View: 5818|Reply: 13
|
Eksperimen di Banglo no.13
[Copy link]
|
|
Saya masih amatur dalam penulisan ini,kalau ada silap dan salah,tolong jolokkan...err..tunjukkan
......
Gadinho memang seorang yang suka membaca buku terutamanya buku cerita berunsur misteri dan cerita hantu.Apatah lagi,bila dia terdengar ada pameran buku di Mid Valley Megamall pada hari Sabtu ini.Di pameran dia bertemu dengan salah seorang daripada kawan karibnya,Samuel,di saat itulah dia dan Francisko bertemu dan berkenalan dengan Prof.Erick.
Pada suatu petang di hari sabtu,Gadinho dan Francisko sedang bermain catur, Gadinho menerima panggilan daripada Prof.Erick.."Hello,Gadinho."
"Ya..siapa kat sana?"tanya Gadinho.
"Saya Prof.Erick nak minta satu permintaan...bolehkah awak datang ke rumah saya esok." ujar Prof Erick.
"Tapi kenapa ada apa-apa hal ker....?" tanya Gadinho dengan suara yang lembut.
"Ya,saya hendak tunjukkan kamu satu eksperimen yang telah saya usahakan sejak dari dulu lagi." jawab Prof.Erick.
"Tapi eksperimen apa..:stp:."tanya Gadinho dengan suara teruja.
"Suspens...."jawab Prof Erick,dan terus menamatkan perbualan itu tanpa mengucapkan apa-apa.
Tapi Francisko yang terpinga-pinga duduk disana,tiba-tiba terasa pula ingin tahu apa yang dibincangkan oleh Gadinho dengan Prof.Erick.Dan Gadinho pon menerangkan kepada Francisko tentang perbualan dia dengan Prof.Erick .Maka Francisko pun ingin tengok apa bendanya eksperimen itu.
Pada hari seterusnya,Gadinho dan Francisko pergi ke banglo no.13 milik Prof.Erick dengan perasaan yang penuh misteri dan ingin tahu.Tetapi apa yang menghairankan mereka ialah banglo sebesar itu terletak jauhnya daripada bandar dan serta tidak terurus dengan betul..rumput panjang,berhampiran dengan hutan tapi tak tahu macam mana Prof.Erick boleh tinggal seorang di banglo itu."Woii...ko bawa aku ke mana ni..rumah seorang professor ker ke haunted mansion nii.."tanya Francisko pada Gadinho
"aku tak paksa kau datang...kau yang ingin datang,bukan?" jawab Gadinho dengan beraninya walaupun ada perasaan takut dalam dirinya.
Selepas merentasi padang rumput yang luasnya 10 meter itu,mereka pun sampai ke tombol pintu Prof.Erick.Gadinho pun menekan loceng pintu yang berbunyi.
[to be continued]
[ Last edited by Atomic_Omnikid at 14-9-2005 08:38 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambung jangan tak sambung |
|
|
|
|
|
|
|
ala rasanya tak bes citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
uish...bestla...
apsal tak best lak? :cak: :love:
sambung arr....cepat...
cassio pon nak sambung cita cassio dah.. :cak: |
|
|
|
|
|
|
Sheliza This user has been deleted
|
terasa macam baca buku penyiasatan masa sekolah rendah dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Atomic_Omnikid at 29-8-2005 04:36 PM
Saya masih amatur dalam penulisan ini,kalau ada silap dan salah,tolong jolokkan...err..tunjukkan
......
Gadinho memang seorang yang suka membaca buku terutamanya buku cerita berunsur ...
Bila nak sambung ni.... :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
sambung la cecepat.....tak sabo nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Prof Erick membuka pintu dam membawa mereka ke sebuah bilik.Bilik itu dipenuhi dengan bangkai haiwan.Gadinho dan Francisko terpinga-pinga,maka Prof yang bermata empat itu berkata,
"Gadinho dan Francisko,sekarang saya akan beritahu apa yang saya sedang lakukan selama ini dimana ia akan mengubah segala tanggapan dan kehidupan manusia..."
