CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16745|Reply: 27

Cerpen:CINTA SEJATI MILIK KITA AKHIRNYA

 Close [Copy link]
diDiEaNA This user has been deleted
Post time 25-10-2004 08:56 AM | Show all posts |Read mode
1 : SHAMIRA

“Aduh! Watch where you are going!” gertakku kepada seorang lelaki yang melanggar aku dari luar. Buku dan kertas kerja ku terjatuh ke lantai. “Oh, maaf… sa…saya tak sengaja. Tak nampak pula cik ni keluar tetiba dari pintu ini…” jawab lelaki itu sambil memungut buku dan kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai. Dia menyerahkan semua buku dan kertas-kertas yang telah disusun rapi kepada ku. “By the way I’m Fairuz. Just call me Faiz. Awak orang baru ya?” soal Faiz.
“Not really. Dah dua hari saya kat sini. Nice place! Oh, I’m Shamira. Panggil je Iera…” jawabku sambil berjabat tangan dengan Faiz. “Kalau ada apa-apa yang nak Faiz bantu, just a call me!” katanya kepadaku sambil menghulurkan nombor handsetnya yang tertulis kemas di atas sehelai kertas kuning. Aku mengambil kertas itu sambil mengangguk. Faiz berlalu pergi sambil berkata “….terutamanya kalau buku atau kertas Iera tu terjatuh lagi….” Perli aku la tu.
“Eh, Iera… berani kau gertak abang senior tu. Nasib dia tak melenting,” bisik Wati kepadaku.
“Dah dia yang salah. Pandang kiri tidak, pandang kanan pun tidak. Main hentam je masuk pintu tu. Ingat kolej ni bapak dia yang punya….” jawabku. Ikut senang dia aje. “Mana-mana la Iera. Aku tau kau tu memang tak boleh kalah. Iera, aku lapar la. Kita lunch dulu ye.” Wati menarik tangan aku. Aku mengikut arah yang ditujui oleh Wati.

Cafeteria.
“Wati, aku duduk kat meja dulu. Penat. Kau pesan untuk aku makanan yang sama dengan makanan kau ya!” aku memberitahu Wati sambil menghulurkan wang sepuluh ringgit kepada Wati. Dia mengambil wang itu dan terus memesan makanan. Aku memilih untuk duduk di meja hujung yang berhampiran dengan taman bunga.
Tiba-tiba sekumpulan pelajar perempuan senior menuju ke arahku. “Cik adik sayang. Untuk pengetahuan cik adik, ini meja kami,” kata seorang pelajar perempuan yang agak cantik rupa parasnya. Kalau join Miss Beautiful, boleh menang dia ni. “Err.. sori. Aku baru kat sini. Tak tau pulak meja ni korang yang beli…” aku berdiri dan mula mengorak langkah untuk meninggalkan meja tersebut.
Tapi, langkah aku terhenti. Tangan aku ditarik dari belakang. Aku berpaling. Entah kenapa, hatiku begitu gembira melihat kelibat Faiz di belakang ku. “Kat kolej ni, first come, first serve, cik kakak sayang oii….” kata Faiz selamba kepada mereka sambil menarik kerusi dan menyuruh aku duduk di kerusi itu.
Aku menurut sahaja. “Isk…Faiz!” jerit perempuan yang menegur aku tadi lalu mengambil buku-bukunya yang telah diletakkan di atas meja dan berlalu pergi. Kawan-kawannya turut berlalu pergi. “Jangan dikisahkan sangat dengan si Nadia tu. Perangai dia memang macam tu.” kata Faiz kepadaku dan terus berjalan menuju ke pondok kecil di kanan kafeteria.
“Eh, Faiz thanks!” jeritku. Faiz menguntum senyuman di bibirnya. Fuh... nak cair hatiku melihat senyumannya yang cukup menarik itu!
“Iera! Kenapa tadi?” soal Wati. “Tak de. Group kakak senior cuba tunjuk power kat Iera. Faiz kata nama dia Nadia. Ada ka patut, Nadia kata ini meja dia… Macam la dia yang beli meja ni..” Wati mengangguk. Dia menghulurkan makanan dan minuman ku. “Thank you. Wati! Keep the change,” kataku kepada Wati.
Handset ku berbunyi. Nama Akmal tertera di skrin. “Hi, Honey! How are you?...” Aku berbual-bual dengan Akmal selama beberapa minit. Akmal Shahrul. Dia adalah jejaka pertama yang berjaya menambat hatiku. Hubungan kami telah terjalin selama tiga tahun lebih. Parents aku setuju dengan hubungan kami kerana dia juga berasal dari keluarga berada. Lebih-lebih lagi dia anak tunggal. Kini, dia mengambil jurusan perubatan di UNIMAS. Jauh di mata tapi, dekat di hati.

II
“Iera. Sabtu ni kita round bandar Kuching ni nak?” soal Wati kepadaku.
Aku memasang kasut Vinci aku dan mengambil kunci bilik. “Kita bukan tahu selok belok bandar ni. Kau jangan nak main-main.” kataku kepada Wati sambil mengunci pintu bilik asrama kami. “Kau minta la si Faiz tu jadi tourist guide kita untuk satu hari je…” rayu Wati. “Tengok la dulu…lepas kuliah kita bincang lagi. Baik kita cepat. Sekejap lagi kuliah start. Kita dah lambat ni.”
“Hi, Iera!” sapa seseorang dari belakang. “Oh, Faiz. Maaf aku kena cepat. Kuliah nak mula sepuluh minit lagi.”
Faiz tersenyum. “Kat blok mana?”soal Faiz.
“Blok A3” jawabku ringkas.
“Oh. Blok A3. Mari Faiz tunjuk jalan short-cut untuk sampai sana.” Aku dan Wati mengikut jejak langkah Faiz. Tidak sampai dua minit, kami pun sampai. “Prof belum sampai lagi,” kata Faiz kepada kami.
“Thanks, Faiz. Kalau ikut jalan yang satu lagi, gerenti lambat sampai. Terer jugak Faiz tentang selok belok kolej ni ye,” pujiku.
“Tengok nama dulu…” jawab Faiz.
“Eh, Faiz tak ada kuliah ke?” soal Wati kepada Faiz.
“Ada. Masih lama… pukul 9 nanti. Saja datang awal. Boring sorang-sorang kat rumah. Hah, Iera masuk la. Kawan Iera dah masuk dah,” kata Faiz sambil menunjuk ke arah beberapa orang pelajar yang sedang berjalan ke dalam dewan kuliah.
Tiba-tiba, handsetku berbunyi. Akmal. Aku menjawab handsetku. “Owh. Hi, Akmal!” Aku berjalan beberapa langkah ke kanan untuk menjauhkan diri daripada Faiz.
Faiz pula menegur seorang lelaki yang agak berumur di depan pintu kuliah. Setelah selesai berbual dengan Akmal, aku menuju ke arah Faiz. “Selamat pagi,” aku menyapa mesra lelaki yang berbual mesra dengan Faiz. “Iera, ini Prof. Kamil yang akan mengajar Iera nanti. Prof, ini Iera…ermm…” Faiz terdiam. “Emm… Shamira... Nama saya Shamira” kataku kepada Prof. Kamil. Aku menjeling kepada Faiz sambil tersenyum sinis.
“Kita masuk dulu ye Shamira,” kata Prof. Kamil kepada aku. Aku memberi laluan kepada Prof. Kamil untuk masuk ke dalam dewan terlebih dahulu.
“Itulah…tak hafal nama betul kita…” bisikku kepada Faiz sebelum aku masuk ke dalam dewan. Muka Faiz merah padam. Menahan malu agaknya. Nak tunjuk pandai depan Prof konon

