CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mawar_pinky

Tempat Solat (merged: EddyAdy, land_lady, lady_bee, mahathirGX)

[Copy link]
 Author| Post time 19-8-2005 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by kulit at 14-8-2005 12:37 AM
hmmm takkan sampai tak berenti makan kot....atau berehat untuk merokok ke


ntah.agaknya pemandu bas ni diet kot.kelaparan dibuatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2005 03:19 PM | Show all posts

kemusykilan: tempat bersolat

assalamualaikum

LL ada satu kemusykilan.

Begini, LL baru saja mula bekerja baru2 ni. my office tu dkt saja n saya sempat balik utk solat zohor kat umah.
tetapi memandangkan skrg dh nak dekat winter, waktu solat dh menjadi semakin cepat. skrg ni pulak  kalau terlambat sikit balik tak sempat nak asar sbb dah nak masuk maghrib.

LL dah observe dh tempat yg seswai utk solat. ada boardoom tp mostly boardroom tu digunakan utk meeting. and then LL terjumpa satu bilik air kecik ni yg jarang digunakan org. bilik air tu ada 2 cubicle, satu utk toilet (jamban), satu lg utk sink. tp ada pintu la yg memisahkan antara jamban n sink ni. memandangkan bilik air di sini selalunya kering, LL terfikir boleh ke kalau nak solat kat cubicle di area sink tu. sbbnye toilet tu dipisahkan dgn pintu.

minta pendapat boleh tak LL solat kat situ memandangkan sebelah tu jamban.  LL cuba cari area lain tp selalunya area tu jd tmpt lalu lalang org.

tq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2005 06:53 PM | Show all posts
Kalau ikut kefahaman aku dari apa yang dipost.  Tempat tu dalam satu ruangan dengan tandas, cuma ada pintu dan dinding cubicle yang memisahkannya.  Aku rasa-rasa baik cari tempat lain.  

Tapi aku tak sure betul ke.

Berapa tinggi dinding cubicle tu, dan sampai ke atas bumbung ke?

Lagi satu, kat belah bawah dinding tu ada lubang ke macam dinding tandas awam tu?

[ Last edited by ibnur at 1-10-2005 06:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2005 07:09 PM | Show all posts
jamban ni tempat setan & jin bertendang, tapi kalu dah terdesak, nak wat cemana. kalo darurat lagi la...
tapi selagi buleh usaha, usaha la cari tmpat lain. penah aku gi hypermarket kat kL ni, terserempak ngan makcik arab solat tgh jalan, cuma alas /lapik tmpat sujud jer. mungkin mazhab lain. so... kalu solat stakat 5minit, takkan ganggu org lain kot? tapi kalu takde tmpat lain nak wat cemana...

**maybe opis jiran/seblah ada ruang & member utk solat skali...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2005 07:09 PM | Show all posts
takleh semayang kat cubicle tempat kerja ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2005 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 1-10-2005 07:09 PM
jamban ni tempat setan & jin bertendang, tapi kalu dah terdesak, nak wat cemana. kalo darurat lagi la...
tapi selagi buleh usaha, usaha la cari tmpat lain. penah aku gi hypermarket kat kL ni,  ...



Tak kira mazhab apa, sembahyang tak yah lapek semua boleh.  Bukan rukun.  Kalau Arab dengan Afrika memang dia orag cukup berat pasal sembahyang.  Tak kira di mana semua halal.  Macam kita ni (termasuk macam aku), banyak sangat excuse.  Tak itu la tak ada ini la....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2005 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 1-10-2005 07:21 PM



Tak kira mazhab apa, sembahyang tak yah lapek semua boleh.  Bukan rukun.  Kalau Arab dengan Afrika memang dia orag cukup berat pasal sembahyang.  Tak kira di mana semua halal.  Macam kita ni  ...

