CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyas

ALLAH TAHU TAK?

[Copy link]
 Author| Post time 16-5-2005 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 2005-5-15 08:56 AM:
jawabnya MUSTAHIL..kerana jika Allah mencipta sesuatu yg sebegitu maka akan ternafilah sifat Qudrat Allah s.w.t.Apabila ternafi sifat Qudrad maka tenafilah sifat KEKAYAAN bagi Allah... Dgn yg d ...


susah nak faham... boleh terangkan dgn bahasa lebih mudah? atau start dgn basic..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2005 01:49 PM | Show all posts
by thelauncher

Ada seorang pemuda yang telah lama belajar diluar negeri kembali ke tanahair. Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya mencari seorang guru agama, kiyai ataupun sesiapa ahli agama yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda: Anda siapa? Apakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab soalan-soalan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan profesor dan ahli bijak pandai tidak dapat mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 persoalan; 1) Kalau memang Tuhan itu wujud, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya, 2) Apakah yang dinamakan takdir? 3) Kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa dimasukkan syaitan kedalam neraka yang dibuat daripada api, tentu tidakmenyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi si pemuda itu dengan keras.

Pemuda (dengan menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai: Saya tidak marah, tamparan itu adalah jawapan kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya tadi.
Pemuda: Saya tidak mengerti.
Kiyai: Bagaimana rasa tamparan saya tadi?
Pemuda: Tentu saja saya merasa sakit.
Kiyai: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya.
Kiyai: Tunjukkan pada saya wujud sakit itu.
Pemuda: Saya tidak tahu.
Kiyai: Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan, tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai: Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Apakah anda terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai: Tangan saya terbuat daripada apa yang digunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit
Kiyai: Pipi anda terbuat daripada apa?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Amat sakit.
Kiyai: Walaupun syaitan terbuat daripada api dan Neraka terbuat daripada api, Jika Tuhan berkehendakkan, maka Neraka akan menjadi tempat yang paling menyakitkan bagi syaitan.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=137562&fpage=23
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2005 03:32 PM | Show all posts
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (Al-Balad:10)

Pernah saya dengar seorang Ustaz berkata" didalam Quran Allah swt telah memberitahu, dia telah menyediakan kepada kita dua jalan. (buruk dan baik)
Mana satu jalan yang kita pilih akan diberi pembalasan yang adil. Kita telah diberi kebebasan tetapi semua itu didalam takluk kuasa Allah swt. Allah swt lebih mengetahui perkara yang bakal kita lalui dan kesudahannya.

Apabila kita dapat memahami konsep Qadha dan Qadha dengan betul, kita akan menjadi maju bukannya mundur, dan kita tidak akan menyalahkan tuhan atas sesuatu yang terjadi, tetapi menambahkan syukur dan kekaguman kepada kehebatan Allah swt.

Contoh yang terbaik ialah Rasulullah saw dan para2 sahabatnya.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 16-5-2005 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by daratista at 2005-5-15 06:05 PM:

Aku pun nak jawab yg ni jugak..satu lagi aku pernah dgr, tertolak bala kerana doa.


Hal perubahan dan penghapusan takdir ini dinyatakan oleh Imam Al Baijuri seorg ulama tauhid didlm kitab tauhidnya (Tuhfah Al Marid Syarah Jauharuttauhid) spt ini:

揑lmu (Qada
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2005 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 16-5-2005 12:35:


susah nak faham... boleh terangkan dgn bahasa lebih mudah? atau start dgn basic..


Allah itu sangat berkuasa..

"Bermula Allah itu atas sesuatu sangat berkuasa"

Jika Allah memperbuat sesuatu, seperti batu yg allah sendiri tak boleh angkat maka akan bertukar hakikat ketuhanan dari berkuasa kepada lemah .Ini mustahil pada aqal.

(Ini dah sehabis mudah yg saya mampu..kalau tak dapat juga.....)

wallahua'lam

[ Last edited by UFWL on 18-5-2005 at 08:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2005 02:46 AM | Show all posts
Originally posted by daratista at 15-5-2005 06:05 PM:

.....tertolak bala kerana doa.



