CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Rumah Anak-Anak Yatim / Rumah Kebajikan

[Copy link]
Post time 26-10-2008 09:09 PM | Show all posts
mana dah pergi duit zakat??????????????????????????????????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 10:51 PM | Show all posts

Reply #181 Acong's post

duit zakat pi ke pelaburan yang buleh mendatangkan keuntungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 04:41 PM | Show all posts
Sukan Anak-anak Yatim Kebangsaan Di Universiti Utara

SINTOK, 10 Nov (Bernama) -- Hampir 2,000 anak- anak yatim dari seluruh negara akan berkampung di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama lima hari mulai 30 Nov ini bagi menyertai Kejohanan Sukan Anak-Anak Yatim 2008 (SUKYA VI).

Kejohanan anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) itu mempertandingkan 10 acara iaitu bola sepak, badminton, ping pong, sepak takraw, bola jaring, bola tampar, tarik tali, karom, dam dan congkak.

Jurucakap PEYATIM berkata kejohanan tahunan itu diadakan di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) kerana mahu mendedahkan anak-anak yatim dengan suasana di IPT untuk memberi semangat kepada mereka belajar hingga ke universiti.

"Negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah kejohanan 2009. Pada tahun lepas ia dilangsungkan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang," katanya.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka merasmikan kejohanan itu pada 1 Dis di Stadium UUM manakala Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka menutupnya pada 3 Dis.

Pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kejohanan boleh diperolehi dengan menghubungi urusetia SUKYA di Pusat Sukan UUM di talian 04-9285926 atau 04-9285927.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 09:48 AM | Show all posts
Berkorban demi anak yatim



PASANGAN Rosli Abd. Ghani dan Rupiza Abdul Hamid yang ikhlas berbakti untuk anak yatim dan terbiar.

ADA banyak cara orang mencari kepuasan dalam kehidupan. Sesetengah individu memiliki kereta besar, rumah besar dan duit yang bertimbun, satu kepuasan. Ada juga yang miskin harta benda tetapi puas dengan kasih sayang keluarga yang melimpah ruah.

Segelintir insan seperti pasangan suami isteri, Rosli Abd. Ghani dan Rupiza Abdul Hamid pula berasa puas apabila dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya anak yatim dan terbiar.

Anak-anak ini bukan anak sendiri malah tiada juga pertalian darah sekadar saudara seagama. Namun, ia bukan jadi halangan untuk mereka mencurah kasih dan sayang, di samping sanggup berkorban masa, tenaga malah wang ringgit mendirikan rumah anak-anak yatim bagi memastikan insan-insan kurang bernasib baik ini ada tepat berlindung, seterusnya melalui kehidupan lebih sempurna.

Ikuti temu bual wartawan, Noor Fazrina Kamal dan jurugambar, Roy Azis Abdul Aziz bersama pasangan ini tentang pengorbanan dan cabaran mereka dalam mendekati anak-anak yatim untuk renungan kedatangan Aidiladha.

LIMA tahun lalu, seperti kebanyakan suami isteri lain, pasangan Rosli Abd. Ghani, 44, dan Rupiza Abdul Hamid, 43, hidup sederhana di ibu kota mencari rezeki dengan makan gaji di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal.

Hidup mereka bahagia dan dikurniakan dengan enam orang anak berusia antara 20 hingga tujuh tahun.

Sibuk melaksanakan tugas sebagai eksekutif di tempat kerja tidak menyekat Rosli untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan sebagai pengerusi surau di syarikat tersebut, yang akhirnya menjadi titik tolak penglibatannya dalam dunia kebajikan secara lebih serius.

Lebih memudahkan apabila isterinya, Rupizah tidak berkerja dan sedikit sebanyak turut membantunya dalam kerja-kerja kebajikan.

“Sebagai pengerusi surau, saya dan ahli jawatankuasa banyak mengumpul dana untuk bantuan rumah anak yatim, orang-orang tua dan sebagainya.

“Dari situ tergerak hati saya untuk membuka rumah anak yatim sendiri,” jelasnya.

Setelah berbincang dengan isteri dan ahli keluarga, Rosli yang kebetulan menerima tawaran skim pemberhentian secara suka rela (VSS), menubuhkan rumah untuk anak yatim di Batu Caves, Gombak, Selangor.

Rumah kebajikan yang diberi nama Pertubuhan Kebajikan Rumah Silaturahim Nurul Qana’ah dibina pada tahun 2004 menempatkan kira-kira 30 anak yatim berusia lima hingga 13 tahun.

“Selepas lebih dua tahun rumah kebajikan tersebut beroperasi, kebetulan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberitahu bahawa di kawasan Bandar Tasik Puteri belum ada rumah untuk anak yatim.

“Justeru saya mengambil inisiatif untuk membina sebuah lagi rumah kebajikan di kawasan tersebut bermula pada April 2006,” jelasnya.

