CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6449|Reply: 11

harga sekuntum mawar

 Close [Copy link]
Post time 22-8-2005 01:01 PM | Show all posts |Read mode
hai..
nie cerpen dari kawan saya ......
harap dapat bagi komen
terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2005 01:04 PM | Show all posts
Harga Sekuntum Mawar

揑 love you sayang,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2005 01:05 PM | Show all posts
Imani memesan minuman. Sedetik kemudian Imani memulakan cerita. Dia petah
menceritakan kisah yang ingin diberitahunya. Otakku sibuk mentafsirkan ungkapan  
yang dihamburkan. Kisah ini menambat  hatiku. Memandangkan aku seorang
wartawan, kisah sebegini amat menarik perhatianku.
        揙klah Khai, saya minta diri dulu. Saya harap awak dapat memaparkan kisah ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2005 01:06 PM | Show all posts
Fajar menyinsing. Selesai sahaja solat Subuh, aku mempersiapkan diri ini untuk ke pejabat. Kerja sebagai seorang wartawan memang tugas yang mencabar. Namun liku-liku cabaran ini aku susuri dengan tabah untuk bergelar wartawan terbaik Malaysia. Aku gemar menulis rencana mengenai isu-isu remaja Malaysia. Remaja Malaysia kini semakin punah akhlak mereka! Aku sendiri tidak mengetahui di manakah silapnya? Pihak sekolah tidak boleh dipersalahkan. Aku percaya, kebanyakkan remaja yang rosak ini ketandusan kasih sayang. Namun, ibubapa sahaja tidak harus dipersalahkan. Pengaruh? Ya, pengaruh! Penagaruhlah yang menjadi pemangkin utama kebejatan aqidah ini.

Tugas dimulakan. Kisah yang bakal aku coretkan ini berkait rapat dengan keruntunhan moral remaja. Krisis ini dialami sendiri oleh adik Imani. Dunia oh dunia! Lihatlah kebinasaan yang giat berlaku. Komputer ribaku dihidupkan. Beginilah rutin harianku. Selesai bermuhasabah, aku akan memulakan tugas. Aku berharap, kisah yang bakal aku coretkan ini dapat menjana semula akhlak remaja-remaja millenium.

Aku cuba mengingati kembali apa yang dituturkan Imani kepadaku. Adiknya baru sahaja menduduki peperiksaan besar, PMR. Alhamdulillah, dia mendapat keputusan yang cemerlang. Kini, Hanim, adik Imani melanjutkan pelajarannya di Sekolah Teknik Cheras. Aku sendiri terkejut taktala mendengar kisah daripada Imani. Tidakku sangka gadis-gadis melayu kini seumpama tiada maruah.Murah. Bicara Imani, Hanim seringkali kelihatan keluar berdua-duaan bersama kekasihnya di tengah-tengah kotaraya. Dia kini sudah menjadi gadis liar. Pagar sekolah bukan lagi menjadi tembok penghalang buat Hanim. Pondok pengawal ibarat tiada guna. Mudah sahaja untuk Hanim menyusup keluar.

Dengar kata, kekasihnya merupakan pelajar tingkatan lima. Pelajar sekolah berhampiran dengan sekolah Hanim. Kekeliruan terdampar di pemikiranku. Kenapakah remaja kita gemar berpasangan? Bukan itu semua propaganda Yahudi dan Barat? Kenapa harus kita contohi? Kemana hilangnya budaya ketimuran kita? Kemana hilangnya hukum Islam? Beribu-ribu persoalan melandai hatiku ini. Kenapa adik rakanku sendiri menghadapi masalah kebejatan moral ini? Kenapa?
Seingat aku, Hanim dahulu merupakan gadis yang penuh sifat kemelayuan. Sopan-santun menjadi identiti gadis sunti ini. Masa berubah dan manusia melalui perubahan. Lihat, arus kemodenan telah mengubah gadis-gadis melayu kita. Baju kurung dan tudung bukan lagi menjadi pakaian mereka.Tiub dan jeans, itulah menjadi kebanggaan remaja. Namun, yang bertudung juga sama hebat. Luaran sahaja melayu, tetapi hati dipenuhi gelodak nafsu. Kenapa? Kenapa rencana aku tertumpu kepada melayu? Bukankah Malaysia negara berbilang integerasi? Kenapa isu-isu remaja melayu sering kali terpapar di dada-dada akhbar? Kerana melayu merupakan integerasi perdana negara. Itulah jawapan bagi persoalan yang timbul. Seharusnya mereka ini menunjukkan nilai keislaman. Bukan kebaratan.

Di sana-sini cerita timbul mengenai aksi panas remaja kita. Lubuk Tupah, Pramugara Terlampau dan banyak lagi.Di manakah letaknya kemelayuan kita? Cis, laknat Yahudi! Pemikiran anak muda Malaysia telah kau cabuli. Bermahajaralele jeneral-jeneral syaitan .Mereka ketawa melihat aksi-aksi remaja melayu kita. Hahahaha!!! Anak Adam memang mudah ditewaskan oleh tentera-tenteraku. Aku sedih. Sedih dengan perubahan sosial yang ketara ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2005 01:07 PM | Show all posts
Aku mengimbau kembali di kala zaman remajaku. Zaman sebelum perubahan sosial berlaku. Zaman di mana gadis melayu masih mempunyai harga diri. Ibubapaku merupakan penoreh getah. Kehidupan remajaku memang mencabar, Aku terpaksa berbasikal sejauh lapan kilometer, semata-mata mahu mengaut ilmu daripada guru-guruku. Aku tidak dapat menikmati segala kemewahan yang aku kecapi masa kini. Hidupku serba-serbi kekurangan. Tiada televisyen dan komputer. Hanya beberapa buah novel sahaja menjadi temanku. Aku gembira walaupun sedar akan kekurangan ini. Waktu remaja adalah waktu manis buatku. Pengalaman yang dilalui banyak mengajar aku menjadi insan yang tabah. Insan yang menuju kekamilan.

