CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9979|Reply: 29

Rumah Idaman

[Copy link]
Post time 4-7-2005 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Nostalgia semasa kecil-kecil dahulu mungkin kita mengimpikan suasana begitu berulang kembali.

Semasa kecil saya...tinggal di Kg.Dato Keramat mengimbau kembali kenangan waktu tu dimana air sungai di Hulu Kelang masih bersih walaupun berlumpur dan kami sempat bermandi-mandi di situ dan jika ada kesempatan kami akan berkayuh sampai ke Klang Gate mandi air terjun. Bekalan waktu tu ialah ubi-ubi kayu dan buah-buahan yang diambil di kebun orang untuk dinikmati semasa berkelah atau berkhemah.
Pembangunan pesat membuatkan Kg.Dato Keramat begitu sibuk,berhabuk dan pertambahan penduduk yang berganda.

Ini selalu menjadikan saya mengimpikan suasana damai perkampungan dan bercita-cita dahulu kalau boleh nak duduk menetap di kampung.
Alhamdulillah kini segala impian itu telah pun tercapai dengan sekarang berhijrah ke luar dan dapat pula tanah pulau yang dikelilingi bendang seluas lebih kurang 2 relong dimana disamping mendirikan rumah, ada juga kawasan di belakang rumah untuk menanam pokok buah-buahan dan membela serta menternak binatang-binatang.

Bagaimana rumah impian anda??? Di tepi laut? Di puncak gunung?
Tapi sekarang ini ramai orang Melayu yang cuma inginkan rumah-rumah dibandar walaupun cuma sekadar rumah teres dan tidak ada nilai-nilai kesenian senibina yang khusus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2005 12:18 PM | Show all posts
Salam,

Dulu masa I kecik2 selalu bercuti kat rumah cousins yg duduk kat banglo gitu.  Rumah I pula rumah papan.  So memang jadi satu impian utk ader rumat batu yg moden.

Bila keluarga buat rumah batu sebelah rumah papan ni.  My father & I masih duduk kat rumah papan.  Rumah batu tak mesra alam, susah nak citer tapi memang tak sama mcm duduk kat rumah papan.  So rumah batu tu sebagai kediaman ahli keluarga yg lain balik bercuti.

Hmmm... Sekarang ni I dah bertukar fikiran.

Rumah impian I adalah di mana org2 yg I sayangi berada. Tak kira la mcm mana bentuknya.

(eh! mcm dah ader lak thread mcm gini dulu)

Fikir2.. minat gak rumah tepi pantai, bila ingat tsunami... cancel la... he he he
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 09:42 PM | Show all posts
my own idea of rumah idaman ni... lebih futuristik. i mean dr segi senibinanya... termasuk aksesori dalamannya n perabot. tp nak juga umah tu byk pokok menghijau.





[ Last edited by sayangidaku on 4-7-2005 at 09:45 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2005 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 4-7-2005 09:42 PM:
my own idea of rumah idaman ni... lebih futuristik. i mean dr segi senibinanya... termasuk aksesori dalamannya n perabot. tp nak juga umah tu byk pokok menghijau.

[img]http://www.housesofthefutu ...


I like the design of the house....futuristic and practical within the space but....I lebih suka kalau dimasukkan unsur-unsur traditional Malay Architectural dimana ada kerawang-kerawang dari unsur awan larat ataupun geometrical Islamic design. Ini sebenarnya ada functional dimana pengudaraan boleh bergerak dan menyejukkan persekitaraan suasana yang sememangnya panas di negara kita ini.

I memang selalu idamkan rumah kampung tradisional ini dimana tak perlu ada air-conditioning untuk menyejukkan suasana. Ukiran-ukirannya cantik tapi berfungsi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2005 08:03 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 4-7-2005 09:42 PM:
my own idea of rumah idaman ni... lebih futuristik. i mean dr segi senibinanya... termasuk aksesori dalamannya n perabot. tp nak juga umah tu byk pokok menghijau.

[img]http://www.housesofthefutu ...


fis minat design rumah yg berglass macam dlm movie The Glass House ...tapi rumah design ni tak berapa sesuai di kawasan yg ramai org sebab mudah nak 'see through' ...

kalau nak pasang curtain kat semua glass ... nanti hilang seri glass tu plak ..