stuju ngan ibnur :ah:
posting aku tu cuma nak bagi idea pada empunya thread... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 03:59 PM | Show all posts
pernah terdengar cakap seorg penceramah agama dulu.. kalau nak semayang tu, kengkadang kalau kat pasar.. kita masih boleh semayang hatta dkt celah2 bakul bawang skalipun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2005 05:12 PM | Show all posts
mmmm..... toilet tu kat tpr kotor? rasanyer, baik LL cari tpt lain.... yg boardroom... x bole ke? x kan sepanjang masa ada meeting....

mmmm... opis LL ada stor x? kalo ada, bole semayang kat stor (kalo muat laa...)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ponder This user has been deleted
Post time 2-10-2005 05:30 PM | Show all posts
Kalau jamban tu dipisahkan dari sink, macam dalam cubical atau bilik sendiri, then boleh solat ditempat sink. Ini pandangan dari ustaz kat Pusat Islam. Kalau masih ragu juga, then hantar email kat JAKIM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 06:52 PM | Show all posts
stengah toliet skrg nih bersih & luas ngalahkan stgh rumah... bau pun lagi wangi dari fragrance kereta, tapi tempat tu kan dh tau tempat setan, cari le alternatif. kcuali darurat.

kalu takleh gak, maybe boleh jamak/qasar solat, balik umah baru solat.

**kat oversea ke? katne? dah check mazhab apa kat sana... kot leh adapt...

[ Last edited by bzzts at 2-10-2005 06:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 03:37 AM | Show all posts
assalamualaikum

tq atas semua respons yg diberi.

ibnur--->pintu yg memisahkan antara jamban n sink tu tinggi sampai siling n takde lubang kat belah bwh pintu tu. kiranya mmg mcm pintu bilik la.

muntz--->kalau boleh xnak solat kat area meja LL sbb sebelah tu ada mat salleh. nanti diorg pikir apa pula....nanti LL pun tak kusyuk solat pulak kalau dok pikir apa org pikir masa kita tgh solat tu

ttg lapik tak lapik tak jadi masalah sbb LL ada bwk kain utk sujud. lagipun LL ada pengalaman solat guna kertas je waktu gi tour sbb tak jumpa tmpt solat yg seswai (waktu tu kt atas tanah jer)

apa2pun LL masih usha2 area tmpt lain yg sesuai utk bersolat.

tq semua...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 09:14 AM | Show all posts
land lady,

Bagi bangunan bertingkat dan ada lift, selalunya kawasan tangga (atau emergency stairways) yang amat jarang digunakan manusia terutama tangga yang atas sekali - selalu ada ruang kecil samada di sebelah tangga atau sedikit selepas emergency door. Itulah tempat yang selalu saya cari untuk bersolat terutama macam kat hotel , airport atau shopping complex di luar negara.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada puan yang begitu menjaga ibadat solat puan dan semoga saya dapat mencontohi kehebatan iltizam dan amalan puan ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by land_lady at 1-10-2005 03:19 PM
assalamualaikum

LL ada satu kemusykilan.

Begini, LL baru saja mula bekerja baru2 ni. my office tu dkt saja n saya sempat balik utk solat zohor kat umah.
tetapi memandangkan skrg dh nak deka ...


Salam LL...

Sememangnya jika kita berada di luar negara ni, waktu winter adalah waktu yang agak sedikit "terkejar-kejar" jika kita bekerja kerana waktu solat yang agak rapat. Tetapi insyaallah, selagi niat kita untuk beribadah kepada Allah, saya percaya Allah akan sentiasa bukakan jalan.

Mungkin budaya masyarakat kita di Malaysia menjadikan kita kadang-kadang terasa janggal untuk bersolat "di mana-mana", apatah lagi tempat terbuka di mana orang lain dapat melihat kita bersolat. Namun tidak menjadi satu kesalahan untuk kita bersolat di tempat terbuka jika kita tak dapat nak cari tempat yang lebih sesuai, dan dari pengalaman saya semasa tinggal di luar negara, mereka menghormati keperluan kita dalam menjalankan perintah agama, jadi perkara seperti bersolat di tempat terbuka itu bukan menjadi satu masalah. Saya rasa mungkin menjadi keraguan sedikit jika LL bersolat di bilik air itu, tetapi rasanya tak jadi masalah untuk solat di tempat lain, walaupun ianya terbuka.

