CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1877|Reply: 1

[Kedah] Maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja

[Copy link]
Post time 4-10-2021 10:04 PM | Show all posts |Read mode
Maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


PENUNGGANG motosikal maut selepas merempuh kereta di Jalan Bukit Karangan, Kulim, hari ini. FOTO ihsan polis.



Kulim: Lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Bukit Karangan, dekat sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada 8.10 pagi itu, mangsa Mohd Saiful Hezri Mohamad, 37, yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan muka.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, mangsa bekerja sebagai operator kilang dan berasal dari Kota Sarang Semut, Alor Setar.

"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dan kereta dipandu lelaki berusia 29 tahun bekerja sebagai pemandu jentolak itu datang dari arah sama.

"Mereka dalam perjalanan dari Kuala Ketil menuju ke Titi Karangan dan ketika itu trafik agak perlahan namun sibuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penunggang motosikal hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh Proton Saga putih menyebabkan dia parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk saringan Covid-19 sebelum bedah siasat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: Oktober 4, 2021 @ 9:28pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh habis pkp ni org dh mula full force kerja di ofis mula la muncul berita org meninggal eksiden nk ke tmpt kerja plk..takziah pada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054507 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list