CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIV/AIDS NURUL IMAN, MALAYSIA (PERNIM)

[Copy link]
Post time 21-6-2006 04:44 PM | Show all posts
sya dan suami serta anak dah pergi majlis tuh, coz kita org antara AJK pernim..
alhamdulillah ..semuanya berjaya ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2006 08:48 AM | Show all posts
http://www.alaf21.com.my/buletin ... /PERNIM/default.htm

NORLINA HJ ALAWI...
SETITIS KASIH SEJALUR CAHAYA


PUAN Norlina Hj Alawi, YDP PERNIM (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS) Nurul Iman, bukanlah nama asing lagi bagi kita semua.

Pergorbanan serta kecekalannya untuk membela anak-anak malang yang menghidap HIV ini amat dikagumi. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan penuh rasa kasih sahaja yang sanggup melakukan kerja sebegini.

Baru-baru ini, Puan Norlina telah sempat berkunjung ke pejabat ALAF 21. Dalam keadaan berbadan dua, wanita bersuara serak-serak basah ini begitu bersemangat bercerita tentang gelagat anak-anaknya yang pelbagai ragam saban hari. Tersentuh hati seketika apabila dapat sama merasakan naluri seorang ibu yang tidak sanggup melihat anak-anak kecil yang belum mengerti apa-apa dicemuh, dihina dan disisihkan hanya kerana keterlanjuran silam ibu bapa mereka.

Tanpa mempedulikan apa jua tanggapan negatif yang diterimanya sebelum ini, Norlina terus tabah meneruskan impian untuk membela anak-anak HIV ini. Dan berkat kesabaran, alhamdulillah... kini masyarakat telah boleh menerima PERNIM dan mula membuka mata betapa pentingnya melindungi anak-anak malang itu seperti anak sendiri.
  
Impian Norlina untuk melihat anak-anak ini menjalani kehidupan normal dan hidup sebagai sebuah keluarga besar kini semakin menjadi nyata... dan paling mengharukannya di saat-saat melihat anak HIV ini naik ke pentas menerima anugerah cemerlang dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Tambahan pula, suami serta keluarga yang pada awalnya menentang kini telah mula menyokong perjuangannya. Bagi Norlina, segala kekuatan yang ada padanya datang daripada ALLAH S.W.T... segala yang berlaku adalah dengan izin-NYA.

Bagi merealisasikan impiannya, satu Majlis Makan Gala Amal Perdana PERNIM akan diadakan pada 18.6.2006 ini. Majlis ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membina Pusat Perlindungan PERNIM dan membela lebih ramai lagi anak-anak HIV/AIDS di Malaysia agar mereka mendapat pendidikan dan perlindungan yang sewajarnya.  

Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat YAB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang sekali gus akan merasmikan majlis. Di samping itu, penampilan istimewa Siti Nurhaliza juga akan diserikan lagi dengan pengacara Rosyam Nor dan Fauziah Ahmad Daud yang sekali gus akan mendeklamasikan puisi.

Bagi mereka yang ingin membeli meja pada majlis tersebut dan secara tidak langsung membantu memberi sumbangan, bolehlah menghubungi Puan Norlina di talian 017-8860208 atau 03-42050775.

ALAF 21 yang merupakan antara penaja bersama mendoakan agar hasrat murni Puan Norlina ini mendapat rahmat dan memperolehi keberkatan ALLAH dalam usahanya. Mudah-mudahan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 08:50 AM | Show all posts
Kat tv1 tadi ada temuramah dgn Pn NORLINA HJ ALAWI mengenai buku karangan beliau diterbitkan oleh Penerbitan ALAF 21.

Sesiapa yg membeli buku tersebut akan turut menderma kpd PERNIM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2006 10:47 AM | Show all posts
Dulu tidak tenteram kini Roslan reda
Oleh: RAHANA MD



ROSLAN Zakaria (tengah) mendukung salah seorang bayi Pernim yang dipeliharanya sambil dikelilingi anak-anak kandung mereka dan anak Pernim.
--------------------------------------------------------------------------------



LIMA anak yang comel dan sedang membesar dan seorang isteri cantik yang pandai menguruskan rumah tangga dan tidak pernah jemu membantu meningkatkan taraf hidup sekeluarga melengkapkan hidup Roslan Zakaria dalam mengecapi nikmat perkahwinan.

Apabila isteri tersayang, Norlina Alawi meluahkan perasaan belas mengenai seorang wanita cacat pendengaran dan bisu yang hamil hasil hubungan seks dengan penagih dadah, Roslan turut terasa pedihnya.

