CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20803|Reply: 57

Masih Adakah Cinta

 Close [Copy link]
diDiEaNA This user has been deleted
Post time 8-10-2004 09:59 AM | Show all posts |Read mode
(Part 1)

Malam semakin menghampiri ke penghujungnya. Tak lama lagi akan terdengarlah azan menandakan masuknya waktu subuh yang bakal menjelma. Angin di luar terasa dingin dinihari. Di satu arah, duduk seorang hamba Allah yang begitu asyik dengan lamunannya yang tersendiri. Dengan kedua tapak tangannya menadah ke langit dan dengan khusuk mulutnya terkumat kamit seperti bertasbih. Seketika, dia bersujud, seperti mengharapkan sesuatu. Tatkala itu terdengar raungan suara yang seakan memecah keheningan malam.

“Ya Allah ampunkan lah hambamu yang hina ini. Sesungguhnya hambamu ini telah banyak melakukan dosa. Hanya engkau saja yang dapat menghapuskan segala dosa yang bermukim di diri ini. Ya Allah, jangan lah engkau beratkan aku dengan ujian dan hukuman yang tak larat aku tanggung selain kau ingin mengangkat darjat hambamu ini atau untuk melepaskan aku dari ancaman dosa. Sekiranya itu memang telah tertulis di luh mahfudz ku, maka hanya kau saja yang dapat menghapuskan setiap keburukan ini. Ataupun kau bantulah aku untuk mengharungi setiap detik waktuku untuk perkara yang kau redhai. Ya allah jadikan lah aku hamba yang selalu ingat akan engkau, takut pada engkau, bersyukur atas pemberian kau, tunduk diri dan kembali ke jalan mustakim. Jauhilah aku dari berbuat perkara perkara yang engkau murkai. Aku berserah diriku hanya pada mu. Sesungguhnya hanya kepada mu aku pohon perlindungan dan hanya kau saja yang dapat memberi ketenteraman pada setiap hati yang resah. Aku pohon petunjuk mu Ya allah, aku pohon keredhaan dan rahmat mu, aku tidak berdaya kerana semua miliku adalah pinjaman dari mu. Aku berharap sangat belas kasihan mu, pandang lah aku dengan pandangan kasihmu, pandangan yang menyenangkan………”

************************************************************************
Apa saja ni dekni pandang pandang…….tercetus di dalam hati ini bila aku sedari dari sepanjang perjalanan aku ke pejabat dalam mrt, aku perasan ada sepasang mata yang mengamatiku. Aku mula resah. Dibetulkan tudung kepala ku. Bajuku di rapikan seandainya ada yang tak kena. Lagi satu station dah sampai, selamat aku. Aku cepat cepat perkemaskan diri untuk standby turun dari keretapi. Tanpa menoleh aku pun keluar dan melangkah ke escalator. Sampai saja di platform, tak berapa tapak, ku rasa bahuku disentuh orang. Bila ku toleh, punyalah terperanjat aku, sepasang mata yang dari tadi mengekoriku betul betul didepan mata. Berderau sekejap darah aku.

“Is this yours?”

Terdengar ungkapan dari bibir tuan yang empunya mata tu. Dengan selamba dan tersipu sipu, aku bersuara,

“eeerrrr, yes”.

Ya allah macam mana pulak aku boleh terjatuh beg gincu aku ni. Semacam sengaja pulak, berkata kata dalam hati aku. Baru aku ingat, tadi sewaktu dalam keretapi aku sempat tengok cermin kot kot lipstick aku ni tercomot. Aku cepat cepat rampas dan beri ucapan terima kasihku.

“Saya Hans”

sambil menghulurkan tangannya. Oh orang melayu rupanya ingatkan orang barat, bukan main lagi nama, tak nak kalah orang. Aku jadi serba salah.

“Sorry, I don’t shake hands with stangers”.

Aku lemparkan senyum selambaku supaya tidak ketara yang aku ni nampak sangat mengada ngada, padahal, dia bukan muhrimku, macamana nak bersentuh tangan.

“Well, we are friends then”.

Dia tersenyum lebar tanda puas hati. Terpinga pinga aku dibuatnya.

“Sorry, I’ve got to go, dah lambat ni nak ke kerja”.

Dengan pantas dia menghulurkan kad businessnya sebelum sempat aku mengangkat kaki meninggalkanya.

“Takkan card pun tak boleh terima, salam I you dah tolak. You are going to need it some day, believe me”.

“Well, ok, if that will make you happy, and as a way of thanking you”.

Aku pun berjalan tanpa menoleh.

************************************************************************
Kringg…tel di meja office berbunyi.

“Lia, please come to my office”.

Si tua ni, tak boleh tengok orang senang sikit. Baru nak buat kopi. Mesti adalah project ni, kalau tak jangan harap nak nampak muka dia pagi pagi buta begini, lagi lagi hari Isnin. Aku merungut.

“Morning boss, you call for me?”

“Ok, heres what you need to do and its all self explanatory. If you have any questions, please feel free to ask, if not, I have loads of work to finish, you may go now”.

Boss aku, Mr Simmon memang ok orangnya. Tapi jangan dia naik angin, satu office kecot. Aku dah tahu benar perangai mat salleh celop ni. Kalau dia good mood, berjam jam pun tak selesai kat bilik dia, kalau tidak, muka kita pun dia tak nak pandang. Aku mengambil fail didepan ku dan terus meluru keluar. Aku tersandar sambil mengamati dokumen dokumen di dalam fail. Conference lagi. Tak habis habis. Penat dua minggu lepas belum lagi hilang dah bakal datang penat yang baru. Aku terus memulakan tugas ku. Mata ku tiba tiba terpandang pada name card yang tertera satu nama yang pernah aku dengar. Aku terus bongkar beg tangan aku. Mana pulak name card ni. Aku pun tak perasan samada aku simpan name card yang telah dihulurkan oleh si punya mata jahat tu tadi pagi sebab aku dah kelam kabut sangat. Lagipun buat apa aku nak simpan name cardnya. Tapi yang silapnya, aku tak sempat pun nak tengok name card tu. Ahh…bukan dia lah. Kalau dia sekalipun, apa aku peduli. Aku mengangkat gagang tel dan dial no yang tercatit di name card itu.

