CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3649|Reply: 6

Bakar, Minum Darah Kawan, Kerat Badan Guna Gunting

[Copy link]
Post time 13-10-2021 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Brasilia: Seorang lelaki di Brazil ditahan polis kerana disyaki membunuh rakannya dan memotong anggota badan mangsa dengan gunting.


Suspek juga dikatakan membakar badan rakannya itu sebelum meminum darah mangsa dalam kejadian yang dipercayai ada kaitan dengan ritual ilmu hitam.


Daily Star melaporkan, mangsa, Binman Antonio Carlos Pires de Lima, 33, dibunuh dengan kejam oleh suspek di Samambaia, Brazil, pada 1 Oktober lalu.




Suspek ditahan, Kredit foto: Newsflash





Ketika kejadian, mangsa sedang tidur.


Menurut keluarga mangsa, suspek yang tidak didedahkan namanya adalah rakan Antonio, ditangkap seminggu kemudian dan ketika ini, masih ditahan di dalam penjara.


Suspek bekerja sebagai pemungut sampah dan dia tinggal bersama mangsa.


Dia didakwa atas kesalahan membunuh dan menyembunyikan mayat, namun tidak mengaku bersalah melakukan jenayah itu.


Suspek kini menunggu kes itu dibicarakan.


Media tempatan melaporkan, polis percaya suspek membunuh Antonio sebelum memotong anggota badan mangsa.


Dia membawa anggota badan itu ke tempat letak kereta kosong sebelum membakarnya di situ.


Ketika siasatan, polis menemukan tulang dan abu mayat di tempat kejadian.


Hasil pemeriksaan lanjut di rumah suspek, polis menemui darah di ruang tamu serta kesan upacara ilmu hitam.




Mangsa, Kredit foto: Newsflash





"Kami memasuki rumah dan segera melihat unsur yang menunjukkan seperti kultus di sana dengan gambar 666 dan 'syaitan' di dinding," kata Ketua Polis, Rodrigo Carbone.


Suspek kemudian dilaporkan melarikan diri ke satu tempat bagi meminta makanan dan wang.


Dia ditangkap di tempat kejadian selepas kembali ke situ untuk mengambil barang. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 09:06 AM | Show all posts
Ada nampak satu gambar crime scene ni.. ada tulisan Satan 666 kat dinding..
nampak tak scary langsung
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangga sangat ke dgn kultos 666? Merana mental fizikal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 11:54 AM | Show all posts
no tepon aku ader 666...setan ke aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai gunting???

Wowww
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 11:29 PM | Show all posts
Ni memang mental 100%, kena kurung dan asingkan daripada bergaul dengan manusia yang lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm muka melayu

Set2 Brazil ni ada jgk mcm melayu kn
Saiz confirmed nalla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 06:04 PM GMT+8 , Processed in 2.087923 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list