CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2212|Reply: 2

[Kedah] Peniaga ayam gunting didakwa edar dadah

[Copy link]
Post time 7-10-2021 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga ayam gunting didakwa edar dadah[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - Oktober 7, 2021 @ 12:12pmbhnews@bh.com.my


Amiruddin (baju hijau kuning) dan penganggur Nurzaihan Ismail, 41, (baju hitam) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini kerana mengedar dadah. - Foto NSTP/IZAD THAQIF HASSAN



SUNGAI PETANI: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Amiruddin Yaakub, 31, dan Nurzaihan Ismail, 41, selepas kertas pertuduhan dibaca di depan Majistret Nurul Ainna Ahmad.

Amiruddin yang bekerja sebagai peniaga ayam gunting dan Nurzaihan yang tidak bekerja, didakwa secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 54 .72 kilogram.

Kesalahan dilakukan pada 27 September lalu, sekitar jam 8.10 pagi di depan sebuah rumah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani.

Pendakwaan dilakukan mengikut seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen 39B(b) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh membawa hukuman gantung sampai mati, atau penjara seumur hidup dan dikenakan tidak kurang 15 sebatan.

Nurzaihan diwakili peguam Shaharuddin Mohamed, manakala Amiruddin tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Shaharuddin memohon supaya memindahkan kes terbabit ke mahkamah tinggi dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, Nurul Ainna menetapkan 8 Disember ini sebagai sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia dan tidak membenarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Siasatan dan Perundangan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Superintendan Mohd Fakruzi Ismail.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2021 07:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam gunting tak laku waktu pkp ritu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.624553 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list