View: 2727|Reply: 4
|
Nombor akaun dlm drama Squid Game memang betul wujud. Ada penonton transfer duit
[Copy link]
|
|
Penonton masukkan 456 won dalam nombor akaun Squid Game
TANGKAP layar nombor akaun bank dalam Squid Game. - NETFLIX
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
3 Oktober 2021, 9:00 pm
SEOUL: Pasukan produksi Squid Game terpaksa menutup akaun bank yang tertera dalam drama itu selepas menerima kiriman wang sebanyak 456 won (RM1.60).
Duit itu dipercayai dimasukkan oleh penonton drama kegilaan ramai yang merupakan akaun bank milik sutradara drama itu, Hwang Dong-Hyuk.
Dalam satu adegan, watak utama, Seong Gi Hun pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengeluarkan 10,000 won (RM35) daripada jumlah keseluruhan 45.6 bilion won (RM161 juta) yang dimenanginya.
Media Korea Selatan, Koreaportal melaporkan, nombor akaun bank dalam drama bersiri sememangnya wujud dan pasukan produksi meminta keizinan sebelum digunakan dalam penggambaran.
Squid Game mengisahkan tentang permainan tradisional warga Korea Selatan yang disertai individu yang mempunyai permasalahan dalam hidup seperti lambakan hutang dan gangguan emosi.
Drama bersiri itu turut trending di 83 negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|