CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1590|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah terus meningkat

[Copy link]
Post time 30-9-2021 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 30, 2021 @ 10:27ambhnews@bh.com.my


Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di daerah Padang Terap berikutan paras air yang meningkat.- Foto NSTP/Ihsan APM



ALOR SETAR: Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila 264 mangsa daripada 99 keluarga dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS), di tiga daerah iaitu Sik, Baling dan Padang Terap, setakat 8 pagi, hari ini.

Ia berbanding 228 orang daripada 80 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di tiga daerah sama, pada 10 malam tadi.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata lima lagi PPS dibuka iaitu satu di Sik, dan empat di Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shamsudin Mamat melawat banjir di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang. - NSTP/Ihsan PDRM

Beliau berkata, PPS di Sik iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sik menempatkan sembilan mangsa daripada satu keluarga.

Katanya, PPS di Baling iaitu di SK Malau (17 mangsa, enam keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Panjang (19 mangsa, tujuh keluarga), Surau Barakah Tembak B (10 mangsa, dua keluarga) dan Kampung Padang Kupang (sembilan mangsa, empat keluarga).

"Ini menjadikan jumlah PPS keseluruhan yang dibuka di Sik adalah dua, manakala di Baling, 12 PPS dan satu PPS di Padang Terap," katanya,

Saifuddin berkata, jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu di Baling yang mencatatkan seramai 235 daripada 89 keluarga yang dipindahkan ke 12 PPS di daerah itu yang dibuka sejak kelmarin.

"Pemantauan akan terus dilakukan dari masa ke semasa dan operasi masih berjalan setakat ini," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.348739 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list