View: 6383|Reply: 42
|
Tolak Vaksin, Dah Sedia Ke Tanggung Kos Rawatan Di Hospital Sepenuhnya?
[Copy link]
|
|
Individu yang menolak vaksin dan dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19, disaran menanggung sepenuhnya kos rawatan dikenakan.
Pensyarah kanan Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, berkata golongan itu perlu bertanggungjawab atas pemilihan risiko jangkitan kesan menolak pengambilan vaksin COVID-19.
Dengan menolak vaksin, tegasnya, individu terbabit dengan rela hati memilih risiko dijangkiti COVID-19 dan kemungkinan menanggung komplikasi serius daripada wabak itu.
Kredit foto: BH
"Sekiranya ada pesakit COVID-19 masuk ke hospital dan didapati tidak divaksin kerana menolak vaksin, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos rawatan.
"Mereka memilih untuk menolak vaksin COVID-19, maka mereka juga perlu bertanggungjawab dengan risiko dijangkiti virus itu dan kesan daripada jangkitan berkenaan.
"Ia termasuk risiko mendapat manifestasi penyakit yang teruk akibat dijangkiti COVID-19 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)," katanya kepada BH, hari ini.
Beliau ditanya sama ada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang memberi kelonggaran kepada penerima vaksin, perlu dikekalkan memandangkan kadar vaksinasi populasi dewasa seluruh negara sudah melebihi 90 peratus.
Dr Halimatus Sakdiah berkata, semua peraturan yang menyekat pergerakan individu tidak divaksin perlu dikekalkan bagi mengurangkan risiko peningkatan kemasukan ke hospital akibat wabak itu, selaras kelonggaran rentas negeri.
Meskipun tiada lagi sekatan jalan raya, katanya, pihak berkuasa perlu mengenakan denda berat kepada individu tidak divaksin yang melanggar peraturan dan SOP berkenaan.
"Saya tidak rasa ada kaedah untuk mengesan individu tidak divaksin yang melanggar SOP kerana masyarakat sangat kreatif (mencari cara melanggar peraturan).
"Satu-satunya cara adalah mengenakan penalti jika individu sedemikian tertangkap atau dikesan ketika pemeriksaan secara rawak di premis atau tempat awam," katanya.
Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula semalam kepada individu yang lengkap divaksin, susulan kadar vaksinasi populasi dewasa sudah mencecah 90 peratus.
Kebenaran itu membolehkan mana-mana individu yang lengkap divaksin merentas negeri tanpa kebenaran polis untuk melakukan apa sahaja aktiviti.
Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak yang belum divaksin juga dibenarkan merentas negeri selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
adakah ini kakak kpd redza minhat |
|
|
|
|
|
|
|
I ada baca komen kat fb, ada kwn dia yg positif covid dan ada simptom tp dah vaksin, kkm minta kuarantin di rmh. Ada pulak kwn dia sorang ni positif dan tiada simptom tp belum vaksin. Keluarga dia diminta oleh kkm masuk ke pusat kuarantin.
Ni baru lah diskriminasi puak2 anti vaksin suka. Sbb keutamaan rawatan dan pemantauan kpd yg tidak vaksin. |
|
|
|
|
|
|
|
negara kita ni negara yang adil.
kalau yg menolak vaksin dikenakan bayaran penuh maka,
kalau dah vaksin masih kene intubate masuk icu gimana pulak?
cabut terus tiub tu boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
ala, ini cadangan dari doktor upm aje
belum tentu nak buat pun. adik adik antivacc jgn dok kalut lagi ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Zalimnya pemerintah kalau buat mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 12-10-2021 10:39 PM
I ada baca komen kat fb, ada kwn dia yg positif covid dan ada simptom tp dah vaksin, kkm minta kuara ...
Doktor layan sama je. Majoriti kt hospital tu yg dah vaksin, ramai orang tua2 yg ade penyakit. Yg muda2 tak teruk dorang pantau kat rumah atau pusat kuarantin je. |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo: negara kita ni negara yang adil.kalau yg menolak vaksin dikenakan bayaran penuh maka, kalau dah vaksin masih kene intubate masuk icu gimana pulak?cabu ...
Kenapa masih belum berani nak tukar ayat' saya menanggung sepenuhnya risiko vaksin'.. kepada ' kkm akan menanggung segala risiko kesan selepas beksin'..????? |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 12-10-2021 10:39 PM
I ada baca komen kat fb, ada kwn dia yg positif covid dan ada simptom tp dah vaksin, kkm minta kuara ...
Bila disuruh mereput je kat rumah tunggu ajal, ada pulak yg kata tak patut..
|
|
|
|
|
|
|
|
Doktor dibayar dah berkhidmat untuk memilih pesakit ke? Warga asing pun dilayan baik. Apatah lagi pembayar cukai. Jahatnya cadangan pentaksub vaksin ni. Dengki dan busuk hati. Doktor akan anggap mereka belomm vaksin bukan menolak vaksin. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke
ni kawan saya Ton
really close to my wife also
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka suka baca idea doktor2 yang xbijak..maybe blh la kot dia fikir utk resign pasni...
hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
simple je cerita dia..
doktor yg nk kita tanggung kos tu tlg TUKAR BORANG CONSENT drpd saya bertanggungjawab atas keputusan saya mengambil vaksin...saya sedar risiko vaksin kepada KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KE ATAS APA JUA KESAN YANG BAKAL SAYA ALAMI SELEPAS MENGAMBIL VAKSIN..
then masa tu ramai je yang nk amik vaksin hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
kan..hehehe
the thing u nk paksa tu ada risk life n death
if u nk suh org bear the cost..then u impose kt semua la..vaksin tp still kena tu pon ptt dipaksa byr kos sbb dh suh jaga sop kan.ko terjangkit gk sapa suh?haaa gittew jwpn sesuai utk doktor yg otak kt lutut ni
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni dh vaksin tp mati akibat vqksin pastu xpsl2 dituduh ada underlying disease so no compesation xcukup zalim ke
|
|
|
|
|
|
|
|
yg vaksin related death terhadap rakyat yg telah dicucuk, satu sen pampasan pun elek walau pernah dijanji bulan dan bintang sebelum ini, kini yg tak vaksin bears the burden of full hospital and medical charges if infected and warded....
my take on this?.....pala bu toh nenek lu org punya poo key.....
kahkahkahkajlajkajkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 12-10-2021 10:35 PM
adakah ini kakak kpd redza minhat
asal bukan kakak kau sudah kheunz? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 13-10-2021 11:07 AM
Pinokiok replied at 12-10-2021 10:56 PM
Zalimnya pemerintah kalau buat mcm tu..
Zalim tu kalu tiada diberi pilihan.ini sendiri yg pilih, sendiri lah tanggung.nak merempan apa nya...kehendak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda replied at 12-10-2021 10:53 PM
ala, ini cadangan dari doktor upm aje
belum tentu nak buat pun. adik adik antivacc jgn dok kalut ...
Ntah bg iols mmg patut la buat gitu...bg antivek gegar skit...hengat mur2 ka belanja spital ni...mentang2 kkm baik hati ...
Bg yg tak bersyukur tu...vaksin pree takmo..dpt ubat simpan buat pekasam..
Iols skit terigt sakit hati beb kali terserempak parents tak bertanggungjawab bwk anak kena chickenpox n measles pi public...pi kolam public...shopping2 dgn gumbira kt alamanda tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|