Beliau menyerahkan Rumah Nurul Qana’ah di bawah seliaan seorang rakan untuk memberi tumpuan kepada pembinaan rumah anak yatim di Rawang, Selangor, yang diberi nama Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (Pekeas).

Bermula dengan menyewa dua unit rumah teres dua tingkat, Rosli sanggup mengorbankan masa, tenaga malah wang ringgit bagi mengumpul anak-anak yatim dan terbiar menerusi pencarian di kawasan setempat.

Ada juga sesetengah penghuni dihantar oleh ahli keluarga dan saudara mara yang tidak mampu menjaga mereka kerana kemiskinan hidup.

Rosli dan isteri menjaga para penuhi Pekeas bagi ahli keluarga sendiri, bahkan kasih saya dan perhatian yang diberi tidak ada bezanya dengan apa yang diberi pada anak-anak kandungnya.

“Kasih sayang yang diberikan sama rata dan keperluan mereka dibahagikan seadil mungkin.

“Malah, pada masa lapang kami membawa anak-anak ke sini untuk melakukan aktiviti bersama penghuni Pekeas.

“Pendekatan begini dibuat secara tidak langsung untuk mendidik anak-anak kami supaya memahami kehidupan di dunia ini bukannya semudah yang dibayangkan.

“Anak-anak juga gembira berkawan bersama penghuni di sini dan mereka lebih terbuka dalam memahami kehidupan,” kata Rosli sambil dipersetujui isterinya.

Di Pakeas, Rosli dan Rupizah dibantu oleh pengasuh iaitu dua pasang suami isteri, Patimah Hashim, 55, dan suaminya, Ali Lebai Ismail, 65, serta Jamali Mustafa, 63 dan isterinya, Azmi Jamhari, 54,

Menurut Rosli, mereka berfungsi sebagai ‘ibu’ dan ‘ayah’ untuk penghuni di Pekeas, di samping membantu dalam menguruskan rumah dan kebajikan anak-anak di situ.

“Kami di sini seperti sebuah keluarga yang ‘besar’. Konsep pengasuh berfungsi sebagi ‘ibu’ dan ‘ayah’ merupakan pendekatan yang baik bagi mewujudkan suasana kekeluargaan yang erat bagi setiap anggota lama atau baru di Pekeas.

“Tidak dinafikan pelbagai macam kerenah anak-anak yang dihadapi, namun syukur kepada Allah semuanya dapat ditangani dengan baik,” ujar Rosli.

Pekeas kini mempunyai 15 penghuni perempuan dan 15 lelaki, kesemua berusia dari lima tahun hinggalah 17 tahun. Pemilihan penghuni terbahagi kepada empat kategori iaitu, anak yatim, anak terbiar dari ibu bapa yang bercerai, anak mualaf yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan anak dari keluarga yang miskin.

Kehidupan mereka adalah sama seperti kanak-kanak dan bagi yang akan menduduki peperiksaan mereka berpeluang mengikuti kelas tuisyen.

“Alhamdulillah, ada yang menaja perbelanjaan kelas tambahan anak-anak ini. Malah sepanjang cuti sekolah, terdapat syarikat swasta dan orang perseorangan yang menaja beberapa anak-anak dari sini untuk ke bengkel motivasi dan peluang melancong sambil belajar.

“Umpamanya sekarang ini, empat penghuni kami dipilih oleh syarikat YAWA untuk belayar bersama kapal TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) hingga ke Singapura sebagai memenuhi percutian sekolah mereka.

“Bulan lalu, ada seorang bergelar datuk menaja kos bersunat untuk tiga orang kanak-kanak lelaki Pekeas di Hospital Sungai Buloh,” jelas Rosli yang turut memiliki pusat rawatan tradisionalnya sendiri.

Rosli mengakui menubuhkan rumah kebajikan mempunyai cabaran yang tersendiri. Adakalanya mereka menghadapi kekurangan tajaan ekoran lokasi yang jauh dari ibu kota menyukarkan penaja untuk melihat sendiri tempat yang hendak ditaja mereka.

“Untuk keselesaan penghuni di sini, saya bercadang membina sebuah kelas, pejabat dan surau untuk melancarkan semua aktiviti mereka.

“Kekurangan dana menyebabkan semuanya tidak dapat dibuat dengan sempurna dan terpaksa ditangguh dahulu. Setakat ini semua aktiviti seperti kaunseling, kelas fardu ain dan mengaji dibuat di ruang tamu yang sempit dan kurang selesa untuk penghuni yang terdiri dari pelbagai peringkat umur,” tambahnya.

Seperti insan lain, Rosli turut mempunyai impiannya sendiri. Matlamatnya ialah untuk menubuhkan kompleks kebajikan yang menempatkan anak yatim, terbiar, ibu tunggal, warga emas di bawah satu bumbung.

Kompleks yang dianggarkan bernilai RM7 juta itu akan dibina di atas satu kawasan seluas tiga ekar dilengkapi segala kemudahan seperti surau dan pusat aktiviti.

