View: 4608|Reply: 13
|
Disiplin keilmuan Islam
[Copy link]
|
|
Salamun alayk
Majoriti muslim di malaysia jika ditanya apakah sumber utk ilmu Islam (aqidah, syariah, siasah, muamalah, etc), semua akan lebih kurang la sepakat kata kita mesti ambik dari
1) Quran
2) Sunnah
3) Ijmak
4) Qias
Tapi rupanya, dari segi pengambilan hukum juga berbeza berdasarkan pegangan masing-masing. Mungkin ada yg sama, cth ambil Quran dan Sunnah, tapi bila tang penafsiran pula berbeza. So just create this thread on the purpose of the knowledge, so minta sesapa la pakar dalam hal ni boleh share, semoga kita dapat memanfaat untuk semua, untuk menjelaskan bagaimanakah sebenarnya disiplin keilmuan Islam itu? Supaya bila org yg komited, nak komited, dan yg sedang belajar, dengan Islam dan tatacara pengamalannya, tidak salah dlm meletakkan priority pengambilan sumber. So if everybody agree Quran superior than other, so semua org akan setuju ambil hukum dlm Quran. Bila hukum tu jelas dalam Quran, mana2 sumber yg bertentangan kita leh tolak tepi (misalnya lah). Saya pun budak baru belajar, nak timba ilmu dari mereka arif. Thanks in advance.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Dlm kitab2 usul fiqah ada menyebut ttg sumber2 ini:
1. Al Quran
2. Sunnah Rasulullah saw
3. Ijma'
4. Qias
5. Istihsan
6. Masalih mursalah
7 Uruf (adat kebiasaan)
8. Qaul sahabi (kata pendapat sahabat)
9. Syar'u man qablana (syara' org terdahulu)
10 Istishab al asli
11 Sad al-zara'i
Sumber2 yg disepakati oleh keseluruhan ulama ialah Al Quran & sunnah Rasulullah saw. Sumber2 yg hanya disepakati oleh jumhaur ulama ialah ijma' & qias.
Bakinya tidak disepakati ulama. Ulama berselisih pendapat mengenainya samada ia menjadi hujjah syara' atau tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... thanks fleurzsa.. dapat gak tambah ilmu.. thanks to sakinahmawaddah gak...
Oho... leh senaraikan tak ulama'2 yg menyepakati dan yang tidak menyepakati. Jika sepakat, apakah dalil2, sebab2, juga utk tidak menyepakati. Mesti ada dalil dan sebab munasabab.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 6-7-2005 02:51 PM:
Sumber2 yg disepakati oleh keseluruhan ulama ialah Al Quran & sunnah Rasulullah saw. Sumber2 yg hanya disepakati oleh jumhaur ulama ialah ijma' & qias.
Al-Quran dan Sunnah memang semua ulama sama ada Sunni,Syiah ataupun Wahabi menerimanya. Mungkin tafsirannya berbeza saja namun dari Ijma' dan Qias ada perselisihan pendapat. Persoalannya timbul bila masa ulama-ulama ada bertemu dan membuat kesepakatan tentang hukum-hukum yang diselaraskan???
Saya tertarik kepada sandaran Syiah yang antara ulama yang menetapkan hukum mestilah seorang ulama yang masih hidup lagi. Mengapa tidak boleh sedangkan faktor keilmuan, ulama sekarang lebih terdedah dengan pelbagai kemudahan dalam menuntut ilmu. Begitu juga ulama wahabi sekarang ini yang sudah mula membuka kembali pintu ijtihad sedangkan ia pernah ditutup oleh ASWJ. Kita lihat Sheikh Al-Qardawi sebagai contoh. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi lagi.... contoh lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2005-7-6 09:22 PM:
Al-Quran dan Sunnah memang semua ulama sama ada Sunni,Syiah ataupun Wahabi menerimanya. Mungkin tafsirannya berbeza saja namun dari Ijma' dan Qias ada perselisihan pendapat. Persoalannya timbul bila masa ulama-ulama ada bertemu dan membuat kesepakatan tentang hukum-hukum yang diselaraskan???
Saya lihat ulamak zaman silam sehingga ke zaman atba' atba' tabi'in kebanyakkannya "arrived at their conclusions independently". Yang benar-benar berilmu selalunya amat rigorous dalam methodologi mereka untuk mendapatkan sesuatu hukum dan cuba untuk tidak bias sehingga ada berlaku mereka tidak mengikut hukum yang telah dibuat oleh guru sanjungan mereka sendiri.
Pengaruh mereka juga amat hebat kerana kewara'kan mereka yang terbukti di samping tahap keilmuan yang tinggi dan complete.
