CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12538|Reply: 20

AWAS: UBATAN YANG HARAM BUAT ORANG ISLAM

[Copy link]
Post time 18-10-2004 01:18 PM | Show all posts |Read mode
AWAS!! UBAT-UBAT INI HARAM DIMAKAN

Salam semua,

Saya baru sahaja dapat info ini dari seorang sahabat, harap kita berhati-hati, semasa remaja memang i ada sinus serius, pil Drixoral is my favourite sebab selsema dry almost instantly.. rupa2nya haram benda tu.. nauzubillah:

UBAT DARI SUMBER KHINZIR TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat(POTM)

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia

03-79573611 samb. 223

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

Assalamualaikum,

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan.



No. Nama ubat Kegunaan Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma


Nama saintifik khinzir ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin. .

[ Last edited by  blackmore at 9-8-2008 01:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2004 03:14 PM | Show all posts
tq atas info tersebut,amat berguna kalau ada lagi jgn lupa beritahu ok!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2004 03:44 PM | Show all posts
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2004 05:49 AM | Show all posts
Thank you very much
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2004 06:17 AM | Show all posts
emak saya sakit jantung, selalu menggunakan ubat utk mencairkan darah. tapi saya dah siasat takde nama
Reply

Use magic Report

Juliet7677 This user has been deleted
Post time 19-10-2004 08:52 AM | Show all posts
thanks..utk info..:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2004 12:55 PM | Show all posts
:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2004 01:22 PM | Show all posts

ctredzuan

Biasanya ubat pencair darah digunakan kepada pesakit jantung dan pesakin tekanan darah tinggi kronik dengan tujuan melancarkan perjalanan darah. Utk sakit jantung, biasanya pengumpulan lipid yg berlebihan didalam arteri menyempitkan jantung dan memeperlahankan saliran darah.. sama juga dengan tekanan darah rendah.. the blood is too thick.. sebab itu kena guna drugs sebegini.

Untuk alternatif, boleh guna EPA Omega 3... one of the best i pernah guna ialah dari FLP (Forever Living Product) sebab di combine Omega3(fish oil) dan Omega9 (olive oil).. its good for ur mum to try this. Office dia di Taman Maluri di belakang Jaya Jusco.

However, jika mom u sedang mengambil drugs untuk mencairkan darah.. it is not advisable to take EPA Omega 3 or Gingko Biloba at the same time.. sebab kedua2nya ada fungsi mencairkan darah.. do u notice one thing, org yg ambil ubat mencairkan darah ni bila luka akan lambat sembuh... so becareful kalau ada org yg simply nak recomend yr mom anything.. they must understand yr mom's situation first.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2004 06:22 PM | Show all posts
...memang terdapat beberapa ubat-ubatan yang dihasilkan dari organ atau enzyme haiwan seperti khinzir...tetapi...tak mo lah panic sangat babe...sebab...Allah tu maha pengampun dan maha pengasih...ubat-ubatan yang mengandungi bahan2 dari sumber yang haram masih bley kita gunakan kalau tiada lagi ubat yang sesuai untuk penyakit kita tu...seperti ayat2 di bawah nie...

....Bahan-bahan yang haram dan najis adalah dilarang digunakan sebagai ubat.  Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan.  Pengecualian dalam hal ini berpandukan kepada nas-nas seperti
berikut:

(a) Surah al-Baqarah ayat 172 - 173- bermaksud:

"Hai orang yang beriman, makanlah barang yang baik-baik dari apa yang diberikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. Sesungguh-nya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa baginya (memakan/mengguna benda-benda yang haram) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani".

(b) Surah al-Anaam ayat 145 yang bermaksud:

".......... Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana dharurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak melampaui batas, sesungguhnya Tuhanmu amat pengampun, lagi amat mengasihani".

(c) Kaedah dalam Islam berbunyi:

'Keadaan  terpaksa (dharurat) mengharuskan perkara-perkara yang ditegah.'

Pengecualian dalam penggunaan bahan-bahan haram sebagai ubat, hendaklah menepati syarat-syarat seperti berikut:

(a) Tidak terdapat atau sukar mendapatkan bahan yang halal untuk mengubati penyakit yang
berkaitan.

(b) Penggunaan bahan berkenaan hendaklah di bawah arahan dan nasihat doktor.

(c) Pengambilan ubat dari bahan yang haram hendaklah sekadar yang diperlukan sahaja.
  

:bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin:

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2004 09:58 PM | Show all posts

salam ..

pasal ubatan yg ade element porcine ni ini mmg bukan perkara baru tetapi tengok justifikasi berunding dgn dr anda sbb setahu saya teh newly trained specialist yg ade Master of Medicine even dari golongan yg bukan Islam dah awara dgn hal ini, so berundinglah dgn mereka.

lepas ni jgn ada pulak yg persoalan bovine based thingy pulak ..hehe CJD...ahaks....(JUST KIDDING)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2004 12:08 PM | Show all posts

Memang betulll..

Kalau darurat apa pun boleh.. itu sudah pasti.

Kita semua tahu, kita bukanlah dlam keadaan darurat. Dan artikal ini bukan untuk membuat sesiapa rasa panik... cuma sebagai pengetahuan kepada semua, terpulang pada diri sendir untuk memilihnya.

Yang pasti cuma satu masalah penyakit sahaja yang sukar mendapat alternatif halal, iaitu suntikan insulin untuk pesakit diabetes, sahih sekali majoriti besarnya datang dari sumber organ khinzir, namun ianya diperlukan untuk terus hidup!

Dalam permasalahan kesihatan lain.. selsema, cairkan darah, dll kita ada banyak pengeluar ubatan modern dan alternatif (atau complimentari).

Issue Bovine dikira lebih ringan daripada Porcine.

Namun kita tidak boleh mengambil ringan soal Halal Haram, sebab kita penganut Islam Asas (Fundemental) dan ahli sunnah wal jamaah. Saya tidak pandai berhadis dan berayat quran, tapi saya tahu apa asasnya.. bagi saya itu sudah memadai sebagai permulaan. Salam Ramadaan untuk semua..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2004 03:38 AM | Show all posts
Originally posted by anis710 at 2-11-2004 12:08:
Kalau darurat apa pun boleh.. itu sudah pasti.

Kita semua tahu, kita bukanlah dlam keadaan darurat. Dan artikal ini bukan untuk membuat sesiapa rasa panik... cuma sebagai pengetahuan kepada semu ...

..anis..terlebih dahulu...thanks for the info...

...lu terasa kappa?...gua nie pon bukanlah pandai dalam hal2 ugama dan hadis nie semua...setakat asas dia jer...heh...tapi...cuba lu pandang gua pey post dari perspective yang positive sikit....

...apa tujuan lu bila lu bukak nie topic?....gua pasti tujuan lu tu untuk memberitahu umat islam semua agar mereka sedar akan ada nya ubat-ubatan yang datangnya dari sumber yang haram kan?....bagus niat lu tu...

...tapi...pernah tak lu terpikir apa agaknya reaksi orang2 yang membaca post nie semua?...gua dapat bayangkan...ada yang terkejut...ada yang rasa marah...ada jugak yang rasa panik kerana mungkin mereka atau ahli keluarga mereka masih menggunakan ubat2 nie semua...

...gua punya post...hanyalah untuk menyenangkan hati orang2 yang mungkin rasa panik atau gusar bila menyedari yang ubat yang mereka ambil selama ini datang dari sumber yang haram...kebetulan semasa gua tengah lungsuri one of the websites...ternampak plak artikel nie...so gua cut and paste jer lah...gua rasa rather relevant untuk gua post kat sini...

...so...how do u define darurat?....if you are having blood clots and DVT...tu tak darurat ke?...clexane and fraxiparine are both commonly used for management and prevention of DVT...selain dari nie dua...apa lagik alternatif yang bley kita gunakan??...

...anis..dalam apa2 hal pon...kita mestilah weigh the pros and cons...theres always the positive and negative aspects...tak kira arr dalam apa2 hal...nie dua mesti ada...so...kalau lu post yang positive...gua plak atau orang lain plak bley post yang negative side of the story...nie terserahlah dari sudut macam mana dorang nilai lunya post...tapi...kita pelajari sama2...kita ambil apa yang baik...dan yang buruk..kita bley tolak...atau jadikan iktibar untuk kita terus menimba ilmu...

...ps...adalah sifat yang murni jika kita merendah diri...tapi janganlah sampai kita merendahkan diri kita sendiri...aniayakan diri tu namanya...:bgrin:


...selamat menunaikan ibadah puasa...dan selamat menyambut idulfitri...maaf zahir batin...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2004 01:56 PM | Show all posts

Hehe.. no heart feeling man

I always believe, kita semua ada our own good intention in here. You got your points and i got my points... terpulang kepada pembaca hendak menerima yang mana yang patut.. mungkin ada yang panik, malahan kes Roti Gardenia yang tak sahih tu pun sampai sekarang ramai yang masih takut nak makan. Positively its contribute to the survival of local bakery... so semuanya terpulang pada individu.

Objektif aku meletakkan posting ni hanya untuk pengetahuan umum. Pasal aku pun dah terkena satu darinya itu pun dulu semasa aku remaja masa kena sinus teruk. No other hidden intention... k.