[ Last edited by diDiEaNA on 25-10-2004 at 08:58 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 08:57 AM | Show all posts

2 : FAIRUZ

“Faiz, mana awek yang kau nak tackle tu?” soal Khairul kepadaku. “Eh, Khai. Kau pegi mana tadi. Tetiba je hilang dari sisi aku. Nasib baik aku terjumpa dengan Iera… Iera dah masuk dewan kuliah baru sekejap tadi…” kataku kepada Khai.
“Aku yang hilang atau kau yang pergi tanpa toleh kat belakang tadi? Erm…si Wati ada ikut dia ke?” soal Khai.
“Kalau Iera ada, member rapat dia pun ada la… Kenapa? Kau ada hati kat Wati ye… Aku boleh tolong kau… Itu pun, kalau kau nak…” Khai tidak menjawab. “Macam la aku tak kenal kau, Khai… nantilah aku tolong kau ayat si Wati tu…” kataku kepada Khai. Dia tersenyum. “Faiz…kau memang member aku yang paling best!”
”Aku tercari-cari kelibat Sham. Aku heran. Sham tak nak hadir kuliah lagi ke?”
”Sham kata dia tak nak hadir kuliah hari ni. Biasa la si Sham tu. Kalau bergaduh ngan si Nadia… Lama-lama okey la si Sham tu,” kata Khai kepadaku. Aku dan Khai berjalan menuju ke dewan kuliah 2A.
Sham juga member aku. Sham telah menjalinkan hubungan dengan Nadia sejak awal kemasukan kami ke kolej ini. Sham memang setia pada cintanya. Aku dan Khai tidak menyukai perangai si Nad tu. Dia agak bongkak. Biasalah, anak jutawan Singapura. Setahu aku, Sham tidak pernah berbuat salah. Sham pula sanggup menjauhkan diri daripada pelajar perempuan yang lain kerana takut Nad cemburu. Padahal, Nad sendiri bukan main mesra bila berbual-bual dengan rakan sekuliahnya. Terutamanya lelaki.

II
Handsetku berbunyi. Tertera nombor 019 yang tidak ku kenali. Aku menjawab panggilan telefon itu.
“Helo.”
“Hai, Faiz. Iera ni.”
“Oh, Iera. Nombor handset Iera ke ni?”
“Ya. Erm… Iera minta tolong sikit boleh?”
“Kenapa? Buku terjatuh lagi ke?”
“Ishh. Faiz ni. Tak baik buli budak junior tau!”
“Takda la.. main-main je”
“Macam ni… kawan Iera, si Wati tu berkenan nak round Kuching hari Sabtu ni…”
“Ok. Faiz tahu. Faiz boleh bawa Iera dan Wati pegi round Kuching hari Sabtu ni. Boleh bawa member Faiz, Khai…. Khairul sekali ke?”
“Itu ikut suka ati Faiz la…”
“Ok. Pukul 9.30 pagi ye!”
“Ok. Guna public bus. Lebih senang. Lain kali senang la Iera dan Wati nak pegi pasar…”
“Ikut sesedap rasa Iera…”
“Ok. Thanks, Faiz!”
“Nevermind. See you.”
“Bye!”
“Bye!”
Hatiku melonjak kegembiraan. Peluang untuk aku pikat si Iera. Aku menghantar sms kepada Khai untuk memberitahu Khai tentang berita yang baru aku terima itu. Mesti dia juga gembira.

[ Last edited by diDiEaNA on 25-10-2004 at 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 08:57 AM | Show all posts

3 : SHAMIRA

Aku segera bersiap. Hari ini cuaca cerah. Aku memandang jam pada dinding bilik. Pukul 8.30 pagi. Wati pula masih nyenyak tidur di atas katil. Aku menyuruh Wati bangun dan bersiap segera. Wati bangun dan terus menuju ke bilik mandi. Lima belas minit kemudian, Wati keluar dari bilik mandi. Dia mengenakan baju baby-T berwarna putih dan seluar jeans hitam. Aku pula mengenakan baju baby-T berwarna pink dan seluar jeans putih. Setelah aku meminta Wati untuk membelek-belek pakaian yang aku kenakan kelihatan perfect, kami pun keluar dan segera menuju ke arah stesen bas di hadapan blok pentadbiran kolej. Aku terlihat Faiz sedang bersembang dengan Dato’ Dr. Haji Syed Dahlan, iaitu pengurus Kolej Sri Chempaka.
Faiz melambai ke arah kami. Dia menyuruh kami untuk merapati mereka. Aku dan Wati berjalan ke arah Faiz dan Dato’ Dr Haji Syed. Aku memberikan senyuman kepada mereka. “Kenalkan, ini Dato’ Dr. Haji Syed Dahlan. Dato’, ini Shamira. Panggil Iera saja. Ini pula kawan dia, Nur Watirah. Boleh panggil Wati saja,” kata Faiz sambil memperkenalkan kami kepada Dato’ Dr Haji Syed. Aku heran. Mereka nampak ramah. Berani pulak si Faiz ni nak kenalkan Dato’ kepada kami.
“Mungkin pelajar cemerlang tak si Faiz ni,” ujar hatiku.