“Hello, can you put me through to Mr Hans Isac please”.

“Hold the line please” terdengar suara lembut yang menyambut panggilan ku.

“I’m sorry maam, the lines engage, would you like to hold or can I get your number and I shall get Mr Isac to return your call”.

“That would be great, heres my no”.

Aku pun mula sibuk dengan tugas harian ku.

“Lia theres a message for you”,

Maria, receptionist di tempat kerja aku hulurkan nota pesan sebaik saja dia nampak muka aku yang baru keluar dari tandas. Aku membalas panggilan itu tapi di divertkan ke tel bimbit.

“Hi, this is Hans, I’m unable to answer to your call now, please leave your name and number, I shall return your call when I am available…tit…....

“Hi, this is Lia, from Mc Simmon & Gill, would you please return my call at my office ……. or mobile ……. at your earliest. Thank you”.

Lepas kerja hari ni, aku tak kemana mana, Maria ajak aku ke gym lepas kerja tadi tapi aku macam malas, rasa penat pulak badan ni. Hujung minggu selalunya aku habiskan masa bersama mak dan abah. Kalau tak pun, hang out kat rumah kak Diana, melayan keletah anak saudara ku yang memang aku sayang sangat. Sampai di rumah, mak dan abah tak da.

Ditinggalkan pesan, “mak dan abah diajak balik kakak kau, mak dah masak, kalau kau nak makan panaskan aja lauk. Nanti dah sampai rumah, call mak kat rumah kakak kau ok”. Kena tinggal lagi aku. Semenjak abah dah retire dan kak Diana menimang cahaya matanya yang pertama, mak dan abah excited dengan kehadiran Nasha Nabilah yang dah sekian lama dinanti nantikan. Maklumlah, cucu pertama. Kak Diana selalu pass comment yang perangai Nasha ada terkenan kat aku sikit. Nasha dengan senang dan sendirinya memangil aku Mami. Kat rumah ni pun, mak dan abah bosan, lagi lagi kalau aku sibuk dengan tugas, tak sempat langsung nak bersembang sembang dengan mereka. Kadang kala bukan aku tak nak berbual bual dengan mereka, tapi setiap kali kami berbual, topik yang sama akan diutarakan.

“Kau nak tunggu apa lagi, kau nak cari budak yang macam mana lagi. Budak khairul tu dah baik dah. Mak dah lama kenal dia. Mak bapak dia pun dah kenal denagn mak dan abah. Kau bukan muda lagi tau, dah 28 tahun dah. Tak baik membujang lama lama, kau nak jadi kawan syaitan? Kita orang pompan ni, tak bolehlah memilih sangat, asal budak tu baik tingkah laku, taat pada ugama dan bertanggungjawab, mak suka benar dengan budak khairul tu. Nanti mak dan abah dah mati, siapa nak urus dan jaga kau”.

Mak selalu membebel.

“Apa lah mak ni, Khairul tu kan kawan dari sekolah dulu. Kita dah macam best friend. Orang tak ada perasaan istimewa kat dia. Dia pun tahu orang sukakan dia hanya sebagai kawan aja”.

Itulah saja modal aku setiap kali diudarakan soalan tentang hubungan aku dengan khairul. Memang selepas pengajian di universtiy dulu, khairul pernah menyuarakan hasrat hati nya. Aku terkejut. Aku tak pernah ingat yang kebaikan aku dengan dia disalah anggapkan. Tapi Khairul understanding orangnya.

“Well, good couple doesn’t have to end up in marriage”.

Pada satu ketika dia mencelah.

“Ahhh, tahu pun you. Kalau I kahwin dengan you, tapi kita tak sefahaman dan perkahwinan kita tak kekal, mana yang you suka, kita terus berkawan atau kita tak geng terus”. Aku menyangkal.

“You kalau cakap memang pandai, takda orang boleh menang. I pun tak nak kahwin dengan you, nanti I kena queen control. Dengan perangai you yang kepala batu dan perfectionist ni, akibat hari hari I makan kat rumah mak i. Baik I jangan kahwin”. Tapi setelah 6 bulan lepas khairul bernikah dengan gadis pilihannya, barulah mak aku senyap sikit.

***************************************************************************

[ Last edited by diDiEaNA on 8-10-2004 at 03:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 8-10-2004 10:00 AM | Show all posts
Mata pun dah mengantuk, rumah pun sunyi sepi, baik aku masuk tidur. Baru rasa nak terlayang, telefon bimbit ku berdering.

“Yes, lia speaking”. Berderau sekejap jantung aku dan terus terduduk.

“Oh, hi, well, no, I am still awake, and in fact am watching tv”.

Aku cuba sembunyikan suara selamba ku. Ku lirik mata ke jam dinding, dah pukul 12. Terdengar suara di hujung talian.

“Sorry lia, I cant call you earlier as I am stuck in a whole day meeting. I am still out entertaining those guys. How I envy you. Tell you what, meet me for lunch tomorrow at Steakhouse and we can discuss the necessary. Good nite and see you tomorrow”.