Pegawai tentera berpangkat Mejar di Markas 12 Briged, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur ini bersetuju untuk sama-sama isterinya menerima kelahiran anak itu sebagai ahli keluarga yang baru.

Namun Roslan sedikit kaget apabila diberitahu anak itu mungkin pembawa penyakit yang paling ditakuti, iaitu HIV/AIDS, kerana penagih dadah yang bersama ibunya itu disahkan penghidap HIV positif.

Tanpa pengetahuan yang lengkap mengenai penyakit itu, Roslan mula ragu-ragu dengan keputusan isterinya menerima anak angkat itu kerana khuatir keselamatan kesihatan anak-anak kandungnya.

Bagaimanapun, linangan air mata Norlina melembutkan hati Roslan untuk menerimanya dengan tangan terbuka.

Sekali lagi Roslan tersentak apabila isteri tersayang memberitahu, anak itu perlu diawasi sejak dalam kandungan untuk mendapat rawatan berjadual kerana ibunya juga didapati menghidap HIV hasil hubungan seks bebas.

揝aya kaget apabila hal itu diberitahu tetapi yang membuat saya lebih terkejut apabila Lina memberitahu dia ingin mengandung lagi untuk menyusukan anak angkat tersebut.

揝aya tidak membantah dan tidak juga bersetuju tetapi apabila Lina menjelaskan sebab-sebabnya, saya hanya mendiamkan diri. Lina mengandung dan saya dikurniakan anak keenam. Lina berjaya menyusukan anak angkat kami,拻 katanya.

Norlina yang berada di sebelah ketika temu bual itu turut menyampuk.

揘iat saya ketika itu ialah saya ingin melihat anak angkat saya itu mempunyai antibodi yang kuat bagi melawan penyakit jika ditakdirkan dia juga pembawa penyakit tersebut.

揇oktor memberitahu saya, anak-anak yang mendapat susu ibu akan lebih bertenaga dan saya yakin langkah itu betul,拻 ujarnya.

Apa yang menyentuh perasaan ialah Lina sanggup menanggung risiko mempercepatkan tarikh bersalin kerana ingin menyusui anak angkatnya itu dengan memerah dan menyimpan susunya di dalam peti sejuk, kemudian ibu kandung akan memberikan susu Lina kepada bayinya itu.

Akhirnya ibu bayi itu menyerahkan anaknya untuk dipelihara oleh Lina sekeluarga.

Bagaimanapun, Roslan terasa bagai diuji apabila Norlina sekali lagi menyuarakan hasrat untuk memelihara dua adik-beradik yatim piatu.

揝aya mula kurang senang dengan tindakan Lina kerana bilangan keluarga kami sudah cukup dan saya rasa tidak ada ruang lagi untuk orang luar.

揝aya mula bertanya kepadanya, rumah kita bukan pertubuhan kebajikan dan sesiapa sahaja boleh keluar masuk minta bantuan.

揕ina keras hati dan sukar dipujuk, apatah lagi apabila dia membuat keputusan menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman, Malaysia (Pernim),拻 katanya.

Norlina menambah, kedua-dua beradik itu merupakan anak kepada pasangan penagih dadah yang mati akibat AIDS.

揝elepas kematian ibu bapa, mereka dibuang oleh ahli keluarga dengan alasan tidak mampu menyara. Apa yang menyedihkan ada keluarga angkat yang sudi memelihara tetapi menyerahkan semula kepada keluarga asal apabila mengetahui latar belakang mereka.

揝aya kesal dengan tindakan tersebut dan tanpa berlengah lagi menerima kehadiran mereka dengan tangan terbuka. Begitulah seterusnya, saya menerima kesemua anak-anak yang kematian atau ditinggalkan ibu bapa angkara HIV/AIDS.

揝ecara jujurnya memang suami membantah tetapi saya selalu bertegang urat mempertahankan pendirian memelihara anak-anak tersebut. Bukan saya melawan kehendak dan keselesaan suami tetapi hati kecil saya selalu berkata, bantahan itu hanya bersifat sementara.

揝aya tidak sampai hati sebenarnya membiarkan anak-anak yang tidak berdosa itu bergelandangan tanpa kasih sayang dan keluarga yang sempurna.

揥alaupun saya sedar tidak ada mewahnya tinggal di Pernim tetapi sekurang-kurangnya tangan yang saya hulurkan mampu meringankan derita anak-anak ini,拻 katanya sambil merangkul mesra anak-anak yang sibuk mengelilinginya.

