CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5729|Reply: 17

Mawi Dan Akademi FantaSia

 Close [Copy link]
Post time 25-7-2005 10:28 AM | Show all posts |Read mode
MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan  raya agak lengang. Anak-anak kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada kelas mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak  mengadakan kelas.

Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi. Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan motosikal. Tiada jalan-jalan malam.

Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malamdan ada kenduri yang telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang melewatkan perjalanan jauh.

Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan ziarah ke rumahsaudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.

Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert Akademi Fantasia.

Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.

Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah berkelam-kabut ke kedai berdekatan.

Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi. Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda,kecil besar, miskin kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua mengenali.

Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda. Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.

Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semuaingin menjadi juri tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?) sehinggalah kepesawah di tepi tebing.

Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerjakuli yang hanya mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.

Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin danpencetus suasana yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa rakyatMalaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang ditempuhi. Sekalung tahniah juga kerana telahmenemui seorang insan yang didambakan sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.

Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir kebibir dan menjadi buah mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering.Kini panduan hidup rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah pengubah segalanya.

Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan pujian dan kekaguman yang menggunung. Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa seolah-olah seperti hadis pula.

Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka. Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang ekonomi,politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insane atau pemimpin yang muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong.

Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan' daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya yang tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang.Gemilang. Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada'x-factor'. Pakej yang lengkap! Ada mesej dakwah! Tiada siapa menafikan kehadiran dan  kehebatannya. Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidikmenasihati anak muridnya "jadilah seperti Mawi.Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang kita hendak. Contohilah dia."

Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro. Berdakwah dari dalam...Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan bergantang-gantang.Akan tetapi...Sedih betapa tipisnya iman kita. Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah  mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya.Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..." (lagu penyanyi lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)
Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya membawa erti"...menuju kejayaan". Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak Antara alunannya berbunyi"...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."Dengan petikan itu maka;
1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan
2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi
3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang dikepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung..."Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan
main-main ke atas tudung ini.Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimakitetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir

Apa pendirian kerajaan dan  parti pembangkang  tentang fenomena ini?

Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan  dihadami bersama.Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." -


Secebis pandangan dari seorang teman..Renungkan dan pikirkan lah.:lebai:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2005 09:36 PM | Show all posts
pasal mawi pun ader....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2005 01:18 PM | Show all posts
kat sini pun demam AF pun melanda juga...
Reply

Use magic Report

mawarbiru This user has been deleted
Post time 26-7-2005 01:32 PM | Show all posts

Tapi Mawi tetap jejaka idamanku...

;))
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2005 06:56 PM | Show all posts
haku suke tulisan ko hardeyboyz....senyum sumbing sorang2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 12:56 AM | Show all posts
mawi oh mawi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2005 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by crysT@|| at 26-7-2005 06:56 PM:
haku suke tulisan ko hardeyboyz....senyum sumbing sorang2...




ni dari harakah daily.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2005 08:32 AM | Show all posts
lalalalaaa

aku suka Reza lagik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2005 09:25 AM | Show all posts
:clap::clap:
a gud one!!!syabas.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2005 12:41 AM | Show all posts
terima kasih atas komen dan pandangan yg diberikan..:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by nyunyiE at 31-7-2005 01:15 PM:




ni dari harakah daily.........


heh.agak dah..bagus la penulis ni..:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 12:58 AM | Show all posts
bak kata mawi:

kalau sesat tunjukkan jalan utk saya,
kalau mati kubur kan saya :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 02:15 AM | Show all posts
nasib baik ct lijah pompuan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 01:01 AM | Show all posts

Reply #13 sayang_mulut's post

saper ct lijah ni..:hmm:..
ct liza ker..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 01:04 AM | Show all posts
mawi..hurm..tetap manusia biasa..yg biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 03:25 PM | Show all posts
bagus juga ada artikel(artikel ke?) cam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2008 03:26 PM | Show all posts
kita kadang-kadang(bukan selalu ke?) lalai dengan hiburan (Termasuk aku)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 04:18 PM | Show all posts
mawii... no..no..no..:kant:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.074751 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list