Belum sempat aku berkata apa apa, talian telah pun diputuskan. Macam dia tahu aja apa aku nak bincangkan. Aku merengus dan tanpa kusedar, jam pun dah berbunyi. Seperti biasa, selepas solat, aku tak terus siap, aku lagi baring baring di katil sambil baca suratkhabar. Pagi ni aku sarapan kat office aja. Sampai di office, maria yang semalam beriya riya benar nak ke gym sugul aja. Aku tak berani nak menyapanya. Mesti ada problem dengan syed. Hai nasib baik aku ni masih single, kalau tak, mana nak settle kerja, mana nak settle keluarga, mana nak settle boyfriend. Aku terus ke tempat duduk ku.

“Lia telefon untuk kau”. Maria tak cakap apa apa lantas terus sambungkan talian.

“Ms Camelia, Hi, I’m calling from Mr Isacs office, your appointment with Mr Isac this afternoon at 12.30 at the steakhouse is confirmed”. Aku dengan segera membelek diary.

“Fine, Its fixed then.”

bersambung..................
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 01:04 PM | Show all posts
samb la lagiii...not bad at all
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 8-10-2004 03:35 PM | Show all posts
sat
sabar sabar....
kalau cecepat nnt cepat plak abih
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 8-10-2004 03:56 PM | Show all posts

(part 2)

Panasnya cuaca hari ini. Budak office takda pulak yang nak keluar kalau tak boleh aku tumpang. Di perhentian teksi ramai orang yang menunggu teksi, aku pun join sekaki. Ingat sedap sikit naik teksi. Teksi nya takda, yang tunggu semakin ramai. Aku pun belah. Masih ada time, aku window shoppinglah sekejap di perkarangan Raffles place. Sedar tak sedar, dah 12.15. kelam bakut aku dibuatnya. Aku tak nak buang masa tunggu teksi, aku naik mrt. Aku sampai genap pukul 12.55. Alamak matilah aku, mesti kena hamput punya. Penyambut tamu menyambutku dengan senyuman.

“Can I help you maam”?

“Actually I have a reservation made under Mr Isac”.

“Sorry maam, Mr Isac had left and heres for you”.

Dihulurkan satu nota yang tertera tulisan

"To be a good coordinator, one point you should observe is never to make others wait. Time is precious to others if not for you”. Signed, Hans Isac.

Geramnya aku. Dia sindir aku begitu sekali. Memang lah salah aku tapi takkan sampai serious sangat macam ni. Tak boleh lebih kurang langsung. Kalau ya pun dia boleh call aku kat hp, sekurang kurangnya dia tahu aku dalam perjalanan dan tak payah aku buang masa datang kalau dia tak boleh tunggu. Dia punya masa dia cakap, orang punya masa ada dia ingat. Aku naik geram sendiri. Baru aku perasan yang si penyambut tamu tu sedang merenung ku.

“Heres maam, cold water to cool down the heat”.

Punyalah malu aku.

“Thanks so much, you shouldn’t bother”.

Nanti, aku akan ajar dia. Dia belum kenal lagi siapa aku.

***********************************************************************************************

“Lia, ada orang nak jumpa”.

Terdengar suara maria meneriak pada ku bila saja aku jejakkan kaki ke pejabat. Aku terus meluru masuk. Telefon berdering. Suara maria lagi.

“Bilang orang tu tak tahu sabar ke, kan aku baru balik ni. Kalau tak boleh sabar, boleh pergi blah lah bilang dia.”

Telefon ku hempaskan. Bila saja aku angkat muka, tercegat didepan ku, lembaga yang pernah aku jumpa.

“Oooooh, someones hot. Are you blushing with anger or is it the heat outside”.

“ I would be glad sir if you wait outside and wait till my collegue call upon you to see whoever you intend to see”.

“I am here to see you. Hans Isac, HIC company?”.

Dihulurkan tangannya. Tapi aku tak sambut. Semakin aku pandang dia, semakin naik darah aku.

“Ahh, I am surprise to see you here. I suppose you are wasting time traveling here just to see me, I do not mind wasting my time waiting for you though”.

Dia tersenyum lebar seperti berpuas hati apabila melihat keadaan ku.

“I dun mind to see a sweet lady infront of me blushing off”.

Aku cepat cepat potong perbualannya sebelum dia meleret.

“So how can I help you sir?”

“Call me hans, kan lebih mesra”.

“But I still prefer to be polite when dealing in business. Heres my card”.

Aku hulurkan name card aku.

“Camelia Eliza, what a nice name, just like the person. But I think if you try to cool off, you look more radiant. Tak rugi I datang untuk lihat perempuan cantik macam you ni”.

Ishhhh, nak buat lawak pulak dekni.

“You wanted to see me and here I am or shall I remind you that I’ve told you, you are going to need me someday. Shall we start?”

Dia tersenyum meleret

“Ahh, certainly”,

aku baru teringat yang antara aku dan dia ada persoalan kerja yang perlu dibereskan.

“Before you end up wasting more time unnecessarily. Time is precious isnt it?”

aku menyampuk. Dia mengenyit mata. Aku pun membawanya ke bilik mesyuarat.

“Shall I get you a drink sir?”

“Hans!”

“Whatever”.

“Not at the moment. Tengok muka you saja hilang rasa haus I”.

“Then we shall start”.

Aku bentangkan hujah hujah ku dan sedari tadi aku perasan yang aku saja yang berbual, dia duduk tersandar, kaki atas kaki, dan berpeluk tubuh. Sesekali, dia tersenyum tapi matanya tak lepas dari memandangku.

“Hello, Are you there?”

“Ooppsss, I’m sorry, I was not paying attention at all. Can you repeat the important prospects”.

“I’m sorry Mr Isac, time may not be precious to you but it is to others”. Tersentak dia.

“Janganlah marah marah, even though you nampak cantik bila you marah. Seumur hidup kalau tengok muka you, biar masa I terbuang pun takpa”.