Berkat doa yang tidak henti-henti dipanjatkan kepada Allah s.w.t. dan usahanya membawa suami menunaikan fardu haji ke Mekah pada tahun lepas, Norlina bersyukur dengan apa yang dilaluinya pada hari ini.

揝yukur, apa yang saya idamkan selama ini akhirnya mula menampakkan hasil apabila suami mula reda menerima kehadiran anak-anak Pernim,拻 kata Lina.

揗emanglah pada awalnya setiap kali Lina mahu menambah anak Pernim saya membantah tetapi apabila menatap wajah anak-anak itu hati kecil saya melimpah dengan rasa belas kasihan dan kasih sayang.

揕agipun dahulu saya cetek ilmu mengenai penyakit HIV/AIDS dan beranggapan ia mudah berjangkit. Selepas diberitahu oleh doktor, saya mula sedar apa yang dilakukan oleh Lina patut disokong,拻 katanya.

Kecekalan dan ketabahan hati Lina mengharungi setiap kegetiran memelihara anak-anak Pernim turut memberi tamparan hebat kepada Roslan.

揝ebagai suami, hati saya cukup terusik apabila kepenatan dan susah payah Lina ditabur fitnah dan kata nista hanya semata-mata dia ingin memberi sesuap nasi kepada anak-anak yatim.

揔ami pernah disisih jiran tetangga, dimaki hamun orang-orang yang tidak memahami niat murninya dan dicemuh makan hasil anak-anak Pernim malah anak-anak mereka diusir daripada bermain dengan anak-anak kami.

揑tu semua memberi saya kekuatan untuk sama-sama berganding bahu dengan Lina kerana saya tahu dia amat memerlukan saya,拻 kata Roslan sambil memeluk bahu isteri tercinta.

Roslan mengaku layanan Lina bukan lagi seperti dahulu. Dulu, ketika dia balik daripada tempat kerja dia akan disambut dengan segelas air penghilang dahaga.

Hujung minggu mereka bersantai di rumah sambil di temani anak-anak atau keluar berjalan-jalan.

揨aman itu telah berlalu tetapi saya tidak pernah kesal. Kalau ada masa terluang Lina tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan dengan anak-anak saya tetap keluar beriadah tetapi dalam kumpulan yang besar,拻 katanya.

Itulah keistimewaan pasangan ini. Baik Norlina mahupun Roslan, mereka tidak pernah membeza-bezakan anak kandung seramai enam orang dengan 10 anak-anak Pernim.

Kasih sayang, perhatian dan belaian mereka tidak berbeza. Begitu juga dengan layanan di rumah. Mereka dihantar ke sekolah yang sama, kelas tuisyen dan kelas taekw0ndo malah pemberian wang ringgit juga sama.

揝ikap toleransi dan saling berkomunikasi memudahkan perhubungan kami,拻 katanya.

Bagi membuktikan hatinya benar-benar terbuka menerima usaha isterinya mewujudkan Pernim, Roslan sanggup memotong wang gajinya melebihi seribu ringgit sebulan semata-mata untuk membeli tanah di Kampung Tasek Permai Ampang, Selangor bagi membina sebuah rumah Pernim.

揃iarlah ada sebuah rumah yang selesa untuk anak-anak Pernim membesar dan bersekolah dengan baik.

揟idak kira daripada mana pun asal keturunan mereka tetapi anak-anak ini adalah anak bangsa yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Saya dan isteri memang mengalu-alukan kedatangan lebih ramai anak-anak HIV/AIDS tetapi biarlah selepas terbinanya rumah perlindungan Pernim itu nanti,拻 katanya.

Orang ramai yang berminat menyumbang untuk membina Pusat Perlindungan Pernim yang kosnya dianggarkan berjumlah RM850,000 boleh menghubungi talian 03-4295 0775 atau 017-8860208 atau faksimile 03-4295 1079.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 03:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 10:07 AM | Show all posts
Cabaran menjaga anak HIV/AIDS

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN



Norlina Alawi bersama anak-anak Pernim yang dikasihi umpama anak kandung sendiri.

TERASING dan terpinggir paling tepat bagi menggambarkan jiwa anak-anak yatim pesakit HIV/AIDS kerana terpaksa melayari kehidupan sebatang kara dalam usia yang terlalu muda.

Kebanyakan mereka lazimnya hidup dalam keadaan tidak terurus, tidak pasti bila waktu makan seterusnya apatah lagi hal penjagaan kebersihan mahupun kesihatan diri sendiri.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan tanggapan prejudis masyarakat akibat kejahilan terhadap HIV dan AIDS sekali gus menjadikan golongan kanak-kanak berkenaan terus hidup terbiar, terpencil dan melarat ke akhir hayat.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim), Norlina Alawi, sebahagian besar masyarakat gagal memahami situasi kanak-kanak berkenaan yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk membebaskan mereka daripada belenggu perspektif negatif terhadap golongan itu.

