KUCHING, 13 Oktober: Sebanyak 110 saman trafik atas pelbagai kesalahan dikeluarkan menerusi Op Khas Nombor Pendaftaran dan Ubah Suai Ekzos di Jalan Song hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu dalam kenyataan hari ini berkata ia merangkumi kesalahan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi, fancy, tiada perlindungan Insurans dan ubah suai ekzos.
Katanya, dalam operasi itu, sebanyak 132 buah kenderaan dan seramai 145 individu diperiksa.
Ujarnya, tiada tangkapan individu atau rampasan mahupun kenderaan yang disita sepanjang operasi tersebut.