernama Phranang Chaokunbara  dan mempunyai seorang putera bernama Putera Thap. Putera Thap juga dikenali  dengan nama Phranang Klao.

Apabila Rama I mati, Issara Santhorn dibawa kembali ke Bangkok dan ditabalkan  sebagai Rama II bagi Dinasti Rama Chakri. Putera Thap ditabalkan menjadi  Chaokunbara Pakdee II. Apabila Rama II mati, Putera Thap (Chaokunbara Pakdee  II) telah dimahkotakan sebagai Rama III. Phranang Chaokunbara I, isterinya  dilantik menjadi Raja Perempuan Setul Bambang Negara (Muang Santhorn). Putera Thap (Chaokunbara Pakdee II) selepas kematian isterinya melantik anak perempuannya menjadi raja di Setul bergelar Phranang Chaokunbara II. Phranang Chaokunbara II berkahwin dengan anak raja Nongchik bernama Chaokun Lah Raden Puteh.


14 Wilayah di Selatan Thailand.

Apabila Putera Thap mati, penggantinya, Mongkut, menghapuskan perlantik raja-raja Setul sebagai Chaokun. Sebaliknya Mongkut melantik Khaluwong (Gabenor) untuk menjadi ketua kerajaan di Setul.. Mongkut digantikan oleh Chulalongkorn. Chulalongkorn terus melakukana kezaliman ke atas orang-orang Setul. Pada tahun 1909, Chulalongkorn mengusir Phranang Chaokunbara dan suaminya keluar dari Setul atas alasan bersekongkol bersama wilayah-wilayah Patani, Kedah dan Mergui menentang Rama Chakri.

Phranang Chaokunbara II dengan suaminya yang bernama Chaokun Lah Raden Putih dari Nongchik melarikan diri ke Malaya. Putera lelaki mereka bernama Hussin. Putera Hussin sepatutnya diangkat menjadi Chaokunbara Pakdee III. Maka Hussin hidup sebagai orang biasa.

Putera Hussin mempunyai anak lelaki bernama Osman Thani. Osman Thani membuka sebuah pondok di Setul di sebuah tempat bernama Teluk Serai, berdekatan dengan Kuala Bara. Di sinilah Lukman Iskandar dilahirkan.

Dalam salasilah Chaokunbara Pakdee - Putera Hussin ialah Chaokunbara Pakdee III, Osman Thani sebagai Chaokunbara Pakdee IV, dan Lukman Iskandar sebagai Chaokunbara Pakdee V.

Manakala berdasarkan kepada keturunan Langkasuka, Chaokunbara Pakdee I ialah Chaokunsaman XV. Chaokunbara Pakdee II ialah Chaokunsaman XVI dan beliau juga menjadi Raja Siam bergelar Rama III.. Rama III tidak mempunyai putera. Sebab itu selain dari melantik isterinya menjadi raja perempuan di Setul bergelar Phranang Cahokunbara I, dan kemudiannya digantikan oleh puterinya bergelar Phranang Chaokunbara II.

Negeri-negeri Melayu , dalam banyak hikayat atau sejarah, pernah diperintah oleh raja-raja perempuan. Kedah, di waktu Raja Bersiong melarikan diri, diperintah oleh Raja Perempuan (Permaisurinya). Tun Teja juga pernah dikatakan dalam sejarah Melaka bertindak sebagai raja perempuan ketika rajanya menjadi tak upaya. Patani juga diperintah oleh raja-raja perempuan dalam jarak waktu yang agak panjang.

Maka Setul juga diperintah oleh raja perempuan dalam dua era berturut-turut hinggalah dihapuskan sistem beraja di Setul oleh Chulalongkorn (Rama V). Phranang Chaokunbara I tidak boleh digelar Chaokunsaman XVII atau Phranang Chaokunbara II tidak boleh digelar Chaokunsaman XVIII. Maka gelaran-gelaran ini jatuh kepada Putera Hussin sebagai Chaokunsaman XVII dan Osman Thani sebagai Chaokunsaman XVIII. Maka Lukman Iskandar ialah Chaokunsaman Pakdee ke XIX atau Chakunbara Pakdee V.

Integrasi Siam dengan Setul atau dengan Melayu terjadi sejak beberapa abab. Patani  pernah serang dan tawan Ayutthaya pada tahun 1640. Patani pernah tawan Legor.  Legor pernah takluk dan tawan Patani. Legor pernah memerintah hingga ke  selatan Semenanjung Tanaha Melayu. Tumasek diperintah oleh Tamuki, anak  Raja Legor, menantu kepada Raja Patani (1401). Anak raja Jawa, Parameswara  lari dari Majapahit ke Tumasek. Parameswara bunuh Tamuki. Apabila Legor  hantar armada menggempur Tumasek, beliau lari dan buka negeri di Melaka  dan tukar nama kepada Megat Iskandar Shah.

[ Last edited by Laxamana. on 30-7-2004 at 05:27 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 05:06 PM | Show all posts
Hubungan Kerajaan Melayu Patani dengan Siam amat unik sebelum ianya 'ditelan' oleh Siam hasil 'perkongsian pintar' Siam dengan British. Yang rugi... orang-orang Melayu. Punca asal, Melayu tak bersatu.

Kedudukan Patani yang hampir dengan Siam menjadikan hubungan kedua-dua kerajaan agak istimewa. Bagaimanapun, para pengkaji sejarah masih belum dapat mempastikan dengan jelas bilakah bermulanya hubungan antara Patani dengan Siam. Sumber-sumber tradisional Siam mendakwa bahawa kerajaan - kerajaan Kesultanan Melayu di Semenanjung berada di bawah naungan Siam sejak Zaman Sukhothai pada kurun ke-13 lagi. Dakwaan itu dibuat berdasarkan inskripsi Raja Ramkhamhaeng bertarikh 1292 T.M. yang dijumpai di Nakhorn Sri Thammarat. Kononnya Raja Ramkhamhaeng menghantar ekspedisi ke Selatan Semenanjung dan menakluk kerajaan-kerajaan Melayu di situ. (Hall 1966, 166). Catatan  itu bagaimanapun  tidak menyebut bahawa Patani sebagai sebuah kerajaan yang ditakluk oleh Kerajaan Ramkhamhaeng. Adalah mustahil sebuah kerajaan yang terkenal seperti Patani tidak mendapat perhatian pencatat-pencatat di Raja.

Justeru terdapat sarjana Siam sendiri yang meragui kesahihan catatan Ramkhamhaeng itu. Mereka kurang yakin bahawa kerajaan Sukhothai pernah menguasai kerajaan Melayu Patani. Mereka  berpendapat  itu  hanyalah  suatu  dakwaan  yang bertujuan mengagung-agungkan kerajaan Ramkhamhaeng.

Kerajaan Sukhothai mulai merosot dalam pertengahan kurun ke-14 dan diambil oleh kerajaan baru yang berpusat di Ayuthia. Pusat pemerintahannya  telah  berpindah  ke Ayuthia pada 1350 T.M. dan menjadi sebuah negeri yang kuat di sebelah utara.