“I think we should get back at where we are and may I remind you of our office etiqutte. If theres nothing, to discuss, plese excuse me because a lot of my time had gone with you around.”

Aku mula kemaskan kertas kertas di atas meja.

“Let me help”.

“I can manage, thank you. Nice meeting you”

aku buka pintu dan dengan sopan menunjukkan arah keluar.

“Its my pleasure meeting you”

sambil dihulurkan tangannya. Aku buat tak nampak.

“Lain kali pakai sarung tanganlah kalau takut nak salam dengan I”.

Dia melemparkan ketawa sinisnya.

Maria cepat cepat mendapatkan ku sejurus tetamu keluar tinggalkan office.

“Lia, siapa tu, handsome seh. Dia nak apa dengan kau?”

Aku membentak.

“Kalau kau suka dia kau pergilah handle dengan dia. Harap rupa aja handsome, tapi perangai tak serupa muka”.

Aku tinggalkan maria yang terpinga pinga tercegat kat situ.

************************************************************************************************
Aku rasa kurang sihat hari ini, so aku ambil keputusan relaks kat rumah. Selepas tel mak yang mendesak suruh aku pergi jumpa doktor, aku pun tel boss kasi tahu aku tak datang office hari ni.

“Hows your meeting and all thats going on”.

“Boss, i do not want to discuss anything about work when I am at home. All my appointments had either been postpone to another day or Mikha will replace me. Talk to you again, bye”.

Malas aku nak layan si botak ni. Tak tahu orang sakit. Tel bimbit aku matikan supaya aku dapat berehat dengan tenang.

*******************************************************************************************
Sesampai aku di office, Maria tersenyum simpul. Macam ada yang tak kena.

“Lia, ada orang hantar kau bunga lah”.

“So? orang yang hantar pada aku, yang kau tersengih sengih apasal? Kalau kau nak kau boleh amik”.

Aku terus berlalu. Maria datang terkedik kedik ke tempat duduk ku.

“So romantik. Ada card lagi, tengoklah siapa yang bagi tu”.

“Aku sibuk sekarang ni, boleh tak aku kasi tahu nanti”.

“Alah kau ni, aku cuma nak tahu dari siapa saja, bukan nak apa”.

Aku rampas kad di celah bunga mawar merah yang tersusun rapi. Aku buka dari envelopnya.

“Nah, dah puas hati kau. Sekarang kau boleh pergi buat kerja nanti si botak tu nampak, yang susah aku bukan kau”.

“Ni yang semalam datang office kita tu kan. Yang handsome tu”.

“Dah, aku nak buat kerja, excuse me”.

Aku pun meninggalkan maria membelek belek jambangan bunga tu.

Aku baca card yang tersadai di meja ku. To : Camelia. Why din you meet me today? I’m sorry if you are upset about yesterday. Yours truly, Hans.

Telefon pun berdering.

“Lia speaking”.

“Hi lia, ini hans sini, how are you? Kenapa you tak datang jumpa i semalam. I miss you, you know”.

“I am not quite well, so how, mikha had done up all the necessary? I havent got the time yet to ask her”.

“You sakit ke, you sound very hoarse. Dah jumpa doktor?”

Yang dekni sibuk sangat ni kenapa, aku punya pasal lah aku nak sakit ke apa ke. Hatiku berkata kata.

“I am fine now else I wont be back to office”.

“I come and see you later”.

“For?”

“Tengok orang sakit”.

“Its ok, I am fine, thank you for your thoughtfulness”.

“Sure you ok”.

Eh dekni tak faham bahasa ke apa. Orang dah kata takda apa apa tu takda apa apa lah, menyibuklah. Naik menyampah pulak. Aku memang tak berkenan kalau orang mendesak. Aku tahulah apa nak buat.

“Take care lia, I wish you cepat sembuh so I dapat jumpa you”. Sempat dia berseloroh.

“Ya, bye”.

Petang tu, sebelum balik, maria datang ke meja ku dengan sejambak bunga di tangannya.

“Heres another one for you, untung betul kau ni tak macam Syed, aku merajuk pun jangan kata nak kasi bunga, pujuk pun tak sudi”.

“Syed tu bodoh kalau dia pujuk kau”.

Aku bergurau.

“Apa punya kawan kau ni, bukan nak backing kawan. Dektu lagi ke yang kasi. Semenjak dua menjak ni aku tengok kau bukan main banyak lagi admirer. Ok aku nak balik. Syed dah tunggu kat bawah. Kau nak turun sekali tak?”

“Tak, kau turun dulu lah, aku nak kemaskan ni sikit”

“Nak kemas ke, nak tunggu telefon”.

Maria mencelah dan terus melarikan diri. Aku sempat melemparkan pen ke arahnya. Dia tersengih sengih.

“This is for the sick girl. Get well soon. Take care” Hans.

Dekni dah banyak duit sangat ke, kalau tak tahu belanja kasi aku kan lagi bagus. Aku biarkan bunga bunga itu layu di meja.

**************************************************************************************************
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 8-10-2004 03:56 PM | Show all posts
“Maria, today aku tak join kau lunch. Aku ada appointment kat daerah geylang, so aku solat jumaat di Darul Aman aja. Kalau si botak tu tanya, kau pandai pandailah cover. Aku mungkin lambat sikit”.

“Yes maam, habis kalau si mat handsome tu yang tanya, aku nak cakap apa”

“kau cakap aku dah mati”.

“Tak baik kau lia, orang tu ikhlas”.

“Ok dah lah tu, kau boleh pergi jiwang dengan dia”.

Sedang aku mencari kasut aku, aku disapa orang.

"Assalamualaikum!"

Aku jawab dalam hati seruan salam tu.

"Tak jawab berdosa."

