CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3726|Reply: 5

Siti Nordiana Dedah Rahsia Sentiasa Disayangi Peminat

[Copy link]
Post time 4-10-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Sokongan kelab peminat, Siti Nordiana Fan Club (FC) menjadi 'benteng pertahanan' buat penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana, 37, mengekalkan populariti yang dikecapi.


Tanpa Siti Nordiana FC tidak mungkin penyanyi lagu Terus Mencintai dan Cukup Derita Itu mampu berdiri seteguh ini, malah setiap karya dan drama yang dibintangi pasti meraih perhatian.


Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana bersyukur, memiliki kelab peminat yang menjadi kekuatannya. Malah, cukup bersemangat mengundi dan menyokong dalam setiap pertandingan disertai termasuklah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.




Foto: IG




Nana berjaya membolosi dua pencalonan awal kategori Artis Versatil Popular dan Penyanyi Wanita Popular, ABPBH 34.


"Saya anggap ada peminat yang teguh menyokong sebagai anugerah daripada Tuhan. Ia sangat bermakna dalam hidup saya.


"Tuhan menghadirkan perasaan kasih sayang daripada peminat kepada saya. Tiada apa yang saya nak minta, cukup kasih sayang ini berterusan. Apabila peminat sayang, jangan sesekali mengecewakan mereka," katanya kepada BH Online.




  



Pelakon drama Dia Semanis Honey dan Satukan Rasa mengakui, kelompok peminat menerima insan bernama Siti Nordiana ini seadanya.


"Mereka menerima kekurangan dan kelebihan saya. Saya sendiri tidak pernah cuba menjadi orang lain.


"Malah, saya tidak segan dan canggung mengaku kekurangan diri. Mungkin mereka nampak saya nak belajar dan memperbaiki kelemahan.


"Segala teguran saya akan diterima dengan hati terbuka. Saya jadikan pedoman dan memperbaiki diri dari masa ke masa.


"Namun, paling penting, saya akan cuba keluarkan material berkualiti supaya peminat tidak jemu. Ini yang selalu saya tekankan agar peminat setia dengan saya, insya-Allah," katanya.


  



Mengulas soal harapan, pemenang Artis Versatil Popular, ABPBH 33 itu hanya berserah kepada sokongan peminat.


"Saya harap semoga usaha peminat dan Siti Nordiana FC dapat melayakkan saya ke Top 5. Itu juga harapan peminat.


"Saya percaya mereka akan terus buat terbaik. Ada rezeki, insya-Allah. Kalau sebaliknya, tidak mengapa, saya boleh cuba lagi," katanya.


Dalam pada itu, Nana yang kini bergelar pengarah video muzik melihat sokongan peminat terhadapnya tidak berbelah-bahagi biarpun pada era pandemik.




  



"Tidak kira sebelum atau selepas pandemik, saya lihat keterujaan peminat tetap sama. Di ruang mesej peribadi dalam Instagram (IG) penuh dengan poster undian dan melobi saya dalam ABPBH 34.


"Malah, saya mendapat tahu poster kempen dibuat sendiri. Apa yang dilakukan juga tanpa disuruh. Saya pula akan mengungkap semula dalam IG Story.




  



"Jujurnya, saya rasa graf sokongan sama saja. Mungkin masa lebih banyak di rumah, jadi mereka lebih giat.


"Saya bersyukur atas kasih sayang yang diberikan," katanya yang akan meneruskan penggambaran tertunda, drama Sayap Bagimu bergandingan dengan Alif Satar. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Yakinnya kau semua syg kau
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nie iols xrengsaa mana sebab sjeniss xmrempan.. Senyap jee duk wt keje sendrii..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 12:30 PM | Show all posts
Kurex replied at 4-10-2021 11:08 AM
Yakinnya kau semua syg kau

maksud dia ahli2 FC dia la....
sama la mcm retis2 lain pun... sampai bergaduh2 ahli FC dorang dengan FC retis lain konon sayang punya pasal...
sampai retis kesayangan masing2 nak bercinta ngan siapa pun dorang pulak yg tentukan...
tak memasal jd makbapak angkat la pulak...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols mmg terhutang budi dengan gegar vaganza.. sheols satu2 nya retis paling berjaya lepas kluar gegar vaganza...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 01:46 PM | Show all posts
Gigih sayang retis.
Baguslaa

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.973081 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list