“Ia masih peringkat cadangan dan saya akan usulkan kepada pihak berkuasa untuk kelulusan. Namun, sebelum mati saya berdoa agar impian ini tercapai. Harta benda, kekayaan bersifat sementara, inilah harta yang kekal (amal kebajikan) yang akan dibawa hingga ke akhirat kelak,” jelasnya menutup bicara.

Pengalaman pengasuh

Sementara itu, Jamali, yang telah hampir setahun menjadi pengasuh di Pekeas berkata, hidup dan bergaul dengan anak-anak yatim dan terbiar memberi pengalaman yang cukup mengujakan biarpun kadang kala ia mencabar.

“Anak remaja terutamanya lelaki, memang mempunyai perangai mereka sendiri, ada yang suka keluar malam dan ada yang sukar mendengar kata.

“Saya lebih suka menggunakan pendekatan psikologi serta pelukan semangat untuk melembutkan hati mereka,” ujarnya.

Beliau juga pernah berhadapan dengan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami trauma ekoran kematian bapanya.

“Budak berusia sembilan tahun itu tidak mahu bercakap dan tidak mempunyai ekspresi walau kita cuba berbual dengannya. Namun, lama kelamaan apabila dia dipujuk, diberi ruang sendiri maka dia boleh menerima keadaan baru dan berkawan dengan rakan-rakan di sini,” jelas Jamali yang berperwatakan ceria.

Bagi Jamali, meskipun anak-anak tersebut bukan darah dagingnya tetapi kasih sayang dan perhatian yang diberi tidak pernah berbelah.

“Menjaga anak-anak yatim ini satu amanah Tuhan. Tidak semua orang ‘ terpilih’ memikul amanah itu, jadi saya perlu bersyukur dan berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.

Pendapat sama dikongsi oleh Patimah yang bertanggung jawab menjaga perihal anak-anak yatim perempuan.

Dia mengakui, ada kalanya menitis air mata kerana kerenah anak-anak tersebut tetapi nikmat kepuasan mendidik anak-anak yatim tersebut memadam semua kepayahan.

“Pernah ada salah seorang anak yang berjanji dan bersumpah tidak akan mengulangi tabiat buruknya, namun dia tetap tidak mengubah tabiat itu.

“Perkara seperti itu memang mengecewakan dan menyentuh naluri kita sebagai ibu kerana kita menganggap mereka sebagai anak kandung sendiri.

“Namun, kita tetap berusaha dan berharap mereka berubah menjadi orang yang berguna demi masa hadapan yang lebih baik selepas keluar dari rumah ini kelak,” ujar Patimah yang berasal dari Perak.

Sementara itu, orang ramai ingin menyumbang kepada pertubuhan ini boleh menghubungi talian 019-2252727 atau terus ke rumah kebajikan yang beralamat 37, Jalan Hijau 11/11, Blok 16, Bandar Tasik Puteri, 48020, Rawang, Selangor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2009 10:29 AM | Show all posts
Rumah Limpahan Kasih unik, kreatif

Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID



Nurseri ini juga turut menjadi sumber kewangan RALK ini.

MEMULAKAN operasinya pada tiga tahun lepas, Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) kini menempatkan seramai 65 orang anak-anak yatim selain beberapa orang ibu tunggal, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan saudara baru.

Rumah yang diasaskan oleh Rabaah Abd. Aziz, 38, ini bukan sahaja menjaga kebajikan mereka yang berdaftar di bawah rumah amal ini, malah ia turut menjaga kebajikan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang berada diseluruh pelosok tanah air.

Menurut Rabaah, bangunan asrama putera ini pada dahulunya tidak seperti yang dilihat pada hari ini.

"Dulu, rumah ini merupakan rumah yang disewakan oleh Allahyarham bapa saya selama lebih 10 tahun dan keadaannya sangat daif. Namun, berkat sumbangan orang ramai kami membaikinya secara beransur-ansur dan inilah hasilnya pada hari ini.

"Sebelum ini kami beroperasi di Bandar Puchong 2 dan sekarang rumah tersebut dihuni oleh anak-anak yatim perempuan manakala rumah di Lorong Bistari 3, Kg. Sri Aman ini untuk anak-anak yatim lelaki," ujarnya.

RALK bukan sahaja sebagai rumah perlindungan kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal ini, malah ia jua sebuah pusat kebajikan. Ini kerana, ia juga menjaga kebajikan mereka yang berada di luar untuk turut sama berkongsi barang-barang yang di sumbangkan oleh orang ramai contohnya makanan asas seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain.

"Tujuan ia ditubuhkan adalah mengurangkan kerenah birokrasi yang biasa dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik, dalam mendapatkan bantuan. Kita akan sentiasa berusaha membantu mereka dan menganggap susah mereka, susah kita juga. Jangan kerana kita senang, kita jadi lupa pada mereka yang susah ini.