Aku mendongak dan tercegat satu makhluk yang tak asing lagi. Dia lagi, cetus hatiku.

"Mualaikum salam warahmatullah."

“You dah makan?”

“Sudah”. Aku jawab ringkas.

“You nak ke mana ni?, mari I hantarkan”

“tak pa terima kasih, I lagi selesa naik pengangkutan awam”.

“You masih marahkan I ke?” Dia bertanya sambil kami berjalan keluar dari kawasan masjid.

“Tak, seronok sekali”.

“Bagus, kalau gitu, kita pergi makan ok?”.

Tak faham faham ke, orang cakap dah makan, nak suruh orang senak senak perut ke apa.

“Sungguh I dah kenyang, lain kali saja lah”.

“You ni weird lah tapi ini yang buat you menarik tau”

aku weird, dia yang lagi tak betul, keluh hati ku.

“You nak balik office ke, I hantar you balik boleh?”

“Encik Isac, saya boleh balik sendiri, tolong jangan buat saya marah ok”

“Kenapa you tak boleh panggil I hans”.

Aku punya suka lah, kata hati ku.

“I really got to go, see you”

aku terus pergi menghilangkan diri

bersambung.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2004 09:41 AM | Show all posts
yeay..didieana dah kembali mengorak langkah bekarya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2004 11:43 AM | Show all posts
cepatlah sambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2004 09:52 PM | Show all posts
:clap::clap:

a story berlatar belakangkan spura...mana sambungannya Di?
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2004 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by sweetgal at 9-10-2004 09:41:
yeay..didieana dah kembali mengorak langkah bekarya....



ahakz.... ....:malu:
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2004 08:27 AM | Show all posts

(part 3)

Ti tit ti tit. Telefon ku memberi isyarat ada sms yang diterima.

“Hai sweet lady, busy? You free tak malam besok, can we meet?”

Aku balas…..”sorry I’m busy”.

“ I’ll pick you up tomorrow. You nak I tunggu kat mana?” Balasannya.

Eh dekni betul tak reti bahasa langsung. Agaknya kalau aku cakap india baru dia faham. Aku biarkan sms nya tanpa membalas.

“Kau tak ke mana mana hari ni lia”.

Mak buka pertanyaan.

“Tak lah mak, malas lah”.


Mak dan abah ada jemputan kahwin, kami nak pergi lepas maghrib nanti. Besok kakak kau ajak pergi Johor, nak belanja bulan katanya”.

“Mak ni asyik berjalan aja”

“habis kau nak mak buat apa, kat rumah ni bukannya ada budak kecik. Kakak kau tu, aku nak jaga anak dia pun, dia tak kasi, tahan amik maid”.

“Dia bukan apa mak, tak nak menyusahkan mak. Lagipun abg Hairie mampu, biarlah, mereka berdikari”

“kau cepat cepatlah kahwin, biar mak tak payah pergi mana mana, boleh jaga kau dan suami kau, kalau ada anak, mak jaga anak kau sekali”

“apa yang mak merepek ni, orang boyfriend pun tak da nak suruh kahwin aja”

“kau yang memilih sangat”

“dahlah mak, lia nak buat kerja sikit kat bilik, mak dah masak?”

“dah, abah kau tu nak makan asam pedas sayur asin. Mak masak soup ikan untuk kau”.

Sayang mak, aku memeluk erat ibuku.

“Lia speaking”

“Hi, kenal tak?”

Takda ke orang lain yang nak tel aku ni. Kalau nombor tel dia keluar kat display, memang aku tak angkat.

“Siapa tak kenal, yes, can I help. Ini bukan waktu kerja so kalau nak berbual pasal kerja, call back on Monday”.

“You lupa janji kita. Tak baik tau mungkiri janji, nanti jadi orang munafik” dia mula bersyarah.

Bila pulak aku janji dengan dia.

“So pukul berapa I fetch you. Tell you what, pukul 6 I amik you kat mrt tampines ok?”

Aku ternganga seketika.

Aku sampai di stesen mrt tampines awal, takut nanti dikutuk lagi. Dari jauh aku dah nampak lembaga yang menuju ke arah ku.

“Assalamualaikum”.

“Walaikum salam”

“shall we go”.

“Nanti dulu, before that I nak make things very clear. Bila masa I buat janji dengan you dan you tak berhak nak label I munafik ok.”

“Cool down, we talk seomewhere ok”.

Aku terperasan yang aku telah meninggikan suara dan banyak mata melihat ke arah ku. Sambil jalan aku seakan berbisik,

“tak bermakna I ikut kehendak you, you boleh buat apa you suka”.

“Sorry lah, let me explain everything ok”.

Aku menjeling tajam.

“jangan jeling jeling, kalau mata you juling tak pa tapi I takut nanti malam I tak boleh tidur, kan nanti you yang susah”.

Aku menoleh kearahnya sambil dia menjulingkan matanya. Aku tergelak.

“Baru I nampak you ketawa, susah betul nak nampak you ceria macam ni”.

Sambil dibuka pintu kereta toyota corolla nya yang berwarna keemasan dan menjemput ku masuk. Baru dia nak buka mulut untuk memulakan perbualan, aku mencelah,

“jangan cakap apa apa, I tak nak dengar” sambil menutup telinga ku.

“ok, then kita dengar lagu nak”.

Aku gelengkan kepala. Dia mengangkat bahu tanda tak faham kerenah aku. Aku lemparkan pandangan ke luar. Sesekali, aku sempat melirik ke arahnya. Boleh tahan jugak, ada rupa, ada gaya, cetus hati ini. Bila dia menoleh ke arah ku, dengan pantas aku mengalihkan pandangan ku.