Solat lah di mana sahaja ada ruang, asal sahaja ianya bersih. Dulu saya pernah solat di banyak tempat, umpamanya sewaktu masih menuntut dan gemar merayau, saya pernah bersolat dalam ladang epal sewaktu bekerja sambilan, di tepi jalan, di luar stadium, di taman dalam Disneyland dsb. Mungkin sedikit janggal kerana tempatnya terbuka, tetapi insyaallah, orang tak pedulikan pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by land_lady at 3-10-2005 03:37 AM
assalamualaikum

tq atas semua respons yg diberi.

ibnur--->pintu yg memisahkan antara jamban n sink tu tinggi sampai siling n takde lubang kat belah bwh pintu tu. kiranya mmg mcm pintu bilik la.



waalaikumsalam,

Kalau ikutkan ceritanya macam betul-betul diasingkan.  Macam bilik tidur yang ada sinki dan attached toilet.  
Mungkin agaknya boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 05:34 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 3-10-2005 10:33 PM
waalaikumsalam,

Kalau ikutkan ceritanya macam betul-betul diasingkan.  Macam bilik tidur yang ada sinki dan attached toilet.  
Mungkin agaknya boleh.



ibnur, buat masa ni saya dah solat di boardroom tuh...sementara takde org guna... takut jugak pulak kalau bersolat kat tempat2 yg menimbulkan keraguan ni...

nway, tq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2005 05:36 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 3-10-2005 10:23 PM

Solat lah di mana sahaja ada ruang, asal sahaja ianya bersih. Dulu saya pernah solat di banyak tempat, umpamanya sewaktu masih menuntut dan gemar merayau, saya pernah bersolat dalam ladang epal sewaktu bekerja sambilan, di tepi jalan, di luar stadium, di taman dalam Disneyland dsb. Mungkin sedikit janggal kerana tempatnya terbuka, tetapi insyaallah, orang tak pedulikan pun


hmmm...mmg pun... kalau kat msia senang saja nak solat kat mana2... ada surau/masjid...bila dh di oversea ni baru la rasa bestnye duduk negara yg takde kesusahan utk menunaikan kewajipan...
kat sini jugak la first time solat kat dlm fitting room masa kat shopping complex
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 05:39 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 3-10-2005 09:14 AM
land lady,

Bagi bangunan bertingkat dan ada lift, selalunya kawasan tangga (atau emergency stairways) yang amat jarang digunakan manusia terutama tangga yang atas sekali - selalu ada ruang kecil ...


office saya tidaklah besar sgt... mcm rumah kedai saja... takde lift, kwasan tangga pun takde ruang nak solat. tp buat masa ni saya dh solat di dlm boardroom. mungkin jika tak boleh digunakan, saya boleh solat di area pintu emergency exit.
terima kasih atas cadangan typo.

btw, saya masih cik... belum jd puan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 08:41 AM | Show all posts
Originally posted by land_lady at 5-10-2005 05:39 AM


office saya tidaklah besar sgt... mcm rumah kedai saja... takde lift, kwasan tangga pun takde ruang nak solat. tp buat masa ni saya dh solat di dlm boardroom. mungkin jika tak boleh digunakan,  ...


maaf cik land_lady. Bertuahlah siapa yang memperisterikan gadis seperti cik ini..
Reply

Use magic Report

lady_bee This user has been deleted
Post time 7-10-2005 01:11 PM | Show all posts

From My Email

:dia:     (Assalamualaikum wrb) dan Salam Sejahtera,

Satir :  maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu:

"Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan:
"Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya."  Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.
Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan:
Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: "Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya."
Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan:
"Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB : KEPUTUSAN HUKUM & FATWA-FATWANYA ).

Daripada saya pulak, kalau boleh sebarkanlah perkara di atas kepada
saudara/i kita yang lain sebab saya sendiri tengok ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Insyaallah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.268477 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list