Mungkin ada perbincangan dan perdebatan di antara mereka, tetapi kerana ada ulama2 ini yang hidup pada zaman yang berbeza, atau tidak pernah berjumpa, atau pernah berjumpa tapi tak boleh nak berbincang lama, masing-masing membuat fatwa masing-masing berdasarkan ilmu dan "resource" masing-masing.
Persepakatan ulama' dibuat oleh para pengikut mereka yang terkemudian (ataupun ulamak terkemudian) yang mengambil kesimpulan2 daripada hukum2 di atas berdasarkan reputasi ulamak2 tersebut - yang mungkin pula mereka tambah mengikut keilmuan mereka -apabila melibatkan perkara-perkara baru yang memerlukan penghukuman. Ini mungkin atas inisiatif kerajaan Islam yang mahu menseragamkan hukum-hukum Islam sebaik mungkin untuk membantu dalam persatuan Umat Islam di kawasan pemerintahan tersebut dan kerja-kerja pentadbiran. dan juga politik
Keperluan untuk ijtima' ulama saya lihat berlaku apabila tahap keilmuan yang semakin kompleks dan klasifikasi ilmu Islam yang menjadi semakin pelbagai. Banyak ulama' yang membuat "specialization" dlm bidang-bidang tertentu. Juga kawasan penduduk Islam menjadi luas sehingga tidak ada seorang ulama' yang menjadi dominan dan boleh mempengaruhi majoriti orang Islam dari segi hukum. Jadi untuk menguatkan "suara" ulama', perhimpunan ulama' diadakan untuk mencari kata putus dalam pelbagai isu.
Bilakah ijtima' ulama yang pertama diadakan? Bagaimanakah prosedur sesuatu hukum dicapai dalam ijtima'? Mungkin yang mengetahui boleh berkongsi di sini.
[ Last edited by always_typo on 7-7-2005 at 09:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 7-7-2005 09:34 AM:
Saya lihat ulamak zaman silam sehingga ke zaman atba' atba' tabi'in kebanyakkannya "arrived at their conclusions independently". Yang benar-benar berilmu selalunya amat rigorous dalam ...
TQ atas pandangan yang diberikan.
Masalah yang berlaku sekarang ini ialah apabila ramai yang menjustifykan pandangan mereka kononnya berdasarkan pendapat Imam-imam mazhab yang telah ada ijma' sedangkan imam-imam tersebut tidak pernah menyatakannya. Dalam hal mazhab Imam Shafei misalnya adakah kita benar-benar patuh pada pendapatnya sedangkan banyak yang buat fatwa adalah dari kalangan imam-imam Shafeiyah (pengikut sahaja) yang beretentangan pula dengan pendapat Imam Shafei sendiri.
Dalam hal ini campuraduk fatwa banyak berlaku...dan tanpa disedari inilah yang diperjuangkan oleh golongan Wahabi......boleh ikut pendapat Imam tapi tidak boleh bermazhab khusus. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah, jazakallah dgn respon yg diberikan
memandangkan sumber2 lain yg telah diberikan oleh cik mod kita, ulamak tidak sepakat mengenai halnya, apa kata utk pendahuluan perbincangan ilmiah kita constrain dulu dengan Quran dan sunnah.
Rasanya umat Islam secara teorinya takkan bercanggah selagi dua sumber ni diambil dlm bentuk yg sama.
Tapi hakikatnya berlaku contradict dr segi penafsiran daripada dua sumber utama umat Islam ni,
So, minta mohon dari yg arif mengenai hal ini, bagaimana seharusnya seorang muslim yg berusaha utk komited dlm agama, utk melihat hal ini. Sebagai contoh, utk penafsiran Quran, bolehkah seorang individu tersebut mengambil penafsirannya secara lateral, sekiranya dia sendiri tidak mempunyai guru, sbgai langkah awal penyelidikannya dan pemahaman terhadap Quran? Adakah terjemahan dan tafsiran2 Quran yg khusus yg diterima pakai oleh semua yg ahli, contohnya Tafsir Ibnu Katsir, atau Yusof Ali? Adakah bantuan (aids) yg sesuai yg perlu ada utk seseorang individu itu sblm memulakan quest memahami Quran, cth: kena ada buku asbabul nuzul, koleksi hadith dan buku hadith sunnan sittah, dsb? Tima kasih, thanks again in advance |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2005-7-7 09:55 AM:
TQ atas pandangan yang diberikan.
