CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2202|Reply: 1

[Sabah] Covid19 29/09/2021

[Copy link]
Post time 29-9-2021 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu 114 (95)
Ranau 99 (88)
Sandakan 96 (64)
Kota Marudu 70 (105)
Keningau 66 (72)
Kota Belud 59 (36)
Penampang 58 (19)
Papar 52 (26)
Tuaran 51 (65)
Lahad Datu 49 (96)
Tenom 34 (22)
Tawau 31 (40)
Pitas 29 (36)
Beaufort 29 (19)
Kudat 29 (21)
Nabawan 20 (29)
Kinabatangan 18 (15)
Kunak 18 (6)
Tambunan 17 (11)
Putatan 17 (27)
Sipitang 13 (23)
Semporna 12 (11)
Beluran 8 (10)
Kuala Penyu 7 (5)
Telupid 4 (17)
Tongod 0 (5)
Kalabakan 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah  kes kelmarin    ( 28/09/2021 )

Kluster Baru
Kluster Mokodou
Ranau      94 (+43)
Kluster Komuniti (upacara menghormati kematian)

RUMUSAN HARIAN
(28/ 09/2021)

Jumlah kes di Sabah kembali ke ke 4 angka hari ini dengan 1,000 kes. Ini merupakan peningkatan (-35) kes.

Sehingga kini, kes harian tertinggi yang pernah direkodkan di Negeri Sabah adalah sebanyak 3,487 kes yang dicatatkan pada 26 Ogos 2021.

Terdapat 14 daerah yang merekodkan peningkatan kes dengan kumulatif peningkatan (+204) kes, manakala 13 daerah lagi mencatatkan penurunan kes dengan kumulatif penurunan (-169) kes.

Bagi kawasan bandar utama pula, Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 114 (+19) kes. Angka kes bagi bandar-bandar lain ialah Penampang 58 (+39) kes, Sandakan 96 (+32) kes, Kudat 29 (+14) kes, Semporna 12 (+1) kes, Lahad Datu 49 (-47) kes, Putatan 17 (-10) kes dan Tawau 31 (-9).

Daerah lain yang merekodkan peningkatan ketara pada hari ini ialah Papar 52 (+26) kes, Kota Belud 59 (+23) kes, Tenom 34 (+12) kes, Kunak 18 (+12) kes, Ranau 99 (+11) kes dan Beaufort 29 (+10) kes.

Manakala daerah yang merekodkan penurunan ketara pula ialah Kota Marudu 70 (-35) kes, Tuaran 51 (-14) kes, Telupid 4 (-13) kes dan Sipitang 13 (-10) kes.

*Kluster baru yang didaftar di Ranau hari ini mencatatkan 43 kes positif baharu. Kluster komuniti ini berpunca daripada kehadiran ke upacara penghormatan orang meninggal dunia. Lebih daripada 60% penduduk kampung hadir di acara tersebut dan setakat ini 94 telah dikesan positif dan dijangka akan bertambah apabila keputusan saringan diketahui sepenuhnya. *

Kurang daripada 3% kes tertunggak yang melebihi 4 hari didaftarkan hari ini menandakan terdapat peningkatan dalam urustadbir data. Daripada 1000 kes yang didaftar hari ini, (326) kes atau 32.6% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (24) kes atau 2.40% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (5) kes atau 0.50% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari selepas keputusan saringan diketahui. Terdapat 15 kes melibatkan OKT atau Banduan yang direkodkan hari ini.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (551) kes atau 55.1%, Saringan Bergejala (349) kes atau 34.9%, (24) kes atau 2.4% daripada Saringan Kluster, (1) kes atau 0.1% dari Saringan Bersasar dan (75) kes atau 7.5% melalui Saringan Lain-lain.

Daripada 1,000 kes yang berdaftar hari ini :
(232) kes atau 23.2% adalah pesakit dalam Kategori 1,
(715) kes atau 71.5% dalam Kategori 2,

2 kes dalam Kategori 3,

7 kes dalam Kategori

5 kes dalam Kategori 5.


39 kes masih dalam siasatan. 95.3% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2021 04:56 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068125 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list