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2005 11:50 PM | Show all posts
tengok gak citer 'the glass house' tu. n rumah tu kalo tak silap mcm kat atas bukit... tp biasanya mmg kawasan yg secluded la, n org pon takde lalu lalang kat luar. n cara nak tutup sket dr rumah terlalu terdedah dgn org luar, dgn tanam pokok2 yg rimbun keliling... penah tengok design glass house lain yg selalunya dibuat dekat pinggir2 hutan, tepi sungai or tasik... pasang langsir pon ok gak. utk perabot n hiasan dalaman lak, suka konseop minimalist.

satu lagi rumah idaman adalah rumah hobbit mcm dlm filem LOTR. cute aje umah tu, n kat dlm tetap lengkap dgn barang2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2005 06:37 PM | Show all posts
me impikan rumah di tengah bendang..bertiang tingi..beranjung seri..berukir indah..berangin sepoi bahse..hmmm :pray:
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 13-7-2005 12:45 AM | Show all posts
gru dari dulu idam kan sangat2 umah papan atau kayu yg berukiran dan ada ciri2 tradisional..ada serambi..dan elemen2 umah2 melayu dulu2:love:betul2 melayu style
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2005 01:37 AM | Show all posts
oleh kerana aku selalu tengok Cribs... so aku teringin nak rumah tepi pantai..
Bila tengok kejadian Tsunami yang lepas.. pergh.. takut la..
so masih menanam impian untuk rumah ditepi pantai.. tapi kalau boleh di atas bukit mengadap laut.. Oleh kerana aku suka alam semulajadi.. kalo bole rumah aku dipenuhi landskap tropika.. wargh wargh.. bestnya brangan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 10:35 AM | Show all posts
Rumah impian Jun pulak terletak ditengah sawah bendang... rasa cam aman je... Jun penah baca kat satu majalh tu mengenai sebuah rumah yang dibina di atas sawah... nampak cam sejuk sgt.. ada air yang mengalir kat bawah rumah... rumah tu rumah batu dan besar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 12:53 PM | Show all posts
Best ke rumah tgh sawah bendang:stp:

Kot ada pacat, lintah, ular sema tu....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 13-7-2005 12:53 PM:
Best ke rumah tgh sawah bendang:stp:

Kot ada pacat, lintah, ular sema tu....:hmm:



tak terlintas lak... lepas fleurzsa ckp baru tepk...:hmm:
takut la plak... nampak gayanya kena tukar rumah idaman la...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 06:48 PM | Show all posts
kalo takut pacat ular.. buat rumah atas pokok bole ke..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2005 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 13-7-2005 12:53 PM:
Best ke rumah tgh sawah bendang:stp:

Kot ada pacat, lintah, ular sema tu....:hmm:


Rumah di tengah sawah bendang ni memang syurga bagi ku. Seperti pulau yang berada di sekelilingi lautan, begitu jugalah suasananya, ditambah kelebihannya di sini dimana kita boleh menikmati pelbagai musim dengan keindahannya yang tersendiri.

Waktu musim mengair dan menyemai padi, suasananya seperti tasik dan ikan-ikan mengocak air seolah-olah mencabar untuk dipancing. Malamnya lagi indah jika rang bulan jatuh diair dan menyinar memancarkan cahayanya yang berkilau-kilauan. Kadangkala waktu begini, duduk berduaan dibawah pohon keriang dot bersama orang yang dikasihi menambahkan kesyahduan hingga ke larut malam tanpa gangguan anak-anak yang telah lena di buai mimpi. Angin yang menyapa lalu terasa sejuk apabila membawa bersama titis-titis embun dan disinilah bermulanya kehangatan kasih.

Musim menuai pula... padi yang menguning kelihatan seperti emas yang memberi  rezeki kepada petani yang dah berhempas pulas membanting tulang. Petani-petani yang bergelumang lumpur tersenyum puas apabila mesin menuai membunyikan derumannya. Itulah habuan mereka pada tanah yang telah di tabur budi.

Musim kemarau lain pula suasananya. Awal kemarau ketika masih ada lagi lopak-lopak air dibendang yang memerangkap anak-anak ikan puyu dan haruan, ketika inilah anak-anak ku biarkan mereka bermain lumpur menangkap anak-anak ikan. Pernah mereka berbangga dengan membawa pulang berpuluh-puluh ekor yang kemudiannya ku lepaskan di kolah belakang rumah. Adakala juga waktu-waktu begini mereka bermain layang-layang berlari-lari ditengah-tengah bendang dan berguling-guling di tanah yang kering berhabuk sekam itu. Malamnya puaslah menyapu minyak menahan gatal akibat kelasakan angkara sendiri dan perkataan dari ku yang mereka tidak hiraukan...padan muka!

Tinggal di bendang ini adakalanya menerima tetamu yang tidak diundang. Ular tikus, ular senduk, ular air, tikus mondok, cerpelai (orang kedah panggil Jebon), biawak pernah juga cuba menetap tapi kehadiran kucing-kucing ku 15 ekoq membuatkan mereka membatalkan niat. Binatang ini juga makhluk Tuhan dan jika mereka tidak diusik begitu jugalah mereka tidak akan mengganggu kita.Ketika mula membuat rumah disini, aku sudah membuat perjanjian dengan mereka yaitu jangan sampai masuk ke dalam rumah jika mahu nahas diketuk tapi jika berada di luar cuma ku halau saja. Jauh di sudut bahagian belakang rumah.... dusun mini ku, 2 ekor anjing pendatang yang terperangkap semasa musim mengair dibendang, sudah mula membalas jasa apabila ku beri makan dan disitulah mereka mengawal.