Ini pun betul. Doa memang senjata mukmin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
zal_cool This user has been deleted
Post time 19-5-2005 03:36 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 16-5-2005 01:49 PM:
by thelauncher

Ada seorang pemuda yang telah lama belajar diluar negeri kembali ke tanahair. Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya mencari seorang guru agama, kiyai ataupun sesiapa  ...



That's it...
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 28-5-2005 09:12 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Akasyah at 16-5-2005 04:11 PM:


Hal perubahan dan penghapusan takdir ini dinyatakan oleh Imam Al Baijuri seorg ulama tauhid didlm kitab tauhidnya (Tuhfah Al Marid Syarah Jauharuttauhid) spt ini:

揑lmu (Qada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2005 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2005-5-28 09:12 AM:


Semalam saya membaca surah Al Imran dan berjumpa dengan ayat berikut;

3:38. Kemudian Zakaria berdoa kepada Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau ...



Tuan Sauber,

Saya ingin menambah sedikit berdasarkan ilmu yang saya ada.

kalau tuan belajar ilmu tauhid dan tasauf,  motivasi keilmuannya adalah untuk mempercayai fenomena "kunfayakun" itu bukanlah event driven. Seperti contoh nak berlaku satu kejadian,  satu kun kemudian fayakun, dan nak berlaku satu peristiwa  yang lain satu kun dan kemudian fayakun.

Tetapi satu KUN itu adalah untuk SEMUA kejadian di dunia ini bermula dari penciptaan Alam, masa, kejadian manusia, sejarah manusia, sehinggalah sampai bila-bila, dari sekecil-kecilnya seperti jatuhnya helaian daun , atau  saya menaip di keyboad ini, sehinggalah sebesar-besarnya seperti turunnya Al Quran dan pengutusan Nabi Muhammad, tiupan sangkakala di hari kiamat kelak, pengadilan dan penentuan syurga dan neraka  - dan satu FAYAKUN!, maka semua kejadian itu pun terjadilah dengan kuasa Allah.

Jadi kita lihat di sini kuasa Allah amatlah Besar dan menyeluruh (bahkan! Dia Tuhan sekalian Alam) sehingga setakat yang boleh difikirkan manusia inipun sudah overwhelming, belum masuk ilmu yang tidak ditunjukkan langsung kepada kita. Dengan itu sebagai hamba yang mahu mengenali Allah ini begitu kerdil kita dibandingkan dengan kejadian Allah dalam penciptaan di atas dan betapa kita terlalu mengharapkan hidayah dan rahmatNya.

Perspektif sebegini juga dapat menolong memperbetulkan pandangan seseorang terhadap tujuan wujud dirinya di dunia ini, dan memotivasinya utk berusaha dengan sedaya upaya utk mematuhi perintah Allah dan yakin dengan kuasaNya. Golongan sebegini tidak takut dengan apa jua hatta bom nuklear, penindasan, pembunuhan, kemiskinan, sekalipun kerana melihatkan fenomena kunfayakun di atas, perkara2 spt bom nuklear itu cuma sebahagian kecil sahaja dari yang telah ditentukan Allah.

Akan tetapi kepercayaan ini haruslah berhati-hati agar tidak melencong menjadi fahaman fatalistik seperti Jabariah, yang tidak mempercayai kewujudan free will langsung dan segalanya telah ditentukan Allah. Hatta mereka berkata "Apa nak buat aku buat maksiat ni sebab Allah dah tentukan, aku cuma mengikut kehendak Allah".

Lagi satu fahaman di spektrum hujung sebelah satu lagi  adalah Qadariah yang mengatakan bahwa manusia mempunyai kebebasan sepenuhnya (walaupun terbatas sesuai dengan keterbatasan manusia)   dalam menentukan kemauan dan perbuatan yang hendak dilaksanakannya.

Ini saya cut&paste dari sebuah laman, satu perbincangan akademik tntg fahaman Tauhid al-Asy'ari.