Hubungan kerajaan Melayu Patani dengan Ayuthia dipercayai telah wujud sejak pada masa ini lagi. Bagaimanapun corak hubungannya tidaklah begitu jelas. Sungguhpun begitu, terdapat asas yang mencerminkan wujudnya perhubungan antara kedua-dua kerajaan tersebut sebagai kerajaan yang sama tinggi tarafnya. Hikayat Patani ada membicarakan hubungan antara Patani dengan Kerajaan Ayuthia yang menyebut Sultan Mudzafar Shah sebagai berkata, "Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracaupun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua". Maka sembah segala menteri, "Daulat Tuanku, Sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia itu supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 05:11 PM | Show all posts
Semenjak Pemerintahan Beraja Melayu dihapuskan pada tahun 1902, orang Melayu Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang 'misgoverned'. Justeru, tidaklah hairan apabila kekacauan seringkali berlaku di wilayah selatan antara tahun 1910 hingga 1923. Dalam masa pemerintahan Pibul Songgram (1939-44), orang Melayu telah menjadi mangsa dasar asimilasi kebudayaan atau dasar Rathaniyom.

Tindakan Pibul Songgram memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membetulkan ketidakadilan yang dikenakan ke atas mereka oleh Perjanjian Bangkok (1909). Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pegawai berpangkat Major dalam pasukan Force 136, pernah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungan dengan Tanah Melayu. Harapan mereka bertambah cerah apabila kuasa-kuasa besar dalam persidangan di San Francisco pada bulan April 1945 telah berjanji akan membantu untuk membebaskan mana-mana negeri yang terjajah berasaskan prinsip hak menentukan nasib sendiri (self-determination)

Pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada 憄enjajahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 05:13 PM | Show all posts
Patani Diserang oleh Kerajaan Chakri

Selepas Phya Taksin berjaya mengalahkan Burma di Ayuthia dalam tahun 1776, Siam telah menumpukan pula perhatiannya ke atas negeri-negeri di selatan semenanjung yang telah mengisytiharkan diri semasa perang Burma-Siam dahulu. Negeri-negeri di Selatan Semenanjung
iaitu Ligor, Songkhladan Pattalung telah diserang oleh Siam. Keadaan ini menyebabkan raja negeri-negeri tersebut terpaksa mencari perlindungan di Patani. Oleh kerana pemerintahnya, terpaksa tunduk kepada desakan Siam supaya raja-raja tersebut diserah kepadanya. Pada tahun 1779, Sultan Muhammad pula telah dipaksa memberi bantuan kepada Siam untuk menentang Burma. Apabila Sultan Muhammad enggan membuat demikian, Phraya Chakri telah memerintah adiknya, Putera Surasi, dengan dibantu oleh Phraya Senaphutan, Gabenor Pattalung, Palatcana dan Songkhla supaya menyerang Patani pada tahun 1785 (Gresick 1976, 127; Thadeus & Chadin Flood 1978, 15 dan Wenks 1968,101). Walaupun kerajaan Melayu Patani cuba mempertahankan diri tetapi Siam telah berjaya menguasai Patani pada tahun berikutnya.

Sultan Muhammad pula telah syahid dalam pertempuran dengan pihak Siam (Light 1786)1 . Akibat kekalahan itu, seramai 4,000 orang Melayu Patani telah dijadikan tawanan dan dibawa ke Bangkok sebagai hamba tebusan.Berikutan kejatuhan Patani itu, Tengku Lamidin, Raja Bendang Badan,telah dilantik oleh Siam sebagai Raja Patani yang baru. Tengku Lamidin bagaimanapun tidak lama berkuasa. Dalam tahun 1791, Tengku Lamidin telah bersatu dengan Raja Annam yang beragama Islam, Okphaya Cho So, dan memberontak serta menyerang kedudukan tentera Siam di Tiba, Chanak, Songkhla dan Saiburi.Dalam kebangkitan itu, Tengku Lamidin telah dibantu oleh Sheikh Abdul Kamal, seorang ulama berasal dari Mekah, tetapi gagal (Teeuw & Wyatt 1970, 23).Kemudian pihak Siam, atas cadangan Ligor, telah melantik Datuk Pengkalan sebagai Raja Patani. Pada tahun 1808 Datuk Pengkalan juga bangkit menentang Siam. Walau bagaimanapun, pemberontakan itu juga telah dapat dipatahkan oleh Siam setelah mendapat bantuan kerajaan pusat di Bangkok Kerajaan Melayu Patani telah dipecahkan kepada tujuh buah negeri atau hua muang untuk melemahkan orang Melayu Patani.

Di tiap-tiap buah negeri itu, telah dilantik seorang raja atau chao muang di bawah pengawasan Songkhla. Dengan perubahan ini, maka berakhirlah keagungan Kerajaan Melayu Patani. Kini Kerajaan Melayu Patani hanyalah salah sebuah dari negeri yang baru dibentuk. Tujuh buah negeri tersebut dan raja-raja pemerintahnya adalah seperti berikut (Bonney, R 1971, 79).:
Patani Tuan Sulung
Teluban Nik Dir
Nongchik Tuan Nik
Jalor Tuan Yalor
Jambu Nai Pai
Rangae Nik Dah
Reman Tuan Mansur

Dengan memecahkan kerajaan Melayu Patani, kerajaan Siam percaya mereka dapat melemahkan orang Melayu Patani daripada bangkit menentang.Sejajar dengan itu arahan raja telah dikeluarkan kepada raja-raja negeri Melayu bahawa hukuman mati ataupun penjara akan dikenakan terhadap mana-mana raja, termasuk keluarga mereka, sekiranya mereka memberontak atau menderhaka. Untuk mengukuhkan lagi penguasaannya ke atas negeri-negeri Melayu, kerajaan Siam telah melantik Raja Jambu, Nai Rai, seorang berketurunan Siam, sebagai wakil kerajaan pusat bagi mengawasi raja-raja di negeri lain. Sementara itu, kerajaan Siam juga memindahkan orang-orang Siam ke negeri-negeri tersebut dengan tujuan mengimbangkan penduduk yang berketurunan Melayu.

Pada tahun 1821, Siam menyerang pula Kedah dan memaksa Sultan Abdullah melarikan diri ke Pulang Pinang (Rahmat Saripan 1979, 83). Kekuasaan Siam ke atas negeri-negeri Melayu tersebut telah diakui oleh British seperti mana terbukti dengan termeterainya Perjanjian Burney dalam tahun 1826.

Dari tahun 1817 hingga tahun 1842, Patani telah diperintah oleh sekurang-kurangnya dua orang Raja Melayu. Orang yang pertama memegang jawatan itu ialah Tuan Sulong, anak Raja Bendahara Kelantan, Long Jenal. Baginda telah memegang jawatan itu sehingga tahun 1832 apabila baginda disingkirkan kerana terlibat dalam kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1831. Berikutan penyingkiran itu, pihak Siam melantik pula Nik Yusof, yang berasal dari Grisek, sebagai Raja Patani. Semasa berlakunya kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1838, Nik Yusof tidak terlibat. Dalam tahun 1842, Nik Yusof dilantik menjadi Raja Jering berikutan kematian Nai Him Sai. Bagi mengisi kekosongan itu, Siam melantik Tuan Besar Tun Ahmad, Raja kampong Laut dan bekas Perdana Menteri Kelantan sebagai Raja Patani. Sejak itu sehingga 1902, Patani telah diperintah oleh Tuan Besar dan keturunannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 05:13 PM | Show all posts
Kerajaan Melayu Patani di Bawah Keluarga Tuan Besar

Di antara ketujuh-tujuh buah negeri Melayu bekas kerajaan Melayu Patani,negeri Melayu Patani adalah yang paling berpengaruh. Dari tahun 1842 sehingga 1902, negeri Patani telah diperintah oleh keturunan Tuan Besar Tuan Ahmad, bekas Perdana Menteri Kelantan dan juga Raja Kampung Laut semasa Kelantan di bawah pemerintahan Long Jenal (1837-39) (Rahmat Saripan 1979, 72-73). Perlantikan Tuan Besar sebagai Raja Patani dalam tahun 1842 itu mempunyai kaitan dengan pergolakan politik di Kelantan dalam tahun 1838-39 yang dikenali sebagai Peperangan Saudara II.