II
“Bas dah sampai!” kataku kepada Faiz dan Wati. “Mana kawan Faiz, si Khai tu? Tak nampak pun?” tanya Wati. “Takpa, kita naik dulu. Nanti taulah dia nak naik bas ke bandar…” sahut Faiz bersahaja.
“Eh, itu pun dia!” kataku sambil menunding jari ke arah seorang lelaki yang memakai baju-T berwarna merah putih dan bertopi hitam. “Tengok kasut pun dah kenal…”kata Faiz lalu membayar tiket masuk untuk empat orang. Aku dan Wati kehairanan. “Apa kena dengan kasut dia?” soal Wati.
“Colour” jawab Faiz ringkas. Rupa-rupanya Khai memakai kasut yang berlainan warna. Sebelah kiri berwarna biru dan sebelah kanan berwarna hijau. Aku dan Wati tergelak.
“Kenapa?” tanya Khai yang kehairanan. Aku dan Wati tidak menyahut. Kami hanya menjeling kasutnya. Muka Khai berubah menjadi merah dengan tiba-tiba. Khai menjeling Faiz. Faiz senyum sinis. Bas agak penuh. Ada dua tempat kosong di dalam bas itu tetapi di kedudukan yang berlainan.
Faiz menyuruh aku dan Wati mengambil tempat duduk tersebut. Di satu terminal, perempuan tua yang duduk di sebelah Wati turun. Khai duduk di tempat itu. Faiz pula berjalan ke arah ku. Dia berdiri berhampiran dengan tempat dudukku. Dia kelihatan agak segak hari ni. “Cute jugak Faiz ni…” bisik hatiku. Aku memberi senyuman kepadanya. Dia membalas senyumanku. Manisnya senyuman dia.
Tiba di terminal kedua, pemuda dalam lingkungan 17 tahun yang duduk di sebelah aku turun. Faiz pun duduk di sebelahku. Entah mengapa hatiku berdegup kencang. “Bandar Kuching tak jauh lagi… lebih kurang 18 minit lagi” kata Faiz kepadaku. Aku tidak berani untuk bertentang mata dengan Faiz. Tidak tahu apa puncanya. Aku hanya mengangguk dan buat-buat busy dengan mesej yang aku terima dari parents aku di Johor.
“Ehem… Iera orang Johor ke?” soal Faiz. “Lahir kat sana. Semua saudara Iera ada kat Johor. Tapi, Iera besar kat Miri. Ikut parents Iera kerja kat Miri,” ceritaku kepada Faiz. “Owh. Ini anak emas la ni?” soal Faiz lagi.
“Ermm…Dulu tidak. Sekarang ya. Dulu, Iera ada kakak. Tapi, dia meninggal masa study kat London,” jawabku. “Oh. Maaf!” ujar Faiz.
“Takpa,” kataku sambil tersenyum. Kami terdiam selama lebih kurang lima minit. “Faiz. Faiz nampak handsome hari ni!” kataku dengan tiba-tiba. Aku pun tak sedar yang aku memujinya. Kulit muka ku terasa tebal pula.
“Biasalah….” jawab Faiz. Kemudian, kami pun berbual-bual tentang pelajaran kami. Rupa-rupanya Faiz bekas student SM Sains Miri. Patutlah dia nampak intelligent. Dia ambil kursus Perhotelan di Kolej Sri Chempaka. Dia mempunyai seorang kakak yang sedang melanjutkan pelajaran ke Universiti Stanford, Jerman dan mengambil jurusan Bussiness Administration.

[ Last edited by diDiEaNA on 25-10-2004 at 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 09:00 AM | Show all posts

4 : NADIA

“Sham... maafkan Nad. Nad tak sengaja nak tengking Sham depan student lain semalam,” kataku kepada Sham yang sedang duduk keseorangan di taman bunga. “Takpe la Nad. Sham tahu Nad stress pasal studi. Ada hal penting Sham nak bagi tahu kat Nad,” kata Sham buat kali pertama bersuara sejak aku berada di sana selama 10 minit.
“Sham, apa dia?” tanyaku kehairanan.
“Sham harap Nad gembira. Mungkin Nad rasa lebih senang kalau Sham tak berada di sisi Nad lagi. Jadi, Sham harap Nad pandai-pandai la jaga diri,” kata Sham kepadaku tanpa memandang ke wajahku.
“Sham! Apa maksud Sham? Sham nak break-up dengan Nad? Sampai hati Sham. Kita dah menjalinkan hubungan selama setahun lebih. Dan…. hari ini Sham nak tinggalkan Nad? Sham ada perempuan lain? Apa kurangnya Nad?” tanyaku bertalu-talu. Aku amat sedih mendengar keputusan muktamad dari mulut Sham untuk break-up dengan aku.
“Jadi kau nak dengar suara hati aku? Kau tau tak, kau sering memalukan aku depan kawan kau. Kau perli aku. Aku tau kau sering keluar dengan kawan-kawan aku. Kau menumpang populariti aku sebagai atlit kolej. Kau tau aku kenal ramai lelaki yang hebat dari kolej-kolej lain. Kau ingat aku tak tau? Banyak kawan aku dari kolej sebelah menceritakan kisah mereka keluar dengan kau. Kau…. Kau… Kita break-up saja hari ni. Aku tak tahan dengan perangai kau lagi!” gertak Sham kepadaku.
Aku terdiam. Inilah kali pertama Sham memarahiku. Apa yang dikatakan oleh Sham semuanya benar. Aku berkawan dan menjadi teman wanita Sham hanya untuk mengenali lebih ramai lelaki hebat dan ternama di kolej lain kerana aku tahu Sham mempunyai ramai kenalan di kalangan atlit yang hebat-hebat. Aku tidak pernah mencintai Sham. Belaian kasih yang sering ku berikan hanyalah lakonan semata-mata.
Kata-kata manis yang ku ungkapkan hanya satu skrip yang sering ku luahkan kepada lelaki-lelaki lain.

II
“Nad! Betul ke Sham buang kau semalam?” tanya Cherry, kawan baikku juga seorang kaki gosip yang panas di kolej ini. “Siapa kata? Aku yang nak break-up dengan dia. Aku dah boring dengan Sham. Lagipun, dia tu bukan hebat sangat kalau di bandingkan dengan Shahrul,” kataku.
Shahrul memang kacak orangnya. Dia baru menghabiskan matrikulasi di Kolej Matrikulasi Labuan tahun lepas. Shahrul merupakan student tahun pertama untuk perubatan di UNIMAS. Shahrul adalah kawan Sham. Namun, Sham tidak tahu yang aku pernah keluar dengan kawannya itu.
Aku telah date dengan dia selama lima kali. Pada kali kelima itulah Shahrul telah meminta aku untuk menjadi teman wanitanya. Aku bersetuju. Kata Shahrul, dia ada seorang adik angkat di kolej aku. Tapi, dia tidak pernah menyebut namanya. Aku tidak kisah tentang semua itu. Yang penting aku dan Shahrul kini adalah pasangan kekasih yang paling bahagia. Aku bangga dengan Shahrul. Dia punya ramai kawan yang popular dan berasal dari keluarga berada.