Aliran Imam Abu Hassan al-Asy慳ri, Imam Tauhid ASWJ, tidak sependapat dengan qadariah dan jabariah, walau pendapatnya lebih dekat dengan jabariah. Menurut al-Asy抋ri, manusia dalam kelemahan dan keterbatasannya banyak bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Tuhan. Untuk menggambarkan hubungan perbuatan manusia dengan kemauan dan kekuasaan mutlak Tuhan, al-Asy抋ri memakai al-kasb (acquisition, perolehan). Arti al-kasb atau iktisab, ialah sesuatu terjadi dengan perantaraan daya yang diciptakan dan dengan demikian mempunyai perolehan atau kasb bagi orang yang dengan dayanya perbuatan itu tercipta. Dengan kata lain arti yang sebenarnya dari al-kasb menurut al-Asy抋ri ialah bahwa "sesuatu timbul dari muktasib (acquirer, yang memperoleh) dengan perantaraan daya yang diciptakan".

Kalau nak belajar lebih detail kenalah cari guru yang berpengalaman dan berilmu. Dan sentiasalah mengharapkan hidayah Allah, semoga kita semua diberi petunjuk. Awal agama itu adalah mengenal Allah.

always_typo

Apa yang aku katakan di atas adalah kata-kataku dan semoga Allah mengampuni dosaku dan aku bertaubat kepadaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2005 06:20 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Kita sebenarnya dilarang utk menceritakan hal2 ghaib yang kita sendiri tak tau akan kesahihannya.........

Allah memberi kita akal yang waras jadi sebagai makhluknya kita hendaklah beribadat dan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang........

Kita buat ibadat sebaik mungkin.......... selepas itu kita bertawakkal dan serahkan semuanya kepada Allah........

Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah ..... Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani........

Dalam sebuah kitab tulisan Imam Al Ghazali bertajulk Minhajul Abidin ada dikisahkan tentang seorang pemuda yang beribadah kepada Allah.... Pemuda ini walau mengetahui ibadahnya tidak sesempurna mana namun dia melakukan dengan bersungguh2 dan bersangka baik kepada Allah dengan harapan Allah menerima ibadahnya.........

Harapan saya marilah saya dan kita beribadah kepada Allah dengan bersungguh2 kerana setiap amal perbuatan kita akan dikira oleh Allah walau sebesar zarah sekalipun.......... Tidak perlu kita bertanya hal2 yang tidak sepatutnya kita pertikaikan kerana syaitan sentiasa menunggu masa untuk memusnahkan dan membinasakan kita.........

Wallahualam........
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2005 09:57 AM | Show all posts
:pray:

Fleurzsa: :no:

[ Last edited by fleurzsa on 7-6-2005 at 12:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2005 09:07 PM | Show all posts
Ada satu pendapat comtemporary yg agak rasional tentang qada dan qadar nie. Cth. Kematian telah ditetapkan oleh Allah (tak boleh ubah) tetapi diletak pada banyak tempat, masa dan keadaan. Macam flowchart utk programming, kalau kita berfikir (menggunakan akal) untuk mengelak kematian, maka tidak berlaku kematian itu.

Nak faham mudah gini, bagi seseorg yg tengah frust bercinta, Allah dah tetapkan kematiannya sebentar lagi jika dia pergi tidur atas jalanraya. Kalau dia sabar (berfikir)  dan tak tidur atas jalanraya, dia masih hidup. Pastu Allah tetapkan kematian dia malam nanti kalau minum racun (dah beli racun) tetapi kalau dia sabar (berfikir) dan tak minum racun, Allah lanjutkan umurnya. Tetapi Allah juga tetapkan kematian yg tak boleh dikawal oleh manusia, spt. sedang dia berfikir samada nak minum racun atau tidak, dia terjatuh tangga (tidak sengaja), patah leher dan mati. Tamatlah kisah hidup beliau, mati bukan bunuh diri. Semoga Allah memasukkan dia bersama dgn org yg beriman. Ameeen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by bedah at 29-4-2005 15:56:
dia sesatkan siapa yg dia mahu, .......

...ye ke??....i dont really agree with this...Syaitan dan nafsu kita yang menyesatkan kita...Dia beri kita akal sebagai senjata untuk kita melawani Syaitan dan nafsu....wallahualam...
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 13-6-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 30-5-2005 12:33 PM:



Tuan Sauber,

Saya ingin menambah sedikit berdasarkan ilmu yang saya ada.

kalau tuan belajar ilmu tauhid dan tasauf,  motivasi keilmuannya adalah untuk mempercayai fenomena "kunfaya ...