Francisko menyampuk dam mengatakan, "cukuplah,Prof. cepatlah cakap apa bendanya eksperimen itu."
Prof. itu pun mengatakan "Sebenarnya,saya telah mencipta sebuah bahan kimia yang boleh memberikan hidup kepada bangkai mati ini."
Gadinho dan Francisko pun berketawa tak tentu hala ,tapi mereka berhenti apabila mereka sedar bahawa mereka berkelakuan biadap,dan Prof.Erick itu pun menyambung "Kamu tidak percaya saya bukan,biar saya buktikan,ini merupakan satu bangkai kucing yang telah mati sejam yang lalu...sekarang tengoklah apa akan terjadi apabila saya memberikannya."
Prof Erick membuka botol yang berisi cecair berwarna putih kepada kucing itu,kucing itu mula bergerak sikit.
Gadinho dan Francisko tidak dapat mempercayai mata mereka sendiri,Prof.Erick menyambung
"sebenarnya,bahan kimia hanya dapat mengaktifkan sel otak sahaja,dan ianya hanyalah 'bangkai bernyawa' yang tidak dapat merasa apa-apa pun,tapi saya telah mencipta satu mesin yang boleh mengawal aliran cas dalm otak dan seterusnya a membolehkan kita mengawal bangkai ini."
Gadinho pun bertanya kepada Prof.Erick,"mana mesin itu?"
"Kalau tak silap,mesin itu berada di tingkat bawah,tunggu disini,saya pergi mengambilnya."ujar Prof.Erick.
Sudah 20 minit Prof Erick hilang entah ke mana,
Tiba-tiba Francisko ternampak sebuah pintu di hujung makmal itu,sifat ingin tahu Francisko teruja.
"hey,Gadinho,tengok pintu itu,mari kita tengok apa ada kat dalam itu.."kata Francisko.
"tapi....!"ujar Gadinho
"Aku tahulah kau takut,dahlah malam ini..aku tahulah kau takut gelap."
Gadinho terasa dirinya tercabar,
"Oklah,aku ikut kamu."ujar Gadinho sambil mencarut kawan baiknya dalam hati.
[ Last edited by Atomic_Omnikid at 14-9-2005 08:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Gadinho dan Francisko memasuki bilik itu,bilik itu gelap dan hanya berlampukan cahaya bulan sahaja.Tanggg!!! pintu bilik itu tertutup dan terkunci.Dan apa yang mereka nampak dalam itu adalah peti mayat,mereka tak berani membukanya walaupun terlintas dalam hati bahawa peti mayat itu kosong.
"Kita tunggu sampai diselamatkan oel Prof. itu."ujar Francisko.
'Yelah itu,kan aku cakap jangan masuk sini."jawab Gadinho.
"iyelah,engkau pun sama.ikut aku buat apa."
TRANGG!!!! bunyi seperti peti mayat itu dialihkan.Tiba-tiba beberapa lembaga separuh reput berdiri dihadapan mereka dan seolah-olah inginkan mereka,Gadinho dan Francisko takut sampai tidak dapat bergerak.
Gadinho ternampak tingkap yang terletak diatas bilik itu dimana seorang dapat keluar daripada bilik itu,dan tunjukkan kepada Francisko.entah dari mana datangnya berani,Francisko tiba-tiba menendang sebuah lembaga dan menyebabkan semua lembaga dibilik itu terjatuh.Mereka pun berjaya sampai ke tingkap,dan bergilir-gilir memanjat tingkap itu selepas memecahkan,kebetulan ada sebuah pokok yang setinggi dua tingkat dam mereka menuruni pokok itu,dan berjaya sampai ke kereta mereka dan melarikan diri dari situ.
Pada petang keesokan harinya,
"Gadinho,Prof. itu buat apa hah,sampai mayat itu kejar kita,takutnya aku,sampai tidur pun selepas matahari terbit."Kata Francisko memulakan perbualan.
"Itu bukannya apa,itu cuma salah satu eksperimen Prof.Erick,apa kata kita pergi jumpa Prof.itu esok."ujar Gadinho.