Peperangan saudara itu berpunca daripada perebutan takhta antara Long Senik Mulut Merah atau Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar Tun Ahmad, Raja Kampung Laut. Walaupun telah diiktiraf sebagai Sultan oleh Siam, Sultan Muhammad II masih curiga di atas kehadiran Tuan Besar dalam politik Kelantan. Baginda menganggap Tuan Besar sebagai pencabar utama terhadap kedudukannya sebagai Sultan kerana hubungan rapat Tuan Besar dengan Long Jenal, musuh politiknya. Pada pendapat Sultan Muhammad II,selagi Tuan Besar tidak disingkirkan dari Kelantan maka selama itu kedudukan baginda di atas takhta belum kukuh. Justeru, tidaklah hairan Sultan Muhammad II mengetepikan Tuan Besar daripada memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan. Walaupun ada ura-ura untuk melantik Tuan Besar sebagai Raja Bendahara namun tidak ada bukti menunjukkan bahawa jawatan itu pernah ditawarkan kepada Tuan Besar secara rasmi. Sebaliknya, sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Muhammad II, jawatan itu dipegang oleh mereka yang bukan daripada kalangan kerabat diRaja (Rahmat Saripan 1979, 115). Di samping itu, hak Tuan Besar ke atas Kampung Laut juga dikatakan telah dihapuskan oleh Sultan. Keadaan ini akhirnya mencetuskan penentangan bersenjata secara terbuka di antara Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar.

Kedua-dua belah pihak telah meminta pihak berkuasa Siam untuk campur tangan supaya menyebelahi mereka. Pada pertengahan tahun 1839, Phraya Phipath telah menghantar wakilnya ke Kelantan untuk mendamaikan konflik yang berlaku di antara kedua-dua pihak tetapi gagal. Pada 7 Julai 1839, Siam sekali lagi telah menghantar misi damai tetapi kali ini kedatangan misi itu telah disertai sebilangan anggota tentera Phraya Chaiya. Ketua misi itu telah memaksa kedua-dua pihak itu supaya berhenti berperang dan pergi ke Songkhla untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Berikutan tekanan itu kedua-dua pihak berangkat ke Songkhla. Bagaimanapun, Tuan Besar telah diminta oleh Gabenor Songkhla pergi ke Bangkok untuk berunding dengan Raja Siam, Rama III (1824-51) mengenai masalah tersebut.

Dalam peristiwa tersebut pihak Siam lebih menyokong Sultan Muhammad II. Semasa Pemergian Tuan Besar ke Bangkok, Sultan Muhammad II, dengan disokong oleh Phraya Chaiya, telah melancarkan serangan ke atas kubu Tuan Besar dan menjelang bulan Ogos 1839, Sultan Muhammad II telah berjaya menumpaskan penentang-penentangnya.

Di Bangkok, Tuan Besar telah ditawarkan oleh Rama III jawatan sebagai Raja Patani sebagai satu penyelesaian politik terhadap masalah di Kelantan.Tawaran itu dibuat berikutan berlakunya kekosongan jawatan Raja negeri di Patani selepas Nik Yusuf, raja Patani, dilantik sebagai Raja Jering. Pada peringkat awalnya Tuan Besar agak keberatan untuk menerima tawaran itu tetapi setelah melihat kuasanya sebagai Perdana Menteri telah berkurangan dan ramai pula pengikutnya yang berpaling tadah, maka tawaran itu telah diterimanya. Pada pertengahan tahun 1842, Tuan Besar bersama pengikut-pengikutnya yang setia telah berangkat ke Patani. Dengan itu terdirilah wangsa Tuan Besar di Patani. Setelah disahkan oleh Rama III sebagai Raja Patani, Tuan Besar telah menukar namanya kepada Sultan Muhammad dan memakai gelaran Phya Pipik Pakdi. (Ibrahim Syukri) Kebetulan dengan perlantikan baginda sebagai Raja Patani, Kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbirannya terhadap negeri-negeri Melayu. Kerajaan Siam telah memberikan kuasa mentadbir tanpa campur tangan daripada pegawai-pegawai Siam. Raja-Raja Melayu hanya dikehendaki menghantar bunga Emas dan Perak setiap tiga tahun sekali ke Bangkok serta berikrar tidak akan menderhaka kepada kerajaan Siam.

Perubahan dasar Siam terhadap negeri-negeri Melayu dewasa itu mempunyai hubungan rapat dengan dasar kerajaan Rama III yang ingin mengekalkan keamanan dan keselamatan negeri Siam itu sendiri. Sebagaimana ditegaskan oleh Mills, Rama III menyedari bahawa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2004 05:14 PM | Show all posts
Berakhirnya Pemerintahan Beraja Melayu Patani

Sepanjang pemerintahan Sultan Muhammad (1842-56) dan dua orang penggantinya, Tengku Puteh (1856-81) dan Tengku Besar (1881-90), Negeri Patani berada dalam keadaan aman. Kerajaan Siam masih membenarkan Raja-Raja Melayu menguruskan pentadbiran dalam negeri. Bagaimanapun semasa Patani berada di bawah pemerintahan Tengku Sulaiman Syarifuddin (1890-98), Chulalongkorn, Raja Siam, mula merancang untuk menyusun semula pentadbiran wilayah mengikut sistem Thesaphiban. Di bawah peraturan ini, kerajaan negeri tidak lagi mempunyai kuasa otonomi dan dengan itu juga Raja-Raja Melayu akan kehilangan kedaulatan mereka. Tindakan kerajaan Siam itu telah mencetuskan konflik di antara Raja-Raja Melayu Patani dengan kerajaan Siam sehingga membawa kepada penahanan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Raja Patani, pada tahun 1902.

Pada 18 Januari 1896, Chulalongkorn memberitahu Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri Siam, betapa pentingnya pentadbiran wilayah disusun semula. Antara lain baginda menegaskan If we do not put our administration in order, we will not have enough income, which is the source of the power needed to defend the country. The expansion of the earnings which result from the facilitation of the people抯 methods of earning their livelihood and making a living out of the produce of the soil. The strengthening and the retionalization of the administration and the development of the economy are therefore the ultimate aims of this kingdom (Tej Bunnag 1977, 91).

Terdapat beberapa sebab yang jelas mengapa kerajaan Siam membuat keputusan mengubah dasar pemerintahannya terhadap negeri-negeri Melayu. Perubahan dasar pemerintahan Siam ini mempunyai pertalian rapat dengan pengolakan yang berlaku di rantau Asia Tenggara dalam tahun-tahun 1890-an (Iraklein 1968, 52-68; Chandran 1971, 143-59). Kehadiran kuasa-kuasa penjajah dengan dasar imperialisma mereka di Asia Tenggara telah menimbulkan kebimbangan Siam terhadap keutuhan wilayahnya, terutamanya wilayah-wilayah yang terpencil dari kawalan kerajaan pusat di Bangkok seperti negeri-negeri Melayu di Selatan Siam. Kerajaan Siam khuatir sekiranya wilayah-wilayah ini tidak disatukan di bawah kekuasaan Siam kemungkinan besar wilayah-wilayah tersebut akan dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.