Rumahku ini asalnya rumah kampung bertiang tinggi yang telah ditukar milik dari penghuni asalnya yang berhijrah ke bandar. Kepok padinya masih lagi elok dan kukuh. Ku ubahsuaikan sebahagian ruang rumah menggunakan tukang kampung untuk menjadikan beranda anjungnya menghadap matahari pagi dan membelakangkan matahari jatuh. Aku tambah dua bilik dibelakang supaya boleh juga berehat ketika malas nak naik ke atas. Ku himpunkan anyaman-anyaman pandan dan dijadikan pelapik lantai dan dinding-dindingnya ku hiaskan senikhat-senikhat jenis thuluth, farisi, diwani, riqaah dll. hasil sendiri ilham yang pernah ku pelajari. Aku masih mencari ukiran-ukiran lama kerawang awan larat supaya boleh ku letakkan di bawah ruang siling agar pengudaraan angin dapat berlalu. Rumah ini walaupun telah ku warnakan jingga muda namun masih lagi harmoni dengan alam musim berubah di sekeliling.

Maaf...agak meleret perbicaraan yang ku lukiskan tentang rumah ku ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dimana sudah  tiga-puluh tahun lebih hayat ku, dapat ku rasakan kedamaian di rumah sendiri ini.

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 12:41 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 13-7-2005 10:37 PM:
Rumah di tengah sawah bendang ni memang syurga bagi ku. Seperti pulau yang berada di sekelilingi lautan, begitu jugalah suasananya, ditambah kelebihannya di sini  ...


Romantik la pulak

Selalunya...  ke mana2 kita pergi rumah sendiri juga la yg menambat hati. Rasa selesa & damai gitu.

Kalo tanya soalan rumah idaman ni kat budak2 mesti mcm2 diorg berangan.  Nanti I nak tanya kat anak buah lak :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2005 12:50 AM | Show all posts
Waktu kecik pernah baca dalam Doraemon, dirorang bina kondo bawah tanah, bermula dari akar pokok. Setiap bilik/rumah disambungkan oleh akar.

Waktu baca tu rasa macam best je bila dapat tinggal kat situ. tak kisah lah ada cahaya matahari ke, tanah lembik ke, janji cam best.

Bila dah besar, pindah-randah, masuk keluar banyak jenis rumah, baru sedar rumah tu bukan setakat benda.

Rumah adalah perasaan.

Aku tetap nak kondo bawah tanah tu, tapi tu cuma bahagian minor dlm hidup. Yang penting camner nak hidup best2 kat rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2005 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 16-7-2005 12:41 AM:


Romantik la pulak

Selalunya...  ke mana2 kita pergi rumah sendiri juga la yg menambat hati. Rasa selesa & damai gitu.

Kalo tanya soalan rumah idaman ni kat budak2 mesti mcm2 diorg  ...


Unsur-unsur Romantism ini amat perlu bagi menghasilkan karya-karya seni. Seorang Pelukis perlu menghayati nilai-nilai sentimental ini agar ia dapat meluahkannya melalui kanvas-kanvas kosong dengan curahan warna-warna ekspressifnya. Van Gogh umpamaya menghasilkan karya-karya masterpiecenya melalui pengalaman romantiknya.
Begitu juga seorang Arkitek yang perlu menghayati unsur-unsur romantism agar ia juga boleh menghasilkan karya mereka melalui bina bangunan yang selesa dengan jiwa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2005 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by ~boolean at 17-7-2005 12:50 AM:
Waktu kecik pernah baca dalam Doraemon, dirorang bina kondo bawah tanah, bermula dari akar pokok. Setiap bilik/rumah disambungkan oleh akar.

Waktu baca tu rasa macam best je bila dapat tinggal  ...


Memang betul....rumah adalah perasaan.

Aku juga terpengaruh dengan cerita TV masa kecik-kecik dulu. Cerita yang paling aku suka dan jarang ketinggalan tengok ialah 'Little House on The Prairie'. Masa tu ada juga berangan alangkah seronoknya kalau tinggal di rumah yang dikelilingi kawasan lapang. Alhamdulillah nampaknya angan-angan ku jadi kenyataan dengan sekarang ini tinggal di 'Little House The Paddy Field'

Satu lagi cerita yang aku minat ialah 'The Watson' dan meninggalkan pengaruh juga melihat John Boy yang rajin menulis setiap malam. Kini aku pun teringat balik cerita tu dan malam-malam begini waktu alam terhenti seketika....ku coretkan segala kenangan ku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 09:13 AM | Show all posts
dilla pun suka umah kampong tepi sawah...
ada angin sepoisepoi bertiup aduhai....
tak payah on kipas:tq:
ada lak pokok pelam kat tepi umah..memang best
imaginekanlah.......





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 06:49 AM | Show all posts












Ni lah rumah idaman laila..hehe..

[ Last edited by  LailaTempawan at 28-11-2006 06:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.543411 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list