Norlina, 37, berkata, ada di antara anak-anak HIV/AIDS terbiar yang tidak pernah gosok gigi, potong kuku dan memakai seluar dalam kerana dibiar hidup bergelandangan oleh penjaga masing-masing.

‘‘Oleh itu kami memahat ikatan kekeluargaan yang erat dalam diri setiap penghuni Pernim agar anak-anak pembawa HIV ini faham bertapa pentingnya menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain.

‘‘Perkara ini penting dalam usaha membina semula jati diri mereka dari segi rohani, akademik, mental dan fizikal yang sebelum ini tidak pernah diterapkan kepada mereka,’’ katanya yang mesra dengan panggilan ‘mama’ di kalangan anak-anak Pernim.

Menurut Norlina, setakat ini terdapat 50 orang mendapat perlindungan di Pernim termasuk bayi yang berusia dua minggu, gadis teraniaya (seperti mangsa rogol) dan ibu tunggal yang dirogol menantu.

Beliau menjelaskan, dia dan suami, Mejar Roslan Zakaria, 43, mengendalikan Pernim sebagai sebuah ‘keluarga besar’ yang dipimpin oleh ‘mama’ dan ‘papa’ (Roslan) dengan 50 orang ‘anak’ termasuk tujuh anak kandung mereka sendiri.

Kata Norlina lagi, anak-anak kandungnya berusia antara 6 hingga 17 tahun dijadikan sebagai contoh kepada ‘adik-beradik’ yang lain agar patuh kepada ajaran agama, di samping berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kurikulum.

Jelasnya, urusan harian termasuk penjagaan kesihatan anak-anak yang sakit dikendalikan secara bergotong royong oleh semua ‘ahli’ keluarga itu agar setiap orang diberi perhatian baik dari aspek perubatan, keperluan emosi mahupun pembelajaran.

Tambah beliau, kira-kira RM44,000 hingga RM50,000 diperlukan setiap bulan untuk menampung perbelanjaan anak-anak angkatnya termasuk makanan, ubat dan rawatan bagi yang mudah jatuh sakit.

‘‘Menjaga anak-anak HIV memang ada cabarannya tersendiri lebih-lebih lagi perlu menitik berat aspek kebersihan dan kesihatan mereka yang sentiasa terdedah kepada penyakit.

‘‘Mereka memerlukan penjagaan khas 24 jam sehari, perlu mengambil ubat apabila tiba masanya dan ada di antara anak-anak ini yang mengalami tekanan sosiol dan mental kesan kehidupan terbiar dahulu,’’ ujarnya.

Pada masa sama, Norlina bersyukur kerana usahanya turut dibantu oleh institusi pendidikan seperti Sekolah Menengah (SM) Pandan Mewah, SM Aminuddin Baki dan Sekolah Rendah (SK) Taman Muda yang memberi galakan kepada semua anak-anaknya untuk tidak berputus asa dalam mencapai keputusan cemerlang.

Beliau menghargai peranan guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah berkenaan dalam membantu anak-anak Pernim menjadi pelajar cemerlang dan individu bertanggung jawab.

Dalam usaha menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya membela nasib anak-anak yatim pembawa HIV, Pernim akan mengadakan program ‘Jalinan Kasih’ bermula 5 hingga 27 Disember ini.

Menerusi program itu, Norlina bersama 50 anak-anak Pernim akan menjelajah ke seluruh negara dan berkempen sambil meningkatkan pengetahuan umum terhadap perlunya perhatian terhadap mangsa AIDS terutama kanak-kanak.

Orang ramai yang ingin tahu lebih lanjut dan menghulurkan bantuan kepada anak-anak HIV/AIDS boleh menghubungi talian 03-4295 0775, 017-886 0208.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2009 09:59 AM | Show all posts
Norlina buka butik buat biaya anak yatim

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA


NORLINA Alawi menunjukkan koleksi jubah dan tudung yang terdapat di butiknya.

ASALNYA beliau merupakan seorang pengusaha katering tetapi kini beliau lebih dikenali sebagai Pengasas dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).

Apa yang boleh dibanggakan dengan personaliti yang bernama Norlina Alawi ini ialah selain mempunyai tujuh anak kandung, beliau turut membesarkan 50 orang anak angkat sebahagian besarnya anak yatim.

