|
HADIS AHAD DAN AQIDAH
Sebelum dibahaskan adakah hadis ahad dapat dijadikan hujah dalam perkara akidah atau tidak, terlebih dahulu kita mulakan dengan pembahasan jenis-jenis khabar (hadis) ditinjau dari segi cara sampainya kepada kita.
Dalam tinjauan ini, hadis dibahagi kepada dua :
Hadis Mutawatir
Yakni hadis yang diriwayatkan oleh banyak perawi sehingga mustahil jika mereka berdusta.
Ada ulama |
|
|
|
|
|
|
|
HADIS AHAD DALAM AKIDAH
Para ulama sepakat bahwa hadis ahad wajib diterima jika memenuhi syarat kesahihannya. Mereka tidak membezakan antara hadis hukum dan hadis akidah. Memilih-milih hadits tentang akidah dengan hadits tentang ahkam adalah perkara baru yang diada-adakan. Padahal Allah berfirman :
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata." (Al-Ahzab : 36)
Jadi ketika telah sampai riwayat dari Nabi secara sahih wajib bagi kita untuk menerimanya apapun substansinya, apakah tentang akidah ataupun tentang ahkam.
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata : 揚erbezaan hadis (akidah dan hukum) ini adalah batil menurut ijma |
|
|
|
|
|
|
|
ABU HANIFAH DAN IMAM MALIK MENOLAK HADIS AHAD?
Diantara yang banyak dijadikan alasan oleh penentang hadis ahad adalah bahawa Abu Hanifah dan Imam Malik juga menolaknya. Namun benarkah kedua-duanya menolak hadits ahad?
Adapun Abu Hanifah, memang beliau menolak hadis ahad tetapi ketika hadis ahad tersebut bertentangan dengan amal (apa yang dikerjakan) perawinya.
Sebagai contoh, menurut beliau najis jilatan anjing dicuci tiga kali saja. Sebab hadis tentang membasuh tujuh kali dan satu diantaranya dengan tanah diriwayatkan secara ahad dari Abu Hurairah, sedangkan (menurut beliau) Amal dari Abu Hurairah menunjukkan bahawa beliau hanya membasuh tiga kali saja (Walaupun ini bukan pendapat yang rajih). Menurutnya, bagaimana mungkin sahabat Abu Hurairah teledor hingga beliau menyelisihi hadis yang beliau riwayatkan sendiri. Ertinya ada kemungkinan hadis tersebut yang tidak sahih, lebih-lebih lagi ketika itu gelombang pemalsuan hadis sangat kuat.
Kesimpulannya, beliau hanya menolak hadis ahad yang bertentangan dengan amal perawinya. Jika hadis ahad tidak bertentangan dengan amal perawinya, maka beliau menerimanya. Dengan kata lain beliau tidak menolak hadis ahad ketika memenuhi syarat-syarat kesahihannya.
Adapun Imam Malik, beliau hanya menolak hadis ahad ketika bertentangan dengan amal ahlil Madinah (kebiasaan yang dilakukan oleh penduduk Madinah). Alasan beliau, Rasulullah tinggal di Madinah dan majoriti sahabatpun tinggal di sana. Sehingga apa yang menjadi kebiasaan penduduk Madinah adalah apa yang menjadi kebiasaan Rasulullah juga. Suatu hal yang mustahil (menurut beliau) jika majoriti sahabat yang majoritinya tinggal di Madinah melakukan kebiasaan yang sama namun bertentangan dengan hadis Rasulullah.
Beliau lebih mengutamakan amal ahlil Madinah daripada hadis ahad (ketika bertentangan) kerana melihat dari suduti bahawa amal ahlil madinah adalah riwayat 搄ama抋h ilal jama抋h |
|
|
|
|
|
|
|
Jazakallah khairan kasiran nahzaluz.....
Posting yang penuh informasi. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Terdapat 15 belas tingkatan Hadis:
1- Hadis Mutawatir
2- Hadis Masyhur
3- Hadis Shahih
4- Hadis Hasan
5- Hadis Shalih
6- Hadis Mudha'af
7- Hadis Dha'if
8- Hadis Musnad
9- Hadis Marfu'
10- Hadis Mauquf
11- Hadis Mausul
12- Hadis Mursal
13- Hadis Maqthu'
14- Hadis Munqathi'
15- Hadis Mu'adhdhal |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 6 buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia:
1- Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari
2- Kitab al-Jami as-Sahih - karya Imam Muslim
3- Kitab Sunan an-Nasai - karya an-Nasai
4- Kitab Sunan Abi Dawud - karya Imam Abu Daud as-Sajistani
5- Kitab Sunan at-Turmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam at-turmizi
6- Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 13-2-2005 09:44 PM:
Ada 6 buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia:
1- Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari
2- Kitab al-Jami as-Sahih - karya Imam Muslim
3- Kitab Sunan an-Nasai ...
kitab2 nih SUSAH SGT nak dicarik..kat library kalo pon ada..asyik org pinjam jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 16-2-2005 12:41 PM:
kitab2 nih SUSAH SGT nak dicarik..kat library kalo pon ada..asyik org pinjam jer..
Kumpul duit, lepas tu order
Sekarang ni dah ada software yang ada Sahih Bukhari dan Muslim. Software yang ada keenam-enam koleksi tersebut pun dah ada. Cuma dalam bahasa arab je.
Tapi kalau baca hadis kita tak boleh ingat kita dah boleh buat fatwa sendiri. Imam Muslim dan bebrapa pengumpul hadis lain sendiri mengikut mazhab syafie misalnya. Mereka yang betul-betul mahir ilmu hadis boleh mengenal "kelemahan" hadis yang diiktiraf sahih. Tapi sebagai orang awam macam saya ni, merujuk sajalah kepada guru atau bahan rujukan.
[ Last edited by zentex on 17-2-2005 at 07:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Originally posted by nahzaluz at 2004-12-12 11:31 AM:
ABU HANIFAH DAN IMAM MALIK MENOLAK HADIS AHAD?
Diantara yang banyak dijadikan alasan oleh penentang hadis ahad adalah bahawa Abu Hanifah dan Imam Malik juga menolaknya. Namun benarkah ked ...
Salam sejahtera utk semua.......
Tahniah diatas informasi di atas ......
Memang betul cerita ttg dai' tadi......kerana islam itu utk org yg berakal.....
sifat hadith ialah menyokong........ apa yg disokong.... AL QURAN
Firman tuhan,
" Hai org2 yg beriman, jika dtg kepadamu org fasik(membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut) kalau2 kamu mengenai satu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatan mu " surah al-hujuraat ayat 6
Hadith maudau',
" Berfikir sesaat itu lebih baik dari pd beribadat 60 tahun"
Walaupun hadith ini hadith palsu....... tapi ia menyokong firman diatas agar kita periksa setiap khabar yg dtg dng mengunakan akal kita yg waras...
Apa lagi jika hadith itu sahih......
Salam sejahtera.......
[ Last edited by izzansdy on 18-2-2005 at 12:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam,
Amat penting pengetahuan tentang ilmu hadith kepada mereka yang beriman kepada kitab hadith kerana mereka akan ditanya tentangnya.
29:13. Sungguh, mereka akan memikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka mengada-adakan.
Berikut adalah link berkenaan An Introduction To The Science Of Hadith
http://www.islamic-awareness.org/Hadith/Ulum/atit.html
Amatlah malang nasib orang-orang yang hanya beramal berdasarkan ikutan tanpa mengetahui sumber amalannya sendiri.
2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk? |
|
|
|
|
|
|
| |
|