“kalau you nak tengok I why dun you just say so, I taruk muka I ni depan you so you tak payah curi curi pandang”

sambil dia tergelak kecil.

“Ooops sorry”. Aku diamkan saja.

“Ok, we are here”.

Kenapa dia bawak aku ke masjid pulak ni, hatiku berkata.

“Kita solat maghrib dulu ok, jadi tak kelam kabut nanti”.

Aku keluar dan terus menuju ke arah dewan solat wanita. Tercetus dalam hati…..tak sangka ingat kan orang handsome tak payah sembahyang. Tegelak sikit rasa hati. Bila aku keluar dari dewan, dia sudah pun berada di pinggir keretanya.

“Shall we go now”.

Aku cuma menganggukkan kepala saja.

“You nak makan apa?, jangan cakap apa apa saja nanti I kasi you makan pasir dan minum air laut”. oops, pardon my upfrontness”.

“Its ok, its within you I guess. You cukup duit tak, jangan I dah order macam macam you tak da duit nak bayar?”

Dia tersenyum manis. Entah kenapa hari ini restoran Gurame tak ramai pengunjung. Agaknya tengah bulan. Dia mulakan perbualan.

“you dah lama kerja di Simmon?”

“5 years”.

“Tell me more about yourself?”

“What is it you want to know. Whatever impression you may have on me, itu hak you. Orang yang betul betul mengenali I akan tahu who I am”.

“Itulah sebab nya I nak tahu jadi I dapat menyelami hati you”.

Pergi belah lah, nak selam pergi kat laut sana. Belum pun sempat kami habiskan makanan kami, tiba tiba aku terdengar namaku dipanggil. Aku menoleh. Khairul dan isterinya yang sudah nampak sarat.

“Hi, buat apa kat sini”

“you buat apa, makan kan, takkan I tak boleh makan apa yang you makan” Khairul mencelah

Aku bersalaman degnan Aisyah, isteri khairul sambil mengusik.

“semenjak menjak dah dapat isteri cantik, suami you dah tak campur orang lagi dah”

Aisyah cuma tersenyum. Khairul mencuit aku.

“oh sorry, kenalkan rakan kerja I”.

Hans menghulur tangannya untuk bersalam dengan khairul.

“My best friend” aku berbisik.

“You ke I, maklum semenjak ada ehem, I pun you dah tak ingat lagi eh”

“You dun mind if they join us?”.

“Sure, not a problem. Waiter” Dia memanggil pelayan.

Aku sengaja ajak kahirul duduk bersama sebab nak elakkan dari melayani orang yang tak aku kenal ni. Tapi aku tersalah anggap. Khairul yang begitu ghairah bercerita tentang kami waktu zaman persekolahan dan apa apa lagi lah. Aisyah lebih banyak tersenyum.

“Khairul, stop it. You jangan nak kasi malu I, nanti I bantai you”. He should know and I believe dia belum bilang you apa apa kan tentang diri dia”.

Sambil tersenyum meleret. Mereka berdua berbual seperti kawan yang dah lama tak jumpa.

“See you around. Take care aisyah. Jangan lupa kasi tahu bila wife you dah give birth, mana tahu I boleh jadi godmother”

Aku mengusik.

“You baik jaga aisyah baik baik kalau tak nanti dia mengadu kat I, aniaya you I kerjakan”.

“Look, whos talking”,

jawab khairul sambil matanya melirik ke arah hans.

“You take care of her kalau tak nanti patah tengkuk, tangan dan kaki you”

Kereta pun berderum keluar dari kawasan carpark.

“I see, you betul rapat degan best friend you”.

“Memang rapat sampai mak I nak suruh I kawin dengan dia”.

“Then why dun you, hes a nice guy”

“of course he is, but hes not my type lagipun I takda feeling dengan dia, cuma kawan saja”.

“Then you nak calon yang macam mana?”

Alamak, aku dah tersalah langkah.

“Kita balik ya, dah malam ni”. Aku pendekkan cerita.

*********************************************************************************************************
Sejak pertemuan malam tu, kami putus hubungan. Dah sebulan dah. Segala kerja yang melibatkan bersama dia, aku telah serahkan pada Mikha. Kenapa agaknya? Ah, orang macamdia, petik satu seribu yang datang, apa yang nak dirisaukan? Dah ada pompan lain yang dia dah dapat mengurat lah tu. Dalam lamunan, telefon ku berdering. Suara yang kudengar memang aku kenali.

“ingatkan dah tak ingat nombor tel I lagi”, aku megusik.

“I have something to discuss with you, I am in london visiting my parents, as soon as I got a confirm flight back, I nak jumpa you. I mesti jumpa you”.

“kenapa ni”,

aku tanya sebab suaranya seakan panik.

“We talk when we meet ok”. Please believe me, whatever that I do, its for the best of us”.

Apa yang dia merepek ni. Apa kena mengenanya aku dengan dia. Selepas perbualan kami yang singkat itu, aku tak dengar lagi dari hans. Terasa macam nak telefon tapi takut aku menggangu dia. Entah dia dah balik ke belum ke. Ah, janga ikutkan perasaan. Kan dia dah cakap nanti dia balik dia akan call. Tunggu sajalah.
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2004 08:28 AM | Show all posts
“lia, kakak ni, kau free tak next Wednesday, ikut kakak pergi check up” Abg hairie kat overseas.”

“Pukul berapa? Kat mana, oklah tunggu kat teksi stand ok”.

Setiba aku di teksi stand di kk hospital, kakak pun sudah berada di sana. Dia nampak pucat dan semakin kurus.

“You look sick, are you ok?”

