View: 13536|Reply: 151
|
Giorgio Armani, Louis Vuitton & Hermes Terselit Dalam Penyata Kad Kredit Zah
[Copy link]
|
|
Pasukan pendakwaan mempersoalkan penemuan dalam penyata kad kredit milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan bukti pembelian barang berjenama seperti Giorgio Armani, Louis Vuitton dan Hermes.
Pendedahan itu sebahagian bukti perbankan lebih RM1.3 juta dana milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membayar bil kad kredit Presiden UMNO itu dan isterinya.
Kredit foto: The Edge Market
Portal Agendadaily melaporkan, pasukan pendakwaan menyerahkan 43 cek atas nama Yayasan Akal Budi yang dikeluarkan untuk membuat pembayaran bil kad kredit antara Januari 2014 sehingga Januari 2016.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dalam hujahannya berkata terkejut apabila melihat bukti perbankan tersebut yang secara tidak langsung memperlihatkan tabiat Zahid dan isteri yang gemar membeli-belah.
“Apabila kami melihat sendiri penyata kad, Ya Allah, kita akan dapat lihat tabiat berbelanja tertuduh dan isteri.
“Walaupun tabiat perbelanjaan defendan dan isterinya mungkin bukan isu dalam kes ini, seseorang tidak akan dapat mengelak dari mempersoalkan sama ada mereka memikirkan golongan miskin di Malaysia ketika membeli-belah barangan mewah di butik Giorgio Armani, Louis Vuitton atau Hermes, sekadar menyebut beberapa nama,” katanya.
Raja Rozela berhujah demikian pada prosiding hujahan di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khairudin Kilau, 44, berkata hasil siasatannya mendapati Zahid membayar sembilan kad kredit beliau dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis atas penggunaan peribadi berjumlah RM1,362,037.81, manakala RM107,509.55 lagi untuk pembayaran insurans dan cukai jalan bagi 20 kenderaan milik mereka.
Bagi pembayaran kad kredit, Ahmad Zahid menggunakan wang yayasan itu untuk membayar kad kredit AmBank Islamic sebanyak RM1,296,715.98, Maybank (RM34,686.03) dan American Express (RM30,635.80).
Penggunaan kad kredit tersebut juga disahkan Naib Presiden Kanan Ambank, Yeoh Eng Leong sebagai saksi pendakwaan ke-10.
Yeoh mengesahkan penyata kad kredit dari Disember 2013 hingga Januari 2016 bagi dua kad kredit utama Zahid dan dua kad kredit tambahan bagi isterinya dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,479,085.44 atau hampir RM1.48 juta dalam tempoh tersebut.
Penyata kad kredit Ambank menunjukkan kad kredit tersebut digunakan di dalam dan luar negara, ia termasuk Indonesia, Vietnam, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Australia, AS, UK, Itali, Ukraine dan Dubai di UAE.
Kredit foto: Malay Mail
Penyata kad kredit Ambank juga merekodkan perbelanjaan barangan jenama fesyen mewah, seperti Brioni (berjumlah RM50,278.60 melalui dua transaksi di Kuala Lumpur dan New York), Hermes (berjumlah RM49,058.95 melalui tiga transaksi di Milan dan Rom di Itali), Burberry (berjumlah RM44,145.67 melalui dua transaksi di Hong Kong dan New York), Louis Vuitton (berjumlah RM43,127.43 dalam lima transaksi di Galeri Starhill KL, Australia dan Jakarta), Giorgio Armani (berjumlah RM19,866.72 melalui dua transaksi di Australia dan Rome), dan Tods (berjumlah RM11,521,95 di Kuala Lumpur dan Jakarta), Ermenegildo Zegna di London (RM55,402.40) dan Tory Burch (RM19,972.97).
Terdahulu, Naib Presiden Maybank, Anoop Singh Gulzara Singh sebagai saksi pendakwaan kesembilan juga mengesahkan penyata kad kredit bagi tempoh 2014 hingga 2015 melibatkan tiga kad kredit yang dikeluarkan kepadaZahid, termasuk RM5,900 di outlet KLCC Louis Vuitton pada Jun 2014, RM7, 604.90 di Ukraine pada Ogos 2014, serta RM30,635.80 dan RM1,810.66 di Seoul, Korea pada tahun 2015.
Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
meanwhile utk bagi nmpak duit yayasan tu diguna utk tujuan sedekah,org kg bagan datoh dapat lah kain pelikat cap ayam sehelai sorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada politician yg jujur berkhidmat kpd ra'ayat. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat zara dan uniqlo tak pandang kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon @rashiman masuk segera untuk back up Presiden UMNGOK terchenta... |
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen replied at 13-10-2021 04:02 PM
Mohon @rashiman masuk segera untuk back up Presiden UMNGOK terchenta...
Saudara @rashiman kata not guilty until proven .... |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 13-10-2021 03:38 PM
meanwhile utk bagi nmpak duit yayasan tu diguna utk tujuan sedekah,org kg bagan datoh dapat lah kai ...
Mungkin armani tu utk bagi hadiah kt ustazah sekolah agame wak jahit supaya nmpk lbh classy dr sekolah2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
Tell me, selain Tok Guru Nik Aziz, sape politician yang x salah guna kuasa dan duit?
Mmg susah nk cari.
Cume beza, byk atau sikit, kantoi atau x.
Ntah la, pi mai pi mai tang tu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
pandang la buat basahan je
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampoen..duit yayasan ditibai umpama duit sendiri..memualkan perangai pprt hamjad..drpd curi duit yayasan baik ko buat perangai rentis je..mintak sponsor |
|
|
|
|
|
|
|
heran iols org kaya2 ni... duit byak pi la buat PRP kt kulit muka, kat rambut sekali, ini rupa mcm alien jah ko pakai Hermes ka LV ka tetap nampak indon mari |
|
|
|
|
|
|
|
gigih perabis duit beli brand LV,armani bagai,tp ujung2 tetap nampak low class persis acik2 kepam jua..
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib lg ade class beli beg Bijan utk rosmah, ape class LV atau Hermes bandingkan dgn Bijan |
|
|
|
|
|
|
|
Armani mahal ke. Zaman 90an makcik aku pengumpul armani |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan RM1.48j tu utk sebulan .. rupanya utk 3 tahun .. so, ok la .. rm500k setahun .. sebulan dlm rm40k |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 13-10-2021 04:59 PM
Tunggu ajelah keputusan hakim...
Dengan itu, pasukan pembelaan mendakwa, pembayaran untuk kad kredit dan insurans yang dibuat melalui cek Yayasan Akalbudi itu, dibuat tanpa pengetahuan Ahmad Zahid oleh pembantunya ketika itu yang bernama Mejar Mazlina. Nama Mejar Mazlina boleh dikatakan nama yang paling banyak ditimbulkan oleh pasukan pembelaan, khususnya ketika pemeriksaan balas terhadap keterangan tentang transaksi melibatkan cek.
Menurut peguam bela, pihaknya telah menghantar sejumlah cek ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan, dan hasilnya, daripada semua cek itu, sebanyak 32 cekdidapati bukan dihasilkan menggunakan tulisan tangan, sebaliknya menggunakan cap tandatangan.
Ini termasuklah 25 cek kepada Ambank dan enam cek kepada Maybank untuk pembayaran kad kredit. Dakwa peguam bela, cek-cek tersebut dicap oleh Mejar Mazlina tanpa pengetahuan Ahmad Zahid. Penggunaan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat pembayaran kad kredit, kata mereka, juga disebabkan kesalahan Mejar Mazlina yang sepatutnya menggunakan wang dari akaun peribadi Ahmad Zahid. Malah, mereka turut mendakwa Mejar Mazlina sememangnya diketahui sering melakukan kesilapan seperti menghantar cek kosong (tanpa tandatangan) kepada bank sehingga menyebabkan cek tersebut dipulangkan semula.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 13-10-2021 04:31 PM
Najib lg ade class beli beg Bijan utk rosmah, ape class LV atau Hermes bandingkan dgn Bijan
Mahal betul bijan.
Tak nampak ke logo dia celaka sangat.
Pakai font apa je |
|
|
|
|
|
|
|
Tak rasa bersalah ke lenjan duit yayasan kononnyalah untuk kemewahan peribadi? Apa kata anaknya si hidayah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 13-10-2021 04:43 PM
Armani mahal ke. Zaman 90an makcik aku pengumpul armani
Tu la tu..giorgio armani n emporio armani tu marhaen pon mampu pakai..jeans pon bwh 3k je kot..pak menteri kaya raya bertahun2 dlm politik pon beli guna dana yayasan!mmg kedekuts nk guna duit sendiri eh derang ni,klu blh semua nk freee! |
|
|
|
|
|
|
| |
|