View: 2500|Reply: 4
|
Lelaki makan daging mentah selama 3 tahun
[Copy link]
|
|
Rowe menyifatkan tenaganya bertambah selepas makan daging mentah. - CATER
Lelaki makan daging mentah selama 3 tahun
OMAHA, NEBRASKA – Seorang lelaki dari Amerika Syarikat mendedahkan tabiat pemakanannya yang hanya mengambil daging mentah termasuk ayam sejak tiga tahun lalu, lapor akhbar New York Post semalam.
Weston Rowe, 39, memakan makanan yang tinggi kandungan protein seperti daging lembu, hati, ayam dan organ haiwan lain.
Rowe percaya bahawa tabiat pemakanannya itu membantu meningkatkan tenaganya biarpun sering diberi amaran berkenaan bakteria salmonella.
“Mental dan fizikal saya berada dalam keadaan sihat dan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.
Tambah Rowe, dia tidak lagi memakan makanan diproses dan menghabiskan sekitar AS$140 (RM586) seminggu untuk makanannya.
Tambahnya, 99 peratus daripada makanannya adalah daging mentah dan dia tidak pernah jatuh sakit akibat tabiat tersebut.
Menu Rowe yang terdiri daripada protein mentah dan sayur-sayuran. – CATER
Sajian terbesarnya adalah makan tengah hari yang terdiri daripada daging lembu mentah bersama mentega dan otak biri-biri.
Rowe juga tidak meletakkan penambah perisa pada daging mentah sambil menambah bahawa dia tidak memerlukannya.
Rowe mengubah dietnya apabila menyedari bahawa fungsi otaknya menjadi perlahan, tahap tenaganya berkurangan dan menderita ekzema. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
"Rowe juga tidak meletakkan penambah perisa pada daging mentah"
Hehehe kalau dah mat saleh, makanan sangat bland.
Neway, yihhhh memang hadap ko yaa makanan mentah gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lupa makan ubat cacing |
|
|
|
|
|
|
| |
|