Terima kasih atas sumbangan ilmu saudara itu. Berkaitan dengan fenomena kunfayakun ini, jka dilihat berdasarkan pemahaman secara lateral,
Jadi maka jadilah. Adakah perlu Allah katakan/berkehendakkan Jadi maka barulah ia terjadi? Sila refer kepada kaitan kunfakun dengan maksud ayat, Allah sesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan menunjuki sesiapa yang Dia kehendaki.

Apa yang saya fahami berdasarkan ilmu sains komputer ialah semua data(information) dan arahan(command) walau sebesar zarah atau lebih kecil atau yang  lebih besar telah ada dalam pangkalan data utama atau yang dipanggil ummul kitab. Jika komputer memerlukan elektrik untuk hidup dan berfungsi, manusia dan segala ciptaanNya memerlukan cahaya Allah. Ada ayat yang menyatakan bahawa Allah adalah cahaya langit dan bumi dalam surah An-Nur.
Dan juga, ayat yang menyatakan penciptaan langit dan bumi adalah lebih hebat dari penciptaan manusia. Dan juga ayat, Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.

Bagi saya, konsep tauhid perlu sejajar dengan perkembangan ilmu pengetahuan manusia supaya umat Islam tidak bertaklik pada satu pendapat sahaja yang mereka anggap sebagai kebenaran mutlak dan suci. Saya kurang bersetuju dengan pendapat bahawa perbincangan hal tauhid atau konsep ketuhanan harus ditinggalkan atas alasan takut tersesat. Kita tak perlu takut mengenali Allah berdasarkan ilmu yang kita pelajari kerana semuanya adalah dari Allah. Allah telah menurunkan Alquran melalui rasulnya untuk kita fahami dan ikuti yang terbaik dan menjadi pembeza baik dan buruk. Kita seharusnya berilmu dan seterusnya beramal. Bukannya beramal tanpa ilmu. Tanpa mengetahui apa yang kita lakukan itu, benar ataupun salah.

Berguru kepada expert memang baik daripada segi memperolehi ilmu dengan cepat dan spesifik dan lebih lengkap kerana kebanyakan daripadanya telah diselidiki dan dianalisa oleh expert tersebut. Namun guru tersebut masih tetap manusia yang mempunyai memori yang terbatas, mungkin 2bilion megabait dan cpu yang mungkin 1GHz kelajuannya dan mungkin dia bias kepada hal tertentu.
Namun adakah semua orang perlu menyelidiki hal-hal seperti ini?

Ada ayat yang bermaksud, mereka yang beriman kepada Allah/Tuhan/God dan hari akhirat dan berbuat baik, mereka tidak perlu risau kerana Allah akan membalas kebaikan yang mereka lakukan. Sebagaimana yang disarankan saudara halimijuliana, ayat ini menyokong pendapatnya.

Jadi, terserah kepada pilihan anda. Yang penting kita hanya berkongsi pendapat namun pendapat kita tidak semestinya suatu kebenaran mutlak dan dapat difahami oleh orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2005-6-13 09:20 AM:
Berguru kepada expert memang baik daripada segi memperolehi ilmu dengan cepat dan spesifik dan lebih lengkap kerana kebanyakan daripadanya telah diselidiki dan dianalisa oleh expert tersebut. Namun guru tersebut masih tetap manusia yang mempunyai memori yang terbatas, mungkin 2bilion megabait dan cpu yang mungkin 1GHz kelajuannya dan mungkin dia bias kepada hal tertentu.
Namun adakah semua orang perlu menyelidiki hal-hal seperti ini?


Saya setuju ini. Guru hanyalah alat. Yang paling penting adalah hidayah dari Allah. Tanpa hidayah dari Allah, ajarlah macam mana pun..tak kan menjadi.  Argumen yang dberikan guru, mungkin kita tak dapat memahami dan meyakininya kerana IQ mereka melebih kita atau kita rasa IQ kita melebihi mereka.