"Setiap hari pasti akan ada orang yang datang meminta bantuan daripada kami. Kami di sini akan memberi apa yang ada seperti beras dan makanan yang lain kepada mereka. Oleh sebab itu, stor simpanan kami jarang yang penuh.

"Kami tidak sesekali akan membiarkan orang yang datang meminta bantuan pulang dengan tangan kosong. Tidak kira pukul berapa mereka datang, kami tetap akan melayan permintaan mereka," katanya bersungguh.

Menurutnya lagi, rumah amal ini masih banyak kekurangannya dan ia sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memberi sumbangan agar ia dapat menampung keperluan penghuni yang tinggal di dalamnya.

"Kita memerlukan bantuan untuk membina surau, dewan makan, asrama tambahan, bengkel untuk ibu tunggal dan bilik belajar.

"Sekarang, kami telah membeli sebidang tanah di belakang rumah ini tetapi masih belum dapat diusahakan kerana dana yang ada belum cukup untuk memulakan kerja-kerja pembinaan yang dirancangkan.

"Jika ada rezeki nanti, dapatlah kami membina dewan makan dan surau untuk mereka ini. Sekarang mereka hanya bersolat di balkoni rumah ini sahaja dan kadang-kadang jika ada tetamu yang ramai, ia tidak dapat menampungnya dan terpaksa bersolat secara berperingkat," jelasnya.

Menurutnya lagi, dana yang mereka peroleh untuk membantu golongan ini bukan sahaja datang daripada sumbangan orang ramai tetapi turut datang dari projek-projek perniagaan yang diusahakan.

"Kami mengusahakan nurseri bunga dan inap desa (homestay). Jadi, hasil yang diperoleh dari situ, kami gunakan untuk perbelanjaan harian anak-anak dan ibu tunggal di RALK.

"Harapan kami supaya anak-anak di sini dapat belajar bagaimana untuk menambah pendapatan pada masa depan. Ini sebagai salah satu langkah kami mendidik mereka menjadi orang yang berguna dan berdikari,"' katanya.

Tambahnya, ini bukan untuk mengeksploitasikan atau mempergunakan mereka, tetapi ia sebagai satu latihan kemahiran dan memberi pengalaman serta pendedahan untuk menjadi usahawan di masa hadapan.

"Kadang-kadang mereka yang meminta kita untuk membuka gerai seperti gerai untuk menjual burger. Mereka sungguh berminat untuk berniaga dan kita tunaikan cuma sesekali sahaja itupun pada waktu cuti supaya ia tidak mengganggu pembelajaran mereka," jelasnya.

Selain itu, Rabaah juga kini dalam usaha untuk mengumpulkan semua anak-anak yatim seluruh Malaysia melalui Kelab Anak Yatim SeMalaysia (KAYM).

Kelab tersebut akan membuka peluang untuk anak-anak yatim yang terpinggir dan tidak mendapat perhatian ini menerima nasib yang sama seperti anak-anak yatim yang tinggal di rumah-rumah kebajikan.

"Di kelab ini, kami akan mengumpul semua data-data anak yatim yang tinggal di serata tanah air.

"Anak-anak ini boleh mendaftarkan diri melalui borang yang kita sediakan di laman web kelab ini. Mereka boleh melayari laman web ini di www.anakyatim.org atau www.rumahamallimpahankasih.com.

"Dengan cara ini kita dapat tahu berapa ramai lagi anak-anak yatim di luar sana yang tidak mendapat bantuan dan perlindungan seperti anak-anak yatim yang tinggal di rumah-rumah amal diseluruh Malaysia. Jadi, mudah untuk kita membantu dan menyalurkan maklumat kepada pihak yang ingin membantu mereka," katanya.

Anak-anak yatim yang terlibat di dalam program konvoi pada tahun lalu, kebanyakannya mereka yang jarang-jarang diraikan kerana mereka tinggal bersama waris.

Justeru itu, melalui KAYM mereka didatangkan dari serata Malaysia berpeluang untuk diraikan buat julung-julung kalinya.

Di samping itu juga, mereka berpeluang menaiki kereta-kereta mewah, beramah mesra dengan artis-artis dan selebriti yang akan turut serta di sepanjang perjalanan konvoi tersebut bermula di Puchong, mengelilingi Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya.

"Kami amat berbesar hati di atas penyertaan dari kelab-kelab kereta seperti BMW, Bimmers Club, V-Sixers, Citra Club, Peugeot Club dan Kelab Motor Kuasa Besar,'' ujarnya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk makanan, barang-barang kelengkapan asrama atau kewangan bolehlah menghubungi Rabaah di talian 019-2227339 atau terus melalui akaun Maybank bernombor 512343531956 atas nama Rumah Limpahan Kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2009 07:51 AM | Show all posts
Kasih: Tempat menumpang kasih
Oleh Mohd Amin Jalil
bhnita@bharian.com.my



KAMARUL menitikberatkan pelajaran di asrama Darul Aminan.