5 : AKMAL
Sejak ku kenal Nadia, aku rasa hidupku lebih bahagia. Aku tahu, aku telah berlaku curang dengan Iera. Aku tidak memberitahu Iera tentang Nadia. Aku mengenali Nadia pada suatu malam, iaitu ketika pasukan bola sepak kolej kami dan kolej Sham membuat satu outing bersama-sama.
Ketika itu, Sham membawa Nadia bersamanya. Sham memperkenalkan Nadia sebagai teman wanitanya. Aku berpeluang untuk berbual-bual dengan Nad dan dia menyatakan bahawa dia tidak pernah menyintai Sham. Sejak itulah, aku berani untuk membawa Nad keluar berdua-duaan ke pusat-pusat hiburan bersama rakan-rakan aku hampir setiap hujung minggu.
Pukul sebelas malam, ketika aku sedang menghantar sms kepada Nadia, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Nama Iera tertera di skrin telefon Samsungku itu. Aku teragak-agak untuk menyahut panggilan telefon itu. Aku tahu, hampir dua bulan aku tidak menghubungi Iera. Sampai bila aku hendak mengelak dari Iera? Akhirnya, aku menjawab panggilan telefon itu.
“Hi, Honey! Apa khabar? Kenapa lambat sangat nak jawab telefon?”
“Akmal dalam toilet tadi. Kenapa telefon lambat sangat?”
“Selama ni Iera telefon lewat malam tak pernah pula Akmal tegur.”
“Akmal tengah ulangkaji tadi. Ada exam esok.”
“Kenapa Akmal lama tak contact Iera? Iera risau tau…”
“Kan Akmal dah beritahu Iera. Akmal buzy dengan assignment.”
“Oklah. Iera tak nak ganggu Akmal. Good luck dalam exam esok!”
“Thanx. Err…Iera. Boleh tak kita jumpa next week. Akmal ada hal penting nak bincang dengan Iera. Hari Sabtu. I’ll pick you up.”
“All right! Iera pun ada hal nak beritahu Akmal. Bye! Take care!”
“Bye!”
Aku berasa amat bersalah. Aku tahu aku tidak patut berlaku curang terhadap Iera. Iera amat setia padaku. Tapi, sejak aku berkenalan dengan Nad, aku tergoda dengan sifat manjanya serta pertuturannya yang amat lincah.
Handsetku berbunyi lagi. Kali ini nama “Honey” terpapar pada skrin.
Dengan serta merta aku menyahut panggilannya itu.
“Hi, Honey! I miss you!”
“Hi, Akmal Shahrul! How are you! I miss you too..”
“Shahrul sihat. Tapi, hati ni pedih. Rindu sangat kat Nad mungkin”
“Mungkin?? Apa la Shah ni… jahat tau!”
“Hai… takkan macam tu pun merajuk…”
“Yelah. Shah tak sayang kat Nad lagi ke?”
“Sayang. Siapa tak sayang Nad yang manja tu… Kenapa?”
“Shah, kita keluar malam ni nak? Bawalah kawan-kawan Shah sekali…”
“Kan sekarang dah lewat. Esok je lah.”
“Shah… boleh kay. Lagipun bukannya Shah ada exam minggu ni”
“Yelah. Shah tahu Shah takda exam minggu ni. Tapi, kawan Shah tu nak ke keluar tengah malam ni..”
“Bolehlah…”
“Baiklah. Nanti Shah pick you up. Around 11.45pm. See you.”
“Ok. Macam tu lah… Jangan lupa ya sayang… Bye.”
“Bye!”

II
Dengan segera aku menelefon rakan-rakan ku. Ada yang setuju dan ada yang tak dapat sebab aku beritahu lambat sangat. Takpa la.. Janji ada yang pergi. Seperti biasa kami pergi ke ‘Kenny’s Club’. Pada hari itu aku pulang lebih awal. Lebih kurang pukul 1.30 pagi. Nad pulang lebih lewat dariku. Rakanku, Ron setuju untuk menghantar Nad pulang nanti.
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 09:02 AM | Show all posts

6 : SHAMIRA

I
“Wati! Cepat la… Aku takut aku takda masa ni,” jeritku kepada Wati yang dari tadi asyik hantar mesej dengan Khai. “Yelah…yelah. Aku datang le ni.”
Wati membuka almari aku dan memilih pakaian yang sesuai. Inilah kali pertama aku keluar dinner bersama Akmal sejak aku studi di kolej ini.
“Hah, ini sesuai. Simple but sweet.” Aku mencapai dress yang berwarna maroon dari tangan Wati. Handset Wati berbunyi lagi. “Wati, mesej dari dia lagi…” kataku kepada Wati. Wati tersenyum. Dia nampak bahagia sejak berkenalan dengan Khai, kawan baik Faiz. “Oklah. Aku cuba dulu dress ni.”
“Wah, kau nampak cantik dengan dress tu! Kalau Khai nampak, tentu dia tergoda pula dengan kau. Faiz tentu tak tidur lena bila nampak kau pakai dress tu. Cuba kau catwalk sekejap.” Wati ni, bab fesyen-fesyen ni memang number one. Dia bercita-cita nak buka satu butik pakaian.
“Eleh… catwalk? Apalah kau ni. Aku nak pergi dinner, bukan fashion show tau.” Aku mengenakan sedikit make-up asas pada wajahku. Aku membelek wajahku pada cermin buat kali terakhir sebelum aku keluar. Hmmm… perfect.
Aku mengambil beg tanganku. “Wati, temankan aku ke gate utama” Wati tidak menjawab. Aku takda masa lagi ni. Mahu tak mahu aku terpaksa pergi jua. Aku keluar dari pintu asrama. Aku nampak Faiz nun jauh di luar gate asrama aku. Kenapa dia masih ada kat kolej time macam ni? Selalunya dia kat rumah masa ni. Faiz tersenyum. Dari jauh, senyumannya yang menawan itu dapat dilihat. Dia memang cute! Tapi, apakan daya, aku telah punya teman. Aku tak boleh berlaku curang.
“Ermm.. Faiz. Apa Faiz buat kat sini?”
“Wati masej aku tadi. Dia kata Iera nak dinner dengan famili”
“Owh…”
Patutlah Wati tak nak hantar aku ke gate. Dia dah suruh Faiz rupa-rupanya. Aku agak kekok dengan pandangan Faiz. Aku menarik selendang hitamku. Faiz tersenyum. Mungkin dia sedar yang aku rasa kurang selesa berdepan dengannya berpakaian begini.
“Iera nampak menawan malam ni. Boleh Faiz temankan Iera ke gate utama kolej?”
“Tak salah.”
Dalam perjalanan ke gate utama, kami hanya berdiam diri. Entah kenapa aku berasa bersalah pada Faiz. Dia terlalu baik terhadapku.
“Faiz hantar Iera sampai sini saja. Itu, kereta Iera dah tunggu Iera”
“Thanx.”
Faiz berlalu pergi. Dia nampak muram. Mungkinkah dia tahu aku dinner bersama teman lelakiku? “Faiz!” jeritku. Faiz menoleh dan tersenyum.
Kemudian, dia terus berjalan menuju ke keretanya di suatu sudut. Enjin keretanya dihidupkan. Dia pun terus pergi. Hatiku terasa pilu. Akmal keluar dari keretanya. Dia menuju ke arahku. “Marilah kita pergi,” kata Akmal kepadaku.

