CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3509|Reply: 9

"Usung Anak Kecil Sampai Awal Pagi," Faralyna Idris Dah Tak Nak Berlak

[Copy link]
Post time 8-10-2021 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Menyifatkan lakonan sebati dalam jiwa, pelakon, Faralyna Idris, 30, mengakui merindui suasana di lokasi penggambaran, namun hatinya tidak terlalu mencari projek lakonan.


Faralyna yang juga ibu kepada dua cahaya mata perempuan berkata, dia lebih gembira memberi fokus pada rumah tangga dan kehidupannya kini tidak terikat dengan kesibukan di lokasi penggambaran.




Foto: IG




"Ketika hamil anak kedua, saya dilimpahkan rezeki apabila sibuk di lokasi penggambaran dalam keadaan sarat. Suami tak pernah menghalang kerana sukar menolak rezeki dalam bidang lakonan yang juga minat saya.


"Saya seronok Allah bukakan semula jalan dalam bidang lakonan, namun saya tiada pembantu dan sanggup mengambil orang menjaga anak di lokasi penggambaran.


"Biarpun dapat memegang duit semula, namun, jauh di sudut hati, saya tidak gembira dan rasa kehilangan sesuatu. Jadi, saya ambil keputusan berehat dan menjalani semula rutin seperti biasa.


"Di sini, saya lebih gembira biarpun tidak mempunyai pendapatan seperti dahulu," katanya kepada BH Online.




  



Mengulas tidakkah sayang meninggalkan kerjaya lakonan, Faralyna berkata, Allah memberikannya sesuatu lebih besar apabila dapat kembali kepada keluarga.


"Apabila dikenang semula, saya kasihan dengan anak kedua. Dia masih kecil, tetapi saya terpaksa mengusung ke lokasi penggambaran sehingga awal pagi.


"Bercakap mengenai takdir, saya pernah keguguran ketika kandungan berusia lima bulan. Ketika itu, saya sangat sedih tiada apa-apa yang tidak baik berlaku sepanjang tempoh kehamilan.




  



"Saya tidak dapat menerima kenyataan dan kerap bertanya di mana salah dan silap. Sepanjang berpantang, saya melalui proses ini dalam keadaan tertekan dan seperti berada dalam kesedihan yang tiada penghujung.


"Tambahan pula doktor memaklumkan bakal mendapat cahaya mata lelaki," katanya.


Tidak mahu dibayangi kesedihan, Faralyna berkata, dia kini berdamai dengan takdir dan reda seikhlas hati kerana tidak nampak hikmah di sebalik ujian yang dilaluinya.




  



Faralyna berkata, dia pernah meniti zaman kemuncak apabila dilimpahi pelbagai tawaran lakonan yang membuatkannya tidak mempunyai banyak masa bersama keluarga.


"Saya menyifatkan perkahwinan dan zuriat memberi ruang menebus semula masa yang terabai bersama insan disayangi," katanya.


Faralyna berkongsi mengenainya menerusi temubual bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan menerusi Instagram (IG) Live anjuran Nurflixtv pada Ahad lalu.


  



  



Temubual ini dihoskan oleh Diana Amir dan panelnya adalah Zizi Kirana, Faralyna dan Ustazah Asni.


Terdahulu, Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fira Anggun, 6, dan Ayu, 3. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2021 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman chuol dah berlalu, tauuuu
Nowadays takdak 1M follower whoayus agithuuu

Sebaik meol cam muka chuol lagi
Bonda duduk umah leklok jaga anak2 dahler
Cari duit meniaga online shupercu*e pun herlok dah

Baidawei kat mana sheol beli mini popcorn machine tu eh
Ai kenan lerr
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pandai berlakon, sesuai untuk watak2 pembantu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pandai berlakon, sesuai untuk watak2 pembantu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pandai berlakon, sesuai untuk watak2 pembantu.

Comments

Amboi sampai triple post biased nawww kaka haha  Post time 8-10-2021 10:00 AM
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 09:58 AM | Show all posts
trexxxxxi replied at 8-10-2021 09:49 AM
Zaman chuol dah berlalu, tauuuu
Nowadays takdak 1M follower whoayus agithuuu

lupa pulak iolsss kaka yang sekarang kena ada berbiliyunzzz followers baru orang ambil berlakon...kalau takde jangan berharap lah ye... entah2 payment rm500 pun belum tentu orang nak offer...

aaa buat masa ni rehat je lah dekat rumah jaga anak2... kalau netflix dah invest dekat malaysia dan take over show2 dekat malaysia macam negara lain baru la kembali mana tahu kot2 netflix nak ambil berlakon sebagai watak patung cendana macam dalam squid game tu

viu tu pun iols tengok deorang sanggup invest untuk show malaysia dan not bad la cerita2 dia... cuma tak boleh la di bandingkan dengan netflix yang sekali 1 episod dia bagi bajet 20 juta

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2021 10:57 AM | Show all posts
Edited by AshkieLa at 8-10-2021 10:58 AM

oklaa tu.. tengok gambar dia pakai socks semua tu..
memang sepatutnya lah tak berlakon lagi dah..
bukan acah2 muslimah tapi berlakon atas katil pegang2 bagai mcm si basic and the rest especially jantan2 yg letak syarat tak nak sentuh pastu nak jadi hero...

semoga bahagia hingga jannah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 03:32 PM | Show all posts
Mak mek suka nau dia ni..
hahahahahha...
mek ada pernah wish masa dia dapat baby, elok reply..
tgk famly kecik dia pun alhamdulillah cute je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayanglah.. pelakon berbakat bertiang tinggal bini kekrul.. saja sebut kekrul nak perangat gosip..

Dia ni kurus betol.. dpd bujang dah kawen gtu la rupanyaa…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.459861 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list