Salam Aidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2004 09:56 PM | Show all posts

salam..

alah akak .. tu tak masuk lagi capsule..ubat yg kita mkn tukan kan kan..heheheheh
bless you...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2004 11:15 AM | Show all posts

Betullll....

Kebanyakan hard capsule dan soft gel diperbuat daripada bovine (lembu) atau porcine (khinzir) base gelatine. Cuma ada segelintir sahaja yang menggunakan pulut atau vege cap untuk vit atau produk mereka. Reason is, vege cap is very expensive, by using it, the profit margin will shrink tremendously and increasing the price will make the product less competative.

Further more animal base gelatine is the best choice sebab dia akan hadam dengan mudah apabila memasuki sistem pencernaan dengan body temp kita 37C. Vege cap tidak begitu mudah hadam.

About 6 years back, a friend from Brunei mengajak i buat research untuk memulakan production halal gelatin secara besar-besaran untuk pasaran global. Dia kata usaha ini dah dikira sebagai fardhu kifayah, sebab kalau tiada seorang pun yang buat maka semua akan berdosa. Masa membuat penyelidikan, beberapa perkara yang kita temui:

1) Di Malaysia ketika itu sudah ada sebuah kilang Halal Gelatin bernama SuciBio di Taman Ehsan Kepong, namun pengeluaran yg sangat kecil dan hanya mampu mengeluarkan hard capsule.

2) Walaupun kebanyakan produk US dan Europe claim yg mereka menggunakan bovine capsul. Tapi proses pengkapsulan dilakukan menggunakan mesin yg sama untuk porcine capsule. Ini kerana mesin pengkapsulan sangat mahal (jutaan dollar) dan kebanyakan syarikat hanya memiliki satu msein ketika itu.

3) Requirement ketat Jakim menyebabkan sukar untuk mana-mana pengeluar soft/hard gelatin untuk mendapat pengesahan halal. Apa tidaknya, untuk membuat soft gel, hanya beberapa ratus gram gelatin sahaja yang boleh diekstrak dari seekor lembu. Kilang akan mendapatkan dari ratusan pusat penyembelihan, dan untuk pengesahan halal, setiap satu pusat penyembelihan ini perlu diiktiraf halal terlebih dahulu. Di US dan Europe, ini adalah satu tugas yg agak mustahil.

4) Kekurangan bekalan dari pusat penyembelihan halal yang mahir membekalkan bahan mentah gelatin adalah the major set back of our project. At the end we decide to call off the project.

End.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2004 09:55 PM | Show all posts

salam..

well as for me, jgn tanya banyak soalan yakin and telan jerk, kalau tanya  duit yg kita pegang tu belum tentu.. but you are entiteld to your  opinion. IAm not that worry. Between lives and etc..
saya percaya
ISLAM BILA KEADAAN SEMPIT , IA AMAT LUAS...that's the beauty..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2004 02:52 PM | Show all posts

Ya masing-masing ada opinion sendiri

For me, i just share the info collected from my 6 month studies on Halal Gelatine Capsule Feasibility.

Mungkin berguna kepada mereka yang memerlukan. Kita bukan menyusahkan agama kita.. cuma kita tidak boleh pandang ringan perkara asas.. atau ambil mudah sekadar untuk mempermudahkan kehidupan harian.

I will stay firm with my principle, i know something and i must share with others.. deep in my heart.. i feel really sad i can make it happen.. but at least i try.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2004 09:21 AM | Show all posts
good information there tq for sharing.

Halal dan haram jangan dipandang ringan. Memang Islam itu mudah, tapi jangan terlalu memandang mudah kesemuanya. Jangan terlalu mudah memandang yang haram itu sebagai halal. Kelak ia akan jadi budaya pulak nanti. cth :- dalam hal duit seperti yang dikatakan oleh mod mbhcf tu... tu dah jadi budaya dah tu...
Reply

Use magic Report

ridzman This user has been deleted
Post time 1-10-2005 01:47 PM | Show all posts
thanks a lot:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2005 10:34 PM | Show all posts
hehehe... saya slalu gak gi pharmacy slalu gak chek vitamin nih...  selain dr vegecaps.. ada satu brand yg disahkan halal source bovine dia nama brand dia Upha (less pharmacy carry these brand, so kene chk ler around ur area kat kajang town confirm ade. chk kat farmasi baru kat sana.. rega ok). siap ade sah halal utk bovine caps dia... so okay ler kot utk sesapa yg concern. byk gak option vitamin yg dia ade.. yg best dia ada vit e 500iu. cam brand blackmoores utk vit e 500iu source bovine mahal lak tuh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.090791 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list