II
“Table for two please,” kata Akmal kepada seorang pelayan restoran tersebut. Makan malam dipesan oleh Akmal. Ternyata Akmal masih ingat akan makanan kegemaranku walaupun sudah lama kami tidak keluar bersama.
Makan malam kami malam ni terasa berbeza sekali. Tiada suasana bahagia walaupun alunan piano yang romantis dimainkan. Aku tidak mungkin akan menduakan cinta dan kasihku terhadap Akmal. Dia juga baik kepadaku.
“Iera. Ini mungkin kali terakhir kita makan bersama,” kata Akmal ringkas.
Sedarkah dia apa maksud kata-katanya itu? “Honey, kau sedar tak apa yang kau kata itu?” soalku.

“Ya. Aku tahu. Aku sedar. And… I really mean it! Aku nak break-up. Aku tidak mampu membohongi kau lagi. Kau terlalu baik buatku,” kata Akmal lagi. Tanpa ku sedari, air mataku membasahi pipiku.
“Kenapa Akmal? Apa salah aku? Adakah kau telah berpunya kekasih baru?” soalku bertalu-talu. “Tidak sayang, kau tak bersalah. Tapi aku yang bersalah. Aku telah jatuh hati dengan gadis lain. Maafkan aku.” Akmal cuba mengelap air mataku dengan sapu tangannya. Aku menolak tangannya.
Kebahagiaan yang ku harapkan malam ini tidak kesampaian. “Aku yakin. Kau akan bertemu dengan jejaka yang jauh lebih baik dariku. Yang setia dan mencintai kau sepenuh hati,” kata Akmal lagi.
Tanpa membuang masa, aku bangkit dan menuju ke bilik air. Dalam bilik air, aku mendail nombor kawanku.
“Helo, Iera ke?”
“Ya, Iera di sini. Can you pick me up at Hilton Restaurant now?
“Iera, kenapa Iera menangis?”
“Can you please come now?”
“Ok. I’ll be there in 5 minutes!”
Aku menangis sepuas-puasnya di dalam bilik air itu. Kemudian, aku keluar dan menuju ke arah meja Akmal. Sebuah kotak berbalut cantik dikeluarkan dari beg tanganku. Aku hulurkan kotak itu kepada Akmal. “Happy Birthday..”kataku kepada Akmal. Esok hari jadinya yang ke-19. Aku berjalan ke pintu utama restoren itu.
Nampaknya hujan lebat di luar sana. Akmal berlari mendekatiku. Nasib baik kereta kawanku telah sampai. Aku meredah hujan lebat itu dan masuk ke dalam kereta itu. Aku tidak mampu berjumpa dan bertentang mata dengan Akmal lagi. Aku mulai membenci Akmal. Dia curang terhadapku.
“Iera. Are you ok?”
“Faiz tak perlu risau. Iera ok.”
“Iera nak Faiz hantar Iera balik sekarang?”
“Tak. Iera tak nak balik sekarang,” Faiz terdiam. Dia memandu keretanya ke sebuah pantai yang agak jauh dari pusat bandar. Pantai yang tak pernah ku jejaki. Sungguh indah pantai ini.
Sebuah hotel terletak tidak jauh dari pantai ini. Nasib baik cuaca di sini cerah. Faiz mematikan enjin keretanya. Aku keluar dari keretanya dan berjalan di tepian pantai itu. Kedinginan angin yang bertiup dapat dirasai. Selendang hitamku ditarik untuk menutup lenganku. Aku tidak dapat mencari di manakah Faiz pada waktu itu. Masih dalam kereta agaknya.
Tiba-tiba, Faiz muncul. Dia meletakkan sweaternya pada bahuku. Aku memandang tepat pada matanya. Aku menguntum sebuah senyuman pada bibirku.
Kau terlalu baik kepadaku, Faiz. Aku tidak mampu untuk berbual-bual dengan Faiz pada malam itu. Hatiku terasa amat perit sekali. Faiz membiarkan saja aku melayan perasaanku. Ada beberapa pasang kekasih berjalan-jalan di tepian pantai. Faiz memberitahuku bahawa tempat ini adalah tempat tumpuan pelancong asing.
Kami kemudiannya berjalan ke arah sebuah restoran yang dibuka 24 jam. Kami hanya memesan Mocha. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Baru aku ingat, gate utama dah tutup! Gate utama akan ditutup tepat pukul 12 malam.
“Iera… Iera kena balik sekarang. Gate utama dah tutup”
“Iera tak perlu risau. Iera boleh bermalam di rumah Faiz. Lagipun mama Faiz ada di rumah. Esok kan hari Ahad”
Mahu tak mahu, aku terpaksa. Tak mungkin gadis seperti aku tidur di kaki lima. Sementara menunggu perasaan ku sedikit tenang, aku dan Faiz duduk menghadap laut sambil berbual-bual. Aku menceritakan segalanya tentang perhubungan aku dan Akmal yang lepas. Faiz pula banyak mendorong dan memberikan aku semangat untuk meneruskan hidup ini. Setelah agak lama kami berbual-bual, kami pun mengambil keputusan untuk pulang.

7 : FAIRUZ
“Kak Som, ni Iera, kawan Faiz. Boleh tunjukkan dia mana bilik dia.”
Kak Som, pembantu rumah aku yang telah berkhidmat dengan keluarga kami lebih dari 7 tahun. Kak Som memang baik dan bertanggungjawab orangnya.
“Oh ya. Mama dah tidur?” soalku kepada Kak Som. “Belum, Faiz. Baru tadi mama Faiz pergi dapur. Haus katanya.” Aku menuju ke dapur sementara Iera mengikut Kak Som ke tingkat atas rumah kami.
“Hai mama! Selamat Malam”
“Ish… Faiz ni. Buat mama terkejut saja. Ini bukan malam lagi ni. Dah awal pagi. Kenapa lambat sangat balik. Tak pernah-pernah pun Faiz balik lewat sangat.”
“Mama, Iera bermalam di sini malam ni ya!”
“Eh, kau ni Faiz. Kenapa berani sangat bawa balik anak dara orang?”
“Bukan macam tu. Gate utama dah tutup”
“Baiklah. Mana dia? Mama nak tengok juga bakal menantu mama ni…”
“Mama… tak baik mama kata macam tu…”
“Yelah.. kan Iera berjaya menambat hati anak mama. Mesti orangnya cantik.”
Aku memang rapat dengan mama. Mama tahu aku telah jatuh hati kepada seorang gadis buat pertama kalinya. Mama memang understanding.
“Oh, ya! Mama jangan cakap yang bukan-bukan ya!”
“Yelah. Mama tahu. Lepas tu, datang ke bilik bacaan. Mama nak cakap sikit”
Aku mengganguk. Aku tahu mama tak sabar nak lihat gadis yang berjaya menambat hatiku. Aku membancuh hot chocolate ke dalam dua buah cawan dan membawanya ke tingkat atas. Aku mengetuk pintu di mana Iera berada. Kak Som membuka pintu. Aku memberi isyarat agar cawan yang berisi hot chocolate pada tanganku itu diberikan kepada Iera.
Tanpa menunggu lama, aku menuju ke bilik bacaan. Mama tiada di sana. Mungkin mama masih bersama Iera. Sementara menunggu mama datang, aku membaca buku tentang perhotelan. Sepuluh minit kemudian, mama pun datang.
Sebuah senyuman yang lebar kelihatan pada bibir mama. “Cantik. Memang cantik. Malah, sopan santun pula. Susah nak cari gadis macam Iera tu pada zaman sekarang.” Mama dan aku berbual-bual hampir satu jam lamanya.
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 09:05 AM | Show all posts