Masalah yang berlaku sekarang ini ialah apabila ramai yang menjustifykan pandangan mereka kononnya berdasarkan pendapat Imam-imam mazhab yang telah ada ijma' sedangkan imam-imam tersebut tidak pernah menyatakannya. Dalam hal mazhab Imam Shafei misalnya adakah kita benar-benar patuh pada pendapatnya sedangkan banyak yang buat fatwa adalah dari kalangan imam-imam Shafeiyah (pengikut sahaja) yang beretentangan pula dengan pendapat Imam Shafei sendiri.
Dalam hal ini campuraduk fatwa banyak berlaku...dan tanpa disedari inilah yang diperjuangkan oleh golongan Wahabi......boleh ikut pendapat Imam tapi tidak boleh bermazhab khusus.
Tuan Gravedigger, tolong perbetulkan kesalahan saya.
saya ingat Imam Shafie sendiri tidak memberi fatwa dalam SEMUA isu tetapi dia mempelopori tradisi keilmuan Usul Feqah, yang mengkaji metod sistematik penghasilan sesuatu hukum feqah, ilmu yang
diikuti oleh murid-muridnya ataupun ulamak2 yang terkemudian yang mana mereka ini digelar ulama' aliran Imam Shafie. Ilmu Usul Feqah ini juga diperkembangkan lagi oleh pakar-pakar lain selepasnya.
Ini kerana tidak semua hadith available kepada Imam Syafie, pengumpulan hadith secara aktif dan cara penilaian hadith secara sistematik hanya bermula kemudian dari zamannya . Imam Syafie wafat tahun 820H. Imam Bukhari pula hidup 810-870H. Jadi sudah pasti hukum hakam Imam Syafie perlu dikemaskini semula oleh pakar2 terkemudian setelah kedapatan hadith2 yang lebih tinggi statusnya hasil kajian para ilmuan hadith tetapi still methodology Imam Shafie digunakan.
Mazhab Shafie ini diberi nama Shafie kerana mengikut sempena nama Imam Shafie yang mempelopori method "decision making" cara mazhab Shafie. Bukannya bererti SEMUA hukum dibuat Imam Shafie. Ada ramai juga ahli fuqaha terkemudian yang hebat dan berpengaruh dari aliran Shafie seperti Imam an Nawawi (kurun ke 7H) dan Imam Ibn Hajar (kurun ke 9H).
Masalahnya sekarang kita banyak tahu pasal Feqah( kesimpulan hukum) sahaja tapi kita tidak jarang nak ambil tahu pasal Usulnya (bagaimana kesimpulan hukum itu dibuat). Mungkin kena belajar ilmu Feqah yang lebih detail.
[ Last edited by always_typo on 7-7-2005 at 11:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Khulafa' Rashidin/ Zaman Sahabat
Sumber: Perundangan Islam: Sejarah Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya.
Para sahabat mempunyai keistimewaan dlm memahami perundangan Islam krn:
1. Mereka hampir dgn Rasulullah saw & sering bergaul rapat dgn baginda.
2. Mereka memahami bhs Arab secara mendlm, bhs yg jadi bhs Al Quran.
3. Mereka menghafal Al Quran. Juga byk menghafal Hadis.
Kelainan Sahabat dlm memahami perundangan Islam pula:
1. Perbezaan di atr mereka dlm pengetahuan ttg bhs Arab yg mendlm.
2. Kelainan atr mereka di dlm bergaul bersama Rasulullah saw. Kadar pergaulan.
3. Perbezaan mereka dlm kemampuan semulajadi. Memahami, menghafal, mengistimbat hukum drp dalilnya, menterjemah isyarat2 halus dlm nas2 syara'.
Sumber2 perundangan terbatas kpd:
1. Al Quran
Melihat di dlm Al Quran utk mengetahui hukum.
2. Sunnah Rasulullah saw.
Melihat ke dlm sunnah Rasulullah saw apabila tak menjumpai dlm al Quran. Adakala mereka sepakat, adakala berselisih pendapat dgn sebab penggunaan bhs atau keadaan riwayat nas.
3. Ijma' Ulama
Dilakukan apabila tidak didapati dlm nas Al Quran atau Sunnah. Atau nas di situ nas mujmal. Atau di situ didapati lebih drp satu nas & setiap nas menyatakan hukum yg berbeza. Atau ianya hadis ahad (tunggal)
Apabila perkara ini berakhir dgn satu pendapat, mereka akan ijma' terhdp perkara ini. Maka jadilah hukum tersebut hukum yg qat'i (putus) & tak boleh ditentang.
4. Ra'yu (pandangan ulama)
Setiap hukum yg tidak diambil drp dalil nas. Merangkumi qias, istihsan, masalih mursalah, bara'ah asliyah dan sad al-zara'i.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Umawiyin
Pd masa ini terkumpul berbagai2 peristiwa dan perkara baru. Timbul byk perselisihan fiqah dan kemusykilan politik.
