CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3442|Reply: 0

6 Muka Surat Kertas Cadangan Minta Izin Suami Untuk Berkelah

[Copy link]
Post time 12-10-2021 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah klip video di TikTok menjadi tular kerana memaparkan kaedah unik sekumpulan rakan baik yang menulis kertas cadangan semata-mata untuk meminta izin suami salah seorang daripada mereka untuk keluar berkelah, lapor laman berita Suara.com.


Menerusi video yang dikongsikan akaun @calonbinisolehot, kertas cadangan itu ditunjukkan kepada suami salah seorang daripada kumpulan rakan baik itu yang dikatakan bersikap terlebih melindungi.




Kredit foto: TikTok




“Apabila rakan memiliki suami yang terlebih melindungi, ini yang kami lakukan,” kata keterangan dalam video itu.


Kertas kerja bertajuk ‘Permohonan Keizinan Berkelah’ itu mengandungi enam muka surat yang dimulakan dengan definisi dan tujuan, profil pengajak hingga ucapan penghargaan.


Turut disertakan adalah dokumen sokongan iaitu sijil vaksinasi Covid-19.


Hasil daripada kerja keras tersebut, rakan mereka diberi keizinan oleh suaminya untuk menyertai aktiviti perkelahan itu.


Video tersebut menjadi perhatian ramai dengan pelbagai komen diberikan oleh netizen.


“Rakan-rakan yang hebat kerana berani berjuang demi sahabat,” kata seorang netizen.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.090657 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list