8 : NADIA

Aku yakin aku telah menguasai Shahrul sepenuhnya. Sejak akhir-akhir ini, Akmal sering meluangkan masa denganku. Dia juga sering membelikan aku hadiah-hadiah berharga. Kata Cherry, aku playgirl. Aku tak kisah. Itu memang benar. Aku tak pernah puas bercinta dengan seorang lelaki.
Perempuan mana yang tidak mahu populariti dan sanjungan daripada lelaki?
Apabila aku telah puas mempermainkan seseorang lelaki, aku akan meninggalkannya. Tak kira siapa kerana aku tidak percaya pada cinta. Bagiku, cinta tidak pernah wujud.

II
Seminggu telah berlalu. Akmal belum menghubungiku lagi. Aku tahu dia tengah exam sekarang. Tidak mungkin dia lupa pada aku. Baginya, akulah penyeri hidupnya. Tanpa aku, hidupnya terasa seakan tidak lengkap.
Masihkah dia cinta padaku? Mengapa dia tidak menghubungiku? Buat apa pula aku risau tentang itu semua? Aku punya ramai rakan lelaki. Entah kenapa, hatiku terdetik untuk menghubungi handset Akmal. Tidak dapat dihubungi.
Jantungku berdegup kencang. Aku cuba lagi. Kali ini berjaya.
“Hello. Akmal ada?”
“Ini Nad… Ermm Nadia ke?”
“Aaa.. ya. Ini Nadia”
“Nadia. Akmal masuk hospital”
“Masuk hospital? Bila? Kenapa?”
“Minggu lepas. Dia makan ubat tidur berlebihan. Dia masih koma..”
“Hospital mana?”
“Hospital Normah.”
“Baiklah. Thanx.”
Akmal makan pil tidur? Kenapa? Aku segera mengambil beg tanganku dan kunci kereta. Kereta ku pandu laju dengan harapan aku boleh tiba di hospital dengan segera.

III
“Akmal?” aku masuk ke wad ICU. Akmal terlantar tidak bermaya di atas katilnya. Aku tidak sanggup bertanya kenapa dia mengambil pil tidur. Dia masih belum sedar. Masih koma. Air mataku berlinangan. Aku menghabiskan masa lebih kurang dua jam di sana bertemankan ahli keluarga Akmal, Iera dan Faiz. Iera dan Faiz??? Apa mereka buat di sini? Apa kaitan mereka dengan Akmal?
Aku pun meminta kebenaran untuk pulang. Iera mengekoriku dari belakang.
Di luar wad, Iera meminta kebenaran untuk berbual denganku. Aku bersetuju.
Rupa-rupanya Iera adalah bekas kekasih Akmal. Iera juga memberitahuku bahawa mungkin Akmal mengambil pil tidur kerana Akmal susah hati dengan berpisahan mereka.
Aku tidak mampu menahan air mata aku daripada berlinangan. Mengapa aku perlu menangis? Aku tidak pernah menangis kerana seorang lelaki. Nampaknya aku telah tewas kini. Aku tidak mampu membohongi diri sendiri lagi. Aku sememangnya telah jatuh hati kepada Akmal. Aku berjanji aku akan menjaga Akmal sehingga dia sedar. Masa akan mengubah segalanya.
Aku meminta kebenaran untuk pulang. Tanpa melengahkan masa, aku terus berlari ke arah keretaku. Kenapa kau bodoh sangat Akmal? Kenapa kau sanggup buat kerja bodoh itu? Kau patut berikan aku peluang untuk membahagiakan kau sebagaimana Iera berjaya membahagiakan kau. Aku pasti aku mampu membahagiakan kau lebih daripada Iera. Percayalah padaku.
Genap sebulan, aku telah berulang alik ke hospital untuk menjaga Akmal. Hatiku tidak tenteram apabila aku tidak menjenguknya walaupun untuk satu hari. Adakah ini cinta sejati? Oh Tuhan, aku minta agar kau berkatilah hubungan kami ini dan janganlah kau apa-apakan Akmal. Sesungguhnya aku lebih berdosa daripada Akmal. Akulah yang lebih layak untuk menanggung deritanya.

9 : FAIRUZ
“Eh, Faiz. Bila lagi kau nak terus terang dengan Iera tu?” soal Sham kepadaku.

“Nantilah…” jawabku ringkas. “Nantilah… nantilah… Kau ingat bunga cantik macam Iera tu akan terus kekal sana ke? Silap haribulan, kena kebas orang, baru padan muka! Ingat, lelaki selalu make the first move,” sampuk Khai pula yang dari tadi asyik melayan mesej Wati.
Wati dan Khai cukup bahagia kini. Mereka telah menjalinkan hubungan lebih dari sebulan. “Kena kebas orang lain takpa. Jangan kena kebas kawan sendiri sudah,” kataku lagi.
“Ermm… Faiz, kalau kawan sendiri yang kau maksudkan itu aku, sorilah ye. Aku bukan kawan jenis macam tu. Aku dah punya girlfriend baru,” kata Sham sambil tersenyum bangga. “Eh, Sham. Sejak bila. Kenapa tak inform siang-siang? Siapa dia? Dari mana?” soal Khai.
“Nama dia Lia. Orang sini jugak. Manis orangnya. Kalau ada masa nanti, aku kenalkan kat korang ni…”jawab Sham.
Aku menuju ke beranda rumahku. Sham mengekoriku. Sham dan Khai selalu menghabiskan hujung minggu mereka di rumah aku. Aku melontarkan pandanganku jauh ke persisiran pantai.
“Sham, kau banyak pengalaman dalam percintaan. Kau tahu kan Iera tengah heartbreak.”
“Aku tahu. Tapi, inilah peluang kau”
“Peluang? Apa maksud kau?”
“Walaupun Iera baru break-up dengan Akmal, ini tak bermaksud hati dia tertutup. Lagipun, perempuan ada dua jenis perasaan. Ada yang tak akan terima cinta baru setelah dilukai oleh cinta lama. Tapi, mereka mungkin akan terima setelah lukanya pulih. Ada yang kedua ni lain sikit. Mereka memang terluka. Tetapi, mereka akan terima cinta baru untuk membantu memulihkan luka mereka.”
“Wah. Kau memang bijak.”
“Daripada pengamatan aku, aku rasa Iera tu mempunyai jenis perasaan yang kedua.”
“Macam mana kau tahu?”
“Kan kau kata dia selalu minta kau ikut dia. Kalau dia mempunyai jenis perasaan yang pertama, tentu dia akan mengelakkan daripada bertemu dengan orang, terutamanya lelaki!”
“Ya tak ya juga. Tapi, aku takut aku akan menambahkan luka di hati Iera. Aku sayang Iera. Aku tak sanggup tengok Iera bersedih. Aku tak akan benarkan orang melukainya lagi”
“Faiz. Apa yang aku boleh kata sekarang ialah aku akan sentiasa menyokong kau tak kira apa yang berlaku.” Sham ternyata seorang rakan yang baik. Aku sungguh beruntung kerana mempunyai sebuah keluarga bahagia, teman yang baik dan adakah aku akan memperoleh cinta sejati?

