CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3454|Reply: 4

Belasah, Halau Isteri Sebab Tak Dibenarkan Jumpa Anak

  [Copy link]
Post time 13-10-2021 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Berang tidak dibenarkan berjumpa dengan anak kerana menjalani kuarantin Covid-19, lelaki tergamak memukul isterinya sehingga cedera di rumah mereka di Taman Kosas, di sini, Jumaat lalu.


Dalam kejadian pada 4 petang, mangsa berusia 31 tahun itu cedera pada lengan kiri dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada wanita itu yang juga pekerja pusat jagaan.




Gambar hiasan




Menurutnya, berdasarkan laporan mangsa mendakwa dimarahi suaminya berusia 35 tahun dengan kata-kata kesat lalu dipukul dengan tangan dan kayu selain turut diacu garpu.


"Suspek juga menghalau pengadu keluar dari rumah dan pengadu yang mengalami kecederaan luka di lengan kiri mendapat rawatan di hospital.


"Kejadian dipercayai berlaku disebabkan suspek marah tidak dapat berjumpa empat anaknya berusia lapan bulan hingga tujuh tahun disebabkan mangsa bimbang dijangkiti Covid-19 kerana suspek menjalani kuarantin di rumah.


"Atas alasan itu, pengadu menghantar kesemua anaknya ke rumah keluarga di Cheras," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohamad Farouk berkata, bertindak atas laporan, polis menahan suspek di rumahnya dan direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.


Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja dan mereka sudah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu.


Katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
....saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Hmmmmmmm patut lerrr melampau2 macam kena kesurupan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 13-10-2021 07:25 PM

Adohai...

Dok hadap laki x keja sampai dapt ank 4 tu pehal.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan berlaki
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 03:16 PM | Show all posts
dlm  laki xbekerja pn beranak smpai 4..larat dia tnggung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.358596 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list