"tak naklah,takutnya aku."kat Francisko.
"alaa,kita pergi pukul 8.00 pagi,hantu tak aktif masa itu."ujar Gadinho dengan nada menyindir
"Baiklah,itu pun aku menemani kamu supaya kamu tak takut."kata Francisko.
Pada keesokan harinya,pada pukul 8.00 pagi,
Gadinho dan Francisko tiba di banglo Prof.Erick.Mereka ternampak seorang disitu,Samuel,orang yang mengenalkan Prof.Erick kepada Gadinho dan Francisko.
"Hi,Samuel."Gadinho menyapa Samuel.
[ Last edited by Atomic_Omnikid at 14-9-2005 08:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
wah cepatlah sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Gadinho pun menceritakan apa yang berlaku kepada mereka pada hari itu.
"ini tak mungkin sebab Prof.Erick dah mati dua bulan lepas."kata Samuel,selepas itu dia mengambil suatu keratan daripadanya poketnya dan tunjukkan kepada Gadinho dan Francisko,yang 'Professor Erick Lopez Mati Secara Misteri'.
"Jadi sia..pa itu ma..lam tadi,hantukah..aku harap itu klon dia."kata Francisko.Gadinho tidak berkata apa-apa.
"Sebenarnya,Prof.Erick telah banyak kehilangan akibat daripada eksperimennya,malah apabila dia inginkan melakukan kajian keatas manusia,dia perlukan mayat yang fresh yang mati dalm lingkungan sejam,jadi dia pun mula terlibat dalam gejala jenayah,dan apabila dia tahu eksperimennya tidak berjaya,dia tak sanggup tahan dan dia mula berhubung dengan syaitan dan black magic,pada suatu malam,semasa dia melakukan eksperimen keatas seorang pelajar yang tidak berdosa,dam pada malam dijangkakan eksperimennya akan berjaya,tetapi nampaknya tidak,dia telah diambil oleh syaitan pada masa itu juga."
sambung Samuel.
"Samuel,siapa pelajar yang tidak berdosa,tapi dalm keratan akhbar tidak dinyatakannya."tanya Gadinho.
Samuel pun senyum dan mula meninggalkan mereka menuju kesebuah tempat.Gadinho dan Francisko mengikut Samuel yang membawa ke sebuah basement.Samuel telah hilang.Di basement terdapat satu peti mayat..
"Saya rasa dalam peti yang ada mayat pelajar."ujar Gadinho.
"Tak naklah.baik kita balik ajelah."jawab Francisko.
"Janganlah takut say kan ada."ujar Gadinho.
"Nampaknya kedegilan kamu tiada penghujungnya."Francsiko berkata.
Gadinho dan Francisko membuka peti mayat didalamnya ada mayat kawan baik mereka Samuel.
"Sa...mu..el..kamu..telah me..ninggal..kan ka...mi."kata Francisko
[The End]
[ Last edited by Atomic_Omnikid at 14-9-2005 08:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
seraammmmm
sincerely, mase sy bace first post...sy dah teka yg Prof. Erick tu dah mati - betul !
camne la sy leh x bace yg ni (terlepas)
- Samuel pun senyum dan mula meninggalkan mereka menuju kesebuah tempat.Gadinho dan Francisko mengikut Samuel yang membawa ke sebuah basement.Samuel telah hilang.
sy trus bace sampai abis start dari sini
- Di basement terdapat satu peti mayat.
nasib baik sy bace balik, kalo x mesti penin nape tetibe je ilang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Zaheera at 14-9-2005 08:50 PM
seraammmmm
sincerely, mase sy bace first post...sy dah teka yg Prof. Erick tu dah mati - betul !
camne la sy leh x bace yg ni (terlepas)
- Samuel pun senyum dan mula meninggalkan mereka menu ...
Terima kasih kerana sudi membaca.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Atomic_Omnikid at 14-09-2005 20:55
Terima kasih kerana sudi membaca..
sesama :bgrin: :bgrin: :bgrin: :bgrin: :bgrin:
best tau
wat la lagik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|