MUKAH: Sebuah lori Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Daerah Dalat mengalami kemalangan di Jalan Kilometer 4 Simpang Jalan Bakti , Mukah pada pagi Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias kemalangan melibatkan pertembungan lori polis dengan kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki oleh tiga wanita dari arah bertentangan.
“Kemalangan berlaku apabila lori polis yang dinaiki dua pegawai polis bergerak lurus dari arah Dalat menuju ke arah Balingian.
“Ketika tiba di Kilometer 4 Simpang Jalan Bakti lori tersebut telah bertembung dengan kereta Perodua Viva yang bergerak dari arah bertentangan dan secara tiba-tiba membelok memasuki simpang Jalan Bakti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi akibat pertembungan itu pemandu dan penumpang kereta tersebut mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan.
Ujarnya pegawai polis IPD Dalat yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaiamanapun kereta perodua Viva mengalami remuk di bahagian depan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KEMALANGAN … Lori Polis IPD Dalat dan kereta Perodua Viva mengalamai kemalangan di Jalan Kilometer 4 Simpang Jalan Bakti , Mukah pada pagi Rabu.
KEMALANGAN … Lori Polis IPD Dalat dan kereta Perodua Viva mengalamai kemalangan di Jalan Kilometer 4 Simpang Jalan Bakti , Mukah pada pagi Rabu.
suarasarawak.my/2021/10
|