Tapi kalau tak berguru langsung pun mengundang kesesatan juga. Hmm...

Bagi saya Beramal Dengan Hujjah adalah jalan terbaik.  Seperti yang disuruh Imam Hassan AlBasri kalau tak salah saya.

Apa yang kita yakini bersungguh-sungguh, itulah yang perlu kita amalkan. Tapi itu tak bermakna kita perlu meninggalkan solat, puasa,z akat dsbgnya.Tanggungjawab kita adalah mencari jalan untuk meyakini kepentingan amalan2 itu dan lain-lain lagi. Samada melalui guru yang kita yakin benar dan tepat atau melalui cara-cara lain.

Malangnya ramai sekarang ni mengambil jalan mudah...tak perlu yakin sangat..sekadar tahu cukup. Atau sekadar mengucap pada mulut sudah cukup, tak payah yakin pada hati.

Sbb itulah amal ibadat jadi tak konsisten dan peribadi jadi buruk, akhlak jadi kelam kabut dan tak nampak kemuliaan syariaat. Muncullah orang yg solat tapi ketagih porno, berpuasa tapi membazir, berzakat tapi pecah amanah...dan lain-lain. Bukannya dia tak tahu perkara tu salah di sisi agama, tapi dilakukannya juga --sbb utama adalah keyakinan terhadap Allah sebagai tuhannya tidak kukuh.

Itulah sbb "motto" org tasauf secara umumnya ialah -  Awal Ugama itu adalah Mengenal Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 01:09 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).

Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.

Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).



Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida抋h.

Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia.


Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
Post time 13-6-2005 02:42 PM | Show all posts
Apabila saya bertemu dengan ayat ini,

30:8. Apa, tidakkah mereka memikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi, dan apa yang di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

dan melihat graf MIPS/MB ini
MIPS: Milion Instruction Per seconds
MB: MegaByte

http://www.transhumanist.com/volume1/moravec.htm



saya melihat satu sign iaitu manusia mempunyai perkakasan CPU dan Memory yang besar(otak) berbanding makhluk yang lain. Cara bagaimana ia diterokai adalah bergantung kepada usaha manusia. IQ manusia adalah unik antara satu sama lain.

Namun ada manusia diumpamakan seperti binatang ternak kerana tidak menerokai/menggunakan otak(berfikir) sebagaimana sepatutnya sebagai seorang manusia yang berakal.

7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

Orang yang diumpamakan seperti binatang ternak menggunakan otak dengan cara yang paling minimum iaitu bagaimana hendak makan,minum,kerjaya,keluarga dan beragama bila dalam kesusahan dan bila perlu. Bila Allah sesatkan mereka dari jalanNya, mereka akan tetap disitu sampai bila-bila walaupun Allah telah beri petunjuk supaya mereka bertaubat dan memperbaiki kesilapan.

Seperti binatang ternak, mereka perlu ditegur, dipaksa dan diugut supaya mengikut arahan/berbuat kebaikan sebagaimana perintah Allah namun apabila penjaga mereka tiada, mereka kembali kepada tabiat yang lama.

Logikkah seseorang mengatakan yang dia bertaqwa kepada Allah namun berterusan melakukan kejahatan? Logik akal

takut(taqwa) kepada Allah ->buat baik
tak takut kepada Allah -> buat jahat

Sesiapa yang buat jahat adalah orang yang tidak bertaqwa.
Mengumpat adalah perbuatan jahat.
Maka, orang yang suka mengumpat adalah orang yang tidak bertaqwa.

Itulah dia logik akal namun pasti ada mereka yang suka mengumpat dan memburukkan orang lain cuba mencari helah menghalalkan perbuatan mereka itu. Terserahlah kepada pilihan masing-masing.

[ Last edited by sauber on 13-6-2005 at 02:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2005-6-13 09:20 AM:
Apa yang saya fahami berdasarkan ilmu sains komputer ialah semua data(information) dan arahan(command) walau sebesar zarah atau lebih kecil atau yang  lebih besar telah ada dalam pangkalan data utama atau yang dipanggil ummul kitab. Jika komputer memerlukan elektrik untuk hidup dan berfungsi, manusia dan segala ciptaanNya memerlukan cahaya Allah. Ada ayat yang menyatakan bahawa Allah adalah cahaya langit dan bumi dalam surah An-Nur.
Dan juga, ayat yang menyatakan penciptaan langit dan bumi adalah lebih hebat dari penciptaan manusia. Dan juga ayat, Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.