Dalam tahun-tahun 1890-an, kuasa-kuasa Perancis dan British berlumba-lumba meluaskan kawasan jajahan masing-masing di rantau ini. Perlumbaan mereka telah sampai ke kemuncaknya pada tahun 1893 (Claire Hirshfield 1968, 35-38). Perancis berjaya mencapai matlamatnya di timur Sungai Mekong dengan menggunakan kekerasan ke atas Siam, manakala British pula menumpukan perhatian ke kawasan di timur laut Burma dan selatan China, dan juga di negeri-negeri Melayu Utara sehingga ke Segenting Kra. Walaupun pihak British menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah Siam namun sejak tahun-tahun 1890-an lagi perwakilan British di Tanah Melayu telah mendesak supaya pengaruh British diperluaskan ke negeri-negeri Melayu utara sehingga ke Segenting Kra (Ira Klein 1968, 62-68; Chandran, J 1971,143-59). Pada tahun 1896, setelah Frank Swettenham menjadi Residen-Jeneral yang pertama bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu, kempen untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu utara itu dengan jajahan British semakinrancak.

Keadaan semakin bertambah genting dengan termeterainya pengisytiharan British-Perancis pada 15 Januari 1896 (Chandran, J 1970, 105-120).Pengisytiharan itu hanya memperakui kedaulatan wilayah Siam di Lembah Chao Phraya sahaja dan tidak menyentuh tentang keadaan di Negeri-negeri Melayu utara. Sungguhpun pengisytiharan itu memperakui kedaulatan wilayah Siam di Lembah Chao Phraya, Siam bimbang kerana syarat tersebut tidak menghalang Peranchis atau British mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggugat kemerdekaan kerajaan Siam. Jelas di sini bahawa pengisytiharan itu tidak menjamin kemerdekaan dan keutuhan wilayah Siam tetapi memberi peluang kepada kerajaan Siam untuk merombak sistem pentadbiran wilayah.

Cadangan Chulalongkorn itu telah disokong oleh Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri. Selepas membuat beberapa tinjauan mengenai sistem pentadbiran wilayah, Putera Damrong mencadangkan kepada Chulalongkorn supaya pentadbiran wilayah disusun semula mengikut Sistem Thesaphiban (Nantawan Haemindra 1976). Di bawah Sistem Thesaphiban, pentadbiran wilayah akan disusun dan dikumpulkan ke dalam satu unit yang dikenali sebagai Monthon. Tiap-tiap Monthon ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi (Khaluang Thesaphiban) yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. Di bawah sistem ini juga, semua kakitangan kerajaan dari peringkat atas sehingga ke peringkat bawah dibayar gaji mengikut skim kebangsaan.

Setelah memperoleh persetujuan daripada Chulalongkorn, dalam bulan Mei 1897, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Akta Pentadbiran Daerah (Phraratchabanyat laksana pakkhrong thongthi) (Tej Bunnag 1977, 118). Pada bulan Februari 1899, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan pula Peraturan Mengenai Pentadbiran Wilayah (Kho bangkhap pokkhrong huamung).

Peraturan tersebut memberi kuasa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk melumpuh dan menghapuskan "whatever remained of the provincial administration independent existence". Di bawah peraturan ini, jawatan raja Negeri ataupun Gabenor tidak lagi bersifat 憇emi-hereditary
Reply

Use magic Report

VanRizwan This user has been deleted
Post time 30-7-2004 05:51 PM | Show all posts
:: wow, panjangnye ::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2004 10:22 AM | Show all posts
Banyak lagi bahagian sejarah Kerajaan Melayu Pattani ni... nanti lah dibawakan. Tu pun dah banyak dah... Apa yang berlaku bebaru ni bila lebih 100 anak Melayu mengamuk dan dibunuh tentera Siam tak lain dan tak bukan kerana menuntut hak yang dirampas oleh bangsa Siam di Selatan Thailand. Sepatutnya PBB boleh membuat referendum dan jikalau  undi majoriti mahukan pemerintahan autonomi seperti di Timor Timur, sekarang Timor Leste maka dapatlah Melayu memerintah semula tanah air mereka... namun kerana Pattani tu Islam maka tak dapatlah PBB menolong... inilah bukti Amerika dll memusuhi Islam dan bukan semata-mata kerana memperjuangkan demokrasi... demokrasi untuk negara mereka, apa mereka peduli dengan demokrasi orang lain... bab membolot kekayaan tu hasil sampingan dari permusuhan itu sendiri... itu pun target utama juga. Penjajah zaman moden.

Ingat dulu, penjajah datang untuk 3 perkara. Ini terdapat dalam buku-buku orang putih.... ianya atas konsep 3G iaitu Gold, Gospel,and Glory.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2004 11:31 PM | Show all posts
"Raja Jambu telah menghulurkan tangan bersekongkol dengan Siam menyerang Patani. "

Saya tidak bersetuju dengan fakta yang dikemukakan di atas oleh LAXAMANA. Raja Jambu yang asal tidak pernah bersekongkol dengan Siam...malah turut sama menentang Siam dalam perang terutamanya dalam perang tahun 1785 yang membawa kepada kejatuhan Patani.
Orang yang bertanggungjawab membocorkan rahsia pertahanan Patani ialah panglima perang sultan Patani sendiri yang berketurunan Siam Buddha. Sila rujuk "Sejarah Kerajaan Melayu Patani", oleh Ibrahim Syukri.
Selepas Patani berjaya ditewaskan, panglima Patani yang belot itu telah dilantik menjadi Raja Jambu yang baru. Raja Jambu yang asal dikatakan syahid dan keturunannya telah lari ke Kelantan. Jadi keturunan panglima yang belot itulah yang merajai Jambu hingga kini. Banyak keistimewaan yang diperolehi oleh keturunan pembelot itu hingga kini sebagai balasan menyebabkan kehancuran patani.

Jadi, saya sebagai keturunan Raja Jambu yang asal membangkang fakta yang cuba dikemukakan oleh saudara di atas.:gado:

[ Last edited by tongkatali on 1-8-2004 at 11:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2004 01:24 AM | Show all posts
pasal kat Pattani tu mmg complicated sket..

ingat duluuuuuuuuuuu (sbb tatau actual thn dia baper)
uncle kawin dgn auntie ni org sana
so yg pegi atok+nenek dgn menantu2 perempuan je
ayah dgn abg dia tak pegi sbb time tu mmg bahaya kalo org lelaki ni pegi
even sampai sekrg pon
auntie tu kalo nak balik sana dgn kazen bimbang jugak
dia kata biasa la... budak2 lelaki muda ni.. tiba2 je hilang
tapi cite sbnr yg sedalam2nya mcm saudara tulis kat atas tu
tak reti la nak komen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2004 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 2004-7-31 11:31 PM:
"Raja Jambu telah menghulurkan tangan bersekongkol dengan Siam menyerang Patani. "

Saya tidak bersetuju dengan fakta yang dikemukakan di atas oleh LAXAMANA. Raja Jambu yang asal tidak  ...


Assalamu'alaikum. Perkara ini dari versi Patani bahawa Raja Jambu telah menghulurkan tangan bersekongkol dengan Siam menyerang Patani. Saudara yang mendakwa diri  sebagai keturunan Raja Jambu menafikannya dan mengatakan panglima Raja Jambu yang belot... bukan Raja nya. Itu berlaku sewaktu pecah perang dan hampir berkecamuk. Ramai orang Melayu yang terkorban dan yang pastinya Siam Ayuthiya yang menang dan Siam sendiri tak mengiktiraf keturunan asal Raja Jambu kerana di anggap gergaji dua mata oleh mereka, di sebelah Siam mengakui sokong Siam, di sebelah Patani mengaku menyokong orang Islam... sebab itu lah seperti kamu katakan keturunan Raja Jambu tak diangkat menjadi Raja di Patani. Sekarang pun perjuangan rakyat Patani hanya mengiktiraf raja dari keturunan Lukman Iskandar yang tidak asing lagi sebagai pemimpin pejuang Pattani atau nama lainnya  Chaukonsaman XIIIV, keturunan raja-raja  Langkasuka yang turut meliputi Kedah Tua yang memerintah di Legor dulunya. Mengapa rakyat tidak mengangkat keturunan Raja Jambu saya tidak dapat mengatakan apa-apa.