“ok, cuma penat aja, dengan kerenah Nabilah dan urusan kerja. Shall we go. I want you to promise me one thing. Jangan bilang sapa sapa you follow me here and whatever that you may hear, ini antara kita berdua ok. Janji”

aku terkebil kebil. Aku dan kakak ku Diana Estella memang rapat dari kecil. Kita tak pernah bergaduh apalagi mak dan abah tak pernah berbelah bagi dan selalu berlaku adil terhadap kami berdua. Tapi kakak lebih lembut perwatakannya dari aku.

“Kak, kenapa kakak tak bilang lia kakak sakit”.

Aku bertanya dengan nada sedih.

“Mak dan abah tahu tak, macamana boleh jadi macam ni?” Aku menyampuk lagi.

“Kakak tak nak risaukan hati mereka. Kakak pun tak expect boleh jadi serius macam ni. Tanda tandanya memang dah ada, tapi kakak take for granted aja”

mata kakak sudah mula bergenang dengan airmata.

“Kakak pasrah. Kakak serahkan segalanya pada Allah kerana dia yang maha mengetahui”.

Dalam perjalanan dalam teksi pulang ke rumah kakak, kami lebih banyak berdiam saja dan aku biarkan kakak melayani perasaannya. Lagipun aku tak tahu apa nak cakap, takut tersalah cakap pulak. Aku cuma menggengam erat tangan kakak dan sesekali bila aku melirik padanya, dia sekadar melemparkan senyuman tawar.

“Mama, you are back so early today.”

Nasha lari mendakap kakak di pintu.

“Hello darling, my sweet little girl”.

Aku memeluk dan mencuim kedua belah pipi anak saudaraku yang comel itu

“mami is here too”

sambil dia menarik aku ke meja makan untuk menunjukkan gambar yang telah diwarnakan.

“Isnt it nice”, dia mencelah. “Beautiful, my little girl is so bright”.

Begitulah Nabilah. Memang sedari kecil lagi kakak dan abang Hairie berbual dalam bahasa ingeris saja dengan Nabilah. Kesian anak saudaraku yang satu ni. Dia tak tahu apa apa. Bagaimana kalau kakak pergi meninggalkan dia…..

"Lia, lusa abang hairie balik. You join us for dinner will you. Ada sesuatu yang kakak nak bincangkan dengan lia.”

Aku mengangguk tanda setuju. Sebelum berpisah, aku berpelukan dengan kakak.

“Ingat lia, jangan kasi tahu siapa siapa”

malam itu, aku tak dapat tidur. Walaupun satu demi satu ayat suci al quran yang aku baca, namun mataku tak dapat lelap langsung. Ku pandang jam, dah pukul 3 pagi. Aku lantas bangun, mengambil wudhu dan terus bertahajjud.

bersambung.................
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2004 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 9-10-2004 21:52:
:clap::clap:

a story berlatar belakangkan spura...mana sambungannya Di?





spura??:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2004 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by diDiEaNA at 11-10-2004 02:17 PM:





spura??:stp:


singapura laaa...
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2004 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by juya79 at 11-10-2004 14:44:


singapura laaa...



laaaaaaaaaaaa.... ingat ape la
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2004 04:14 PM | Show all posts
so.. so far camne?
perlu diteruskan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2004 04:18 PM | Show all posts

( part 4)

Bila aku sampai ke pejabat, ku lihat ada nota di atas mejaku.

“Please retun call to Mr Hans”.

Aku biarkan. Yang nyata, aku tak dapat concentrate pada apa yang aku buat. Mungkin kurang tidur. Tapi sebenarnya, aku fikirkan nasib kakak ku. Masih terngiang suara doctor tempohari sewaktu aku hantar kakak ke hospital untuk mendapatkan pengesahan tentang penyakit yang dihidapinya yang aku sendiri pun tak tahu, atau aku tak beri lebih perhatian.



“And you are?” doctor bertanya apa hubungan aku dengan kakak.

“Shes my sister, never mind, you can tell her. My husbands outstation and cant accompany me today”.

“Right, Mdm Diana. The cancer had spread and its very critical now. An operation had to be done as soon as possible to avoid further spread or it may cause you your life. I am afraid we have to remove the whole of, I should say your “womens thing”. And with this I am sorry to inform you that you may not be able to conceive anymore”.

Aku terpaku dengan penjelasan doktor itu. Kakak ku lihat seperti sudah tidak bermaya lagi.

Aku tersentak dengan bunyi tel di meja ku.

“lia speaking”.

Hi lia, Hans sini. How are you? I miss you. I’m sorry, I cant call you much earlier, ada banyak hal yang I nak kena settlekan. Hello, are you there?”

Dengan longlai, aku menjawab

“hmmm, I’m here, bila you balik?”

“Last week, tapi maafkan I tak terus telefon you. You sakit ke, suara macam tak bermaya aja” dia memujuk.

“Its ok, I kan tak important. Taklah I sihat. Takkan I nak duduk rindukan you pulak. Anyway, apa hal ni you call?” aku bertanya.

“Boleh kita jumpa petang ni, ada sesuatu hal penting yang I nak bincangkan dengan you.”

Dia bersuara dengan serius.

“Ok, pukul berapa, kat mana?”

“Sorry I tak dapat fetch you, I jumpa you di Sookthai restaurant lepas maghrib ok.”

“Fine, see you then”.

Ku letak gagang telefon. Dalam benak fikiran ku berkata kata. Apa hal yang dia nak bincangkan dengan aku. Alah, nanti bila aku jumpa dia barulah aku tahu. Buat apa nak membebankan fikiran.

“Assalamualaikum”,

aku memberi salam bila saja aku lihat dia keluar dari kereta.

“Mualaikum salam, dah lama you sampai?”

“taklah, baru jugak, nampak you so I terus sapa.”