Saya nampak anda terlalu ingin hendak menceritakan sifat Allah dan perbuatannya  melalui analogi. Memang sesetengah darinya mungkin boleh membantu pemahaman. Tetapi haruslah berhati-hati kerana setiap anologi itu mustahil sama 100% dengan perkara yang dianaloginya. Akan tiba ketika dan tempat di mana orang biasa panggil  " breakdown of the analogy" di mana analogi itu berhenti berfungsi sepertimana konsep yang dianaloginya.

Tentang surah An Nur itu pula, berdasarkan kitab Tafsir ibn Kathir, Nur Allah itu bukanlah setakat bermaksud cahaya matahari/bulan atau anything physical yang kita boleh lihat dengan mata kasar tetapi terutamanya cahaya atau penyuluh, penunjuk jalan, hidayah yang perlu dilihat melalui MATA HATI  orang mukmin dan membolehkan mereka membezakan antara haq dan batil. Saya lihat analogi tuan yang mengaitkan  Nur itu secara spesifik seperti elektrik kepada komputer agak kurang berpandukan kepada ajaran Rasul.

Baca penerangan yang lebih detail di link di bawah berdasarkan pengajaran yang di sampaikan Rasul kita melalui sahabatnya. Semoga kita beroleh hidayah..


(The Parable of the Light of Allah)
http://www.tafsir.com/default.asp?sid=24&tid=35990

`Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas said:

[ِﺽْﺭٌّﻻﺍَﻭ ِﺕَﻮـَﻤَّﺴﻟﺍ ُﺭﻮُﻧ ُﻪَّﻠﻟﺍ]

(Allah is the Light of the heavens and the earth.) means, the Guide of the inhabitants of the heavens and the earth. Ibn Jurayj said: "Mujahid and Ibn `Abbas said concerning the Ayah:

[ِﺽْﺭٌّﻻﺍَﻭ ِﺕَﻮـَﻤَّﺴﻟﺍ ُﺭﻮُﻧ ُﻪَّﻠﻟﺍ]

(Allah is the Light of the heavens and the earth.) He is controlling their affairs and their stars and sun and moon.'' As-Suddi said concerning the Ayah:

[ِﺽْﺭٌّﻻﺍَﻭ ِﺕَﻮـَﻤَّﺴﻟﺍ ُﺭﻮُﻧ ُﻪَّﻠﻟﺍ]

(Allah is the Light of the heavens and the earth.) by His Light the heavens and earth are illuminated. In the Two Sahihs, it is recorded that Ibn `Abbas, may Allah be pleased with him, said: "When the Messenger of Allah got up to pray at night, he would say:

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by halimijuliana at 13-6-2005 01:09 PM:
Assalamualaikum,

Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tida ...


kitab risalah tauhid ni memang kitab kaum tua atau yg berfahaman ASWJ...

tapi sekarang ni kalau kaum muda, tak nak guna kitab ni sebab ilmu tauhidnya mengikut Imam Asyaari bukan Imam Taimiyah...

kaum muda ikut kitab imam Taimiyah dan tak mau ikut kitab tauhid Imam Asyaari atau kitab tauhid Imam ASWJ yang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 08:47 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 13-6-2005 03:51 PM:


Saya nampak anda terlalu ingin hendak menceritakan sifat Allah dan perbuatannya  melalui analogi. Memang sesetengah darinya mungkin boleh membantu pemahaman. Tetapi haruslah berhati-hati kerana ...


saya setuju dengan always_typo, analogi boleh digunakan untuk membuat perbandingan terhadap dua perkara yg sama-sama bersifat zahir dan nyata...

tetapi kalau analogi dilakukan ke atas dua perkara yg berbeza sifatnya iaitu satu bersifat zahir  dan satu bersifat tersirat, maka itu boleh dikategorikan sebagai SATU KESILAPAN yang mengundang bahaya yang BESAR.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.068465 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list