Payda bantu anak yatim nikmati kehidupan bermutu

"HASRAT saya hanya untuk membantu anak yatim, memastikan nasib dan masa depan mereka dibela kerana menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

menjaga kanak-kanak ini yang sudah tiada ibu atau ayah," kata  Pengasas merangkap Pengerusi Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (Payda), Kamalul Ariffin Abu Kassim. Atas semangat itu, Kamarul Ariffin berusaha menyediakan pusat kediaman yang serba lengkap untuk anak-anak yatim berkenaan di Gedong Lalang, Ampangan dekat Seremban, Negeri Sembilan.  

Pusat itu menyediakan tiga asrama yang menempatkan 40 anak yatim lelaki dan perempuan berusia antara satu tahun lapan bulan hingga 17 tahun.

Payda memulakan operasi pada 2005 dengan mengambil 22 anak yatim dan terus menerima permintaan daripada keluarga kurang bernasib baik bukan saja dari Negeri Sembilan, malah negeri berdekatan, tetapi tidak mampu menerima lebih ramai penghuni kerana asrama yang terhad.  

Kamalul Ariffin berkata, ramai anak yatim yang ditempatkan di situ berjaya dengan cemerlang, malah ada belajar hingga ke peringkat kolej serta universiti tempatan, selain membina kehidupan yang baik serta membanggakan.  


ANTARA aktiviti di rumah anak yatim Darul Aminan.

"Kita bangga dengan pencapaian mereka, bahkan saya percaya mereka masih mengamalkan apa yang dipelajari ketika menjadi penghuni di Payda. Matlamat kami melahirkan generasi berilmu, beriman serta berakhlak mulia selaras wawasan kerajaaan melahirkan modal insan cemerlang untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.  

"Selain memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik, aktiviti di Payda menjurus kepada pembangunan modal insan merangkumi aktiviti bersukan, kem motivasi, tuisyen, marhaban, unit beruniform, silat, kompang dan muzik selain aspek moral dan akhlak serta pengajian al-Quran," katanya.

Beliau berkata, semua penghuni asrama dilatih dengan disiplin tinggi terutama dari sudut kebersihan diri dan tempat tinggal kerana kebersihan dapat melancarkan setiap aktiviti, malah mereka diwajibkan mematuhi setiap peraturan ditetapkan kerana ia dibuat untuk kebaikan mereka.  

"Kami juga menyediakan jadual harian untuk mereka mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat, terutama selepas pulang dari sekolah termasuk mewujudkan kelas tuisyen selain belajar teknologi maklumat (IT) menerusi khidmat guru khas yang memberikan sumbangan secara sukarela di asrama utama.  

"Untuk bilik belajar dan kuliah, kita asingkan penghuni mengikut usia. Calon peperiksaan besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditempatkan dalam satu bilik kerana mereka memerlukan perhatian penuh, manakala pelajar lain di bilik berlainan," katanya.  

Beliau yang mengurus pusat itu sepenuh masa sambil dibantu dua penyelia dan seorang tukang masak, termasuk isterinya, Rozita Abd Aziz, berkata rumah papan yang disewa untuk dijadikan rumah anak yatim sudah dinaik taraf dan kini lengkap dengan pelbagai kemudahan.  

"Kami mahu anak-anak yatim di sini berasa selesa dan dapat dibesarkan dalam keadaan bersih," katanya, sambil menambah segala keperluan anak yatim di situ dibiayai sepenuhnya oleh pertubuhan berkenaan.  

Kamalul Ariffin berkata, kos pengurusan ditanggung menerusi sumbangan orang ramai sama ada dalam bentuk wang tunai dan peralatan yang secara keseluruhan menelan belanja kira-kira RM8,000 sebulan, termasuk sewa asrama serta keperluan pakaian dan makanan.  

"Asrama ini dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya kelas al-Quran, komputer, ruang tuisyen atau kaunseling, ruang rehat, bilik pelawat dan perpustakaan bagi memberi kemudahan kepada anak yatim untuk menjalani kehidupan selesa," katanya.  

Menurutnya, ada kalangan penghuni asrama itu berjaya dalam aktiviti kokurikulum di peringkat negeri dan kebangsaan yang membuktikan kejayaan pembentukan sahsiah diri yang baik serta cemerlang dan boleh menjadi contoh kepada orang lain.  

"Kami sentiasa menekankan kepada pendidikan agama dengan mengadakan kelas pengajian al-Quran, bacaan Yassin setiap minggu serta ceramah dan motivasi oleh guru agama," katanya, turut menafikan bersikap pilih kasih dalam memilih anak yatim untuk ditempatkan di asrama itu.  

Katanya, unsur pilih kasih tidak wujud, sebaliknya pemilihan dibuat berdasarkan keadaan kehidupan pemohon yang kemudian bergantung pula kepada kekosongan di asrama, menyebabkan Payda hanya mampu menerima seorang atau dua anak yatim daripada setiap keluarga.  