Dia nampak lain sekali dari pertemuan kami yang lalu. Rambut yang tak terurus. Kumis dan jambang yang tak dicukur. Nampak kurus sikit. Ahh, mungkin perasaan aku saja.

“You tetap nampak cantik walau dalam pakaian apa yang you kenakan” usiknya. Aku cuma tersenyum.

Sambil berjalan aku bertanya, “ada apa you nak jumpa I ni” riak mukanya terus berubah.

“kita duduk dulu ya”

“So hows your trip back home, your parents apa khabar?” aku cuba menenangkan keadaan.

“they are fine, thank you for asking”. Dia merenung tajam ke mataku. Aku jadi tak tentu arah.

“kenapa you tengok I begitu sekali, I tak selesa”

“lia, look into my eyes and tell me you tak pernah sukakan I”. Huh, soalan apa ni.

“Apa maksud you, I tak faham”.

“Dari mula I terpandang you I dah jatuh hati kat you. Tapi I takut nak menghampiri you. Takut kalau kalau you dah berpunya. Dan I takda peluang nak menghampiri you. I selalu perhatikan you, you aja yang tak perasan sebab setiap kali you naik saja keretapi, you begitu asyik dengan buku hadis you atau pun dengan walkman you serta kitab alquran kecil sentiasa ditangan you. Semakin I perhatikan you, semakin I ingin mengenali you. Tapi I tak tahu macamana. Entah macamana hari itu you boleh terperasan kat i. Bila beg gincu you jatuh, itulah peluang i. I minta maaf kalau perhatikan you tanpa izin setiap kali I nampak you. Tapi I tak dapat hindar mata I ni dari menatap wajah you yang ayu, very refreshing. I find it soothing to look at you. Bila menatap wajah you terasa seperti boleh hilang semua masalah yang sedang I hadapi. Ada I buat risik risik and that’s where I tahu you kerja dimana”. Aku menyampuk.

“you……kereta……”

belum sempat aku habiskan ayat ku, dia mencelah “I sengaja tinggalkan kereta dan naik keretapi sebab I selalu mengharapkan pertemuan dengan you. One time bila kereta I kat workshop, I naik train and that’s where I first saw you. Bila I tak nampak you, I mula resah. Kepala I berfikir yang macam macam, you sakit ke, dah pindah ke, worst dah kahwin ke. Semakin hari I semakin merindui you dan suara you yang ingin sekali I dengar. I takut ini panahan syaitan. I minta petunjuk dari yang maha berkuasa. Lantas itu, I berani mendekati you ni sekarang. I memang banyak kawan perempuan, tapi mereka bukan perempuan yang I nak buat sebagai isteri. You punyai ciri ciri wanita muslimah yang I inginkan sebagai ibu kepada anak anak i. I sukakan you, perwatakan you, senyuman you dan I harap you beri I peluang untuk mendampingi you. I want to marry you Camelia.” Tersedak aku dibuatnya.

Apa yang dia merepek ni. Aku jadi serba salah. Perasaan suka tu memang dah timbul tapi kalau pasal kahwin ni, rasanya aku belum ready lagi. Lagipun aku baru saja mengenalinya. Latar belakangnya pun belum aku kenali.

“Apa you merepek ni”.

“Camelia, satu saja I minta. Walau apa sekalipun jawapan you, I akan menghormatinya. But please, tell me that you never liked me? Kalau jawapan you tak seperti yang i harapkan, I will be happy just to know that you ever liked me”.

“Give me some time to think it over, this is too soon for me. I harap you faham.”

“take all the time that you need, I wont force you. Mak bapak I pun I dah inform, bila saja you kata yes, they will come over to ask for your hand in marriage”.

“Kita balik ya, rasa macam tak sedap badan”. Aku mendesak.

“you ok, nak pergi jumpa doctor tak, I hantarkan.”

“Nope, thanks, I am fine”.

Makanan yang telah dihidang sedari tadi tidak langsung kami jamah.

“bill please” dia memanggil waiter.

“Pack this up for us please” aku menyuruh pelayan itu.

Hans pandang aku dengan tanda tanya

“Yes maam.” Jawabnya.

“Tak baik buang rezeki, you bawak balik satu, I bawak balik satu ok”.

Dia tersenyum dan mengngguk dengan longlai. Sebelum kami berpisah, aku sempat memberitahu Hans.

“ You jangan cari I beberapa waktu ni, I need peaceful time on my own”. Dia mengeluh

“if that’s what you want, I cannot say no can I?”

Beberapa tapak aku berjalan, dia memanggil namaku. Bila ku menoleh, dia sedang keluar dari kereta

“Lia maafkan I, I bukan nak beri you pressure tapi I harap cinta I pada you bukan setakat cinta yang dihantui oleh nafsu semata mata. Cinta I pada you ikhlas, ia hadir dari anugerah ilahi, I harap tuhan merestui cinta murni kita.”

“Good nite Hans”. Aku terus berjalan meninggalkan dia.

bersambung...............
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2004 02:10 PM | Show all posts
what can i say....
nampak cam typical love story...

aku rasa aku dah agak jalan cerita ni
tapi... tengok dulu... mana tau lain pulak jadinya...

cuma nak komplen sikit...
awal2 citer.. cam tak logik sket.....
sesenang je boleh terus kawan cam tu

my ten cent opinion ler..
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
 Author| Post time 15-10-2004 07:31 AM | Show all posts
Originally posted by EXLESSIA at 14-10-2004 14:10:
what can i say....
nampak cam typical love story...

aku rasa aku dah agak jalan cerita ni
tapi... tengok dulu... mana tau lain pulak jadinya...

cuma nak komplen sikit...
awal2 citer.. cam  ...




its ok.. no harm..accepted..:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2004 10:33 AM | Show all posts
mane sambungan nyer lagi?mcm best....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067777 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list