Sejak dr awal zaman ini umat Islam tlh terpecah dr sudut politik kpd 3 kumpulan iaitu:
1. Golongan Syiah - berpendapat pemerintahan terhad kpd Ali dan keturunannya. Ia tidak wajar dilakukan melalui bai'ah.
2. Golongan Khawarij - yg berputus asa dgn penerimaan Ali terhdp keputusan tahkim. Mengkafirkan Ali & Muawiyah. Berpendapat khalifah wajib dilantik di kalangan mereka yg bercirikan keagamaan, keadilan mutlak, berdisiplin & tegas.
3. Golongan Jumhur Muslimin - org2 mempunyai pendirian pertengahan. Berpendapat khalifah dilantik dr kalangan Quraisy berdasarkan pemilihan oleh jumhur umat Islam secara bai'ah.
Pd permulaan zaman ini suasana masih belum berubah. Seseorg ulama akan mengajar org ramai ttg Al Quran dan mentafsirkannya. Meriwayatkan sunnah kpd mereka dan mengeluarkan fatwa dlm perkara2 yg terjadi.
Keadaan mula berubah sewaktu Abdul Malik b Marwan menjadi khalifah. Mula terdpt segolongan ulama yg aktivitinya hanya terbatas kpd tugas mengeluarkan fatwa di dlm perkara halal & haram.
Seterusnya timbul ramai dr kalangan mujtahid yg agung. Juga semakin bertambah perselisihan pendapat di bidang fiqah.
Tabi'iy - Iaitu org Islam yg tidak melihat Nabi saw tetapi melihat sahabat & bertemu dgnnya, samada meriwayatkan drpnya atau tidak.
Firman Allah swt,
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka (tabi') dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(Al Taubah :100)
Walau pun perbalahan di atr ketiga2 kump merupakan perbalahan politik, namun ia membawa kpd kewujudan manhaj fiqah yg berlainan hasil pembawaan. Ini adalah kesan drp perbalahan mereka mengenai sumber2 fiqah Islam.
Khawarij
Mereka menolak qias sbg salah satu sumber2 hukum syara'. Juga menolak ijma', ijma' tidak boleh menjadi hujjah syara'. Hujjah boleh diambil drp sandaran ijma' apabila ia zahir. Sekiranya tidak zahir maka ijma' tidak boleh menjadi dalil yg menegakkan hujjah.
Sebahagian kump mereka menolak beberapa hukum syara' yg terhasil dgn ijma'. Di atrnya menggugurkan hukum rejam terhdp penzina muhsan, sedangkan hukuman tersebut tlh tetap dgn bukti sunnah Rasulullah saw. Ia diamalkan oleh sahabat & tlh diijmakan.
bersambung....
[ Last edited by fleurzsa on 7-7-2005 at 02:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 7-7-2005 11:41 AM:
saya ingat Imam Shafie sendiri tidak memberi fatwa dalam SEMUA isu tetapi dia mempelopori tradisi keilmuan Usul Feqah, yang mengkaji meto ...
Memang benar Imam Shafei tidak memberi fatwa dalam semua isu namun ia adalah seorang mujtahid dalam membahas hukum-hukum dan dijadikan sebagai sandaran bagi pengikut-pengikutnya. Fatwa-fatwanya ini pun berubah mengikut suasana dan tempat.
Elok kita kongsi pengalaman Imam Syafei ini.
Imam Al-Syafie atau namapenuhnya Muhammad bin Idris bin Abbas alsyafie sebagai seorang imam mujtahid yang mengasaskan mazhab fiqh masyhur diberikan pelbagai gelaran yang menggambarkan ketokohannya di bidang ilmu. Antaranya al-Imam Zayn al-Fuqaha |
|
|
|
|
|
|
|
Imam Syafi'ie nie kawin tak... ada waris? hrmm.. ada sesiapa tahu bagaimana warisnya hidup.. adakah memperkembangkan lagi ilmu-ilmu ini? |
|
|
|
|
|
|
|
thanks semua, mungkin nanti cik mod ada masa boleh sambung
rasanya kalau sepakat kita dlm pengambilan sumber, tentu x terjadi khilaf dlm penafsiran ayat Quran (just from my own POV).
sy try discuss dgn seorg yg graduate dr major hadith, but jelas sekali penguasaan terhadap ilmu hadith itu ttp terbatas, sy x salahkan dia sbb mungkin dah lama tinggal. So tinggal yg arif lagi bijaksana dr ente2 semualah, utk ana dptkan ilmu disamping dgn research ana yg sedikit dan seciput.
mungkin pipi ada nak celah skit? |
|
|
|
|
|
|
| |
|