[ Last edited by Laxamana. on 2-8-2004 at 10:37 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2004 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2004-8-1 01:24 AM:
pasal kat Pattani tu mmg complicated sket..

ingat duluuuuuuuuuuu (sbb tatau actual thn dia baper)
uncle kawin dgn auntie ni org sana
so yg pegi atok+nenek dgn menantu2 perempuan je
ayah dgn abg dia tak pegi sbb time tu mmg bahaya kalo org lelaki ni pegi
even sampai sekrg pon
auntie tu kalo nak balik sana dgn kazen bimbang jugak
dia kata biasa la... budak2 lelaki muda ni.. tiba2 je hilang
tapi cite sbnr yg sedalam2nya mcm saudara tulis kat atas tu
tak reti la nak komen


Mana lah orang tak takut... special branch Thailand tangkap sesiapa yang disyaki dan ramai pemuda Melayu Islam menggangotai gerakan memerdekakan Pattani atas semangat baru secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga... bapa-bapa dan datuk-datuk mereka telah lama dijinakkan oleh Thailand dengan kelunakan Raja nya yang dikatakan baik dengan orang Melayu. Kalau baik, kenapa tak dipulangkan balik kuasa orang Melayu.

Konflik Pattani  zaman berkeris, berpedang telah saya kupas sedikit sebanyak. Tentu ramai nak tahu apa yang menyebabkan Melayu Pattani bangun semula menuntut hak di era moden ini. Kisah bermula di sini.

Kebangkitan di Kampung Belukar Semak

Al kisah, dalam tahun 1923 satu pemberontakan yang paling besar telah berlaku di Belukar Semak, sebuah kampung yang terletak dalam daerah Rakak. Pemberontakan ini berpunca daripada tindakan kerajaan Siam yang mahu mengintegrasikan masyarakat Melayu yang dianggap minoriti ke dalam masyarakat Siam melalui proses pendidikan.

Dalam tahun 1921, kerajaan Siam telah meluluskan Akta Pelajaran yang mewajibkan kanak-kanak belajar di sekolah kebangsaan Siam yang menggunakan bahasa Siam sebagai bahasa pengantar. Bagi menjayakan rancangan tersebut, pusat-pusat pengajian agama seperti pondok dan masjid diarahkan supaya mengubah dan menyesuaikan sukatan pelajaran mengikut garis yang ditetapkan oleh kerajaan. Oleh kerana bimbang anak-anak mereka akan disiamkan atau dibuddhakan, maka orang-orang Melayu enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan yang kebetulannya pula dikendalikan oleh sami-sami Buddha.

Bagi membiayai perbelanjaan sekolah tersebut, kerajaan Siam memaksa penduduk-penduduk tempatan menanggungnya melalui cukai kepala sebanyak satu tikal seorang tanpa mengira jantina. Hal ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-orang Melayu. Walaupun cukai itu tidak tinggi, mereka menganggapnya sebagai suatu bebanan. Ini adalah kerana mereka baru saja terlepas daripada kemelesatan ekonomi akibat kejatuhan harga beras dan wabak penyakit lembu dan kerbau.

Tengku Abdul Kadir, bekas raja Patani, telah menjadi tumpuan orang-orang Melayu untuk mengadu segala kesusahan mereka. Dengan sokongan orang-orang Turki yang dipimpin oleh Osman Effendi, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin telah menubuhkan barisan pembebasan yang dikenali sebagai Pakatan Mempertahankan Agama Islam (PMAI). Orang-orang Melayu dinasihatkan supaya tidak membayar cukai kepada kerajaan tetapi sebaliknya memberikan sumbangan kepada pakatan ini.

Pada awal Januari 1923, pertempuran telah tercetus di antara ahli-ahli PMAI dengan pasukan polis di Belukar Semak. Ramai daripada pemimpin tempatan yang telah dituduh bersubahat dalam PMAI itu telah ditangkap dan dihukum penjara. Tengku Abdul Kadir dan keluarganya pula sempat melarikan diri ke Kelantan. Sejak peristiwa itu, kerajaan Siam mula menjalankan langkah-langkah ketat mengawal pemimpin-pemimpin Melayu tempatan. Tangkapan dilakukan ke atas orang-orang yang disyaki menjadi pemimpin pergerakan pembebasan tersebut.

Bagi mengelak peristiwa itu daripada berlaku sekali lagi, pada Julai 1923, Vajiravudh telah mengeluarkan arahan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya memilih pegawai-pegawai yang jujur dan bertangggungjawab untuk dihantar bertugas di wilayah-wilayah Melayu (Nik Anuar 1994, 26). Tentang cukai, baginda meminta cukai yang akan dikenakan di wilayah itu mestilah lebih kurang sama dengan cukai yang dikutip di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Baginda juga tidak mahu kegiatan agama Islam Penduduk-penduduk tempatan diganggu oleh pihak berkuasa Siam. Phya Dechanuchit, Gabenor Patani, juga telah ditukar bagi menenangkan keadaan.5 Vajiravudh memang bimbang dengan keadaan di wilayah-wilayah Melayu. Baginda tidak mahu kekacauan itu memberi kesempatan kepada kuasa asing untuk campur tangan.

Sejak peristiwa Belukar Semak, akhbar negeri-negeri Selat, seperti Penang Gazette, dalam keluarannya pada 14 March 1923, telah mendesak kerajaan British supaya campur tangan bagi menyelamatkan orang-orang Melayu daripada penindasan Siam (Penang Gazette, 14 Mac 1923). Buat pertama kali sejak pengambilan wilayah-wilayah Melayu, kerajaan Siam terpaksa memberi sedikit kelonggaran kepada Patani dan wilayah-wilayah di sekitarnya dalam usaha untuk menyerap wilayah-wilayah tersebut ke dalam sistem pentadbiran Siam. Dengan membuat demikian, Patani memperoleh sedikit kuasa autonomi. Keadaan ini bagaimanapun tidak kekal lama. Ketegangan tercetus semula di wilayah-wilayah Melayu apabila kerajaan Siam, terutamanya sewaktu pemerintahan Pibul Songgram (1939-44) melaksanakan Dasar Kebudayaan Paksaan atau Rathaniyom.

[ Last edited by Laxamana. on 2-8-2004 at 10:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2004 11:39 PM | Show all posts
Sungai Petani di kedah ader hubungan ker dengan Patani....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2004 06:59 PM | Show all posts

Bahasa Melayu di Patani

Dalam arus perkembangan Dunia sejagat yang menjadikan penduduk dunia terumbang ambing ke udara ada yang terhilang arah dan ada pula yang tersasul hidupnya, adalah sebagai impak dari kesejagatan Dunia,ia adalah hasil ciptaan negara kuasa besar Dunia untuk mengatur peraturan Dunia ikut telunjut mereka.