II
Aku bersalaman dengan mama dan papa sebelum keluar rumah. “Mana bunga kau, Faiz. Tak kan ajak perempuan dinner tak bawa bunga..” kata papaku.
“Dah pesan dari Floral Shop. Tunggu Faiz ambil saja. Baiklah, mama, papa, Faiz pergi dulu.” Mama dan papa tersenyum sambil menganggukkan kepala. “Semoga berjaya, Faiz!” kata Kak Som pula.
Dalam perjalanan, aku berhenti di hadapan Floral Shop untuk mengambil sejambak bunga ros putih yang telah kupesan kelmarin. Kemudian, aku memandu menuju ke kolej. Aku terus memandu ke asrama Iera. Aku melihat jam Crocodile pada pergelangan tangan ku. Aku mengambil masa ini untuk berehat sambil mendengar muzik di dalam keretaku.
Tidak lama kemudian, Iera muncul di pintu bilik asramanya. Dari jauh kelihatan Iera dengan dress hitam menawan. Aku keluar dari kereta dan membuka pintu kereta untuk Iera.
“Iera sungguh cantik hari ini”
“Thanx. Faiz pun apa kurangnya.”
“Kita makan di Hotel Sun Shine yang kita pernah pergi tu nak?”
“Boleh jugak. I love that place!”
Reply

Use magic Report

Follow Us
diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 09:07 AM | Show all posts

10 : SHAMIRA

I
Faiz cukup segak dengan tuxedo hitamnya itu. Sepanjang perjalanan ke Hotel Sun Shine, kami lebih banyak berdiam diri. Tak ada apa-apa yang ingin dibualkan. Faiz pula nampak begitu tekun memandu di jalan raya hari ni.
Kalau dikira-kira, kali ini dah tiga kali kami dinner bersama. Tapi kali ini aku merasakan bahawa ia amat berbeza dengan makan malam sebelumnya. 20 minit kemudian, kami pun tiba di destinasi yang ingin ditujui. Kami masuk ke hotel itu bersama-sama. Kami pun naik ke tingkat satu hotel itu untuk ke Restaurant Villa.
Sebaik sahaja kami tiba, Faiz meminta kebenaran untuk ke keretanya kerana dompetnya tertinggal di dalam kereta. Sepuluh minit berlalu. Faiz belum datang semula. Aku mula risau. Aku tidak mahu kehilangan orang yang ku sayangi buat kali kedua, walaupun aku bertepuk sebelah tangan. Faiz akhirnya muncul semula sebaik sahaja aku ingin bangkit dari kerusiku untuk mencarinya. Dari jauh, senyuman Faiz dapat dilihat dengan jelas sekali. Dia datang dengan sejambak bunga ros. Sepadan sekali dengan pakaiannya.
“Untuk Iera. Terimalah”
“Untuk Iera? Kenapa?”
“Saja. Tak boleh kah?
“Thanx! White roses. I love white roses.”
Aku mengambil jambangan bunga ros itu dengan senyuman pada bibirku. Tidak lama selepas itu, makanan kami dihidangkan.
Selesai saja makan malam, Faiz mengajak aku untuk bersiar-siar di tepian pantai. Aku tidak menolak kerana aku ingin meluangkan masa bersama Faiz. Aku berasa amat bahagia apabila berada disisinya.
Setelah puas bersiar-siar di tepian pantai, kami pun duduk di atas sebatang dahan pokok yang menghadap ke laut. Sedang kami rancak berbual, tiba-tiba Faiz menyuarakan perasaannya terhadapku. Aku tidak bertepuk sebelah tangan. Faiz mengeluarkan sebuah kotak comel dari koceknya. Dia menghulurkan kotak itu kepadaku. Pada mulanya aku menolak. Tapi, atas pujuk rayunya, aku mengalah. Aku menerimanya dan membuka kotak itu.
Rupa-rupanya seutas gelang tangan emas putih tersemat cantik di dalamnya.Dia meminta kebenaran untuk memakaikan gelang itu pada pergelangan tangan kanan ku.
Oleh kerana jam hampir menunjukkan pukul 1130 malam, Faiz terpaksa menghantarku pulang. Bila tiba di pintu gate asrama, sekali lagi Faiz meminta agar aku mempertimbangkan jawapan bagi soalannya tadi. Aku cuma mengangguk dan berjanji bahawa aku akan memberitahunya jawapanku dalam tempoh dua tiga hari ini.
Aku tahu Faiz mengharapkan agar aku bersetuju untuk menjadi teman wanitanya. Aku semangnya telah bersetuju. Tapi, aku takut akan kehilangan orang yang amat ku cintai.