"Kami bercadang membeli tanah di kawasan Ampangan ini untuk membina bangunan tambahan, tetapi perancangan itu belum kesampaian kerana sukar mendapatkan tanah di kawasan bandar selain kos terlalu tinggi. Bagaimanapun, kami akan terus berusaha merealisasikan hasrat itu," katanya.  

Bagi penghuni asrama Payda, Mohd Fauzan Shamsuddin, 17, dari Air Mawang Johol, dia bersyukur kerana ada pihak sudi menjaga dan memeliharanya selepas kehilangan ibu dan bapanya lebih tiga tahun lalu.  

Anak kelima daripada tujuh beradik itu yang bercita-cita menjadi jurutera elektrik, berkata dia selesa di Payda kerana kemudahan yang lengkap merangkumi peralatan sekolah seperti komputer selain berpeluang bergiat aktif dalam aktiviti silat.  

"Di sini, kami ibarat adik beradik dan diberikan bimbingan sempurna," katanya yang mula menghuni asrama Payda, dua tahun lalu.  

Rakan seasrama, Nor Intan Chiew, 14, dari Labu menyifatkan rakan-rakan di asrama itu adalah keluarga kedua dan gembira kerana pengurusan Payda amat prihatin seperti ibu dan bapanya, lalu berazam membalas jasa mereka dengan berusaha gigih untuk cemerlang dalam pelajaran.  

"Saya perlu tabah menghadapi semua cabaran dan bersyukur kerana bernasib baik di tempatkan di sini. Semua yang ada di sini seperti ahli keluarga saya sendiri... kami juga tidak kekeringan kasih sayang dan perhatian," katanya.

INFO

Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (Payda)

Alamat: No 55/56 Jalan Gedong Lalang 8, Ampangan, Seremban Negeri Sembilan.

Asrama: No 12/162, Gedong Lalang, Ampangan Seremban.

Telefon: 013-3494442

Faksimili: 06-7616702
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2009 10:13 AM | Show all posts
SYD ada x.. senarai nama dan kontek rumah anak yatim yang dikategori susah. Kerana kebanyakan anak yatim byk dah senang.

Baik kita bantu yang betui2 mundur dan susah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 01:59 PM | Show all posts
kalau kita nak jadi sukarelawan kat rumah anak yatim cemana yer? maybe boleh bantu dari segi kaunseling, pelajaran..and maybe just as a sister to them...to share or whatever yg termampu
kalau boleh nak cari rumah anak yatim yg dekat kl or selangor area bangi, kajang, dan berdekatan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2009 01:08 PM | Show all posts

Reply #187 tempoyakmanis's post

ada mcm banyak yang susah.
tapi tu la..

banyak benda betul yang mhalang dorang dapat
pembelaan sewajarnya


ada tu, satu umah anak yatim kat puchong
disebabkan pengurusan rumah tu
ada dikaitkan dgn al-arqam laa, rufaqa laa

tak semena2 dorang mcm dipinggirkan

anggapan nya:

- kalau tolong dorang (kita derma kat anak yatim, tapi pengurusan yang handle kan), kita mcm sokong pertubuhan yang diharamkan

- dan jugak pra sangka, kita tolong dorang - orang ckp kita sokong dorang.

tapi niat kita sebenarnya, nak tolong anak2 yang masih lagi kecik2 tu, nak sekolah nak makan minum pakai etc


serba salah tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2009 01:09 PM | Show all posts

Reply #188 mimi_19's post

rasanya boleh laa
check kat list2 yang ada kat depan

dan call dorang

offer apa yang kita boleh bantu dorang.

pecaya dorang takkan tolak, malahan bersyukur amat sangat.

kalau laa boleh kasik tusyen ke tuk budak2 yang nak amek exam, kasik kaunseling dan share yang lelain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 08:46 PM | Show all posts

ns nyer kat ner

kalau kat nsembilan nyer kat mana yea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2009 09:53 PM | Show all posts
salam.

nanti saya mintak tolong pada kawan2 kat bod N9 ye.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 02:09 PM | Show all posts

Reply #191 hippo_gurl's post

Senarai Rumah Anak Yatim di Negeri Sembilan

1. Rumah Tunas Harapan Payong
Seri Sejahtera Kuala Pilah
Sri Menanti, 71550 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel : 06 - 4811163
Fax: 06 - 4817961
Person in Charge: En Zaimi

2. Yayasan Anak Yatim Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan NegERI Sembilan
180/50, Gedong Lalang Ampangan, 70400 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06 - 7622849
Fax: 06 - 7630521
Person in Charge: Pn. Liza

Tingkat 11, Wisma DPMM, Jalan Dato\' Bandar Tunggal, 70000
Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06 - 7622849 / 7620251
Fax: 06 - 7630521
Person in Charge: -

3. JEMAAH PENGURUS KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM / MISKIN ULU
GADONG
Pos Kota, 71350 Kota, Negeri Sembilan
Tel : 06 - 4381411
Fax: 06 - 4383025
Person in Charge: -

4. YAYASAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM DAERAH PORT DICKSON
Lot PT. 146, Bangunan Yayasan, Jalan Lama, 71000 Port
Dickson, Negeri Sembilan
Tel : 06 - 6475399
Fax: 06 - 6479530
Person in Charge: -

Yayasan Anak Yatim Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan NegERI Sembilan
180/50, Gedong Lalang Ampangan, 70400 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06 - 7622849
Fax: 06 - 7630521
Person in Charge: Pn. Liza

Pejabat
Tingkat 11, Wisma DPMM, Jalan Dato\' Bandar Tunggal, 70000
Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06 - 7622849 / 7620251
Fax: 06 - 7630521
Person in Charge: -

Please change to the following;
Anak Yatim & Miskin Murad Foundation (Perempuan)
185/162, Gedong Lalang Ampangan,
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Anak Yatim & Miskin Murad Foundation (Lelaki)
49/162, Gedong Lalang Ampangan,
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Pejabat
Tingkat 11, Wisma DPMM, Jalan Dato' Bandar Tunggal, 70000
Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06 - 767 5526
Fax: 06 - 767 8827
www.muradfdtn.com
Person in Charge: -
Rusiyah
Zahar 012-601 5065


tq ----->      http://rumahanakyatimnegerisembilan.blogspot.com/

[ Last edited by  Syd at 26-2-2009 02:27 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 02:27 PM | Show all posts
Senarai Rumah Anak Yatim di Melaka

1. Lembaga Pengurusan
& Kebajikan Anak Yatim Miskin
(PAYASUM)
KM 18, Paya Rumput Jaya, 76300 Sungai Udang,

Melaka
Tel : 06 - 3512364
Fax: 06 - 3510634
Person in Charge: En Hj Ahmad bin Chik

2. Rumah Budak Laki-laki Tun
Abdul Aziz
46, Jalan Durian Daun, 75400 Durian Daun, Melaka
Tel : 06 - 2834149
Fax: 06 - 2847452
Person in Charge: Puan Fatimah

3. Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih
Kompleks Penghulu Air Panas, 77200 Bemban, Melaka
Tel : 06 - 5291285
Fax: 06 - 5293311
Person in Charge: En Rusmi

4. lembaga kebajikan pengurusan anAk yatim
884, Jalan Paya Rumput, Bt. 11
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 02:29 PM | Show all posts
Senarai Rumah Anak Yatim di Perlis


1. Pertubuhan kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh
No. 1, Jalan Dato Wan Ahmad, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 04 - 9766766 / 9769185
Fax: 04- 9781909 / 9765733 / 9763266
Person in Charge: En Arshad b. Bahari
http://rumahanakyatimperlis.blogspot.com/


2. Pertubuhan kebajikan Anak Yatim Perlis
Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi Dalam
02600 Arau, Perlis
Tel : 04 - 9763455

Fax : 04 - 9763455
Person in Charge: En Ali Ismail
http://komplekspenyayangdrsitihasmah.blogspot.com/


3. Asrama Anak Yatim Kg. Pondok
Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, 01000 Kangar, Perlis
Tel : -

Fax : -
Person in Charge: -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 02:30 PM | Show all posts
Senarai Rumah Anak Yatim di Kedah



1. Pertubuhan BELA DIdik Anak Yatim Islam (BEDAYA)

Daerah Kulim Dan Bandar Baru
No. 2 Jalan Bukit, 09000 Kulim, Kedah
Tel: 04 - 4902816
Fax:04 - 4957157
Person in Charge: En Zakaria

2. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Rumah Kanak-Kanak Darul Aitam
No. 1475 Lorong Seri Jalan Langgar, 05300 Alor Setar
Kedah
Tel: 04 - 7335124
Fax: 04 - 7332349
Person in Charge: Tuan Hj Salim Bin Abdul Hamid
http://rumahanakyatimdarulaitam.blogspot.com/


3. PertUBUHAN Amanah
Masyarakat dan
Mendidikan
Anak-anak Yatim

Daerah Baling Kedah (Aman)


d/a Pejabat Daerah Baling, 09100 Baling, Kedah
Tel: 04 - 4701963
Fax: 04 - 4701172
Person in Charge: En Amri Bin Salleh

4. Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia
Daerah Kulim
No 235, Jalan Lunas, Kilang Lama, 09000 Kulim, Kedah
Tel : 04 - 4914424
fax: 604-4951557

Fax : 04 - 4951557
Person in Charge: Kapt. (B) Mohd. Ibrahim Md Ghani PJM, PPS

5. BADAN USAHA DIDIKAN ANAK YATIM NEGERI KEDAH (BUDI)
Rumah Budi, Jalan Pegawai, 06900 Yan, Kedah
Tel : 04 - 4655208
Fax : 04 - 4655208
Person in Charge: Puan Arpah
http://rumahbudi.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2009 02:31 PM | Show all posts
Senarai Rumah Anak Yatim di Kelantan


1. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKA YATIM)
Lot 523, Jln Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian
16150 Kota Bahru, Kelantan
Tel : 09 - 7654286
Fax: 09 - 7653543
Person in Charge: Tuan Haji Nik Abdul Rahman

2. Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih
16150 Kota Bahru Kelantan
Tel : 09 - 7482124
Fax: 09 - 7482124
Person in Charge: Roshayati Bt. Omar

3. Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan
(Rumah Putera Harapan Umi Halimah)
167C, Dalam Rhu, 16200 Tumpat, Kelantan
Tel : 09 - 7253298

4. YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM (YAATIM) KELANTAN
(RUMAH PUTERi HARAPAN)
No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota
Bharu, Kelantan
Tel : 09 - 7735494
Fax: 09 - 7745498
Person in Charge: -

5. Asrama Bakti Machang


JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA PELAJAR YATIM
d/a Ketua Jajahan Machang, Pejabat Tanah dan Jajahan, 10500
Machang, Kelantan.

Tel : -
Fax: -
Person in Charge: -

6. Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam
Jalan Yaacobiah Lundang, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09 - 7446505


Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan
(Rumah Puteri Harapan)
No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09 - 7735494
Fax: 09 - 7745498

Jawatankuasa Pengurusan Asrama Pelajar Yatim
d/a Ketua Jajahan Machang, Pejabat Tanah dan Jajahan, 10500 Machang, Kelantan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 02:33 PM | Show all posts
Senarai Rumah Anak Yatim di Johor

1. Persatuan KebAJIKAN Darul Hanan Johor Bahru
Jalan Masjid, 81700 Pasir Gudang, Johor
Tel : 07 - 2521689
Fax: 07 - 2511504
Person in Charge: Cik Intan Safinaz bin Susin


Tingkat 11, Jabatan Pentadbiran & Tenaga Insan, Menara
Perbandaran Johor, Kotaraya, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07 - 2521689
Fax: 07 - 2543628
Person in Charge: -

2. PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM MUAR
18, Jalan Petri, Peti Surat 109, 84007 Muar, Johor
Tel : 06 - 9510022
Fax: 06 - 9524109
Person in Charge: -

3. Pertubuhan KebAJIKAN
Anak YATIM Islam Batu
Pahat (PKAYI)
180 Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07 - 4324206
Fax: 07 - 4351206
Person in Charge: Tuan Hj Ali Bt Hji Siran

4. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Kluang (PKAYIK)
30, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07 - 7725841
Fax: 07 - 7717792
Person in Charge: Hj Jurimi Kabit

5. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Kota Tinggi
Lot 2472, Jln Taib,
Kota Kecil
81900 Kota Tinggi
Johor
Tel : 07 - 8834753
Fax: 07 - 8831432
Person in Charge: Tuan Hj Mohamad bin Mahmood

6. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Mersing
KM 3 Bukit Pedoman, Jalan Endau, 86800 Mersing
Johor
Tel/Fax: 07 - 7994627
Person in Charge: Tuan Haji Razak bin Hussen

7. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Pontian
9E, Jalan UMNO, 82000 Pontian, Johor
Tel : 07 - 6877864
Fax: 07 - 6877266 / 6871614
Person in Charge: Tuan Hj Mohd Barkawi bin Haji Hasbollah

8. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Segamat
KM 5, Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor
Tel : 07 - 9312581
Fax: 07 - 9311976
Person in Charge: Tuan Haji Tahir

9. PertUBUHAN Kebajikan
Anak Yatim Johor
(RUMAH BARKAT)
118, Jalan Bukit Cagar, 80300 Kluang, Johor
Tel : 07 - 2234664
Fax: 07 - 2220377
Person in Charge: Puan Hendon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 02:36 PM | Show all posts
Senarai Rumah Anak Yatim di Pahang


1. Yayasan KebAJIKAN Keramat Makmur Mentakab (YKKM)
No. 4 Jalan Industri 2/2, Taman Perindustrian Temerloh
28400 Mentakab, Pahang
Tel/Fax: 09 - 2784875
Fax: 09 - 2784804
Person in Charge: En Noorinda

2. PERTUBUHAN ANaK YATIM TENGKU AMPUAN FATIMAH ALOR AKAR
Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri, 25856 Kuantan, Pahang
Tel/Fax: -

Fax: -

Person in Charge: -

3. pertubuhan kebajikan untuk anak yatim islam
Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Wisma Seri Bentong, 28700
Bentong, Pahang
Tel/Fax: -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 02:39 PM | Show all posts
Senarai Rumah Anak Yatim di Sarawak

1. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PKAYNS)
Kompleks Kebajikan Laila Taib, Lot 459, Block 14, Jalan Siol
Kanan, Petrajaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-446955
Fax: 082-446939
Person in Charge: Ustaz Hj Mohd Salleh bin Hamdin

2. PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK SARAWAK
142, Jalan Bunga Tanjung, Kampung Gita, Peti Surat 3005,
Sarawak
Tel : 082 - 247711
Fax: -

http://rumahanakyatimsarawak.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059900 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list