Dengan keizinan pihak pemerintah beliau memulakan sebuah sekolah dalam bahasa Welsh.Walaupun pada mulanya nazir sekolah mencurigainya sehingga setiap langkah mereka diawasi dengan meletakan pemerhati semasa beliau mengajar samada didalam keals mahupun di luar kelas.Perjuangan beliau menelan masa lebih dari 40 tahun baru dapat mengecapi rasa bangga kerana di setiap Daerah kini mempunyai sekolah dalam
bahasa Welsh.

Anak-anak mereka diberi kebebasan untuk mengikuti pendidikan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Welsh,ternyata ramai yang memilih bahasa Welsh.Mereka di boleh memilih bahasa Welsh untuk mendapat pendidikan sampai ke peringkat universiti.sehingga kini mereka berjaya mengadakan rancangan Radio dan Televisyen dalam bahasa Welshnya.

Begitu juga yang berlaku di negara hujung tanjung semenanjung Tanah Melayu, Singapura apabila Goh Chok Tong dalam ucapannya menerusi televesion pada 27 Julai 1997 rancangan “Addressing the nation” (Abdullah Hassan,Prof.2001:3).katanya kepada masyarakat belia Singapura,-

“ setelah 25 tahun diberi pendidikan bahasa Inggeris,belia kita sekarang tidak tebal lagi Cinanya mereka sudah menjadi barat.Mereka medah sekali menyesuaikan diri dengan Barat apabila dihantar belajar ke negara Britain dan Amerika…ada yang terus memilih untuk tinggal disana dan kalau pulang pun membawa teman hidup dari sana..”

Kalau belia di Singapura di bawah kerajaan sendiri mereka sudah merasa mereka sebagai Caucasius tidak sebagai orang Asia(Abdullah Hassan,Prof.2001:3) apatah lagi anak melayu Patani yang trusmenerus dididik oleh Siam dalam Bahasa Siam

Nasib Bangsa menyulam Rahsia.

Setelah negeri Melayu Patani terjajah akibat Perjanjian Sempadan 1909.Rakyatnya dipecah perintah menjadi beberapa wilayah di Selatan Siam,pemerintahnya adalah orang – orang yang tidak mereka kenal malah tidak pula pandai berbahsa seperti mereka.Sosio Budaya yang diamalkan oleh kebanyakan Rakyat Patani menjadi aneh dan pelek disisi pemerinatah mereka. Malah semasa Jeneral Phiboon Songkhram memerintah negara Dasar Nasioanalisnya yang sangat keras dikuat kuasakan keatas masyarakat Patani,kehidupan mereka terubah adat resam diruntuh Bahasa dan budaya diceroboh,orang-orang melayu berada didalam ketakutan.

Nama – nama mereka dan nama kampung mereka ditukar menjadi nama dalam Bahasa Thai,pendidikan mereka juga di ajar dalam bahasa Thai akhirnya Bangsa dan Bahasa yang pernah maju bertukar menjadi kaku.Selama dua kali Jeneral Phiboon Songkhram memerintah negara sebagai Perdana Menteri Thai dari tahun 1938 – 1944 dan 1947 – 1957 cukup berkesan beliau menerapkan Dasar Intergrasi Nasionalnya keatas rakyat Patani.

Bukan setakat Bahasa yang berjaya dihancurkan malah Agama juga dirasakan terhakis akibat dasarnya yang berunsur kuku besi.Kalau sebelumnya mereka dikenali sebagai Bangsa Melayu Patani kini sudah bertukar menjadi “Thai Muslim” malah yang paling dahsyat lagi apabila bangsa asing yang memerintahnya memanggil mereka “khaek” bererti “pendatang” kepada mereka, sering kali pergaduhan berlaku dikalangan muda mudi apabila menyentuh pasal Khaek oleh orang asing.

Hampir satu abad bahsa Melayu di Patani diranapkan,kini kesedaran untuk membangun semula mula menyerlah, diantara faktur yang cepat pulih dan segera membangun ialah kerana sistem pendidikan tradisional ala Pondak masih kekal di warisi sehingga turun temurun.Sebaliknya kini sekolah Agama sudah mendapat sokongan sepenuhnya dari pemerintah ekoran dari perlembagaan 1997 yang telah mengagihkan kuasa keperingkat bawahan dengan hak saksama,seperti mana yang tertra dalam perlembagaan baru itu yang berbunyi

“Individu yang berada dalam sebuah komuniti asal berhak melindungi atau memulihkan adat resam ,kecendikiawan,seni budaya yang baik milik tempatan dan negara dan mempunyai hakbersama mentadbir mempeduli dan mengambil faedah dari
dari sumber alam semulajadi dan alam sekitar dengan seimbang dan berkekalan ini tertakluk kepada undang-undang yang ditentukan”

Akta ke-46,Perkara ke-3 Bab Hak saksama warga negara Thai.
Sehubungan dengan ini,terdapat juga didalam undang-undang kecil pendidikan negara tahun 2542 (1999) akta ke-23,perkara ke-4 Bab penyusunan pendidikan.;

“Susunan pendidikan samada dalam bentuk Formal,Informal dan Non formal mesti di iktibarkan ilmu serta agama dan mekanisma pendidikan dengan di intergrasikan mengikut kesesuaian dalam hal berikut,-
(3) Ilmu agama seni kebudayaan sukan kecendikiawan Thai dan intergrasi minda

Selaras dengan perkembangan ini,kegiatan-kegiatan bersifat budaya seperti Malam Kesusasteraan Melayu,Malam Puisi Melayu serta perhimpunan-perhimpunan sekolah TADIKA (melayu) telah banyak dianjurkan dengan rancak bagi masyarakat setempat. Malahan kegiatan yang di anjurkan bersama Deawan Bahasa dan Pustaka-DBP,GAPENA oleh Prince of Songkhla University-PSU dan Pusat Kebudayaan Sempadan Selatan-PKSS adalah menjadi semakin terbimbing Bahasa Melayu di Patani(Selatan Thai) kini.

Harapan yang paling tinggi sekarang yaitu melalui Media Elektronik,Radio dan Televisyen dalam bahasa Melayu yang makin mendapat sambutan di samping kelonggaran pihak berkuasa tempatan.Siaran radio di Wilayah Yala,Naratiwat lebih dari 50% siaran bahasa Melayu manakala di Pattani hampir separuh.Ini sangat bererti kepada era pembangunan bahsa Melayu untuk mempercepatkan proses kelancaran menutur dan kegunaan Bahasa.Cuma kegunaan bahasa yang betul mengikut tata bahasa belum diperbaiki lagi dikalangan juruhebah dan DJ.Suatu kemungkinan yang sangat di perlukan kalau pihak DBP.sanggup memberi kursus Bahasa Melayu kepada para juruhebah dan DJ.di Selatan Thai pada masa akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2004 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 2004-8-4 11:39 PM:
Sungai Petani di kedah ader hubungan ker dengan Patani....


Nama Sungai Petani... bersamaan dengan nama satu anak sungai dari Sungai Merbok. Tentang perkaitan dengan Pattani tu saya kurang pasti..nanti nak kaji sedikit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2004 09:13 AM | Show all posts
Rancangan Asimilasi dan Kesannya ke atas Masyarakat Melayu

Siam cuba untuk melenyapkan identiti bangsa Melayu melalui rancangan assimilisasi, iaitu menSiamkan orang Melayu. Sekarang rata-rata orang Melayu sana semua bercakap Siam sesama sendiri... nama pun nama Siam. Sultan dan Raja Melayu dihapuskan... adat cuba dimatikan dan menrima 'ramvong' Siam... namun satu yang tak boleh disentuh iaitu agama Islam. Sekarang ini agama Islam sudah berani disentuh contohnya minggu lalu dinyatakan di dalam akhbar tempatan bahawa puluhan guru agama akan ditangkap dengan alasan membantu gerakan pemberontak Islam. Mari kita susuri gerakan assimilisasi orang Siam ke atas Melayu.