II
Pada keesokkan harinya, seperti biasa aku terpaksa menghadiri kuliah selama tiga jam, setelah itu, Faiz dan Khai akan menunggu aku dan Wati di Caf閠eria. “Hai, Iera!” sapa Khai.
“Hai, Khai!” sahutku. “Wati, mereka perlukan privacy! Mari kita duduk di meja sana,” kata Khai kepada Wati.
Sengaja nampak. “Hai, Khai. Kami atau kau yang perlukan privacy sebenarnya?” kataku sambil tersenyum sinis. “Samalah tu…” sahutnya pula. Khai dan Wati berjalan beriringan ke meja di hujung Caf閠eria.
“Iera dah fikirkah soalan Faiz malam tadi?”
“Owh. Ya tak ya juga. Lupalah…”
“Iera ni sengaja saja nampak,”
“Faiz, benar Iera terlupa. Iera tidur lena malam tadi. Yelah… mana tak penatnya. Malam tadi, ada orang bawa Iera dinner. Lepas tu, pergi jalan-jalan. Kita berbual sampai lewat malam.”
“Bertuahlah orang itu dapat dinner dengan Iera. Baiklah. Faiz pergi dulu.”
“Ish… merajuk ke?”
“Tak lah. Faiz ada hal penting nak buat ni. Kejap nanti kita jumpa lagi,”
“Iera nak ikut boleh?”
“Tak boleh. Cuma girlfriend Faiz saja yang boleh ikut”
“Kenapa?”
“Hal ni berkaitan dengan famili Faiz.”
Tanpa berlengah lagi, aku mengikut saja Faiz dari belakang. Kemudian, Faiz menoleh ke belakang dan menarik tanganku. Kami berjalan beriringan. Faiz seperti biasa akan menceritakan hari-hari yang dilaluinya.
“Ermm… Faiz terlupa sesuatu tak?” soalku. “Tak… kenapa?”Aku menunding jari ke tangan Faiz yang sedang erat berpaut pada tanganku.
Dengan cepat, tangan aku segera dilepaskan oleh Faiz. “Oh. Lupa!” kata Faiz.
“Lupa atau buat-buat lupa? Kita ni belum konfem lagi tau…”
Faiz meminta agar aku menaiki keretanya. Aku menurut sahaja. Tanpa mengetahui arah yang ditujui, aku hanya berdiam diri. Faiz pula bukan main rancak bercakap.
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 09:09 AM | Show all posts
III
Akhirnya, kami tiba di rumah Faiz. Entah apa yang penting sangat kata Faiz tadi. Bagiku, rumahnya kelihatan tenang dan tiada apa yang hendak dirisaukan. Faiz menjemputku masuk. Di ruang tamu, kelihatan mama Faiz sedang duduk sambil membaca buku. Aku berjalan ke arah mama Faiz dan bersalaman dengannya.
“Aunty, apa yang Faiz nak buat tu? Katanya penting…”
“Owh…Faiz tu. Biasalah. Anak kura-kuranya bukannya nak makan kalau bukan Faiz yang beri makanan…”
“Hah? Betulkah? Manja juga kura-kura dia.”
“Iera tak nak lihatkah anak kura-kura dia?”
“Mana dia?”
“Ada dalam bilik dia…”
“Oh…begitu”
“Iera pergilah. Aunty benarkan. Kalau ada apa-apa, jerit saja. Aunty ada kat sini.”
“Tak baik anak gadis masuk dalam bilik orang sebarangan. Lebih-lebih lagi lelaki..”
“Mari aunty temankan.”
“Takpe la aunty. Tak payah saja.”
“Jomlah..” Aku mengikut aunty ke bilik Faiz. Rupa-rupanya anak kura-kura Faiz begitu comel. Macam tuannya jugak.
“Eh. Mama. Iera,” kata Faiz sejurus selepas dia keluar dari bilik air dalam biliknya. Di tangannya ada makanan untuk kura-kuranya.
“Faiz, apa nama dia?” soalku kepada Faiz.
“Jack.” Aunty keluar dari bilik untuk memberi kami peluang untuk berbual-bual agaknya.
“Iera tak boring asyik tengok muka Faiz ni hari-hari?” soal Faiz tiba-tiba.
Boring? Bagiku, wajah Faizlah yang dapat memberiku semangat untuk terus hidup. Lagipun, dia memang kacak.
“Sebenarnya ya. Tapi, untuk jaga hati Faiz, Iera terpaksa kata tak…” jawabku. Faiz mencubit pipiku.
“Aduh! Sakit la..” kataku sambil memukul ringan bahu Faiz. Dia mencapai tanganku lalu menarikku menuju ke beranda di luar biliknya.
Sungguh indah pemandangan pantai dari rumahnya. Dia menyuruhku untuk duduk di bangku panjang yang menghadap pantai itu. Dia keluar dari biliknya buat seketika. Kemudian, dia kembali dengan dua tin minuman. Faiz duduk bersebelahan denganku. Aku dapat merasakan ketenangan waktu petang di rumah Faiz. Perlahan-lahan, tangan Faiz merangkul erat pinggangku. Aku membiarkan sahaja tangannya itu. Kesian juga lihat dia dipermainkan macam budak-budak. Aku sandarkan kepalaku pada bahu Faiz yang tegap itu.

11 : FAIRUZ

I
Entah dari mana keberanian yang aku perolehi untuk merangkul erat pinggang Iera. Dia membiarkan sahaja aku berbuat demikian. Aku tahu dia cinta padaku jua. Tapi, dia sengaja ingin melengahkan masaku. Kini, kau milikku, Iera. Tiada apa yang dapat memisahkan kita.
Kepalanya yang disandarkan pada bahuku dibiarkan sahaja. Bunyi nafas Iera dapat ku dengar dengan jelas. Aku biarkan saja Iera berangan jauh. Cok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mel_hikaru This user has been deleted
Post time 26-10-2004 01:06 AM | Show all posts
err..tumpang tanye leh??
cite ni ko tulih ke?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2004 04:39 PM | Show all posts
dideana ni mmg berbakat la...teruskan usaha anda...:pompom:
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 27-10-2004 07:37 AM | Show all posts
Originally posted by mel_hikaru at 26-10-2004 01:06:
err..tumpang tanye leh??
cite ni ko tulih ke?:hmm:



nape yek... cam takut je aku ko tny camtu...:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2004 01:23 AM | Show all posts
da abis cite nyer ? short story...but still interesting...
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 28-10-2004 07:32 AM | Show all posts
Originally posted by Bobpley at 28-10-2004 01:23:
da abis cite nyer ? short story...but still interesting...



tengkiu.. neway dah kate pun cerpen mmg la pendek je kan...
Reply

Use magic Report

mel_hikaru This user has been deleted
Post time 29-10-2004 02:44 AM | Show all posts
Originally posted by diDiEaNA at 27-10-2004 07:37 AM:



nape yek... cam takut je aku ko tny camtu...:stp:


lol:lol

cite ni not bad ...but i think u can write better than this...
..cam "masih adakah cinta"...nampak sket kematangan dlm penulisan...

just my two cents;)
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 2-11-2004 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by mel_hikaru at 29-10-2004 02:44:


lol:lol

cite ni not bad ...but i think u can write better than this...
..cam "masih adakah cinta"...nampak sket kematangan dlm penulisan...

just my two cents;)



rilex... kite tak perlu terlalu serius... this is jus for suke-suke... kalau sentiasa serius... tak ceria la hidup... ye tak?? :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2004 11:38 AM | Show all posts
baru aku tahu...
rupanya bukan ko tulis...

tapi.. at least ada la jgk cerpen baru lam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2004 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by EXLESSIA at 5-11-2004 11:38 AM:
baru aku tahu...
rupanya bukan ko tulis...

tapi.. at least ada la jgk cerpen baru lam ni


manakautau..
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 5-11-2004 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by jinakji at 5-11-2004 12:26:


manakautau..



dia ade pasan spy thats y la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2004 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by diDiEaNA at 5-11-2004 02:57 PM:
dia ade pasan spy thats y la...


ooo...ada lak yg rajin sepai-menyepai nih... kira apa sapa tulih pun janjik sedap dibaca... dak gitu..
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 9-11-2004 08:13 AM | Show all posts
Originally posted by jinakji at 5-11-2004 17:25:


ooo...ada lak yg rajin sepai-menyepai nih... kira apa sapa tulih pun janjik sedap dibaca... dak gitu..


yup thats right for me...tp tak tau la kalau ade yg tak suke... no komen...  :gila:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.380503 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list