|
Itali muncul sebagai negara paling banyak menggunakan air minuman di Eropah dengan lebih sembilan juta meter padu air setiap tahun, menurut laporan kumpulan alam sekitar, Legambiente pada Selasa.
Laporan itu turut menyatakan, kira-kira 26 peratus penduduk negara ini juga terdedah kepada masalah kekurangan air disebabkan krisis iklim dan kemarau, lapor Agensi Berita Itali (Ansa).
Gambar hiasan
Kredit foto: pbs.org
Pada forum air kebangsaan 'A Circular Resource' edisi ke-3, Legambiente memaklumkan Itali ketinggalan dalam aspek pengurusan air yang lestari.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara purata Itali menggunakan antara 30 dan 35 peratus sumber air boleh dibaharui, berbanding had ditetapkan Eropah iaitu tidak melebihi 20 peratus.
Sumber: Harian Metro |
|