Pada tahun 1932, Kerajaan Siam sendiri telah mengalami perubahan besar dalam sejarah politiknya. Pada 24 Jun 1932 sekumpulan pegawai muda tentera dan awam di bawah pimpinan Phya Bahol, Phya Song dan Pridi Banamyong telah merampas kuasa dan menukar sistem pemerintahan negara itu daripada sistem pemerintahan beraja mutlak kepada pemerintahan beraja berperlembagaan (Lihat Thawatt Makoropong 1972; Benjamin A. Batson 1984 dan K.B London 1939).

Pemimpin-pemimpin Islam Bangkok seperti Chaem Promyong atau Haji Samsuddin Mustapha dan Bachong Sricharoon atau Haji Wahab juga turut serta dalam rampasan kuasa tersebut. Rampasan kuasa bulan Jun 1932 membawa harapan baru kepada proses revolusi politik di Siam. Revolusi itu memperkenalkan sistem pemerintahan berperlembagaan yang memberi keutamaan kepada kebebasan dan peluang sama rata kepada kesemua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan sendiri. Matlamat revolusi itu adalah untuk mencapai kebahagiaan dan kemakmuran hidup kepada seluruh warga negara Siam.

Perubahan itu dialu-alukan oleh orang-orang Melayu di empat wilayah di selatan itu. Di bawah sistem berparlimen ini, orang-orang Melayu percaya mereka akan memperolehi konsesi daripada kerajaan pusat untuk mengekalkan autonomi berhubung agama, budaya dan bahasa mereka.

Sejajar dengan matlamat itu, pilihan raya pertama dalam sejarah politik negara itu telah diadakan pada tahun 1933. Dalam pilihan raya itu seorang wakil rakyat keturunan Melayu telah dipilih untuk menduduki kerusi di Parlimen. Beliau adalah Abdullah Lang Puteh berasal dari Setul. Dalam pilihan raya tahun 1936 pula, dua orang calon Melayu lagi telah dipilih untuk mewakili daerah Patani dan Narathiwat di Parlimen. Mereka ialah Kumuda Abdul Putra dan Tengku Abdul Jalal atau dikenali juga sebagai Adul Nai Saiburi. Tengku Abdul Jalal adalah anak Tengku Muttalib, Raja Teluban yang terakhir. Dalam tahun 1937, Kerajaan Phya Bahol telah melantik Haji Mustapha atau Banchong Sricharon dari Bangkok sebagai seorang Senator (Ibrahim Shukri 1985, 65).

Kehadiran wakil-wakil rakyat Muslim di parlimen ini telah memberi harapan kepada masyarakat Islam khususnya orang-orang Melayu di selatan, yang selama ini terabai, atau sekurang-kurang nasib mereka akan mendapat perhatian. Bagaimanapun, revolusi Siam itu juga telah menjadikan orang-orang Siam lebih bersemangat kebangsaan yang bersifat kesiaman daripada sebelumnya. Semangat kesiaman ini dapat dilihat di segi Perlembagaan 1932 yang menyebut antara lain bahawa: Siam is a kingdom, one and indivisible.

Berasaskan semangat perlembagaan itu pemimpin-pemimpin Siam mula menyusun dasar untuk membentuk sebuah negara Siam yang sejati berasaskan kepada satu agama, bangsa, bahasa dan kebudayaan Siam. Semasa pemerintahan Phya Bahol (1933-38), beberapa langkah awal telah diambil oleh kerajaan Siam untuk mengasimilasi penduduk-penduduk minoriti di negara itu, termasuk juga kaum Melayu, melalui sistem pelajaran. Di bawah Akta Pelajaran itu, semua kanak-kanak yang cukup umur persekolahan diwajibkan belajar di sekolah kerajaan. Keadaan ini telah meletakkan orang-orang Melayu dalam dilema.

Sejak dari awal lagi pelajaran Siam dijalankan seiring dengan pengajaran agama Buddha. Ini kerana sami-sami Buddha yang memain peranan utama dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam kegiatan menghapuskan buta huruf. Orang-orang Melayu menolak pendidikan Siam kerana mereka merasa bahawa itu adalah usaha awal pihak Siam untuk mensiamkan mereka dan juga mengambil anak-anak mereka sebagai anggota tentera. Menghantar anak-anak ke sekolah Siam bererti membenarkan anak-anak mereka meninggalkan identiti mereka sebagai seorang yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Lagipun, bahasa Siam yang diajar di peringkat sekolah itu bukanlah bahasa mereka dan yang paling serius ialah sekiranya anak-anak mereka tidak mempelajari bahasa Melayu Jawi mereka tidak akan dapat mempelajari ilmu Islam dan boleh jadi disebabkan keadaan itu ia akan menggalakkan anak-anak Melayu memeluk agama Buddha ataupun sekurang-kurangnya akan meninggalkan tradisi Islam sebagai satu cara hidup. Pada umumnya dasar untuk mengasimilasi orang-orang Melayu pada masa itu melalui pelajaran gagal; sebaliknya pula langkah tersebut telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu.

Inilah dia satu kaedah asimilasi Melayu agar menjadi orang Siam... digertak dihujung senjata.

[ Last edited by Laxamana. on 9-8-2004 at 09:43 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2004 09:16 AM | Show all posts
Pibul Songgram dan Dasar Rathaniyom

Tahun 1940-an memperlihatkan perkembangan nasionalisme bersifat kesiaman yang begitu kuat, terutama apabila Pibul Songgram, salah seorang pemimpin kanan tentera, mengambil alih teraju pemerintahan daripada Phya Bahol pada bulan Disember 1938 (Thak Chaloem tiarana 1978; 243-317). Pibul Songgram adalah seorang ultra-nasionalis yang bercita-cita tinggi dan berdisiplin. Beliau ingin melihat Siam muncul sebagai sebuah negara yang maju setaraf dengan negara Jepun, Jerman dan Itali. Beliau memandang jijik dengan keadaan orang-orang Siam yang mundur dan bersikap apathy itu.

Pibul melancarkan satu program dengan tujuan untuk menjadikan semangat kebangsaan kesiaman sebagai pegangan hidup orang-orang Siam (Tham Sook Numnonda 1997). Beliau percaya bahawa kesedaran hanya dapat dicapai melalui rancangan sosio-budaya yang berasaskan konsep nasionalisme, kebudayaan Siam dan agama Buddha. Dengan kesedaran ke arah itu, rakyat Siam tanpa mengira bangsa atau kumpulan dan etnik maisng-masing akan dapat bekerjasama menuju keunggulan negara baik di segi politik, sosio-budaya ataupun ekonomi.

Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam. Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada "Siam" kepada "Thailand".

Kempen Rathaniyom itu adalah di bawah pengawasan Pibul sendiri dengan dibantu oleh Luang Vichit Vadhakarn, ketua Pengarah Jabatan Seni Halus dan juga seorang Menteri Tanpa Jabatan. Setengah daripada peraturannya adalah baik dari segi memupuk perasaan taat setia kepada negara tetapi kebanyakannya adalah tidak sesuai dan tidak praktikal termasuk untuk orang Siam sendiri. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penduduk-penduduk negara tersebut. Bersesuaian dengan semangat yang berkembang ketika itu, kerajaan Siam juga berusaha untuk mengawal kehidupan keagamaan penduduk-penduduk di negara itu. Tujuannya adalah untuk menyamakan semangat kasihkan negara itu dengan Buddhisme.