Yang lebih menariknya, kesemua mereka tinggal di bawah satu bumbung tanpa membezakan antara satu sama lain termasuk empat orang anak angkat yang menghidap HIV dan AIDS.

Menurut wanita kelahiran Kluang, Johor ini, setiap bulan dia memerlukan sekitar RM50,000 hingga RM60,000 untuk menampung perbelanjaan seperti kos sara hidup, persekolahan, perubatan, pendidikan dan ko-kurikulum anak-anaknya.

Menyedari kos perbelanjaan semakin meningkat hari ini, Norlina maju setapak lagi apabila membuka sebuah butik dalam usaha menambah pendapatan untuk menampung kos-kos bulanan yang perlu dijelaskan.

Bagi ibu yang berusia 38 tahun ini, bidang perniagaan bukanlah satu bidang baru buat dirinya kerana sebelum PERNIM ditubuhkan Norlina pernah mengusahakan katering.

Bak kata pepatah 'sirih pulang ke gagang', kerana kini di bawah syarikat yang sama iaitu Teguh Maju Enterprise, Butik Norlina menawarkan produk seperti jubah, tudung, kerongsang, minyak wangi, gelang kristal dan pelbagai jenis aksesori.

Di samping itu, jus Norlina yang mengandungi delima, kurma, buah tin, za'faran, buah zabib, zaitun, madu dan habbatus sauda', sabun tanah liat untuk merawat jerawat, masalah jeragat, mengurangkan bekas parut jerawat, menghalus dan mencerahkan kulit dan pigmentasi turut dijual.

Menurut Norlina, pembukaan butik tersebut sekurang-kurangnya dapat memberikan pendapatan bulanan kerana mereka kini tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap, sedangkan setiap bulan beliau perlu membayar segala-galanya.

''Butik ini saya buka lima bulan yang lalu kerana kos perbelanjaan hari ini semakin meningkat.

''Tambahan pula kami tidak mempunyai pendapatan tetap sebab itu saya mengambil keputusan untuk membuka butik dalam usaha menambah pendapatan bulanan selain menambah dana PERNIM.

''Jika saya tidak buat begini, di mana saya hendak cari RM50,000 hingga RM60,000 sebulan untuk menyara anak-anak saya?,'' ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Cheras, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, menurut Norlina, dia kini sedang mencari pengedar dan stokis untuk memasarkan produknya terutama bagi ibu-ibu tunggal di mana secara tidak langsung ia dapat membantu mereka menambah pendapatan.

Mengulas lanjut mengenai butiknya, jus Norlina dan sabun tanah liat dan tudung merupakan produk keluarannya sendiri manakala jubah serta aksesori yang lain diperoleh daripada pasaran tempatan.

''Baju-baju serta jubah diambil dari Mekah, Madinah dan juga pasaran tempatan.

''Minyak wangi pula diambil dari Perancis tetapi bagi sesiapa yang memakainya boleh dibawa sembahyang,'' katanya.

Butik tersebut yang terletak bersebelahan dengan rumahnya dilihat satu lokasi yang strategi kerana jelas Norlina sesiapa yang mengunjungi rumahnya secara tidak langsung dapat melihat butiknya.

Bagaimanapun jelas wanita gigih ini, pembukaan butik tersebut bukannya bertujuan mengaut keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada menjaga kebajikan anak-anak yatim PERNIM.

Beliau yang juga penerima Anugerah Kemanusiaan Muda NSTP-PWC pada Ogos 2004 merupakan seorang insan yang tidak pernah berputus asa mencari jalan membantu anak-anak yatim.

Ini dapat dilihat apabila beliau tampil dengan program Lambaian Kaabah yang telah dilancarkan pada Mei lalu.

Program tersebut bertujuan memberi peluang untuk semua masyarakat Islam, individu, korporat dan khususnya anak-anak yatim PERNIM yang cemerlang untuk menunaikan umrah.

''Melalui program ini, ia memberi peluang anak-anak yatim PERNIM mengerjakan umrah bersama-sama keluarga yang menyertai program Lambaian Kaabah ini.

''Ini bermaksud, setiap keluarga akan membawa seorang anak yatim bersama-sama mereka dan menjaganya sepanjang berada di tanah suci,'' jelasnya lagi.

Tambah Norlina lagi, program tersebut dijalankan dengan kerjasama Harmony Excellence Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Destinasi Travel & Tours Sdn. Bhd.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 11:18 AM | Show all posts
kasihanya~
harap mereka boleh dilindungi senantiasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 04:13 PM | Show all posts
tersentuh hati ini tgk citer pasal pernim ni..
harap pengasasnya lebih tabah..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.083917 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list