View: 10515|Reply: 48
|
“Harap Sempat Padam Video Sebelum Ajal” Ustazah Asma' Pula Tegur "Founder&q
[Copy link]
|
|
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri yang tampil menegur usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli mengenai kaedah pemasarannya yang keterlaluan dan mempunyai aksi lucah.
Terpanggil untuk memberi teguran yang sama, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun turut meluahkan rasa kesal dengan sikap Kak KM seolah tidak menghiraukan teguran.
“Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak.
“Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya.
“Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan “founder” produk seumpamanya,” katanya.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Asma turut menegur secara umum tentang sikap peniaga yang lebih mementingkan keuntungan berbanding keredaan Allah.
“Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, bagitu juga dengan jualan, walaupun dengan jalan maksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan “marketing”…
“Kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maruah diri wanita muslim sanggup digadaikan begitu saja, jika iman tidak boleh menghalang, dimana perginya rasa malu dalam diri?,” tulisnya.
Asma turut mengingatkan bahawa tiada siapa mengetahui bila ajal mereka tiba dan bimbang tidak sempat memadam perkongsian foto atau video di media sosial.
“Pernahkah terfikir bagaimanakah jika suatu hari nanti dipanggil bertemu-Nya, dalam keadaan sudah masuk ke liang lahad, namun dosa masih berjalan kerana video-video dengan aksi sebegitu masih kekal berada di media sosial.
“Nauzubillahiminzalik. Moga sempat dipadam oleh diri sendiri bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mati,” katanya.
Tegas Ustazah Asma', bukan niatnya dan pendakwah lain termasuk PU Syed mahu tumpang populariti atau ambil alih tugas Tuhan untuk menegurnya namun didakwa teknik pemasaran yang digunakan agak keterlaluan dan lucah.
"Harus faham, kami ni bukan buat kerja Tuhan tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.
"Saya juga sayang dan hormat kamu tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.
"U Syed, para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanah satu kebanggaan atau anugerah, ia hanyalah alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemingkaran," jelasnya.
Terdahulu, PU Syed berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betul tu..risau tengok media sosial sekarang... macam dah hilang rasa malu semata2 nak buat marketing.. niat tak menghalal kan cara kena ingat tu. yang haram tetap haram
orang yang jenis tegur tak lut ni biasanya dah jatuh tergolek atau sakit kawan semua lari baru nak ingat tuhan.harap tobat lah selagi ada peluang..jangan bongkak dan rasa hebat sangat dengan kemewahan dunia yg sementara, duit tak berguna langsung bila dah jatuh sakit.. peringatan kat diri sendiri juga |
|
|
|
|
|
|
|
mohabbatein: betul tu..risau tengok media sosial sekarang... macam dah hilang rasa malu semata2 nak buat marketing.. niat tak menghalal kan cara kena ingat tu. yan ...
Tegur sekali la yg promot pink lady ke haper tu. Retis ramai buat. Sama juga yg produk besarkan tetek.
|
|
|
|
|
|
|
|
"PU Syed berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia."
Kat Msia ni born Moslem tiada pilihan ugama. They are forced by circumstances to be a Moslem. Pastu nak kena force pula pakai apa?
Talibanism is coming...... |
|
|
|
|
|
|
|
Patut ban jer mak dia yang kepot dari berlakon langsung sebab sama jer anak beranak mulut hangsuang. Kendian reramai tekan butang report kat ummah longkang cenggini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak KM bukan rentis
Thread akan dimove ke bod personaliti media |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya sape yang gigih follow dan beli produk sheols? Agen2 tu pun terlibat sama la sebab sokong produk founder. Kalau tengok agen2 produk macamni kemain status alhamdulilah rezeki berkah, alhamdulilah ada orang beli harini, alhamdulilah moga melimpah ruah rezeki, tak henti2 portray imej alim agama tapi jual produk founder separuh bogel dengan video2 yang menggelikan serta poster promosi yang juga ziziq dia tahu benda tu salah tapi apa nak heran asalkan tak kena kambus stok2 dia tu, janji masuk duit cukup2 belanja makan sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon bukan lah alim sangat, tapi mmg KM ni melampau. Habis satu keluarga buat dosa maksiat. Sedih tengok anak2 dia. Nak2 plak anak tengah membesar. Pastu anak dara dia aritu kemain lagi dia megah dapat masuk UM. Kau bayangkan mental health anak dia dekat sana lepas budak2 UM tengok family dia macam mana. Rempit & bohsia sungguh perangai.
Aku rasa kan, dah mak dia pon mcm pompuan kabaret je, anak2 sah la masa muda remaja dulu adalah minah bohsia! |
|
|
|
|
|
|
|
apabila dia kaya
dan dia rasa dunia dia yg punya |
|
|
|
|
|
|
|
makin ditegur makin dia buat besar kepala..konon makin org tegur makin aku buat |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya dah di tarik balik segala perasaan
malu dan takut pada dosa. Seram.
|
|
|
|
|
|
|
|
KM ni nampak busu berkerak |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia dah tegur dia masih nak bongkak biarkan je.
Tunggu je lah saat Allah swt yang menegur dia.
Moga di berikan hidayah yang sebaik2nya buat kilometer dan keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Meolss terpikir laki dia kene nasi kangkang ke sampai dayus sebegitu rupa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma nak cakap aku geli tengok video dia yang tertonggek tonggek.. dah la tak lawa body plak out.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia mana laki dia? Apsal senyap tak nasihat bini dia tue? Ke laki pon suka perangai bini cengitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut geli risau semua me olls rassa ..dgn anak diajar bukan2 perlakuan & pckapan |
|
|
|
|
|
|
|
ko muslim ke..soalan pelik2 je
|
|
|
|
|
|
|
|
sebijik mcm gorilla
alah org mcm ni takyah ditegur byk kali, lg ditegur, lg org bercakap, laggiiii dia suke, kira free publicity ke dia
bad publicity is still a publicity...
karat dia tu sama2 bodoh, org bodoh ni takde ubat.. semua ni demi sekampit beras, berkat ke tak, tu esok dia jawab sendiri kat akhirat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|