Ini adalah satu-satunya langkah kerajaan pada ketika itu yang menyakitkan hati orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu Siam Selatan tidak dibenarkan menggunakan nama Melayu, berpakaian Melayu, bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu serta mempelajari agama Islam. Sebab-sebab lain yang mencetuskan kemarahan orang Melayu ialah tindakan Pibul menghapuskan undang-undang Islam.

Sejak Chulalongkorn melaksanakan reformasi pentadbiran, urusan kekeluargaan berhubung nikah-kahwin dan harta pusaka telah dikecualikan daripada undang-undang Siam dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam tempatan untuk menguruskannya. Tetapi semasa pemerintahan Pibul, pengecualian ini telah dihapuskan (Ibrahim Shukri 1985). Dalam tahun 1944, jawatan kadhi telah dihapuskan. Kesemua masalah yang berkait dengan soal nikah-cerai dan harta-pusaka telah diuruskan berasaskan undang-undang sivil.

Inilah lambang negara Pattani yang di ambil dari nama meriam besar iaitu "Nang Phaya Tani" akhirnya dipanggil Pattani.


Kita kena tahu asal usul negeri-negeri Melayu...

[ Last edited by Laxamana. on 9-8-2004 at 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2004 09:22 AM | Show all posts
Haji Sulung dan He抏t alNapadh al Lahkanal Shariat

Di Malaysia kita hanya banyak mengetahui akan perjuangan yang bermula di sini. Itu pun agak samar kerana tidak didokumentasikan. Kisahnya... ramai mengatahui bahawa terdapat banyak ulamak hebat di Pattani.. para Wali Allah. Menyedari bahawa identiti agama dan kebudayaan mereka tercabar di bawah rejim Pibul, pemimpin-pemimpin agama Islam di bawah pimpinan Haji Sulung bin Abdul Kadir, seorang ulama yang terkemuka di Patani, telah menubuhkan sebuah pertubuhan agama yang dikenali sebagai He抏t al Napadh alLahkan ala Shariat (pertubuhan bagi mempertahankan undang-undang Syariat).

Tujuan pertubuhan ini adalah untuk menggalakkan kerjasama dan mewujudkan pakatan di kalangan alim ulama dan guru-guru agama bagi menghadapi tindakan pihak kerajaan yang cuba mengasimilasi orang-orang Melayu dan mencabuli agama Islam.

Haji Sulung dilahirkan di Kampong Anak Rhu, Patani, pada tahun1895. Beliau adalah cicit kepada Tuan Munal atau Haji Zainal Abidin bin Muhammad, seorang ulama Patani yang terkenal. Beliau telah mendapat didikan awal dalam pengajian agama di Pondok Haji Abdul Rashid, Kampung Bandar, Sungai Pandan, Patani. Sewaktu beliau berumur 12 tahun, Haji Sulung telah dihantar untuk belajar di Makkah Al-Mukarramah di bawah bimbingan Syeikh Zainal Abidin Al-Fatani. Beliau dikatakan terpengaruh dengan pemikiran agama Syeikh Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, iaitu dua tokoh kaum muda yang terkenal pada ketika itu.

Beliau telah pulang ke Patani pada tahun 1924 dan memulakan kerjayanya sebagai guru agama di wilayah itu. Haji Sulung telah mendirikan Madrasah al-Mu抋ruf al-Wataniah. Bagaimanapun madrasah ini tidak dapat bertahan lama setelah diperintah tutup oleh pihak berkuasa Siam. Dengan penutupan madrasah tersebut, Haji Sulung mula mengajar di Masjid Patani dalam bidang ilmu Usuluddin dan Tafsir. Huraian-huraian beliau dalam tafsir adalah sesuatu yang baru bagi masyarakat Patani yang biasa mendengar tafsiran cara Baidhawi dan cara lain sahaja. Tafsir beliau dikatakan sangat menarik, progresif dan berani sehingga menyebabkan orang ramai tertarik untuk menghadiri kuliah-kuliahnya.

Di samping melibatkan diri dalam kegiatan keagamaan, Haji Sulung juga cergas dalam pergerakan politik. Oleh kerana pengaruhnya begitu besar di kalangan orang-orang Melayu, pihak berkuasa Siam tempatan seringkali mendampinginya bagi mendapatkan nasihat serta sokongan bagi sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan dengan licin. Haji Sulung juga di katakan sebagai salah seorang ulama yang menentang campur tangan kerajaan Siam dalam hal-ehwal keagamaan ummah Islam. Beliau menyalahkan kerajaan kerana menyebabkan kesucian agama Islam terjejas.

Oleh itu bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Pibul Songgram menguatkuasakan Dasar Rathaniyom, Haji Sulung telah menubuhkan Pertubuhan bagi mempertahankan undang-undang syariat Islamiyah. Antara ulama-ulama yang menyertai pertubuhan itu ialah Haji Mat Pauh, Tuan Guru Haji Berahim, Haji Hassan dan Haji Abdullah Masjid Embong. Tengku Abdul Jalal, wakil rakyat bagi wilayah Narathiwat, juga telah mengemukakan bantahan kepada Pibul Songgram pada bulan Februari 1944 yang meminta supaya beberapa pindaan dibuat berhubung dengan perlaksanaan peraturan kebudayaan ke atas masyarakat Melayu di empat wilayah.

Beliau telah menuduh Gabenor Patani itu melakukan paksaan dan kekasaran dalam melaksanakan peraturan kebudayaan dan telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk-penduduk tempatan. Beliau berharap kerajaan pusat campur tangan supaya perasaan penduduk tempatan tidak terjejas. Bagaimanapun jawapan yang diberi oleh Setiausaha kepada Perdana Menteri itu sungguh mengecewakan. Beliau menjawab bahawa penyiasatan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri mendapati bahawa tindakan Gabenor itu adalah betul dan tepat serta tidak menimbulkan sebarang keresahan atau kesulitankepada penduduk-penduduk tempatan.

Dasar Kebudayaan berbentuk paksaan yang dilaksanakan oleh Pibul itu telah menyinggung perasaan orang-orang Melayu. Mana-mana penduduk tempatan yang dapat bertahan menghadapi paksaan itu terus menetap di Patani sementara yang lemah semangat telah berpindah ke Kelantan. Pada masa itu Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis berada di bawah pemerintahan Siam. Berikutan perletakan jawatan oleh Pibul sebagai Perdana Menteri Siam pada bulan Julai 1944, Tengku Abdul Jalal telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Siam yang baru, Khuang Aphaiwong, dengan menekankan betapa pentingnya membuat pindaan ke atas dasar yang dikuatkuasakan ke atas orang-orang Melayu bagi mengelakkan sebarang kekacuan berlaku di empat wilayah tersebut.

Dengan sokongan Pridi Banamyong, pemangku Raja, Khuang Aphaiwong telah menghapuskan 慏asar Kebudayaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2004 10:01 AM | Show all posts
Negara Islam Pattani

...bilakah kita akan melihat ini berlaku. Mungkinkah ia berlaku dengan turut mengheret Malaysia ke dalam kancah peperangan? Atau, mungkinkah OIC patut lebih berperanan? Atau mungkinkah Mujahideen Antarabangsa akan datang berduyun-duyun untuk melancarkan jihad? Atau Pattani akan bangun menentang habis-habisan? Atau kekal ia diperhambakan oleh penjajah... Di mana peranan kita? Di mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.311517 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list