CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3477|Reply: 0

Bayi Dilahirkan Tanpa Hidung, Mata Dan Bahagian Tengkorak

[Copy link]
Post time 13-10-2021 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Lisbon: Seorang bayi istimewa dari Portugal yang mendapat jolokan bebe sem rostro atau 'bayi tanpa wajah', selamat meraikan ulang tahun keduanya, pada 7 Oktober lalu.


Daily Star melaporkan, majlis sambutan ulang tahun dianjurkan oleh keluarga Rodrigo, bayi yang dilahirkan di bandar Setubal.


Doktor sebelum ini meramalkan Rodrigo tidak akan hidup lama kerana dilahirkan tanpa hidung, mata atau bahagian tengkoraknya.




Kredit foto: FB




Meskipun begitu, Rodrigo sama seperti bayi lain dan kini dapat tersenyum kepada ibu bapanya.


Ibunya, Marlene Simao memberitahu, Rodrigo kini dapat membezakan orang sekelilingnya dan mampu ketawa.


Kes Rodrigo pernah menjadi tajuk berita utama antarabangsa ketika dia dilahirkan pada 2019.


Pada masa itu, Dr Artur Carvalho dari klinik swasta Ecosado, gagal mengesan sebarang masalah terhadap bayi itu.


Hanya ketika imbasan ultrabunyi 5D di klinik lain, Marlene dan suaminya David Ribeiro diberitahu bahawa kemungkinan bayi mereka tidak sempurna.


Susulan kejadian, kertas siasatan jenayah dibuka selepas didapati ada banyak aduan terhadap Dr Carvalho, sebelum ini.


Dalam lima kes lain, dia didakwa gagal mengesan kecacatan pada bayi ketika kehamilan.


Sementara itu, perkembangan Rodrigo kini dipantau di hospital di Setubal.


Dia juga dan pernah menjalani pembedahan penting tahun lalu untuk memungkinkan tengkoraknya dapat berkembang. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.059093 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list