Aku tesedar dari imbaun. Segera aku teingatkan kembali Imani. Hanim! Kisahnya belum lagi aku rencanakan. Aku melihat jam. Sudah tiba waktu untuk aku bersantai. Aku segera mencapai kunci motorku dan menunggangnya keluar ke kotaraya. Aku berlegar-legar sambil memerhati keadaan kotaraya. Kaki lima hari ini kelihatan lengang. Tiada kutu tembok di sana. Aku percaya, seminggu lagi, kotaraya ini bakal dipenuhi remaja-remaja. Maklumlah, cuti sudah tiba. Setelah meminum secawan kopi, aku segera pulang ke pejabat. Rencana panas itu harus aku siapkan. Moto dihidupkan dan...
揤rrrooommm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2005 01:10 PM | Show all posts
Kelakuan remaja melayu kian menggila. Lihat sahaja di pusat-pusat membeli belah. Seperti lalat menghurung sampah. Betapa banyaknya pasangan-pasangan muda di sana. Entah khawin entah tidak. Aku tidak dapat menjawab. Aksi bercumbuan sudah menjadi asam garam. Berpegang tangan? Ah, perkara biasa sahaja! Ke sana ke sini, tangan sigadis digenggam erat si jejaka. Itu yang di depan mata kita. Yang tersembunyi belum kita lihat lagi. Aku banyak beristighfar. Ya Allah, lindungi zuriatku daripada kemaksiatan sebegini. Hatiku berdoa.  Sifat malu langsung hilang daripada remaja. Ya! Yahudi memang hebat. Yahudi memang habat. Habis remaja kita rosak. Sekali lagi negara kita dijajahi penjajah. Bukan lagi secara fizikal, tetapi mentaliti. Penjajahan kali ini lebih kritikal. Sukar untuk diusir. Manusia seolah-olah kembali ke zaman jahiliah. Malah lebih teruk dari zaman itu. Itulah lumrah yang tersurat. Kegiatan ini seolah tidak dibendung. Ke mana hilangnya alim ulama
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2005 01:13 PM | Show all posts
Aku cuba mengkaji. Apakah punca sebenar masalah ini. Daripada sudut pemikiranku, aku berpendapat bahawa smsl yang menjadi punca segala keruntuhan moral ini. Sms umpama ibu kepada kemaksiatan ini. Memang tiada pengharaman sms di dalam al-quran. Tetapi, kita sendiri yang menjadikan sms itu haram. Mula-mula hanya berbual melalui sms, lama-kelamaan timbul rasa ingin berjumpa. Hah, bila jejaka dan si gadis keluar bersama, prebet-prebet syaitan menjalankan tugas! Setelah termakan dengan hasutan, bercengkeramalah anak Adam. Syaitan pula bersorak kegembiraan. Adegan-adegan berahi bermula. Mula-mula bersentuhan. Lama kelamaan, berpegang tangan. Komando syitan pula menghasut. Tewas. Anak Adam tewas lagi. Ciuaman mula dihadiakan si jejaka. Ah, pening aku memikirkan segalanya! Jelek! Jelek aku dengan anak muda melayu. Tak senonoh. Adakah bercumbuan di khalayak ramai? Hoi, haiwan pun tahu malu! Gertak hatiku ini.
       
Itu baru yang dihadapan mata. Berapa ramai lagi yang akan tewas? Memanglah perkara ini dianggap remeh temeh. Namun perkara ini harus dibendung. Takdir dan agama tidak harus dipersalahkan. Bukankah setiap agama mendidik umatnya supaya menunjukkan nilai murni? Semua ini lahir dari diri individu sendiri.

Mungkin inilah sebab aku menjadi wartawan. Aku cuba memerangi kebejatan ini. Aku sedar yang aku ini insan biasa. Aku juga pernah melalui zaman remaja. Namun tidaklah seteruk ini. Rencana mengenai Hanim harus aku siapkan supaya anak muda kita bangun dari fantasi ini. Aku hanya mampu membikin rencana sebagai iktibar buat anak muda. Ulama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2005 01:15 PM | Show all posts

...

kawan saya masih baru dalam bidang penulisan nie..harap dpt beri komen yg membina...heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2005 10:06 PM | Show all posts
bagus nya dia menulis..memang menusuk hati..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 03:14 PM | Show all posts
laa sekerat jer ker...alamak baru nak masyuk...heheh

buleh tahan gak gaya bahasanya..macam baca cerpen nasihat...

kata ngan kawan kau... buleh laa buat sambungannya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 09:18 AM | Show all posts
ok..bagus.. sarat dgn monolog2 yg sememangnye membebani minda anggota masyarakat yg prihatin dgn arah tuju
bangsa melau malaysia..

cuma mungkin bole tambah sket dialog2.. i mean instead of monolog sendirian..
tp saya pun bukannye reti sgt..just pandangan dari seorg pembaca..huuhuu..

apa2 pun..teruskan menulis... semoga apa yg kita tulis tu menjadi part of our dakwah/ibadah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 05:50 PM | Show all posts
Bukankah Allah sudah berfirman, Walatarabuzzina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.159840 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list